Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, September 20, 2010

Berehat Seketika.

Salam. Hai semua-semua.

Kerancakan berblogging saya akan terhenti seketika buat sementara waktu kerana saya akan pergi ke satu destinasi atas urusan rasmi. Jika ada kesempatan waktu, saya akan update dari semasa ke semasa perkembangan diri ini di tempat orang ok. Cuma yang saya terkilan, di dalam perjalanan tadi, saya baru teringat yang saya tertinggal card reader di rumah. Hehe. Jadi, agak sukarlah nak update gambar-gambar dan foto-foto kenangan di jalanan. Walau bagaimanapun, saya akan cuba sehabis baik, untuk mengepost entry-entry ketika saya di sana nanti biarpun tiada foto ok? Aci tak camtu? Hikhik.

Sehingga bertemu lagi.

Thursday, September 16, 2010

Syawal Ketiga-Keempat-Keenam-Ketujuh :: Edisi Raya Bersama Rakan Taulan

Hai Semua-semua. Ini adalah entry yang mengumpulkan cerita-cerita dan foto-foto saya bersama rakan taulan untuk sambutan hari raya bagi tahun ini. Sila baca tajuk. Syawal Ketiga-Keempat-Keenam-Ketujuh berhari raya bersama rakan-rakan. Haa, banyak hari punya cerita nih. Ok, Mari kita mulakan. 

*******************************************************
HARI RAYA KETIGA

Pagi hari raya ketiga tu, saya memang tak ke mana-mana. Masih melayan saudara mara yang datang ke rumah. Sebelah petang, barulah gerak ke open house kawan sekolah saya, Fudzla di Pumpong, Alor Setar.

Sepupu Sobriah-Tuan rumah, fudzla-saya-Sobriah

Fudzla ni sekelas dengan saya masa di SMK Sultanah Bahiyah. Sekarang dia jadi Cikgu & mengajar di Johor. Kalau nak jumpa dia ni, memang setahun sekali jer la. Tu pun masa raya.  Haa, nampak tak dalam gambar tu, gadis berbaju ungu yang sedang pegang angpau raya banyak2? Itu lah fudzla. Sobriah pun rakan sekelas jugak. Kini bergelar cikgu & mengajar di Jitra, Kedah. Hurm, walaupun kat kedah, still susah jugak nak jumpak dia ni. Ye la kan, masing-masing sibuk dengan kerja. Oh, gambar makanan tak sempat nak tangkap, sebab sibuk dengan aktiviti memakan jer.He2. By the way, makanan sedap.

Balik jer dari rumah Fudzla, rumah saya dikunjungi oleh best friend saya, Jaylie. Dia ni kawan baik saya dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Semua rahsia sulit saya, si Jaylie nih tahu la. He2. Dia pun cikgu gak, mengajar Bahasa Inggeris kat sekolah di Petaling Jaya.

Berposing di hadapan kereta baru Jaylie
Ok, masa nih Jaylie berpakaian sempoi-sempoi sebab nak balik KL dah. Nak masuk kerja dah on the next day tu. So, sempatlah saya jumpa dia, dan tapaukan dia dengan kuih-kuih raya dan jugak Nasi Tomato buatan Mama Gee. Jaylie kata , "Eh, ang ni macam mak aku lak, nak tapaukan bekalan makanan!" He2 :p Saya cakap saya cemburu dia kurus sangat, jadi nak jugak dia gemok mcm saya.
******************************************************
HARI RAYA KEEMPAT

Masa hari raya keempat, saya dan Maryam berpakat nak melawat si ibu mengandung yang tengah tunggu masa je nak deliver iaitu Amal. Pakatan tu hanya bermula di facebook je. Boring asyik memerap di rumah je waktu cuti. Cuti-cuti camni bukannya datang selalu, jadi, haruslah jalan-jalan kan.
Saya-Amal-Maryam
Lagi gambar kenang-kenangan
Amal tinggal di KL dan kebetulan balik beraya di rumah nenek dia di Bukit Tinggi, Jitra, Kedah. Kedua-dua orang di atas ni pun rakan-rakan sekolah dari SKTU dan SMKSB. Dua-dua pun cikgu. Amal mengajar di KL dan Che Yam pulak di Kulai, Johor.Ye, kawan-kawan saya memang kebanyakannya cikgu. Saya jer tersasar ke bidang pertanian. Sasar jauh pulak tu. He2. Rezeki masing-masing kan. Oh, Maryam ajukan saya soalan cepumas lagi. Bila nak kawen? Hurm...Encik kekasih, sila jawab!

****************************************************
HARI RAYA KEENAM

Oh, hari raya keenam nih memang istimewa. Sepatutnya hari ni saya masih bercuti, tapi dipanggil bertugas. Ke Putrajaya untuk satu urusan rasmi. Tapi takpe, saya berpeluang jumpa kawan lama masa di UiTM dulu. He2. Sambil menyelam, sambil minum air. kan, kan, kan?

