Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, July 30, 2010

MIFB 2010 - Edisi Unik & Menarik.

Maaf. Entry yang dijanjikan untuk diupdate dengan cepat tak dapat ditunaikan akibat kesibukan kerjaya yang sering membataskan waktu. Seminggu MIFB telah berlalu dan saya harap entry ini belum lagi memasuki kategori basi (Sila baca BASI, bukan air liur BASI. eheh. selingan.)

Okey, para pembaca kesayangan daku sekalian. Mari kita sama-sama scroll down ke bawah untuk lihat apa yang menarik & unik yang saya jumpa masa MIFB sabtu yang lalu. 

Rebung besar dan gubahan kulat / cendawan daripada taiwan
Itu rebung yang paling besar pernah saya tengok. Encik kekasih memang suka rebung dan kalau beliau tengok rebung nih mesti beliau nyanyi-nyanyi sambil hentak-hentak kaki (mungkin guling2 juga) nak beli bawak balik tanam di ladang beliau. tak pasti boleh hidup ke tak di malaysia sebab rebung nih asal dari Taiwan. Yang gubahan cantik tu pulak adalah cendawan. Geram je saya tengok, rasa macam nak petik-petik buat sup cendawan siam. urghh..

Cuba teka ini apa?
Hurm. Ini satu lagi inovasi baru yang pertama kali baru saya jumpa. Its Doughnut! Sangat cantik dan comel. Warna-warni. Dan digantung macam gelang mutiara yang macam orang jual kat Sabah ataupun uptown. Heh. Creative bukan? 

tadaa!
Kat belakang saya tu, menara berkembar petronas yang disusun daripada Beras Taiwan. Beras diorang nih bentuk bulat-bulat & pendek, tak macam beras kita, bujur-bujur & panjang. Ok, sat. saya zoom dekat skit menara tu yer. 

wowww..

Berapa bulan laa diorang susun biji beras nih yer? terpesona saya dibuatnya. 

Aiskrim!
Yang ini pulak kisah aiskrim MADO daripada Turki. Aiskrim ini dibuat secara tradisional. Diorang cuma mix kan bahan-bahan dalam tong tu dan kacau-kacau. Yang special tentang aiskrim ni, sangat keras dan liat. Dan juga sangat la sedappp. ermmm.. 

Encik Turkey sedang serve aiskrim kepada pelanggan.
Aiskrim nih memang mendapat sambutan hangat la masa MIFB tu sampai kan ramai orang sanggup beratur panjang nak beli aiskrim. And good news, diorang akan buka cawangan di Pavillion , KL tak lama lagi. hurm..boleh la pi makan kat situ nanti. 

erk, macam lebih kurang sama jer ketinggian.
Pasu-pasu yang disusun cantik membentuk seperti kanak-kanak. kalau pasu-pasu ni hidup, mungkin saya dah bawak balik dan bela sebagai anak angkat. haha. comel kan? 

ok, sekian aktiviti bergambar.
Gambar nakal di atas diambil di landskap Pavillion negara Taiwan. 

Sebenarnya, banyak lagi benda-benda unik dan menarik kat sini, Cuma itu sahaja yang dapat saya update untuk sama-sama kita share yer. 

Sehingga bertemu lagi. Selamat malam :)

Sunday, July 25, 2010

MIFB 2010 - Korban Hari Minggu

Salam semua.

Saya baru jer pulang dari Program Malaysian International Food & Beverage (MIFB) 2010. Penatnya Tuhan saja yang tunggu. Tapi malam nih saya nak update jugak sedikit tentang MIFB nih, sebagai introduction utk pembaca-pembaca sekalian (wahh..mcm ko buat magazine plak kan?? haha..hantam saja lah).

Nasi lemak tu kelihatan memberangsangkan 

MIFB ni adalah program tahunan yang dibuat khas untuk mempromosikan industri makanan & minuman kita kepada umum. MIFB bermula 22 Julai 2010 hinggalah 24 Julai 2010 di PWTC. Macam-macam produk yang menarik dapat kita jumpa di sini sebabnya dalam pameran ni, bukan Malaysia saja yang ambil bahagian, Thailand, Taiwan, Turki, Iran, China, Xiamen, Spain pun ada..Memang international class u ols. Jadi, kat sini platform untuk semua food business traders untuk berkongsi perniagaan produk-produk mereka.  Paling best, dapat ujirasa produk! Sapa yang taknak kan kalau dapat makan FREE. Kenyang..semua booth bagi makan free, mestila kenyang kan.

Bendera bangladesh cam familliar di sekitar alor setar. eheh. 

U ols mesti tertanya kan ape saya buat kat sini. Ha? Tak tanya pun? Alaaa tak tanya pun, saya nak cakap jugak. (Memang tak malu.) Actually, saya bertugas di Pavillion MOA. Nampaknya, hujung minggu kali ini tak bercuti lagi la saya. Nak buat camna kan, berkhidmat untuk negara. Ecehh.Tiba-tiba semangat 1Malaysia kelihatan di situ.

