Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Wednesday, January 27, 2010

Selesema Ini Bukan Selesema Babi..Harap Maklum

Salam semua. Saya tak berapa sihat sangat la sekarang. Mungkin  tak cukup rehat sebab tak dapat nikmati cuti yang memuaskan weekend lepas..Hehehe..Walau bagaimanapun, I had a good time in KL last weekend. Teringin jugak kalau lepas nih dihantar outstation selain dari KL. Boleh kan bos?? (Elehh..macam la bos baca rintihan hati saya sekarang ni..huhu)

Malam ni nak bercakap pasal selsema. Kalau anda nak tahu, saya nih memang kerap sangat kena selsema. Mungkin antibodi tak kuat. Tapi, takde pulak rasa nak makan supplement ke apa kan. Sebabnya, saya rasa saya KUAT.. Hahah..statement poyo.. Hakikat sebenarnya saya penakut nak makan ubat. Masa kecik-kecik dulu pun Pak Bihi yang suapkan. Sekarang bila dah besar,sendiri mau ingat la kalau nak cepat baik!

Disebabkan selalu sangat dijangkiti selesema ni, saya rasa wajarlah saya kongsi dengan anda semua Simptom Demam Selesema dan Tips Menghadapinya. Ye la, kan saya dah master perihal selesema nih. Heh..

Simptom Selesema: 
  • Kepala rasa berat je..kemudian kepeningan lagi kebingungan
  • Hidung terasa perit semacam je..dan tiba-tiba rasa berair pulak. Itula dinamakan hingus ataupun bahasa saintifiknya mucus. Tolong cover jangan sampai ianya meleleh k. Sebabnye it can drop your waterface! Haha
  • Telinga rasa macam bengang..(awas..kadang-kadang ianya boleh mengakibatkan kebangangan)
  • Takde selera makan. Makan la apa saja..rasa tawar je..
  • Asyik bersin saja setiap 2 minit dan ianya kadangkala menyebabkan kesakitan pada gigi & gusi. Gunalah ubat gigi cap colgate @ berus gigi Oral B sekalipun, tetap rasa kekebasan gigi dan gusi..
  • Batuk-batuk ringan dan sakit tekak. Suara jadi agak seksi.. 

Tips Menghadapi Selesema:
  • Pastikan anda makan ubat sebaik saja simptom seperti di atas dikesan pada diri anda.  Antara ubat selsema yang menjadi koleksi atas meja mekap saya ialah Clarinase dan Antamin. Clarinase ubat selesema paling efektif sebab dalam masa 2 jam dah boleh hilang selesema. Harga lebih kurang RM 16/strip. Ubat Antamin pulak ubat selesema yang menyebabkan anda mengantuk selepas mengambilnya. Harga 40 sen je sebijik. Kalau takde ubat nih, paracetamol pun bleh..
  • Tolong sedia tisu ataupun handkerchief yang secukupnya..anda pasti tahu ianya sangat berguna!
  • Elakkan minum minuman berais. Lebih elok kalau dapat minum fruit juice. Saya lebih gemar beli Peel Fresh Orange. Rasa fresh je bila minum. He..
  • Tidur yang secukupnya..dan kurangkan aktiviti blogging anda yang sampai lewat malam tu..opss..
  • Elak tidur dalam keadaan sejuk..slow kan kipas atau switch off aircond anda..
  • Basuh tangan anda sekerapnya untuk elakkan jangkitan kuman..kalau perlu pakai mask lagi la bagus! 
Okeh..tu antara tips-tips yang boleh membantu menghadapi demam selesema..kalau anda ada tips2 lain post kat comment k..kalau demam anda masih berpanjangan, jangan segan silu jumpa doktor ye..tambah-tambah lagi kalau doktor tu kacak sekali..

Sehingga bertemu lagi. Bye.

p/s: sohh sehh sohh sehhh saat post ini ditulis :)

Saturday, January 23, 2010

Diam Bukan Tanda Setuju

To whom it may concern;

..I wish you read this. Kadangkala bila saya mendiamkan diri tidaklah bermakna saya setuju dengan kamu. Saya hanya membiarkan kamu berada di kedudukan selesa. Saya pulak hanya memendam rasa. Saya memang  jenis tak kisah. Tapi tidak juga bermaksud saya membenarkan kamu mengambil kesempatan ke atas kelemahan saya. Saya juga ada hati. Ada perasaan. Saya berhak untuk rasa apa yang saya suka dan tidak suka. Tak kisahlah kalau kamu ingin katakan saya berjiwa sensitif. Itu memang saya. Mungkin tiba masanya untuk berubah agar saya rasa diri saya lebih dihargai dan tidak akan kamu perkotak-katikkan lagi. Bak kata seorang teman, sometimes you have to voice out  about what you feel to others because that is the way you can get a relief! I know it sounds very hard for me. Tapi jika saya masih berkeadaan yang sama kamu akan terus-terus membuatkan saya terluka..Please, gimme a break!!