Saya-Lynn
 Dua-dua muka keletihan. Baru habis bekerja. Ini Lynn, rakan sebilik dan serumah sewa masa belajar di UiTM dulu. Dah banyak tahun tak jumpa dengan Lynn. Hanya berhubung melalui FB. Sekarang Lynn kerja di Dengkil dalam bahagian yang paling disukainya, Industrial Lab! Hehe. Oh, dulu saya selalu tiru Lab Report Lynn. Sebab dia memang excellent buat Lab Report. Nasib baik la kerja saya sekarang tak perlu buat Lab Report, kalau tak, dah tak tahu nak tiru sapa dah. ngehngeh..Lynn, tengkiu tau hantar aku gi klia. Nanti, hantar lagi ehh..aku belanje ko makan McD ehh. french fries saje. Hikhik.
*****************************************************
HARI RAYA KETUJUH

Ok, sambutan raya dan majlis rumah terbuka diteruskan lagi. Hari ni saya berkunjung pulak ke rumah Officemate saya, Siti di Pendang, Kedah. Dia buat open house dan juga kenduri kesyukuran memasuki rumah barunya. Serius, rumah itu sangat cantik. Wah, semangat nak beli rumah sendiri nih semakin membara. Harus bincang dengan encik kekasih! :p
Liza - Saya
Masa saya mula sampai rumah Siti, kawan saya si Liza nih dah nak balik. Oh, saya sangat adore baju kaftan yang dia pakai. Sumpah, cantik! macam artis laa..kalau tak preggy cam dia, leh pakai tak kaftan camtu ekk?

Hasfa - Liza
Lupa nak cakap, saya datang dengan si budak comel di atas nih, Hasfa. Dia pun officemate saya juge. Tak la rasa kesepian sangat nak pergi attend kenduri sorang-sorang sebab dia ada. He2.

Siti - Saya
Baiklah, mempersembahkan, tuan rumah kenduri, Siti yang berbaju sangatlah jingga. Sedondon dengan hubbynya. Sempat jugak saya mengusik dia yang kenduri dia buat nih sangatlah meriah, mungkinkah ada berita-berita gembira lain mengiringi majlis kenduri tersebut? Dia ketawa besar. Oh, Siti cakap rumah dia ni cat ikut tema. Kat ruang tamu- warna jingga ,kat ruang makan -warna ungu dan kat dapur ada kabinet hitam-merah yang sangat cantik. Erm, dalam bilik tak tengok pulak. Giler, bilik orang pun takkan nak tengok? Segan, kot. :p 

******************************************************
Ok, semua. demikian sudah ceritera saya untuk dua-tiga hari yang lepas. Alaa..minggu depan dah nak start masuk office balik. Rasa malas masih menebal dan harus dikikis dengan semangat waja. 
U all camne? Dah masuk kerja?Ada ok kah?

p/s: Entry ini ditulis sambil melihat cerita Halimah Jongang di kaca televisyen.

Tuesday, September 14, 2010

oh Tiada Mood Bekerjaya!

Oh..saya masih bercuti. Ya, saya memang mengambil cuti yang panjang untuk raya kali nih. Kalau ikutkan, hari Ahad 19 September baru saya akan memulakan kerja. Hari ni, baru set up appointment dengan encik kekasih nak keluar jalan-jalan beraya. Jadi, pagi-pagi lagi saya dah bangun untuk memasak. Mama Gee & Pak Bihi kerja hari ni. Sengaja saya siapkan Lunch untuk mereka supaya bila mereka balik tengahari nanti ada makanan yang nak dimakan. Nasi Ayam sudah siap terhidang. Semuanya dah tersedia. Saya pula bergegas nak bersiap-siap, mekap-mekap dan bergaya cantik-cantik untuk keluar berdating. TAPI...kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya tsunami yang melanda. Tiba-tiba dapat panggilan dari bos kesayangan. Nak saja saya reject call tersebut, tapi memikirkan saya taknak jadi bahan bualan untuk tiga bulan akan datang, saya terima. Dan, natijahnya yang harus saya pikul, saya dipanggil untuk bertugas dengan segera. Malam nih harus berangkat ke Kuala Lumpur untuk satu urusan rasmi. Arghh..sebal. Encik kekasih sudah bermasam muka. Janji temu ini harus dibatalkan lagi.

Sunday, September 12, 2010

Syawalku Yang Kedua

Hari Raya Kedua. 
Pagi tu memang tak pergi mana-mana. Dok diam-diam kat rumah je. Ramai orang datang berhari raya kat rumah. Saya dan Nini tolong Mama Gee la buat apa-apa yang patut. Kemudian, dalam pukul 2.00 petang camtu, baru lah kami dapat keluar berhari raya. Destinasi yang dituju, pastinya rumah sanak saudara yang berdekatan sekitar Alor Setar. 

