Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Tuesday, July 17, 2012

Preggy Diary 7: Nota untuk anak mummy

Assalamualaikum anak mummy. Hari ni kite naik flight lagi. Ni dah kali kedua mummy bawak bb naik flight. Kalau ikut hati mummy, mummy malas sangat nk gi kl. Tp, nak buat camne kan, mummy kna keje. Ada urusan keje di kl. Takpe, kite pegi waktu pagi, malam ni kite balik k. Bb kena fhm tau, mummy keje cari duit, utk beli barang-barang bb gak. Bb jangan buat perangai eyhh hari ni. Dok diam2 tau dalam peyot mummy.

Ingat tak last month kite naik flight dari alor setar ke kl? Mummy siap muntah lagi dalam flight tu. Masa tu bb baru 5 bulan dalam peyot mummy. Sampai je LCCT, mummy terus lepak kat mcdonald. Kite makan sundae lime groovy. Heee. Hari ni kite naik flight lagi. Mummy xmuntah langsung. Everything ok je. Bb baik hari ni. Ke sebab kite naik flight MAS hari ni bb berkelakuan baik? Hari tu kite naik airasia. Hehe bb xsuka airasia ye. Bb memang high taste. Nasib baik company yang bayar. Kalau bb nak naik MAS selalu, rasa-rasanya gugur rambut papa. Hehehe.

Mummy penatla jugak hari ni bb, jalan sorang2 kat klia ni. Dahla besar. Penat nak jalan. Dah berape kali mummy stop. Sorang-sorang camni sedih la jgk. Rasa nak nangis pun ada. Papa selalu pesan kat mummy, jangan nangis selalu, nanti meroyan. Dahla papa takde teman mummy. Nasib baik ada bb teman mummy kan? Okla, jom kita masuk boarding. Kita nak balik alor setar dahh. Satgi terlewat, mummy xlarat nak berlari. Sambil-sambil jalan tu, kite tengok chocolates k. Nyam-nyam. Mummy sayang bb banyakkkkkk sgtt!

P/s: harap-harap anak i baca entry nih bile dia dah besar :) entry ini ditulis tatkala bosan menunggu waktu nak boarding flight di klia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 13, 2012

Wedding Review 3 : Hantaran

Hi dan Assalamualaikum. Mood update review wedding i sudah mari! Hari ni, let's talk about hantaran. At first, family i dan en.hubby menetapkan jumlah dulang hantaran kitorang ialah 9 (dari pihak en.hubby) berbalas 11 (dari pihak i). Tapi, last-last minute.. dulang hantaran dah jadi 11 (dari pihak en.hubby). Nak tak nak, pihak i kenalah membalas sebanyak 13 dulang hantaran. The more the merrier! ecehh. Tema dulang hantaran i ialah turqoise + pink, sama seperti tema majlis resepsi rumah i manakala tema en.hubby ialah apple green + putih, sama seperti tema majlis resepsi rumah beliau. 

Meriah tak.. turqoise+pink lawan apple green+white
11 Dulang Hantaran dari En. Hubby Kepada I 
1. Sirih Junjung
2. Hantaran Wang Belanja
3. Telekung
4. Cupcakes
5. Kasut
6. Camera 
7. Set Kecantikan Elianto
8. Kek Kahwin
9. Handbeg
10. Tart Blueberry & Manisan Gula
11. Buah-buahan 

Nota : Bekas Hantaran Mas Kahwin dan Cincin Nikah dah diasingkan dan dibawa semasa majlis akad nikah 


Beberapa foto dulang hantaran adalah seperti di bawah ye kawan-kawan.
Gubahan Telekung 
Cupcakes Comel 
Set Kecantikan Elianto 
Camera & Moq Cheque Plague Wang Belanja 
Tart Blueberry 
Manisan Gula 
Handbeg
My Favourite Heels
Kek 
Buah-buahan


13 Dulang Hantaran dari I Kepada En. Hubby
1. Sirih Junjung
2. Jam Tangan
3. Kasut
4. Kemeja
5. Set Perfume
6. Cupcakes
7. Chocolates
8. Sejadah
9. Set Wallet & Belt
10. I-Phone
11. Kek Kahwin
12. Manisan Gula
13. Buah-buahan

Hantaran-hantaran ni digubah oleh i sendiri. Hehe syok sekejap. Bangga owhh dapat buat sendiri. Walaupun ianya kelihatan macam kartun je. Jom tengok foto-foto nye. 

