Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, September 20, 2010

Berehat Seketika.

Salam. Hai semua-semua.

Kerancakan berblogging saya akan terhenti seketika buat sementara waktu kerana saya akan pergi ke satu destinasi atas urusan rasmi. Jika ada kesempatan waktu, saya akan update dari semasa ke semasa perkembangan diri ini di tempat orang ok. Cuma yang saya terkilan, di dalam perjalanan tadi, saya baru teringat yang saya tertinggal card reader di rumah. Hehe. Jadi, agak sukarlah nak update gambar-gambar dan foto-foto kenangan di jalanan. Walau bagaimanapun, saya akan cuba sehabis baik, untuk mengepost entry-entry ketika saya di sana nanti biarpun tiada foto ok? Aci tak camtu? Hikhik.

Sehingga bertemu lagi.

Thursday, September 16, 2010

Syawal Ketiga-Keempat-Keenam-Ketujuh :: Edisi Raya Bersama Rakan Taulan

Hai Semua-semua. Ini adalah entry yang mengumpulkan cerita-cerita dan foto-foto saya bersama rakan taulan untuk sambutan hari raya bagi tahun ini. Sila baca tajuk. Syawal Ketiga-Keempat-Keenam-Ketujuh berhari raya bersama rakan-rakan. Haa, banyak hari punya cerita nih. Ok, Mari kita mulakan. 

*******************************************************
HARI RAYA KETIGA

Pagi hari raya ketiga tu, saya memang tak ke mana-mana. Masih melayan saudara mara yang datang ke rumah. Sebelah petang, barulah gerak ke open house kawan sekolah saya, Fudzla di Pumpong, Alor Setar.

Sepupu Sobriah-Tuan rumah, fudzla-saya-Sobriah

Fudzla ni sekelas dengan saya masa di SMK Sultanah Bahiyah. Sekarang dia jadi Cikgu & mengajar di Johor. Kalau nak jumpa dia ni, memang setahun sekali jer la. Tu pun masa raya.  Haa, nampak tak dalam gambar tu, gadis berbaju ungu yang sedang pegang angpau raya banyak2? Itu lah fudzla. Sobriah pun rakan sekelas jugak. Kini bergelar cikgu & mengajar di Jitra, Kedah. Hurm, walaupun kat kedah, still susah jugak nak jumpak dia ni. Ye la kan, masing-masing sibuk dengan kerja. Oh, gambar makanan tak sempat nak tangkap, sebab sibuk dengan aktiviti memakan jer.He2. By the way, makanan sedap.

Balik jer dari rumah Fudzla, rumah saya dikunjungi oleh best friend saya, Jaylie. Dia ni kawan baik saya dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Semua rahsia sulit saya, si Jaylie nih tahu la. He2. Dia pun cikgu gak, mengajar Bahasa Inggeris kat sekolah di Petaling Jaya.

Berposing di hadapan kereta baru Jaylie
Ok, masa nih Jaylie berpakaian sempoi-sempoi sebab nak balik KL dah. Nak masuk kerja dah on the next day tu. So, sempatlah saya jumpa dia, dan tapaukan dia dengan kuih-kuih raya dan jugak Nasi Tomato buatan Mama Gee. Jaylie kata , "Eh, ang ni macam mak aku lak, nak tapaukan bekalan makanan!" He2 :p Saya cakap saya cemburu dia kurus sangat, jadi nak jugak dia gemok mcm saya.
******************************************************
HARI RAYA KEEMPAT

Masa hari raya keempat, saya dan Maryam berpakat nak melawat si ibu mengandung yang tengah tunggu masa je nak deliver iaitu Amal. Pakatan tu hanya bermula di facebook je. Boring asyik memerap di rumah je waktu cuti. Cuti-cuti camni bukannya datang selalu, jadi, haruslah jalan-jalan kan.
Saya-Amal-Maryam
Lagi gambar kenang-kenangan
Amal tinggal di KL dan kebetulan balik beraya di rumah nenek dia di Bukit Tinggi, Jitra, Kedah. Kedua-dua orang di atas ni pun rakan-rakan sekolah dari SKTU dan SMKSB. Dua-dua pun cikgu. Amal mengajar di KL dan Che Yam pulak di Kulai, Johor.Ye, kawan-kawan saya memang kebanyakannya cikgu. Saya jer tersasar ke bidang pertanian. Sasar jauh pulak tu. He2. Rezeki masing-masing kan. Oh, Maryam ajukan saya soalan cepumas lagi. Bila nak kawen? Hurm...Encik kekasih, sila jawab!

