Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, August 15, 2011

First Parcel!

Alhamdulilah. Syukur sangat kepada Allah sebab memberikan rezeki hari ini. Ada customer dah buat payment handbag. Saya pun dah siap wrapping untuk dipos esok. So, meaning that, this is my first parcel from Sheemieyda Blogshoppe to be delivered! yes! go go chaiyo.. semoga murah rezeki lagi di lain kali. Thanks kepada customer yang shopping kat Sheemieyda Blogshoppe.. Korang bila lagi?? Singgah la ye. Click sini :: Sheemieyda Blogshoppe :: untuk tengok beg-beg yang cantik dan sweet macam saya. Erk??

Satu perkara yang saya realize sekarang ialah sejak dah mula berjinak-jinak dengan part time online business nih, saya menjadi lebih peka terhadap masa. jika nak dibandingkan dengan masa dulu  (masa belom ada apa-apa lagi), saya lebih suka sangat nak buang masa. Tapi sekarang, saya rasa saya lebih menghargai masa! sebabnya saya ada banyak benda nak dibuat. saya terpaksa membahagikan masa untuk kerjaya tetap dan online business nih. memang benar kata orang, kalau dah namanya minat, kita sanggup buat apa saja. erm, i guess satu peningkatan yang baik dalam diri saya tahun ni. hehe. hope ianya berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Thanks kepada encik tunang jugak yang support apa yang saya buat nih. i think it makes me love him more deeper!! haha. 


Friday, August 12, 2011

Suka-suka Ganda Dua Juta

Hari nih takde buat apa sangat pun. Just ikut Nini amik stok baju, pastu ai pun tambah la stok handbag i.. hehe Suka sangat handbag nih sebab nampak sangat elegan. boleh guna untuk dinner, pegi jalan-jalan, keluar dating, pegi kenduri dan sebagainya. pendek kata multi utilize.. hehe. ohh, nak guna untuk berjalan-jalan di hari raya pun okeh. jap-jap, biar saya post kat sini. so, that you all can view. 

New stock :: Trendy Handbags. 

Cantik kan? Kalau berminat, ringan-ringankan jari anda click di Sheemieyda Blogshoppe  
Okla, saya nak cari idea nak masak apa untuk berbuka petang nih. Teringin sangat nak makan ayam masak semur buatan future mother-in-law.. dia dah bagi resepi, tapi terlupa lak. huhu. nak try google lah, kot-kot ada. Bai korang. Selamat Berbuka!! 



Saturday, August 6, 2011

Akhirnya saya ada blogshoppe!

Adoiyai.. agak letih jugak berpuasa hari nih. hari nih satu hari suntuk memerap kat rumah je. Tak pegi mana-mana pun. En. tunang asik sibuk kerja je. Jadi, lebih baik lah saya dok rumah saja. Malas nak keluar jalan sorang-sorang. Bulan puasa lak tu. Bukan leh makan minum pun kalau keluar. Haha. 

Ok-ok.. nak inform you guys yang saya finally dah ada blogshop sendiri. Its all about handbags. Sebab ape pilih bag? sebab saya memang penggemar handbags. Dan saya rasa, girls yang lain pun mesti suka jugak buat beg collections kan. So, nih macam promosi menjelang hari raya la. Sape nak tengok beg raya? jom-jom usha sini. 





Nice kan? ok kalau nak tengok lagi. Click Sini : Sheemieyda Blogshoppe  

Actually dah lama dah nak buat online nih, cuma tak berkesempatan. Tapi kali nih, kuatkan semangat jugak nak buat. Since ai nih bekerjaya tetap, so every weekdays (Ahad - Khamis) , kedai online nih akan beroperasi bermula pukul 5.00 petang ke atas sahaja. But then, for weekend (Jumaat - Sabtu), Sheemieyda Blogshoppe mula beroperasi 8.00 pagi sampailah ke tengah malam. 

Kesayangan semua, please doakan saya yer. Hope business nih success. Ok, jangan lupa click links tu eyhh. Babai! Love u ols! 

Wednesday, August 3, 2011

Mengendap Si Comel

Dah lama rasanya takde ahli baru dalam keluarga. Opss ahli baru?? bukan baby la korang.. anak kucing.. yup, kitten! kitten pun merangkap sebagai ahli keluarga jugak. sebab family saya memang sukakan kucing. okla2.. i admit that Pak Bihi tak berapa suka sangat la kucing. tapi tak pulak dia menghalang kalau saya & adik-adik pelihara kucing. sekarang ni dah tambah seekor anak kucing baru yang comel sangat. color kelabu. so, i am so excited! sebelom ni just ada anak kucing teruna saya tu, si toyen dengan kucing betina si paris yang suka mengendeng di kaki orang. dengan bertambahnya anak kucing ni, family saya akan jadi lebih meriah!! the more the merrier omputeh kata ;p 

Jom kita usha si comel cute sat. Nak ngendap pastu snap-snap gambar dia.

mak dia, si paris peluk dia erat-erat. takut ai culik main la tu. 
see.. bulu dia color grey. ada stripes & tompok-tompok sikit. 
let us called him NONTHON.

serius si paris takut ai amik anak dia. tangan taknak lepas je dari pelukan nonthon. 
sayang betul mak dia kat dia eyhh. kasih ibu membawa ke syurga. 
binatang pun tau sayangkan anak. nada sedikit insaf di situ.

hah..pose nih paling menarik. tido kekenyangan tu. 
sampai buncit perut dia minum susu banyak sangat.

heh.. dia terkejut saya amik gambar dia. terus terjaga dari tido. 
Nonthon says Tanjat Boboyyy!! haha. 
Pastu sambung tido balik. Style je Nonthon.

