Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, November 15, 2010

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU



Salam. Hai semua! Entry kali nih ditulis khas untuk join segmen Jom Berkenalan : Khas Buat Blogger Baru yang dianjurkan oleh Encik Ben. Saya rasa ramai pemblogger-pemblogger kenal dah dengan Encik Ben nih. Dia ni antara blogger-blogger yang otai dan jugak suka membantu blogger-blogger baru seperti saya. Ecewahh.. Suke lepak kat blog encik ben. sebab dia banyak idea bercerita. Selalu jugak saya usha-usha Encik Ben nih, tapi dia tak pernah usha saya pun. Sob sob sob. Maklumlah, insan glamor la katakan. Hensem pulak tu. Body pulak berketul-ketul. Mana lah nak tengok page kite yang tak seberapa nih. Haha. Tapi jauh di sudut hati, saya tau encik ben memang baik hati. U memang Idola I la Encik Ben. Cewahh, tak habis2 membodek.

 Salam perkenalan diucapkan kepada korang-korang yang sedang baca belog nih. Actually, dah dekat setahun dah saya membloggingkan diri nih. Saya mula mengaktifkan diri secara agresif sejak dua tiga bulan yang lepas jer. Niat blogging?? Sekadar nak mengisi masa lapang dan jugak nak share sedikit tentang pengalaman & perjalanan hidup nih dengan orang lain. Buat masa sekarang nih, niat blogging bukan untuk kaya la. Tapi, kalau ada peluang jadi kaya, saya pun nak jugak mencuba. He.

Dulu nama blog ni, Ceritera Seorang Syeeda - Ceritera Warna-warni Kehidupan Saya.. Disebabkan nama nih terlalu pujangga, saya dah menukarkannya kepada Simply Syeeda. Tapi, takde kena mengena pun dengan Simply Siti. Jauh sekali ada pertalian darah dengan Dato' Siti.  Kalau ade pertalian darah dengan dia pun takpe. Sebab dia cantik. Hehe tetibe je.

Oklah, terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang menyinggah kat sini. Silalah datang lagi ye. Boleh tinggalkan link anda kat ruangan komen. Nanti saya kunjung balas ok! Bye2. Daa~

Saturday, November 13, 2010

Episod Akhir : Ayaq Bah = Banjir :: Menyental Selut Bersama Encik Kekasih

Hai semua. Syeeda Sobbihi kembali bersiaran dalam Simply Syeeda..Cewahhh..Bajet ada rancangan tv sendiri la kan..Hehe dulu-dulu cita-cita nak jadi Malaysian Top Host (Ya, saya memang byk cita-cita, nak jadi DJ la..penyanyi laa, cikgu la..doktor la..ahli muzik la..tapi semuaaaaaa tak tercapai! Sila jangan hairan. ) Last-last sekali saya keja gomen ja. Memegang teguh kepada tagline Saya Yang Menurut Perintah. Haha. 

Ok, hari nih mood sangat HAPPY gile2..gile pun tak happy camni. sebabnya..sebabnya..eishh malu la nak cakap..sebabnya..takyah cakap la..malu gile (sambil tutup2 muka dengan tangan)..haha ingat filem hindustan ke syeeda oii.. Okeh mood sangat happy sebab encik kekasih datang umah..Ecehhh..

Motif datang rumah?? Bukan bawak rombongan meminang. Merisik pun bukan. Tapi datang sebab nak tolong-tolong bersihkan rumah, sental-sental selut dan menjayakan impian beliau menjadi calon menantu terbaik Pak Bihi. ECewahh.  Ok, tapi dia kata dia ikhlas membantu mangsa-mangsa banjir seperti kami nih. Dengan adanya encik kekasih saya nih, banyakkk tugas-tugas berat yang dapat diringankan. Terima kasih ye awak, sebab tolong bawak turun sofa dari tingkat atas, tolong angkat kabinet2 rosak, repair washing machine,peti sejuk & repair tv rumah toksu, tonyoh-tonyoh lantai berselut tu..wahhh banyak gile tolong nih..terima kasih tak terhingga! 

masih excited lagi walaupun byk kerja. Hehe maafkan resolusi gambaq yang tak memberangsangkan nih.
dan tiba-tiba serius dan cenge membaiki plug. Hehe
Inilah dia hasil gotong royong kami.
Banyak kan barang-barang yang terpaksa dibuang. Semuanya dah reput sebab terendam dalam banjir. Lepas ni, kena siap-siap duit la beli rak-rak & kabinet baru. Sob sob sob..

Monday, November 8, 2010

Episod 3 : Ayaq Bah = Banjir Kini Di Rumah Saya

Salam sejahtera wahai kesayangan-kesayangan sekalian. Sepertinya saya melalui sebuah perjalanan hidup yang panjang 4 hari yang lepas. sejarah banjir yang melanda kediaman dan istana hinggap saya pada 4 November 2010 yang lalu pasti akan saya ingat sampai bila-bila. Sumpah, sepanjang hidup saya, saya tak pernah merasa pengalaman seperti ini. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi, sapa yang nak "cinta" banjir?? Sekurang-kurangnya kenangan menghadapi banjir ini akan menjadikan saya sebagai insan yang  lebih bersyukur dengan kurniaan Illahi. Allah menguji kerana terkadang sebagai manusia yang lemah, saya juga alpa. Ujian ini hanyalah sebagai peringatan dari-Nya untuk menyedarkan saya dari kelalaian. 

Beginilah keadaan rumah saya pada pagi khamis yang lalu 
Masa ni paras air sudah mencecah paras buku lali. air naik dengan sangat cepat. saya dan family memang tak bersedia dengan banjir nih sebab sebelum ni rumah kami memang tak pernah banjir. Jadi, pagi ni lah baru nak angkut semua barang-barang penting ke bahagian atas rumah. 