****************************************************
HARI RAYA KEENAM

Oh, hari raya keenam nih memang istimewa. Sepatutnya hari ni saya masih bercuti, tapi dipanggil bertugas. Ke Putrajaya untuk satu urusan rasmi. Tapi takpe, saya berpeluang jumpa kawan lama masa di UiTM dulu. He2. Sambil menyelam, sambil minum air. kan, kan, kan?

Saya-Lynn
 Dua-dua muka keletihan. Baru habis bekerja. Ini Lynn, rakan sebilik dan serumah sewa masa belajar di UiTM dulu. Dah banyak tahun tak jumpa dengan Lynn. Hanya berhubung melalui FB. Sekarang Lynn kerja di Dengkil dalam bahagian yang paling disukainya, Industrial Lab! Hehe. Oh, dulu saya selalu tiru Lab Report Lynn. Sebab dia memang excellent buat Lab Report. Nasib baik la kerja saya sekarang tak perlu buat Lab Report, kalau tak, dah tak tahu nak tiru sapa dah. ngehngeh..Lynn, tengkiu tau hantar aku gi klia. Nanti, hantar lagi ehh..aku belanje ko makan McD ehh. french fries saje. Hikhik.
*****************************************************
HARI RAYA KETUJUH

Ok, sambutan raya dan majlis rumah terbuka diteruskan lagi. Hari ni saya berkunjung pulak ke rumah Officemate saya, Siti di Pendang, Kedah. Dia buat open house dan juga kenduri kesyukuran memasuki rumah barunya. Serius, rumah itu sangat cantik. Wah, semangat nak beli rumah sendiri nih semakin membara. Harus bincang dengan encik kekasih! :p
Liza - Saya
Masa saya mula sampai rumah Siti, kawan saya si Liza nih dah nak balik. Oh, saya sangat adore baju kaftan yang dia pakai. Sumpah, cantik! macam artis laa..kalau tak preggy cam dia, leh pakai tak kaftan camtu ekk?

Hasfa - Liza
Lupa nak cakap, saya datang dengan si budak comel di atas nih, Hasfa. Dia pun officemate saya juge. Tak la rasa kesepian sangat nak pergi attend kenduri sorang-sorang sebab dia ada. He2.

Siti - Saya
Baiklah, mempersembahkan, tuan rumah kenduri, Siti yang berbaju sangatlah jingga. Sedondon dengan hubbynya. Sempat jugak saya mengusik dia yang kenduri dia buat nih sangatlah meriah, mungkinkah ada berita-berita gembira lain mengiringi majlis kenduri tersebut? Dia ketawa besar. Oh, Siti cakap rumah dia ni cat ikut tema. Kat ruang tamu- warna jingga ,kat ruang makan -warna ungu dan kat dapur ada kabinet hitam-merah yang sangat cantik. Erm, dalam bilik tak tengok pulak. Giler, bilik orang pun takkan nak tengok? Segan, kot. :p 

******************************************************
Ok, semua. demikian sudah ceritera saya untuk dua-tiga hari yang lepas. Alaa..minggu depan dah nak start masuk office balik. Rasa malas masih menebal dan harus dikikis dengan semangat waja. 
U all camne? Dah masuk kerja?Ada ok kah?

p/s: Entry ini ditulis sambil melihat cerita Halimah Jongang di kaca televisyen.

Tuesday, September 14, 2010

oh Tiada Mood Bekerjaya!