Jam tangan di dalam sangkar..hikhik
Sejadah berbentuk handbeg 
Kemeja en. hubby
Kasut Timberland 
I-Phone 

Set Perfume Adidas
Set Wallet & Belt 
Chocolates
Cupcakes
Fondant Cake
Manisan Gula
Buah-buahan 
Okla darlings! Tu je la review hantaran. Kalau u ols tengok, banyak dengan makanan kan? Biasala, orang utara nih memang meriah dengan makanan. Hope u ols enjoy the pictures k... Apa-apa tinggalkan komen. tata! 

p/s: i sedang mencari idea buat hantaran untuk majlis pertunangan adik i, Mr.Fukurie nanti. Sebab tu leh kuar entry ni. Hehe rasa-rasanya kebanyakan bekas-bekas hantaran nih buleh Mr.Fukurie guna semula. Jimat di situ! 

Tuesday, July 10, 2012

Preggy Diary 6 : Scan Baby

Hari ni i ada appointment dengan klinik kesihatan. Usia baby dalam kandungan i dah cukup 24 weeks minggu nih, which means baby dah 6 bulan! I dan encik hubby sangat excited nak tau baby kitorang nih gegurl ke boboy. So, hari ni memang dah berniat nak scan jantina baby. Unfortunately, bila i pegi appointment kat KK, misi cakap hari nih tak perlu jumpa doctor. Sedikit kecewa di situ. Tapi takpe, i still doing routine monthly check up macam biase. Check tekanan darah..gula dalam air kencing.. timbang berat badan.. check blood pressure.. Misi cakap OK! semuanya ok. Alhamdulilah. 

Lebih kurang 2 jam i kat KK.. standard la kan. Siapa yang selalu check Klinik Kesihatan Kerajaan nih mesti dah tau kan yang check up selalu ambil masa yang lama. Ramai orang. Dah free, mestila ramai orang. So, selesai saja check up kat KK, encik hubby yang passionate sangat nak tau jantina baby nih, ajak i pegi klinik INS Specialist.. Pusat Perubatan Ibu & Bayi swasta yang agak popular kat Alor Setar ni. I pun excited gak nak tau jantina baby.. so, i ikut je la cadangan beliau tu. On the way ke INS Specialist, i cakap-cakap dengan baby. Baby,, mummy dengan papa nak tengok baby nih.. baby tunjuk tau baby gegurl ke boboy.. nanti senang mummy nak beli barang baby.. hehe lebih kurang camtu ler i cakap. I dapat rasa baby gerak2.. hikhik dia respon kot. syokk sekejap. 

Sampai saje kat INS Specialist, i pun register. Misi kat situ tanya, nak jumpa doctor mana. Wah, siap boleh pilih lagi ni.. best2.. I pilih nak jumpa Dr. Anuar. Doctor nih memang popular jugak kat Alor Setar. Kebanyakan member i jadi patient dia. Depa cakap doktor nih best. Kurang daripada 1/2 jam, nama i dah dipanggil masuk jumpa doctor. Doktor tanya ade masalah ke..ape nak buat hari ni.. so, i cakap, sy nak scan..nak tgk baby. Dia kata.. ok, jom. 

Result Ultrasound 
Doktor pun scan perut i. I tgk skrin..wah canggih2 ni.. siap ada colour2 mesin ultrasound dia.. hehe jakun sekejap. Selalu scan kat KK, black and white jerrr... Doktor cakap.. Hmm baby you, tutup muka la.. Maybe dia malu.. i ngan encik hubby sengih jer.. 

