Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, September 28, 2012

Kuih Tradisional Kedah

Assalamualaikum. Hari ni i takde cerita tentang preggy. Just rajin nak promote beberapa kuih tradisional yang popular kat Kedah. Kuih ni kalau makan petang sambil cicah dengan air kopi, memang best lagaknya. Nak-nak pulak sambil bergosip di atas pangkin bawah pokok manggis.. memang laju je habis makan kuih-kuih ni. hikhikhik. 

Kuih Karas 

Pada kebiasaannya, kuih karas nih berbentuk karas gulung dan segitiga. Tapi, yg ni special sikit sebab karas telah digubah menjadi bentuk bunga ros. Diselit jugak dengan beberapa keping karas gulung. Sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, dijadikan gift serta diletakkan di dalam bekas hamper. 
Price? RM10 per pack (exclude postage) 

Kuih Bunga Pudak 

Colourful dengan warna pink, hijau dan kuning. Cantik kan? Ini namanya kuih bunga pudak. Berbentuk gulung. Dalam setiap gulung diisi dengan inti kelapa kering. Sedap! 
Price? RM 10 per pack (exclude postage) 


Kuih Bakar a.k.a Kuih Bangkit 


Special kuih bangkit yang gebu dan cair di mulut! Dijamin sedap. 
Price? RM 10 per pack (exclude postage)

Berminat dengan semua kuih-kuih itu? Boleh hubungi i di : sitisyaheeda@yahoo.com.my ataupun syeedasobbihi@gmail.com. we can have further discussion dear! 

Thursday, September 27, 2012

Preggy Diary 10: 35 minggu

Hai semua. Minggu ni usia baby dlm peyot dah masuk 35 minggu. Hari selasa yang lepas, i ke klinik untuk buat review BSP test dan routine check up. Oh ye, bagi sesiapa yg ada GDM (kencing manis semasa pregnant) mesti tau la BSP test tu ape.

Secara ringkasnye yang i leh cerita, BSP test tu perlu buat untuk detect kandungan gula dlm darah. Simple test je sebenarnye. BSP test dibuat di makmal klinik kerajaan menggunakan peralatan yg namanye Accu check. So, jari kita akan dicucuk, darah yang keluar tu akan diambil dan diletakkan pada Accu Check. Accu check tu la akan detect gula dalam darah kite berape. Bacaan gula yg normal (tiada GDM), tidak melebihi 6.0. BSP test ni dibuat sebanyak 4x sehari iaitu pada pukul 8.00 pagi, 12.00 tengahari, 6.00 petang dan 10.00malam. Kalau perempuan pregnant macam i yang ada GDM ni, kena buat test ni sebulan sekali. Then, doktor akan review result test pada keesokkan harinye. Tu laa serba ringkas yang i leh share tentang BSP test. Nak tau lebih lanjut bolehlah tanya encik google ataupun ke klinik yang berdekatan k. Hehe.

Ok jom continue balik cerita tentang i ke klinik selasa lepas. So,i jumpa doktor untuk review result BSP test. Result i agak kurang memuaskan. Ni result i : 5.2 /8.0/7.9/5.4.. SEE, nampak tak ada bacaan lebih dari 6.0 (paras normal gula dalam darah). Jadinya, doktor ni xpuas hati dengan result i. Mintak i repeat test balik next week. I tau punca terjadinye kandungan gula agak tinggi ni sebab i makan nasi lebih. Kan nasik tu carbohydrate. Ada kanji. Yg xdpt dicerna selebihnya turns out into gula. Tapi nak wat camne. Sekarang ni memang phase i cepat lapar. Dalam 2 jam sekali mesti lapar. Baby dalam perut kan dah membesar. Jadi, perlukan makanan lebih. So, it seems like i kena kawal pemakanan i. Doktor advise mintak banyak makan sayur dan buah. Kalau gula i still tinggi, doktor kata nak refer i to hospital untuk cucuk insulin. Uishhh, xnakla camtu. Huhuu takut pun ada ni. Stress gila! one more thing, sekarang ni macam ade darah beku dalam hidung. Risau! Dah cakap kat doktor kat klinik kesihatan, so dia mintak i ke hospital untuk jumpa Pakar ENT. Tu pun belum jumpa lagi sebab agak busy sekarang. Maybe minggu depan i akan settlekan hal tu.