Oh..saya masih bercuti. Ya, saya memang mengambil cuti yang panjang untuk raya kali nih. Kalau ikutkan, hari Ahad 19 September baru saya akan memulakan kerja. Hari ni, baru set up appointment dengan encik kekasih nak keluar jalan-jalan beraya. Jadi, pagi-pagi lagi saya dah bangun untuk memasak. Mama Gee & Pak Bihi kerja hari ni. Sengaja saya siapkan Lunch untuk mereka supaya bila mereka balik tengahari nanti ada makanan yang nak dimakan. Nasi Ayam sudah siap terhidang. Semuanya dah tersedia. Saya pula bergegas nak bersiap-siap, mekap-mekap dan bergaya cantik-cantik untuk keluar berdating. TAPI...kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya tsunami yang melanda. Tiba-tiba dapat panggilan dari bos kesayangan. Nak saja saya reject call tersebut, tapi memikirkan saya taknak jadi bahan bualan untuk tiga bulan akan datang, saya terima. Dan, natijahnya yang harus saya pikul, saya dipanggil untuk bertugas dengan segera. Malam nih harus berangkat ke Kuala Lumpur untuk satu urusan rasmi. Arghh..sebal. Encik kekasih sudah bermasam muka. Janji temu ini harus dibatalkan lagi.

Sunday, September 12, 2010

Syawalku Yang Kedua

Hari Raya Kedua. 
Pagi tu memang tak pergi mana-mana. Dok diam-diam kat rumah je. Ramai orang datang berhari raya kat rumah. Saya dan Nini tolong Mama Gee la buat apa-apa yang patut. Kemudian, dalam pukul 2.00 petang camtu, baru lah kami dapat keluar berhari raya. Destinasi yang dituju, pastinya rumah sanak saudara yang berdekatan sekitar Alor Setar. 

1. Rumah Pertama - Mak Tam Zakiah, Taman Mutiara.


Mak Tam Zakiah  adalah kakanda kesayangan Pak Bihi. Setiap tahun mesti pergi rumah Mak Tam. Sebab macam-macam ada. Tahun ni, Mak Tam buat nasi ayam dan laksa. Ohh, rojak pun ada. Guna kuah rojak Mak Bee lagi. Semuanya dibalun dengan lahapnya oleh saya. 


Ini dia anak-anak saudara yang baru nak makan sebab asyik bermain sejak dari pagi. Yang baju kuning tu Danish manakala budak perempuan yang comel tu namanya Fifi. Depa dua ni cucu-cucu kesayangan Mak Tam. Seronok je jadi budak-budak ni, dapat banyak duit raya! 

2. Rumah Kedua - Tok Ndak, Taman Berlian.


Ok, Tok Ndak adalah adik kepada MakTok sebelah Mama Gee (hampa paham dak nih?hehe). Senang citer, Tok Ndak nih adalah Bapa Saudara Mama Gee la. 


Sebelah Mama Gee tu adalah isteri Tok Ndak iaitu Tok Ndak Bada. Beliau sangat excited ketika saya mau mengambil gambar beliau. He. Oh, beliau jugak sangat pandai memasak & menjahit. Open house kali nih beliau buat Mee Palembang. Seperti biasa, saya balun dengan lahapnya. 

3. Rumah Mak Teh Miah - Taman Ria 

Rumah Makteh Miah jugak adalah senarai rumah WAJIB pergi masa hari raya kedua. Sebab rumah beliau adalah satu-satunya rumah yang menyediakan juadah Nasi beserta lauk pauk yang enak & sangatlah menyelerakan. Menu tahun ini : Kari Kepala Ikan, Ikan Terubuk Goreng, Tilapia 3 rasa, Kurma Kambing, Sayur Campur dan Sambal Udang. Perghh, memang sedap. Oh, gambar MakTeh tak dapat diambil sebab kesibukan beliau yang sangat ketara sebagai Chef. Jadi, biar gambar saya dan yang lain-lain saja yang memenuhi ruangan belog ini. Ngehee..


The cousins ni kalau berjumpa memang tak lepas dari aktiviti bergambar. He. 
From left : Idzaida - Nini - Saya - Kak Pieja


Haa..budak comel ni adalah anak kepada sepupu saya. Nama dia Jasmin Suraya. Lebih suka membahasakan dirinya sebagai Mamin. Ni la satu-satunya budak yang bila orang bagi duit raya, dia cakap dengan jujur, TAKNAK, MAMIN ADA BANYAKK DAH. Heheh. Kalau semua budak camni memang best. Selamat duit raya kita. 