See... nampak tak baby tutup muka dengan tangan dia? hikhik
pemalu macam mummy kot
Gambar baby kat bahagian kaki

Doktor klik2 lagi.. i dah tak sabar nak tau ni.. baby girl ke boy.. and finally, Dr. Anuar cakap..ok, confirm baby u perempuan. dalam hati i, yes...baby geng ngan mummy! I dah imagine nak beli banyak baju pink yang ada renda2 & ropol2 untuk baby. hehe I tengok encik hubby.. dia senyum je. dah puas hati kot dapat tau jantina baby.. Actually, kami tak kisah sangat pun ape jantina baby.. yang penting baby sihat.. dan alhamdulilah doktor cakap baby i berada dalam keadaan sihat. 

Hari ni memang senyum sepanjang hari sebab dapat tengok baby! :) 

Sunday, July 8, 2012

Wedding Review 2 : Bride's Reception

Hai semua! i rasa terpanggil pulak untuk continue my wedding review. Al-maklumlah, baru buat satu siri je wedding review hari tu. Ahaks.. dah 7 bulan kahwin, plus perut pun dah memboyot, baru nak review lagi kan kan kan? jangan marah arh.

So, this is a simple review of my reception. ianya pada 22.12.2011 di fajar istana cinta, alor setar. kenduri rumah i nih memang dibuat sehari selepas akad nikah. itu kemahuan pak bihi & mama gee. coz, kitorang berpendapat biar letih sekali harung je. hikhik. dan hari kenduri tersebut diadakan pada hari khamis. i nak ucapkan terima kasih byk2 kepada semua yg sudi dtg ke hari bahagia i ni. maaf kalau ada yang kurang ye. maklumlah, ni kenduri pertama bagi family i. so, mesti ada cacat celanya kan kan kan? 

Flow majlis resepsi i nih simple saje. Majlis marhaban start pukul 10.00 pagi. Then, about 11am, orang dah mula datang. Dah boleh mula makan kenduri dah masa ni. Pastu, pukul 1.30 camtu, rombongan pengantin lelaki sampai. Alhamdulilah, rombongan en.hubby ni on-time. sentiasa menepati masa! lepas tu, ada majlis persandingan dan upacara merenjis. Family kedua-dua belah pihak dipersilakan merenjis sebagai tanda merestui pengantin. Selesai saje majlis persandingan, acara makan beradab pula menyusul. Frankly speaking, masa nih, i ngan en.hubby memang lapar. tapi makan cover2 la. kan namanya pun pengantin. Sejurus selepas makan beradab, kitorang adakan upacara memotong kek perkahwinan. Then, kek dan cupcakes tersebut diedarkan kepada tetamu-tetamu yang hadir, especially kanak-kanak la. Selepas tu, sesi melayan dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Masa nih la sesi fotografi pun bermula. Pukul 5.00 petang camtu, i dan en.hubby pun bergerak ke lokasi outdoor untuk sesi fotografi outdoor. Kitorang ke Tanjung Chali, Alor Setar dan Restoran Spring Leaf. Semua lokasi ni diatur oleh official photographer. Kitorang ikut jer. Kenduri tamat jam 6.30 petang. Tapi ada gak tetamu yang datang malam, sebab tak dapat datang waktu siang. I terharu sangat sebab my boss sanggup datang malam tau, even i tau, beliau ke kl pada hari tersebut sebab ada urusan kerja. Tengok-tengok, pukul 9.00 malam camtu, beliau sampai ke rumah i. Thanks ya encik boss. Sekarang, tiba masanya untuk melayan gambar-gambar. Jom. 