Bersama Rakan-rakan seperjuangan - MOA 

Dan tidak lupa, saya juga menjalankan aktviti turun padang seperti yang disarankan Y.A.B Perdana Menteri kite (eh eh macam speech Y.B wakil rakyat plak.) untuk mempromosikan Cuka Nipah yang sememangnya salah satu projek saya. Bila turun padang ni, baru kita tau feedback daripada pengguna dan komen-komen mereka. Ada yang suka, ada yang mengata, ada yang memuja, tak kurang juga mencerca, pendek kata tadah saja telinga kalau nak berjaya. cewahhhh. Mari saksikan, booth Cuka Nipah bersama dua modelnya. 

The Cuka's Girls

Baiklah, sebelum saya melalut dengan lebih lanjut lagi, adalah lebih baik saya berhenti seketika sebab otak pun dah agak "weng". Mengantuk yang amat. Nantikan sambungan entry tentang MIFB ni di esok hari. 

Sekian, selamat malam. :)

Thursday, July 22, 2010

Pernah Tak?

Pernah tak rasa kesedihan sedangkan diri punyai kebahagiaan?

Pernah tak rasa keseorangan walaupun ada ramai yang meneman?

Pernah tak rasa diri menjadi kedua sedangkan mahukan yang pertama?

Pernah tak rasa tak dihargai sedangkan diri disayangi?

Pernah tak rasa tak disukai tetapi tak pula ada yang membenci?

Pernah tak rasa dipinggirkan sedangkan tak pula dipulaukan?

Pernah tak rasa kesunyian biarpun penuh dengan keriuhan?

Pernah tak rasa kebosanan walaupun diri penuh kegembiraan?

Pernah tak rasa kesepian yang amat sangat biarpun diri punyai segala?


Pernah Tak?

Saturday, July 10, 2010

Mimpi.

Orang kata mimpi tu mainan tidur. Ada jugak yang cakap mimpi bawa petanda. Ada yang kata mimpi tu sebab tidur tak basuh kaki. U ols percaya dengan mimpi? saya tak pasti sangat tentang hal ini sebab saya sendiri pun tak arif. Tapi, bagi saya sendiri, seringkali bila saya bermimpi, ianya memberi petanda dalam hidup saya. Contohnya, saya pernah bermimpi yang gigi bawah patah. Orang tua-tua selalu cakap yang mimpi camtu membawa alamat yang tidak baik dan melibatkan sesuatu kehilangan ataupun kematian. Mungkin ianya satu kebetulan, tapi tak lama kemudian, adik kesayangan saya pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya kerana sakit. Awal tahun ini, saya pernah bermimpi saya berada di rumah pakcik saya. Pada waktu itu, keadaannya sangat lah suram, sepi dan penuh dengan tangisan. Dan beberapa minggu selepas itu, pakcik saya pula pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Al-Fatihah.

Gambar Ehsan Pakcik Google

Ini ada satu lagi cerita mimpi. 3 minggu yang lepas, saya ada termimpi sesuatu yang sangatlah di luar jangkaan saya. Dalam mimpi itu, saya bertemu seorang doktor (tapi tak perasan kacak ke tak..he) dan doktor tu sahkan yang saya mengandung. Seriously, saya sangat terkejut tau bila terjaga dari tido! sebabnya saya masih belum kahwin dan tak wajar la saya mimpi seperti tu. Hipotesis saya, mungkin sebab keinginan nak ada anak yang semakin menebal, menyebabkan saya bermimpi sedemikian. tapi dalam mimpi tu tak ditunjukkan pula siapa suami saya. hehe. 

Saya pun dengan rasa ingin tahu yang sangat mendalam telah menjalankan aktiviti mengGoogle untuk cari tafsiran mimpi tu. Macam-macam yang saya jumpa. Dan saya paling tertarik dengan satu tafsiran nih yang mengatakan mimpi sebegitu akan menyebabkan kita memperoleh REZEKI. Alhamdulilah , kalau tafsiran mimpi itu benar. U ols boleh view page seorang blogger ini yer. Dia tulis tentang tafsiran mimpi

Sekali lagi, mungkin ini satu kebetulan. Saya tak kata saya percaya tau! He :) Beberapa hari selepas mimpi itu, ada rezeki yang saya terima. Syukur sangat. Dan, baru tadi encik kekasih cakap yang dia akan berpindah ke tempat kerja baru. Encik kekasih cakap offer kali ini lebih baik daripada tempat kerja sekarang. Kalau betul la mimpi saya tu, syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Tuhan! 

Saturday, July 3, 2010

Mempelam Emas Itu Di Tobiar

Salam semua. Lama betul saya tak berkarya. Berkhayal??  Tentu banyak sekali. Ha ha! Bukan apa, takde idea nak tulis apa kat belog ini. Maklumla saya tak sekreatif si Cantik Manis Hanis Zalikha. (Tumpang link sat..!)