~SELINGAN SEKETIKA~


He. Ini sebenarnya pose nak tunjuk Handbag baru beli. Dah janji dengan Cik Sepet nak post kat belog. Anyway, this bag is very nice! Sapa-sapa nak tengok & beli handbag cantik-cantik boleh view kat SepetShop yer. 

Pesanan untuk Cik Sepet : Nanti kalau saya beli handbag lagi, dapat discount tak sebab promote beg2 awak? Ngeheee.. Peace :p

Ok, sekian saja update untuk hari raya kedua. Perut dah kenyang. Hatiku sangat lah senang. Mataku pula dah mula mengantuk. Nanti saya update lagi aktiviti berhari raya saya yer. Jom Tido. 
Bye! 

Saturday, September 11, 2010

Syawal Pertama

Assalamualaikum. Hai semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Mesti semua orang tengah mabuk ketupat sekarang ni. Takpe2, kan raya setahun sekali jer. Kalau bukan hari raya, jangan harap la nak dapat makan ketupat kan. :D

Kat rumah saya, kalau pagi2 raya, orang yang paling sibuk sekali mestilah Mama Gee. Kalau nak kejut kami bangun,suara Mama Gee boleh didengar oleh semua orang-orang kampung. Hehe. Tambah2 kalau nak kejut adik2 bujang saya bangun. Kecoh jer satu rumah. 
Lepas breakfast dengan ketupat dengan ayam masak merah masakan Mama Gee, kami menunaikan solat hari raya kat surau selang dua tiga rumah dari rumah kami. Habis jer solat hari raya, kami sekeluarga keluar menziarahi pusara arwah adik dan jugak pusara mak tok, tok ayah dan tokwan. Memang begitu rutin hari raya kami. Balik dari pusara, tiba lah sesi bermaaf-maafan di pagi raya. Kemudian, sesi yang paling ditunggu-tunggu, SESI FOTOGRAFI. hehe. Ini gambar raya untuk tahun 2010. Tema warna untuk tahun ini ialah Gold! Tapi bila ambil gambar, jadi macam green pulak. Hehe. Ok, check it out.

Ibu bapa kesayangan saya - Mama Gee & Pak Bihi
Syeeda & Nini bersama Pak Bihi. 

Cantik tak Bonda kesayangan saya? He.
Adik-adik bujang saya bersama Pak Bihi & Mama Gee. 
Yang sebelah kiri tu adik saya, Ein dan yang kanan Fakhri. 
Gambar Sekeluarga di pagi raya
Ok, semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin yer.
Jom sambung makan ketupat & kuih-kuih raya lagi. :p

Wednesday, September 8, 2010

Oh, saya nak dapat anak saudara.

Baru petang semalam officemate saya, Yani mengadu yang dia rasa macam nak pitam. Dia memang tengah sarat mengandung. Saya yang tiada pengalaman mengandung ni (of course la, kan i tak kahwin lagi?!), dengan selamba berkata ," Yelah, kan u dok hadap computer tu dari pagi sampai ke petang, mestilah pening dan nak pitam. Dah la, u pi rehat, pi tido lagi elok."

Pukul 7.00 malam camtu, tatkala orang semua sedang sibuk sediakan juadah nak buka puasa, saya dapat call dari officemate sorang lagi, airisyun, " Yani dah masuk hospital. Jiran dia yang bawak pi hospital." Oh, kesian dia. Husband dia kat Perak. Mesti dia sedih bersalin sorang-sorang.

Lepas berbuka, terus saya ke hospital. Adik yani tengah tunggu dia. tapi kami tak dibenarkan masuk. Boleh tunggu kat ruang menunggu je. Adik yani cakap air ketuban dia dah pecah. habis basah semua baju. Lama jugak kami tunggu. Sempat lagi lah tengok Cerita Asmara kat Tv3 tu. He. Then, nurse cakap officemate saya tu akan masuk wad dan dijangka bersalin esok pukul 8.30 pagi.

gambar ni curi-curi amik. maap ye misi.

tengah tunggu kat luar wad. sempat berposing. he
Hurm. masa tunggu kat luar wad ni, saya pun telefon encik kekasih.