So, now i cuma dapat berdoa supaya kesihatan i dalam keadaan baik, dan baby i sihat sentiasa. Tak sabar nak bersalin dan tengok baby!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, September 19, 2012

Wedding Review 4: All Wedding Outfits

Hi dan Assalamualaikum! Hari ni, mood i nak berbelog tinggi. Jom continue buat wedding review. Let's view my wedding outfits yang i guna untuk tiga majlis iaitu akad nikah, majlis resepsi di rumah i dan majlis bertandang ke rumah encik hubby. 

1. Wedding Outfit For Akad Nikah 

Bagi majlis akad nikah, i dan encik hubby pilih rona cream. Kain pasang rona cream kitorang beli kat Jakel. Then, baju akad nikah ni diupah di Butik D'Kasih, Alor Setar.  Untuk tudung, i pilih konsep arabian. Ada purdah tutup hidung & mulut. Eceh. Bajet santun di situ. Tudung pulak i upah Nazry Bridal. 


Ni la tudung arabian i. Ada 4 pcs. 1 pcs anak tudung yang dijahit dengan manik, 1 pcs selendang, 1 pcs purdah dan 1 pcs veil. 


Baju kurung moden cekak musang dan kain duyung style. Saiz S la i rasa baju ni. Since baju ni i buat sendiri, i bercadang nak sewakan kepada sesape yang berminat. Sesape yang nak sewa boleh runding harga dengan i. boleh emel or pm kat FB k. hehe. 

2. Wedding Outfit For Majlis Resepsi 

Bagi majlis resepsi yang berlangsung di rumah i, i sewa je baju dari Butik Ella Miamor Bridal, Alor Setar. Yang ni memang amik sekali dengan pakej pelamin, bilik tidur dan meja makan. Baju ni i design dan mintak butik buatkan. Ilham dari Hatta Dolmat. Ecewah. Tema warna ialah turqoise dan pink. 


Modern kebaya labuh. Ala-ala dress. Manik pink yang penuh di bahagian dada. Ada belt. Plus ropol-ropol. I jugak mintak butik buatkan veil panjang. kunun-kunun nak merasa macam kate middleton. hikhik. 


Sengaja i biarkan veil panjang itu jatuh ke tanah tanpa dipegang oleh sesape. hehe. 

3. Wedding Outfit For Majlis Bertandang

Bagi majlis bertandang, encik hubby nak kan kitorang pakai baju apple green. Seumur hidup, memang i xsuka color hijau. Sebab i rasa i xsesuai dengan color hijau. Tapi since ianya permintaan encik hubby, kerana kasih kuturutkan jua. Boleh camtu? 


Modern kebaya pendek warna apple green. Disewa di Butik Kays Collection, Alor Setar. Nice jugak! First tengok, hati i terus terpaut!

Orait. Itu saja la tentang wedding outfits. Tentang baju akad nikah tu, sape berminat nak sewa, boleh contact i thru emel or FB k.. serious nih! :D

Friday, September 14, 2012

Preggy Diary 9 : Persediaan Untuk Breastfeeding

Assalamualaikum dan hai semuanya! I sekarang dah 33 weeks pregnant. Alhamdulilah, persiapan menyambut baby dah 95% siap. Beg ke hospital yang merangkumi barang-barang baby dah pun siap packing dan diasingkan. Cuma beg i je yang belum siap packing. Target minggu ni jugak akan siap2 packing beg i. 