Friday, January 22, 2010

Musang Pulut Makan Daun Pandan

Salam. Hari ni hari sibuk sedunia rasanya. Betapa masa jadi begitu saya hargai hari ni. Dah tiga hari lepak di Kota Sarang Semut. Ada kerja penting yang perlu settle. Hari ni,  Kota Sarang Semut- Alor Setar cuma 10 minit. Nasib baik sang putih saya tak terbang bila meter sudah mencecah 140 km/jam atas jalan kampung tu. Ok..janji! Lain kali tak buat dah.. (Alaa..tengok dulu camne key? heheh)

Saya sampai rumah dari Kota Sarang Semut pukul 7.00 petang. Malam ni menuju destinasi KL pulak. Kelam kelibut rasanya bila baju belum dipacking. Flight ke KL pukul 9.25 malam. Masih ada masa. Hehe..tapi saya tak suka kalut-kalut camni. Nanti ada jer yang tertinggal. Yang penting toothbrush & sikat sebab tu la benda yang kerap sangat saya tertinggal. Jadi dua-dua benda tu dah dimasukkan dulu dalam travelling bag.

Pak Bihi ke surau malam ni. Jadi hanya Mama Gee yang akan drop saya di airport nanti. Sedang saya bersiap-siap saya dengar Mama Gee bising2.


Mama Gee :
Kakak..ada musang pulut lari-lari atas bumbung rumah kita.


Saya          : 
Musang pulut? musang apa plak ma?
            
Mama Gee
Alaa..musang pulut tu makan daun pandan.Ma bau daun pandan tadi. Orang tua-tua kata kalau bau camtu mungkin ada musang pulut. Entah2 musang tu dah mati.


Saya          : 
Mengarut la ma. kucing yang lari-lari. Mana ada musang.


Mama Gee :
Ishh..ma cakap takmau percaya.

Saya terkebil-kebil. Tak pernah lagi dengar mitos pasal ni. Tapi, kalau betul ada musang tu..yang tiba-tiba mati atas rumah kami, sapa pulak yang nak panjat buang bangkai tu.. Kesian la kat Pak Bihi. Takpe2, lagipun belum tentu betul lagi hipotesis Mama Gee tu. Siasatan kes akan dibuka. Biar adik saya Nini jadi penyiasatnya..Haha..

p/s : Teringin pulut sambal pulak..Hehe

Monday, January 18, 2010

Bukan Laksa Biasa..

Salam. Hye all. Harap nye anda melalui detik-detik yang amat menggembirakan saat post ini ditatap (Wahh!). Today is Sunday..atau dalam bahasa Melayunya Hari ni hari Ahad. Cuti Umum bagi rakyat negeri Kedah Jelapang Padi kerana meraikan Hari Ulangtahun Ke-82 K.D.Y.M.M Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Menjunjung Kasih dan Daulat Tuanku! Patik mendoakan Tuanku berada dalam lingkungan keberkatan dan kerahmatan-Nya selalu :) 

Hari Jumaat dan Sabtu yang lepas, dah puas saya mengadap si Pink Lappy ni dan mendengar lagu-lagu album CTKD sampai lebam. Nasib baik tak muntah je. Maaf, saya tak pernah muntah kalau dengar lagu CT! :) Jadi orang ramai sekalian, cuti umum begini tidaklah saya sia-siakan kerana ianya bukannya selalu datang. Yang Tersayang ajak saya keluar berjalan-jalan memandangkan dia begitu risau saya terperap di dalam rumah. Ya..keluar bersiar-siar dengan syarat destinasi yang dituju bukanlah shopping complex! Saya terpaksa setuju dengan syarat tersebut lagipun saya tidaklah ingin sangat untuk bershopping tambahan pulak di pertengahan bulan ini. Ohh slip gaji..betapa aku merinduimu..dan aku menanti kedatanganmu..Hehe  Jadi program "dating" hari ni lebih kepada berkonsepkan menemani Yang Tersayang saya menyelesaikan beberapa urusan beliau serta konsep makan-makan.. Maka ini lah hasilnya...