Saya : Awak, nanti kalau kita kahwin, jangan tinggal jauh-jauh ye. saya sedih la kalau kena bersalin sorang-sorang. huhu.
En. K : eish, merepek apa malam-malam ni. kahwin pun belom, camna nak bersalin.
Saya : (Dalam hati : urghhh..sebal)

Pukul 11.00 malam, husband yani dan family dia sampai dari Perak. Lega. Baru boleh balik dengan tenang. He. Tapi, still dok pikir nih, saya tak sekuat yani dan orang-orang lain yang boleh berjauhan dengan si suami. Saya cuma kuat nangis je. Hu.

p/s : pagi nih pun masih menunggu khabar berita kelahiran baby Yani tu. Takde apa-apa lagi. Hopefully semua ok.

Monday, September 6, 2010

Siapa Nak Kuih Raya, Sila Angkat Tangan!

Salam. Hai You All.

Harap-harap semuanya sihat-sihat ok. Lagi tiga hari nak raya kan? Macam mana puasa? Penuh Tak? Hehe. Ok takmo tanya banyak-banyak dah. Bulan puasa camni tak larat rasanya nak jawab pelbagai soalan. 

Ok, siapa nak kuih raya, sila angkat tangan! Haha. Saya tanya jer, bukan nak bagi FREE pun yer. Sekadar nak promo kat sini untuk you all beli. Bagi orang-orang Alor Setar yang tak dak kuih raya lagi ni, mai sini habaq.  Ada satu program Promosi dan Jualan Produk Industri Asas Tani MADA di Lot 27, Tingkat Bawah, Alor Setar Mall, Tandop, Alor Setar. Kami janjikan harga produk yang berpatutan dan sangat berkualiti. Lagipun ini produk keluaran tempatan, kita kenalah bagi sokongan kan? Ada banyakkkk kuih raya kat sini, sedap-sedap semuanya. Produk-produk lain yang turut dijual ialah Bes Minuman Mangga Tobiar Gold, Jus mangga, kordial roselle, bubur nasi, sos mangga bercili, kopi Qaisara, E-man Coco dan macam-macam lagi la. Telekung untuk raya pun ada!

~Gambar Flyers Program Promosi Yang Diedar~
Bukan kat Alor Setar Mall jer, MADA juga ada buat program promosi di Kiosk Produk IAT, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar serta di Peladang Mart, Taman Mutiara, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ok, untuk keterangan lanjut, Sila Hubungi:
Pusat Pengumpulan Produk IAT MADA
Peladang Mart Sdn. Bhd.
No. 4049, Taman Mutiara,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah.
04-7314826

Sekian update untuk hari ini. Bye!

Friday, September 3, 2010

Aku, Dia, Baju Raya dan Kasut Raya.

Hai semua. Eh, Assalamualaikum. Tak Jawab Dose. Jawab, Suka Saya. Haha. Annoying kan? Dulu-dulu masa sekolah, kawan-kawan lelaki suka buat lawak annoying cam tu. Bajet cute la tu. Haha. :D

Dan tak lupa, Salam Kemerdekaan diucapkan buat semua. Dah 2 September baru nak ucap Salam Kemerdekaan. Maaf dipinta, tak sempat nak update belog ini disebabkan kesibukan yang melanda. Tapi untuk pengetahuan semua, semangat 1 Malaysia Menjana Transformasi tu tetap ada di hati saya walaupun sibuk macam mana sekalipun.
 