I dah berniat yang nanti kalau boleh i nak menyusukan baby i dengan susu badan (breastfeeding). Harap-harap sangat niat i ni dapatlah ditunaikan. Sepertimana yang kita tau, susu ibu kan susu yang paling terbaik di dunia..banyak kebaikan yang baby dapat kalau dia minum susu badan. Ni pun based on apa yang i baca. Kalau baby bf, ianya dapat melindungi baby daripada jangkitan penyakit. Plus, hubungan kasih sayang baby dengan ibu akan jadi lebih erat. Ini yang menguatkan azam i nak bf baby ni. 

Jadi, sebagai persiapan awal, i dah listkan apa yang patut i buat untuk bf my baby. 
  • Niat- orang cakap kena tanamkan niat awal-awal untuk bf baby. Insyallah nanti, ada la susu untuk baby. 
  • Knowledge - sekarang ni, i dah mula menjinak-jinakkan diri dengan pembacaan tentang penyusuan ibu. Baca dari internet.. pamphlet.. dan bertanyakan orang yang berpengalaman
  • Bersedia mental - kena kuatkan mental sebab dari apa yang i baca, bf bukan sesuatu yang senang tau. 
  • peralatan untuk support bf  - nanti masa dalam pantang, memangla i akan direct feeding my baby. but,  dari apa yang i baca, peralatan untuk support bf seperti breast pump memang kena ada. baby minum susu sikit je masa permulaan, selebihnya banyak tidur. but susu perlu dipam jugak untuk kosongkan breast. Kalau tak, nanti akan terjadilah simptom bengkak susu. 

Antara keperluan peralatan asas yang i beli sebagai persediaan untuk bf ialah:

1. Breast Pump 

Dalam entry sebelum ni, memang i clueless nak beli breast pump jenis apa. Ye lah kan ni my first experience. Banyak yang i xtau, banyak yang nak kena cari infos. I decided to choose manual breast pump. Sebab rasanya pam camni lebih simple. Plus, kerja i pulak banyak nak kena travel ke sana ke sini. Jadi, i rasa manual pump maybe the right choice. Untuk permulaan, i pilih untuk guna brand Anakku terlebih dahulu. Sebagai percubaan kan. Based on pengalaman kawan dan officemate i, pam manual anakku ni berfungsi dengan baik jugak. Nanti bila i dah start guna, bolehla i review macam mana function pam ni. 

2. Storage Bottles

Bila dah pam susu tu, mestilah nak kena ada bekas nak simpan. So, untuk simpan susu ni, i pilih storage bottles brand Autumnz. Difahamkan susu yang telah dipam mesti disimpan di dalam freezer. Nanti-nanti i rasa nak beli storage bags la pulak. Kalau guna storage bags, boleh jimat ruang freezer. 

3. Cooler Bag & Reusable Ice Pack 

Dua-dua benda di atas ni penting jugak. Especially bila kena travel. Cooler bag ni merupakan tempat simpanan susu yang dipam bila time tiada freezer. Caranya mudah saja. Just letakkan storage bottles dalam beg ni bersama-sama dengan ice pack. Ice pack ni bertujuan untuk menyejukkan susu. Difahamkan susu yang disimpan dalam cooler bag boleh bertahan sehingga 14 jam! 

4. Nursing Pad 

Nursing pad perlu untuk mengelakkan susu lebihan yang mengalir keluar dari breast, membasahi baju. 

5. Feeding Bottle 

Susu yang disimpan dalam bentuk beku tu dipanggil expressed breast milk (EBM). In case kita nak feeding baby, EBM yang beku tu akan dicairkan dengan direndam dalam air suam/panas. Bila dah cair, boleh la tuang susu tersebut ke dalam feeding bottle. Untuk my baby, i prefer to choose tomme tippee feeding bottle. sebab bentuknya yang unik dan putingnya seakan-akan puting 'original'. sebab tu dia punya tagline closer to nature. heee plus, bottle TT ni ada sistem anti-colic yang boleh mengelakkan baby kembung perut. 


ok dear. tu lah peralatan asas yang i beli sebagai persediaan untuk breastfeeding. Kalau u ols google, ada lagi peralatan yang boleh support bf. Contohnya macam bottle warmer & bottle sterilizer. tapi for me, rasanya belum perlu lagi kot. I nak start dengan basic dulu. Nanti i akan review perkembangannya k. 