Selamat Datang ke Majlis Perkahwinan Syeeda-Hasni
Menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki 
My beloved daddy a.k.a Pak Bihi merenjis i & en.hubby 
My Family

Sesi Makan Beradab bersama family encik hubby

Memotong kek.. nyam-nyam tengok kek nih
Tetamu yang hadir.. terima kasih semua!! 

Tetamu kehormat, YB Menteri Besar Kedah 

sesi fotografi ngan orang kuat majlis

Sunday, July 1, 2012

Preggy Diary 5 : Berjauhan dengan encik hubby

U ols tau tak apa itu PJJ? Ce teka ape? Hee bukan pengajian jarak jauh.. tp perkahwinan jarak jauh. hikhik. ok fine, alor setar dengan kuala ketil jauhlah sangat. (sambil buat tangan ke dada, mata ke atas). sebenarnya camni, since i pregnant sekarang, i stay rumah Mama Gee & Pak Bihi while my encik hubby stay Kuala Ketil. Dekat sikit dengan tempat keje dia di Kulim Hi-Tech tu. Encik hubby pulak izinkan i stay alor setar, so that, my family can take care of me. Maklumlah, masa awal pregnancy dulu, i mengalami alahan yang teruk. Alhamdulilah, sekarang baby dalam kandungan dah berusia 5 bulan 2 minggu. Alahan dah semakin hilang. Tapi, kalau i lambat makan ataupun tersilap makan, dengan sepantasnya i akan muntah. Hehe. Dah biasa dah dengan keadaan camni. 

Bila dah berjauhan dengan encik hubby ni, everyday i rindukan dia. Encik hubby akan balik seminggu sekali jenguk i. setiap hari i tertunggu-tunggu dia balik alor setar. betapa hebatnya kuasa Allah, yang mengurniakan kasih sayang sebegini terhadap pasangan suami isteri. i dapat rasakan yang kasih sayang dan hubungan kami menjadi semakin erat selepas kami berkahwin. bila encik hubby balik, i biasanya doing normal chores yang kebiasaannya dibuat oleh seorang isteri. memasak untuk dia, membasuh pakaian dia.. iron baju dia.. so that, i harap my encik hubby takkan rasa dia diabaikan even i pregnant. i just want to be a perfect wife. sekarang ni pun, kami sedang survey rumah di alor setar. hopefully, dapat berpindah ke rumah sendiri. lebih senang kami dapat jalankan tanggungjawab masing-masing. kehidupan pun lebih privacy dan lebih berdikari kan? taknak lah susahkan Mama Gee & Pak Bihi. i terlalu banyak dah menyusahkan diorang. and i think, its about time for me to stand on my own life :) Harap-harap azam ni dapat dilaksanakan. 

Baby mummy sekarang nih dah pandai "kicking" dah. Kalau lapar tu, dapat rasa dia kicking mummy dia nih. Hehe. Alhamdulilah, baby i aktif. Gerak sana, gerak sini. Kadang-kadang perut rasa cam mengeras je.Macam kejang. Kawan i cakap, kalau dia mengeras tu tanda baby tengah stress. So, kena usap-usap perut, cakap-cakap dengan baby. I try buat, and it works! Kejang tu tak lama. Baby cool down balik. Sekarang nih, i suka makan benda-benda manis seperti aiskrim & kek. Suka sangat. I know, doctor mintak i kurangkan makanan manis sebab i ada kencing manis masa mengandung. Tapi, nak makan jugak. Nak buat camne kan? Baby yang teringin. Hehe. 

My new look. 5 months & 2 weeks preggy 

Ok, tengok perut i dengan encik hubby macam nak sama dah. Dia pun senang hati kot sekarang. Membesar dengan jayanya. Tak kisahlah.. i tetap sayang u! haha. teringat pesanan encik hubby petang tadi sebelum dia balik kuala ketil. "Sayang jangan lupa minum air ribena tau! nanti baby pandai." i cam terganggu sekejap dengan fakta tu. betulke? Agaknya encik hubby nih terpengaruh dengan iklan kot. 

Tabung Baby. Please Click :)