Hari 31 Ogos tu kan cuti umum. Jadi masa ni la saya ambik peluang nak shopping-shopping. Nak buat persiapan hari raya. Saya dah sepakat membawa berkat dengan adik saya, Nini nak shopping kat Penang. Konon-konon nak cari baju raya, kasut raya terhebat la kan. Macam la kat aloq staq tadak. Punya la pulun cari sampai ke Penang. Tapi motif utama nak shopping raya bersama encik kekasih masing-masing.         (Ok, walaupun busy, percintaan kena la terjaga rapi.) Mampuih la kalau Pak Bihi dan Mama Gee baca ni. Bocoq abeh rahsia kami. Hehe. Kalau Pak Bihi tau, mesti dia kata "Hampa dua gatai noo. Malam ni hampa tidoq kat luaq dengan kucing-kucing hampa!" Huhu takmo-takmo. Ngeri. Ngeheee. 

Baru sampai Queensbay Mall. Dan lagi berposing.
Met & Nini. 
 Mula-mula kami shopping-shopping di Queensbay Mall. Saya nih memang pemilih dan agak cerewet. Encik kekasih dah mula geleng-geleng kepala. tapi dia masih lagi bersabar la dengan kerenah kekasih hatinya tu. Takde satu pun baju raya dan kasut raya yang berkenan di hati. Then, we all move to Bukit Jambul. Kat situ, beli baju raya encik kekasih. Gold keemasan. Tapi dalam hati, tengah risau ni. Sedondon ke dengan baju raya saya, sebabnya cuma padankan dengan imej gambar baju raya dalam handset. Ngehee. Awak, kita kena terima hakikat noo, baju raya kita mungkin tak sama. Hehe. 

atas feri. nak balik dah. dari island ke tanah besar. 

Hurm. puas cari kasut raya. kat queensbay, kat bukit jambul. semua tak jumpak yang berkenan di hati. bila jumpak yang berkenan, takde size pulak. frust sangat. maybe its just not my lucky day, on that day. so, kami pun gerak la dari island balik ke tanah besar. kali ni naik feri, sebab tadi dah datang ikut penang bridge. Hasrat di hati tu, singgah Sunway pulak nak cari kasut raya. Hehe. Daku tetap tak berputus asa. 

Di sinilah bermulanya kisah kasut raya. Kat sunway. Masa tu dah 6.30 petang. Kat kedai Nose (kalau tak silap..banyak sangat masuk kedai. huhu) Pilih punya pilih, dapat satu kasut yang cantik. 


Saya : Miss, tolong amik size 5, bleh? Nak try sat.
Miss Kedai Nose : Ok. (Datang semula selepas 5 minit) Maaf cik, habeh dah la size 5. 

Saya. muka sebek (sedih dalam loghat kedah.) Hadoi2. Tetap tak berputus asa. cari lagi. Dapat satu kasut yang ala-ala boleh tahan la.

Saya : Awak, saya janji nih kasut saya yang last choice yer. (sambil tunjuk kasut)
Lelaki itu : Erk,, awak nak jadi girlfriend saya ke? (Muka sinis, mcm nak gelak kat daku ler tu)
Saya : Sorry, salah orang. 

Wuaaaa. Cheq MALUUUU. rasa macam nak buat-buat pitam kat situ sebab menanggung malu yang amat sangat. Punya la asyik memilih kasut, sekali sudah tersilap encik kekasih la. dahla lelaki tu pun pakai baju sama warna dengan encik kekasih. saya ingatkan dia encik kekasih hati saya la tadi. Dan tiba-tiba encik kekasih datang. 

En. K : Awak cakap dengan sapa tadi? Kenai ka?
Saya : Awat awak tinggal saya? Uhu. Dah salah orang la. Ingat awak tadi.
En. K: Hahaha. Dah la tu. Letak semua kasut-kasut tu. Kita keluaq pi cari kedai nak bukak posa nih.

Huhu. Jadi, kesimpulan cerita ini, tiada lagi la kasut raya untuk saya kali ini. Pergi penang hari itu cuma beli Baju Melayu encik kekasih jer. Dia pun bebel-bebel kat saya, "Tengok, t-shirt dan jeans saya pun tak beli. Asyik cari kasut awak jer."  Hehe. Tu dia taktau lagi. Baju melayu dia tu entah-entah sama ke tak dengan saya. Ngehee.
Pesanan untuk encik kekasih : awak, saya nak kasut cinderella ni.

Tabung Baby. Please Click :)