Saturday, September 8, 2012

Preggy Diary 8: Mak Bidan Vs Doktor

Ini pengalaman pertama i jumpak mak bidan. Of course i memang tak pernah tau pun pasal bidan membidan nih. Sehinggalah mak mertua i ajak ke rumah mak bidan untuk tengok keadaan baby dalam perut i. Masa tu baby berusia 7 bulan ++ dalam kandungan. Kata mak mertua i, memang kebiasaannya orang yang mengandung 7 bulan perlu jumpak mak bidan untuk tengok kandungan ok ke tak. Tambahan lagi kalau mengandung anak sulung. Jadi i nih taknaklah bantah cakap orang tua-tua kan. (tambah lagi ibu mertuaku) jadi, i ikut je la adat tradisi ni. 

Masa jumpak mak bidan, apa yang dia buat, dia mintak i baring, then tengok perut i. Dia urut. Sakit jugak masa nih sebab dia tekan-tekan perut i. Masa ni dia cari kat mana kepala baby, nak tau kedudukan kepala baby. Mak bidan cakap perut i membulat elok.. tu tandanya baby girl. Mengikut dia, kepala baby dah turun ke bawah. Yelah dah nearly 8 months kan. Baby sedang buat persediaan nak keluar le. Alhamdulilah, dia cakap kandungan dalam keadaan baik. Air ketuban pun semua ok, cukup. Lega i dengar. Sebelum i balik, mak bidan bagi i dua botol air. Lebih kurang air penawar camtu. 1 botol untuk mandi, 1 botol lagi untuk minum masa kandungan dah berusia 36minggu. Untuk memudahkan bersalin dia cakap. Bedak sejuk pun dia bagi. Yang ni kena sapu kat muka dan perut. Mak mertua i cakap nanti mak bidan ni la yang akan urut i masa dalam pantang. I must get ready, masa dia tekan perut i pun dah rasa sakit jugak nih. Agaknya camna la kalau dia mengurut? Ohh mental kena kuat! 

Hari ini i saja tergerak hati nak scan perut i, nak tengok baby. Plus, dah cukup 32 minggu (8 bulan). So, i dengan encik hubby ke Klinik Puan Dr. Ganga kat Tandop, Alor Setar. Ramai sangat orang kat klinik hari ni. Memang famous la doktor ni. I dengan encik hubby dengan sabarnya tunggu giliran hampir sejam lebih. Lega bila sampai giliran i. Doktor scan perut. Nampak baby gerak-gerak. Doktor kata baby dalam keadaan baik. Alhamdulilah semuanya ok termasuk kedudukan baby, uri dan kandungan air ketuban i. Sekarang ni, apa yang bermain di fikiran i, just nak bersalin dengan selamat dan tak sabar nak menatap wajah baby! Ada sebulan lebih lagi nak tatap wajah anak i. 


Excited sangat! Barang-barang baby dah siap packing. Beg baby untuk bawak ke hospital pun dah ready. Tinggal barang mummy nye je yang belum packing. Sekarang ni, i tengah survey2 nak beli breast pump ni. Taktaula nak beli yang mana. Manual ke elektrik ke.. Blur sekejap. Bajet pun xseberapa. Mommy2 to be sekalian got idea tak? bantulah i pelis ~

Tuesday, September 4, 2012

Pertama Kali Beraya Dengan Encik Hubby Kesayangan

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin ye sebab 17 Syawal baru nak update post tentang hari raya. Hehe. Quite busy lately. So, how to start eyhh?? Dah lama i tak menulis. Kaku lak rasanya. Hari Raya Aidilfitri tahun nih memang dinanti-nantikan. Almaklumlah baru pertama kali menyambutnya dengan kehadiran encik hubby yang disayangi. Paling istimewa, i turut meraikan hari raya nih dengan kehadiran baby i di dalam peyot! Alhamdulilah, i cuma tinggal puasa sehari je tahun ni. Tu pun sebab doktor inject ubat dalam badan i masa kat klinik hari tu. Kalau tak, mesti i dapat puasa full! satu kenikmatan yang jarang-jarang dapat dirasa oleh setiap wanita. Apa-apapun, mummy bersyukur sangat2 yang anak mummy dalam peyot memang kuat. Anak mummy nih jarang buat perangai masa bulan puasa. Sayang dia ketat2! 