~Laksa Telok Kechai~

Yup! Its Laksa Telok Kechai. Saya memang penggemar laksa (walaupun saya tau ianya amat tak sesuai untuk penghidap resdung seperti saya!). Bagi penduduk negeri Kedah, mesti dah familliar sangat dengan Laksa Telok Kechai ni. Telok Kechai adalah satu kawasan yang terletak berhampiran Kuala Kedah. Kawasan yang dekat dengan laut ni, jadinya banyak lah produk-produk perikanan yang terhasil. Orang-orang sekitar nih gemar buat laksa disebabkan bekalan bahan mentah (ikan untuk dijadikan kuah laksa) yang sangatlah mencukupi. Laksa Telok Kechai ni famous disebabkan kuah laksa dihidangkan dengan sambal yang diperbuat daripada kelape bak kata org KL ataupun NYOQ bak kata orang Kedah. Kuah laksa ni memang sifatnya dijadikan cair (tidak seperti laksa Penang). Oleh sebab itu ianya dihidangkan dengan Sambal Nyoq untuk memekatkannya lagi. Lagi banyak Sambal Nyoq yang dicampurkan dengan kuah laksa tu lagi pekat dan sedap rasanya! Last but not least, noodle laksa ni dihasilkan daripada beras.


Ape lagi..makan Jom!

Memangla heaven sangat2 laksa ini dimakan bersama minuman yang sukar saya lepaskan a.k.a Teh Ais. Tak tergambar rasanya kesedapan tersebut.
Oklah..saya pun mau tido. Esok berkhidmat untuk negara lagi.
Sampai ketemu lagi. Selamat malam. Bye :)

p/s: Maaf sekiranya entry ini membuatkan perut anda berbunyi tatkala jam 1.00 pagi.

Sunday, January 17, 2010

HatiKu Lalok

Aku sepi..Aku sunyi..
Aku benci keadaan ni..
Cepatla detik ini berlalu pergi..
Aku tak sanggup hadapi lagi..
Aku tak sabar menanti esok hari..
Moga esok berbunga kembali..
Hati..janganla begini..Bahgiakan aku lagi..

p/s: Not in happy mood :(

Thursday, January 14, 2010

Berani Kerana Benar dan Benar Itu Pahit.

Saya kagum dengan orang yang dapat menyatakan keBENARan terutamanya dalam menegakkan sesuatu keadilan. Bagi saya, mereka mempunyai keberanian yang sangat tinggi. Mereka tidak berselindung dalam tutur kata dan bicara. Mereka berani memperjuangkan kebenaran dan tahu di mana pegangan mereka. Mengetahui kebenaran kadangkala menyakitkan dan seketika ada rasa pahit di hujung kata. Tak semua antara kita yang dapat menerima kebenaran. Dan saya cemburu dengan segelintir manusia ini yang benar-benar BERANI KERANA BENAR. Kerana saya belum sampai ke tahap keberanian jitu itu. Tapi saya bukanlah lalang. Yang sekadar mengikut arus angin. Mungkin saya lebih gemar bersikap NEUTRAL. Alkali tidak asid pun tidak..saya punya pegangan sendiri. Sebab saya adalah saya..

p/s : Belajar Berkata Benar...

Hanya Dia..

Salam.. Haa..mesti anda nak cakap "laaa post cinta lagi budak syeeda ni.." hehe tunggu..tunggu..jgn close blog saya lagi..sebenarnya malam ni saya nak post satu lagu yang sweet didengar.. bagi yang follow blog saya, mungkin dah tau saya penggemar Siti Nurhaliza..actually saya nak share sebuah lagu baru Ct dengan Kris Dayanti..entitle HANYA DIA..lagu ni dipetik dari album CTKD ~ Canda Tangis Ketawa Duka..

Ok..Layannnnn..Zasssss!



Kucintainya kerana cara dia
Sungguh berbeza dari yang telahku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Kucintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percaya kan janjinya

*
Kuakui aku menggilainya
Kuakui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya...dia

**
Kuakui aku mengaguminya
Kuakui aku menyayanginya
Sungguhnya kuakui kuperlukan dia
Segalanya kuserah
Kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Comey kan lagu ni?
Puas saya cari mp3 nak download lagu ni..tapi still tak jumpa..yang jumpa youtube tu je..huhu sangat frust..
Anda leh tolong saya?

p/s: Esok syeeda sobbihi akan berlari2 ke kedai speedy yang berhampiran utk beli album ni!