Okla. Nak terus kacau Nonthon nih. Geram tengok dia. Bai! 

Wordless Wednesday : Happy Birthday Idzrin!



Happy Birthday My Dear Best Friend, Idzrin Idzwana Ismail.
It's your birthday and I can't be there
But I'll send you a special birthday wish and a little prayer
Have a happy birthday
Hope that all of your birthday wishes come true
May you have a great time today and find happiness in every single thing you do. 

p/s: Idzrin, aku cilok picca ang dari fesbuk ang. jangan marahh arr. hikhik.  OMG, u are getting one year older than me, gal! haha. 

Monday, August 1, 2011

Penayangan Baju Raya

Guess what? Baju raya saya dah siap!! Yahoo!!  cepat kan? rasa macam baru je pi hantar kat tailor. but anyway.. hemm..suka tu suka jugak. Risau pun ada. Takut "terpakai" sebelom raya. haha. dah tak pasal-pasal nak kena cari baju raya baru pulak. So, bagi menyerikan lagi baju raya saya, saya begging2 kat Mama Gee kesayangan untuk dia jahitkan manik di tangan baju raya itu. Baru lah rasa feeling-feeling nak raya kan. 

~ Inilah hasilnya ~

Manik bunga lily. Cantik tak? Baru siap sebelah tangan. Mama Gee memang buat part time pun jahitan manik nih. Kalau korang berminat nak tempah (especially orang sekitar Alor Setar, Kedah) , boleh contact saya through email k : sitisyaheeda@yahoo.com.my. 

*** Baru mesej Encik Tunang untuk men"ciwi"kan baju raya. 

En. Tunang : Kenapa awak tak jahit sendiri je manik tu? Susahkan mama je. 

Cik Syeeda: Saya tak tau camne nak buat bunga2 manik tu. Kalau yang simpel2, reti la nak buat.

En. Tunang : Hmm, belajar la jahit manik dengan mama. Nanti boleh jahit kat baju anak kita. 

Cik Syeeda : *macam nak pitam jap* 

Cuti-cuti Kelantan Bersama Family & En. Tunang

Hai kesayangans. Baru satu hari berpuasa dah ada dugaan. Huhu. Sedih sangat ni. Actually tadi tengah eksaited sangat-sangat nak post gambar posing-memosing di Kelantan bersama Encik Tunang. Baru je transfer semua gambar-gambar dari camera & berry2 saya masuk dlm pen drive, sekali pen drive tu ada virus daa.. Semua gambar hilang! sob sob.. dah la cut & paste. dah memang takde dahh copy. Huhu. Nasib baik ada jugak gambar dalam camera syamet. tapi tak sebanyak dalam camera & berry2 saya la. Huhuuu sekali lagi nanges. Jadi, terimalah entry jalan-jalan hari jumaat & sabtu lalu yang tak seberapa menggah sangat eyhh. ;( 

**** Zass ! Biar gambar saja yang bercerita.

berhenti berehat di tengah perjalanan dari Alor Setar ke Kelantan.
kalau tak silap, hentian nih selepas Tasik Banding.

Area Muzium Perang @ Kota Bharu, Kelantan.

Here we are @ Kota Bharu!

Kat atas bukit di banjaran titiwangsa.
Sejuk tempat ni.

Dah nama pun jalan-jalan kan. so, saya mempersembahkan gambar jalan-jalan je la eyhh. Actually tujuan asal adalah shopping.  We all singgah di Pasar Siti Khadijah. Then, jumpa dengan kawan Mama Gee. Nama Kak Za. Dia ada kedai kain kat situ. Nama kedai dia, Gerai P.Ramlee & Saloma. Kelas kan? Apa lagi, we all pun borong-memborong kain la. Memang cantik-cantik kain kat kedai dia. Latest design. Lagi best, sebab dapat harga istimewa! Sayanggg Kak Za.

Hari Sabtu pulak, singgah di Rantau Panjang. Saya suka sangat rantau panjang! Kalau dok lama-lama kat sini pun takpe. tapi takut habes duit je la memborong. Haha. So, kat Rantau Panjang ni, saya banyak membeli barang-barang perkahwinan sebab harganya yang sangat murah. Macam-macam ada. Bunga telor ..doorgift bags.. semuanya cantik-cantik. Kalau kat Alor Setar, memang tak dapat la harga cam kat sini. Alang-alang dah sampai sini, apa salahnya memborong sakan kan? So, bulan ni kena ikat perot. Nasib baik bulan puasa! Haha. Encik Tunang pun eksaited sangat-sangat beli-belah kat sini. Dia beli jeans, kasut dan jersey bola.

*** Tadi saya call Encik Tunang. Mengadu domba pasal gambar-gambar yang hilang. Encik Tunang says.. takpela awak, nanti kita tangkap gambar lagi ye..kita tangkap lagiiii banyakkk dari yang ni. dah-dah, jangan sedih-sedih lagi ok? Terus.. ai senyum sampai sekarang.. So sweet.. 

Nah..bunga nih untuk awak sebab pujuk saya :D

Tabung Baby. Please Click :)