Tahun ni i start beraya di rumah ibu mertuaku. Sedihla jugak at first tu. Berfikiran positif je la dengan memikirkan yang i sambut raya kali ni dengan environment baru! yeayy, kampung style. Kalau kat rumah i, taman style. biasa-biasa je. tapi kat kampung nih lagi happening! tapi, rindu beraya dengan family i yang havoc tu tetap terasa la. So, i bertolak balik ke kampung encik hubby di kuala ketil, a day before hari raya. Sebelum bertolak balik, terlebih dahulu i bersalam raya dan berkucup-kucupan dengan Mama Gee dan Pak Bihi. Duit raya untuk depa pun siap tinggalkan sekali. Sebakla juga nak tinggalkan parents i ni. Tapi, be cool je, sebab taknak encik hubby mengejek i cakap i anak manja. As i reached my mother in law house, i tengok  mak mentua i sedang merebus ketupat nasi dan sedang prepare untuk buat lauk-pauk untuk hari raya esok. Mak mentua i tak bagi i buat kerja banyak sangat since i mengandung. So, i tolong dia sikit-sikit je la. Seronoknya jadi preggy woman! dilayan macam puteri. hehe.  

Ohh ya, family encik hubby ni ada darah keturunan jawa. So, juadah wajib yang mesti ada masa hari raya pertama tu ialah ketupat nasi yang dibalut dengan daun nyiur, lauk ayam masak semur dan sayur kekacang campur. I tak sempat lak nak snap picture lauk-lauk tu sebab dah licin! hee.. 

Malam raya, encik hubby sibuk main mercun dengan sepupu sepapat beliau. Happening jugak kampung ni. Bunyi dentam dentum sana sini. walaubagaimanapun, hati sebak jugak dengar takbir raya. yelah, first time beraya jauh dengan Mama Gee dengan Pak Bihi ni. Maunya tak sebak. Pukul 10 malam, encik hubby ajak i ke bazaar raya di kuala ketil. best! Harga barang memang murah. Berbaloi grab sepasang jubah dengan tudung! 


Hmm tu lah gambar raya pertama sebagai suami isteri. Hari raya pertama di kuala ketil memang meriah. Ramai saudara family encik hubby datang beraya kat rumah. Secara tak langsung, encik hubby dapat kenalkan i dengan saudara2 dia. 


Yang ni la family besar encik hubby! Riuh dengan budak-budak la kat sini. Nak-nak lagi time depa dapat duit raya. Memang kecoh! hehe 

Jadinya, i stay rumah encik hubby sampailah ke tengahari raya kedua. Hari raya kedua barulah bertolak balik Alor Setar dan beraya dengan family kesayangan i pulak. Anyway, di Alor Setar, tetamu tak putus-putus datang masa hari raya kedua. So, kitorang hanya dapat keluar jalan beraya masa hari raya ketiga. 


Ini pulak gambar family besar i. Gambar ni diambil sebelum kitorang keluar beraya ke sungai petani dan penang. Last but not least ; 


Beromantika bersama encik hubby. hehe. Itu je lah cerita hari raya i. Ohh ya, raya keempat kitorang sekeluarga ke Kelantan untuk misi peminangan bagi adik i. I pergi tanpa encik hubby di sisi sebab beliau dah start kerja on that day. Sob sob.. nanti i update pasal cerita peminangan pulak ok? tata! 

Tabung Baby. Please Click :)