Sunday, January 10, 2010

Saya Suka..Tapi..Dia??

Saya - Suka gilerrr shopping..6 jam pun boleh tahan shopping
Dia   - Suka gilerrr fishing..24 jam pun boleh tahan fishing tanpa contact saya!

Saya - Suka nyanyi2 dan pernah bercita2 nak masuk AF! (haha..zaman budak2 dulu)
Dia   - Karaoke pun langsung dia tak layan! yang dia tau bola, bola, bola!

Saya - Suka lagu Lalalala Hari2 Kerja, Meet Uncle Hussin and peminat tegar Siti Nurhaliza..
Dia   - Suka lagu Akulah Kekasihmu, AXL dan Cinta Kain Putih, Putra (ha??sape tu?)..Plus, dia cakap Meet Uncle Hussin tu bukan nyanyi tapi hanya buat bising (boleh ke camtu?)

Saya - Suka magazines and gossiping! and also books @ novel..
Dia   - Suka baca newspaper je sebab bagi dia berita jer penting

Saya - Suka blogging @ facebook @ myspace @ friendster
Dia   - Account email pun takde!

Saya - Suka main farmville kat facebook..tu pun kdg2 je jenguk..
Dia   - Suka gardening dan sewaktu dengannya..dan jugak kipas susah mati (haha die hard fan) buluh madu..mesin rumput memang hobi dia di hujung minggu!


Saya - Suka gile bergambar @ posing sana-sini..
Dia   - Buat muka mcm orang takde hidung bile posing.. (haisyy)

Biarpun dia tak suka apa saya suka..yang penting saya suka dia..
Sebab dia terima saya seadanya..dan saya jugak terima dia sebagaimananya dia..

p/s : Harap anda tak bosan  dengan entry jiwa2 nihh..haha

Friday, January 8, 2010

Surat Terbuka

Kepada sesiapa yang berkenaan;

Saya dengan seikhlas hati dan rendah hati ingin memohon maaf kepada kamu yang berkenaan sekiranya kata-kata saya bisa mengguris perasaan kamu dengan tanpa saya sedari..
Percaya lah..ianya di luar kawalan kotak fikiran saya..
Saya langsung tidak mempunyai sebarang niat untuk lukakan perasaan kamu dan membuat kamu langsung terasa hati dengan tindak tanduk saya..

Dan saya kesal kerna bersikap kebudak-budakkan dan tak bisa mengawal rasa marah saya..
Saya berjanji tidak akan ada perkara sebegini akan berulang lagi..

Sekian..

Wednesday, January 6, 2010

My new lover..

Hai semua. I'm having new netbook! Ganti balik laptop saya yang hilang tahun lepas. Saya akan make sure yg netbook ni akan sentiasa terjamin keselamatannya..kena simpan dalam peti besi ni..haha



* Cute kan? *

p/s : Malam ni tidoQ peluk netbook..Haha..Sure ada orang merajuk sebab I havent reply his messages at all tonight coz asik mengadap netbook ni jer.. :P

Monday, January 4, 2010

Kenapa Awak Comel Sangat?

Salam.Hai all. Entry pertama untuk twenty-ten. Hari ni actually not in a good mood.Maybe sebab tak cukup tido and lapar very early in the morning made me so mad today. Hehe..ya..saya ni kalau tak cukup tido dan tak cukup kenyang memang takdak mood nak buat apa2. Mula la amarah saya naik sampai 100 degrees..Tapi tak lama. Amarah tu turun balik jadi 0 degree. Tau tak sebab apa? Sebab saya tengok ni..

-Geramnye tengok risya-

Comel kan baby ni? Actually this photo was taken yesterday. I was accidentally met my officemate and his family at Pak Tat Ikan Bakar..Dia bawak baby dia sekali. Nama baby yang comel and cute mute ni Asma' Ariesya.. Rasa happy sangat tengok baby ni. Tenang. Tiba-tiba semua serabut di kepala hilang bila tengok baby ni gelak ketawa. Yang best, dia suka posing. And she's really really really friendly. Takpela..takdak baby sendiri, tumpang syok tengok baby orang pun jadilaa..hehe

p/s : Mama Gee mula bagi warning. "Ma tak sangka dah masuk 2010. Kakak tak kawin2 lagi" Haisyyy.. :-(

Tabung Baby. Please Click :)