Air mula memenuhi hall rumah. Memerlukan kudrat yg kuat untuk mengangkut sofa-sofa mahal Mama Gee ni. 

dan gerakan misi menyelamat tv dan komputer pun bermula. 

Alhamdulilah semua barang-barang penting dapat diangkut ke bahagian atas rumah. Cuma saya agak terkilan sebab buku-buku masa zaman study kat uitm tak dapat diangkat akibat berat yang melampau. Air dah naik paras lutut masa tu. Paling menyedihkan, harta kesayangan saya tak dapat diselamatkan.

Sang Putih Gen2 kesayangan..huhu sebak. 
Keadaan berlaku sangat pantas. saya hanya dapat melarikan kereta ke kawasan yang saya pikirkan selamat ketika itu, tapi rupa-rupanya tak selamat jugak. Akibatnya sekarang, saya terpaksa sang putih nih kering sepenuhnya untuk dibawa servis. Sekarang, tiada kenderaan untuk bergerak. Stress, tapi apa nak buat, sabar je la. 

Banjir semakin surut semalam. istana hinggap dah puas disental oleh kami sekeluarga. Sekarang, hujan masih membasahi bumi Alor Setar. Harap-harap nih hujan yang membawa rahmat dan bukannya membawa "banjir". Rasa tak sanggup nak sental rumah lagi dan paling penting, tak sanggup nak cium bau-bau selut yang membusukkan tu lagi!

p/s : Terima Kasih kepada Mak Tam Zakiah sekeluarga sebab sudi menumpangkan mangsa-mangsa banjir seperti kami ni di istana beliau. last but not least, ada sesape sudi meminjamkan kereta tak?? Kalau bagi terus lagi bagus. Sama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir ini. He :p

Wednesday, November 3, 2010

Episod 2 : Ayaq Bah = Banjir

Ini bukan kawasan rumah saya, tapi di Kg. Pulau Pisang daerah Kubang Pasu. Pic diambil daripada FB Pak Atan.
Melalui hari hari yang banjir dan dipenuhi air bah memang jarang berlaku dalam hidup saya. Dulu, seingat saya, masa kecik-kecik  penah la sekali rumah maktok dan tok ayah banjir. Masa tu semua org dok atas rumah je, menunggu air surut.tak bleh buat apa-apa. even bekalan air & elektrik pun diputuskan. tu zaman bila entah..masa saya sangat kecil, sebelum tadika lagi rasanya.

pastu, seingat saya,pada tahun 2005 sekali lagi kedah dilanda banjir besar. kawasan kuala nerang & pokok sena memang terjejas teruk. Air naik sampai mencecah paras 2 meter. MakChag saya yang tinggal di sana memang terputus hubungan dengan kami. tak dapat balik alor setar sebab ayaq bah tu. itu di kuala nerang & pokok sena. alor setar pun terjeas jugak, tapi kawasan rumah saya masih selamat. tak kena banjir. Simpati dengan nasib jiran-jiran yang terpaksa bersusah payah mengangkut & mengemas barang-barang mereka sebab rumah dimasuki air. Hampir seminggu jugak bekalan air terputus. Elektrik pun takde. perit. 

Bermula pagi tadi banjir dah mula "mengamuk" di kawasan alor setar. air sungai dah mula melimpah ke bandar. pejabat-pejabat kerajaan kat anak bukit mula tutup. tapi, bukan pejabat saya la. bekalan air dah mula diputuskan sebab tangki di bukit pinang telah tenggelam. erghh..saya dah mula bayangkan beberapa hari tak dapat mandi nih. dan sekarang nih dengar khabar-khabar angin bekalan elektrik akan mula "cut off" jam 12.00 tengah malam ni. mitos tentang punca banjir disebabkan orang siam lepaskan air dari empangan mereka mula bertiup kencang.ye, mitos. dulu-dulu pun orang ramai cakap macam tu, taktau le sejauh mana kesahihannya.

bila saya jenguk ke luar rumah tadi, jalan tar dah dipenuhi air paras betis. aikk,, nampak macam makin buruk daripada tragedi tahun 2005 je. sebelum-sebelum nih memang tak pernah jalan utama depan rumah saya ni tenggelam sebegitu sekali. jadi,benda pertama yang saya buat tadi, selamatkan anak-anak kucing kesayangan ! kalau dibiarkan, memang hanyutlah budak-budak tu. dengan keadaan yang tak menentu nih, taktau esok boleh pergi pejabat ke tak. tiba-tiba terdetik di hati, air sungai kedah di sebelah pejabat saya mungkin akan melimpah. Ya Allah, harap-harap cepat-cepatlah banjir nih pulih dengan segera.

Tuesday, November 2, 2010

Ayaq Bah = Banjir

Hujan turun tak henti-henti dari pagi sampai ke malam. Bermula sudah musim tengkujuh di kawasan utara. Tadi masa nak pegi mesyuarat, secara tak sengaja terdengar berita kat radio  yang sekarang nih dah capai angka 9,000 orang mangsa banjir kat Kedah. Antara kawasan  yang banjir ialah Kuala Nerang dan Changloon. Program gerak siswazah tani kat UUM pun tergendala kejap sebab banjir. Orang ramai takleh lalu kat kawasan tu. Bukan setakat negeri Kedah je banjir, Perlis pun banjir jugak. Yang paling kesian sekali kat pakcik-pakcik dan makcik-makcik pesawah dan petani. Padi baru tanam sebulan je, dah ditenggelami air. Kesian kan. Harap-harap pakcik-pakcik dan makcik-makcik dapat bersabaq byk2 no. 

p/s : hujan di luar semakin lebat..begitu juga hujan di "hati". 

Tabung Baby. Please Click :)