Okay, tatkala ramai manusia dalam dunia nih sibukkan diri menonton aksi-aksi menarik World Cup, saya pulak lebih suka mengurungkan diri dalam bilik. Sebab apa?? Sebab remote tv itu bukan lagi di tangan saya. Dah hampir sebulan tak dapat remote tv. Sadis. Malas nak berebut dengan Pak Bihi. Jadi saya mengisikan masa lapang dengan blog shopping dgn facebook jer. Jangan ditanya saya peminat tegar team mana sebab sememangnya saya tak tahu. Saya tak tahu pun nak sokong yang mana. Ha ha. Dulu2 sokong England. Sebab ada David Beckham yang handsome. Ha ha. Tu zaman dulu la, masa hingusan lagi. Sekarang nih, better sokong "Kedah" sahaja.

Hari ni kita cerita pasal jalan-jalan lagi nak?? Suke tau kalau cerita bab jalan-jalan nih. Sebab...bila jalan-jalan, dapat MAKANNN!! (yeehaa..bagusla sangat syeeda.tk sedaQ kaa ang tuh dah debab dahh??) Okey, saya nak update sikit pasal aktiviti jalan-jalan saya dengan kawan-kawan kat LADANG MEMPELAM TOBIAR, PENDANG, KEDAH. U ols check it out gambar-gambar di bawah ok!

Pandangan atas-Ladang Mempelam Tobiar

U ols tau tak mempelam tu ape? Mempelam tu Mangga la. Kalau kat sebelah Kedah ni, kami lebih suka panggil mempelam. Ok, Ladang Mempelam ni terletak di Tobiar, Pendang. Luas lebih kurang 41 Hektar. Mempelam yang ditanam di sini semuanya jenis varieti Chok Anan. Serius, buah nya sangat manis (seperti saya..Haha) 


we are on the trem!
From left : syeeda, shikin & nazie

Sesampainya saya dan kawan-kawan kat ladang nih, kami dibawa menaiki trem untuk pusing-pusing tengok ladang. Memang tak ada logika la kalau nak pusing ladang nih bawak kereta sendiri. Dah orang sediakan trem, kita naik je la kan. He. Part yang best dapat tengok buah mempelam banyak tergantung kat pokok. Rasa macam nak petik jer! Tapi tak boleh petik sebarangan, sebab kualiti buah boleh terjejas.


Berlatar belakangkan sawah padi nan hijau

Hurm...sambil pusing ladang mempelam nih, kami jugak dapat tengok sawah padi sebab kawasan ladang nih berhampiran sawah padi. Cantik tak gambar di atas tuh? Maksud saya, cantik tak gambar budak comel berbaju pink tu? Haha. 


Ayuh naik menara!

Ok, sekarang kita akan naik menara tinjau. Dari atas menara tu, kita boleh tengok pemandangan ladang mempelam yang sangat laaa luassss..dan jugak boleh nampak sawah padi yang saujana mata memandang (bak kata kawan saya, shikin). Tak percaya ker? 


Aksi teruja dengan ladang. Ini ladang mempelam Beta.

Kan betul kan cakap saya?? dapat tengok pemandangan ladang yg sangat cantik dari atas. serius mcm kat oversea. tk pyh pegi jauh. anda boleh nikmatinya di Tobiar sahaja. 


nyummyy..menyelerakan!

jemput makan!

Ini lah masa yang kutunggu-tunggu sedari awal pagi. Hehe. Dah habis jalan-jalan, sekarang masa untuk mengisi perut yang berkeroncong. Hidangan istimewa kat ladang nih ialah Pulut Mempelam dan Chok Anan Shake. Sedap sangat! Jangan hairan yer kalau pulut dimakan dengan buah mempelan sebab kalau bagi orang utara, perkara ini sangatlah biasa. Anda juga dijemput mencuba! Nescaya kenyang sampai ke petang. Chok anan shake pulak rasanya mcm ice blended mempelam yang sangat lah "pure" dan original. Bukan perisa!

duta produk Tobiar Gold

Baiklah. perut dah kenyang. hati pun senang. Masa untuk shopping. Membeli ole-ole pulang ke rumah. Jangan susah hati sebab nya kat ladang nih jugak ada pusat jualan produk. Ada produk berasaskan mempelam lagi yang di"brand"kan under Tobiar Gold iaitu Bes Minuman Mempelam, Sos Mangga Bercili, Jus Mempelam & Jem Mempelam. Mesti  Cuba Tau! sebab produk-produk ni berkualiti. Kalau anda taknak produk-produk ini, anda juga punya pilihan yang lain.Contohnyaaa..lihat di bawah. 


kraftangan pun ade.

Tadaaa! ada produk-produk kraf dari jerami padi & mengkuang. Hurm..boleh borong untuk di bawa pulang kepada sanak saudara dan orang tersayang! suka highlight pink kalau untuk orang tersayang. ecehh. 



mari bergambar lagi. 

kan..banyak pilihan kan. jadi itu sahaja untuk update hari ini. sesiapa yang berminat nak ke ladang nih boleh view www.mada.gov.my dan juga boleh contact our agrotourism section ok! For further details, just send your enquiries to sitisyaheeda@yahoo.com.my.  Support Cuti-cuti Malaysia! Last but not least....

My Picture! Sehingga bertemu lagi

Farewell. 

Tabung Baby. Please Click :)