1. Rumah Pertama - Mak Tam Zakiah, Taman Mutiara.


Mak Tam Zakiah  adalah kakanda kesayangan Pak Bihi. Setiap tahun mesti pergi rumah Mak Tam. Sebab macam-macam ada. Tahun ni, Mak Tam buat nasi ayam dan laksa. Ohh, rojak pun ada. Guna kuah rojak Mak Bee lagi. Semuanya dibalun dengan lahapnya oleh saya. 


Ini dia anak-anak saudara yang baru nak makan sebab asyik bermain sejak dari pagi. Yang baju kuning tu Danish manakala budak perempuan yang comel tu namanya Fifi. Depa dua ni cucu-cucu kesayangan Mak Tam. Seronok je jadi budak-budak ni, dapat banyak duit raya! 

2. Rumah Kedua - Tok Ndak, Taman Berlian.


Ok, Tok Ndak adalah adik kepada MakTok sebelah Mama Gee (hampa paham dak nih?hehe). Senang citer, Tok Ndak nih adalah Bapa Saudara Mama Gee la. 


Sebelah Mama Gee tu adalah isteri Tok Ndak iaitu Tok Ndak Bada. Beliau sangat excited ketika saya mau mengambil gambar beliau. He. Oh, beliau jugak sangat pandai memasak & menjahit. Open house kali nih beliau buat Mee Palembang. Seperti biasa, saya balun dengan lahapnya. 

3. Rumah Mak Teh Miah - Taman Ria 

Rumah Makteh Miah jugak adalah senarai rumah WAJIB pergi masa hari raya kedua. Sebab rumah beliau adalah satu-satunya rumah yang menyediakan juadah Nasi beserta lauk pauk yang enak & sangatlah menyelerakan. Menu tahun ini : Kari Kepala Ikan, Ikan Terubuk Goreng, Tilapia 3 rasa, Kurma Kambing, Sayur Campur dan Sambal Udang. Perghh, memang sedap. Oh, gambar MakTeh tak dapat diambil sebab kesibukan beliau yang sangat ketara sebagai Chef. Jadi, biar gambar saya dan yang lain-lain saja yang memenuhi ruangan belog ini. Ngehee..


The cousins ni kalau berjumpa memang tak lepas dari aktiviti bergambar. He. 
From left : Idzaida - Nini - Saya - Kak Pieja


Haa..budak comel ni adalah anak kepada sepupu saya. Nama dia Jasmin Suraya. Lebih suka membahasakan dirinya sebagai Mamin. Ni la satu-satunya budak yang bila orang bagi duit raya, dia cakap dengan jujur, TAKNAK, MAMIN ADA BANYAKK DAH. Heheh. Kalau semua budak camni memang best. Selamat duit raya kita. 

~SELINGAN SEKETIKA~


He. Ini sebenarnya pose nak tunjuk Handbag baru beli. Dah janji dengan Cik Sepet nak post kat belog. Anyway, this bag is very nice! Sapa-sapa nak tengok & beli handbag cantik-cantik boleh view kat SepetShop yer. 

Pesanan untuk Cik Sepet : Nanti kalau saya beli handbag lagi, dapat discount tak sebab promote beg2 awak? Ngeheee.. Peace :p

Ok, sekian saja update untuk hari raya kedua. Perut dah kenyang. Hatiku sangat lah senang. Mataku pula dah mula mengantuk. Nanti saya update lagi aktiviti berhari raya saya yer. Jom Tido. 
Bye! 

Saturday, September 11, 2010

Syawal Pertama

Assalamualaikum. Hai semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Mesti semua orang tengah mabuk ketupat sekarang ni. Takpe2, kan raya setahun sekali jer. Kalau bukan hari raya, jangan harap la nak dapat makan ketupat kan. :D

Kat rumah saya, kalau pagi2 raya, orang yang paling sibuk sekali mestilah Mama Gee. Kalau nak kejut kami bangun,suara Mama Gee boleh didengar oleh semua orang-orang kampung. Hehe. Tambah2 kalau nak kejut adik2 bujang saya bangun. Kecoh jer satu rumah. 
Lepas breakfast dengan ketupat dengan ayam masak merah masakan Mama Gee, kami menunaikan solat hari raya kat surau selang dua tiga rumah dari rumah kami. Habis jer solat hari raya, kami sekeluarga keluar menziarahi pusara arwah adik dan jugak pusara mak tok, tok ayah dan tokwan. Memang begitu rutin hari raya kami. Balik dari pusara, tiba lah sesi bermaaf-maafan di pagi raya. Kemudian, sesi yang paling ditunggu-tunggu, SESI FOTOGRAFI. hehe. Ini gambar raya untuk tahun 2010. Tema warna untuk tahun ini ialah Gold! Tapi bila ambil gambar, jadi macam green pulak. Hehe. Ok, check it out.

Ibu bapa kesayangan saya - Mama Gee & Pak Bihi
Syeeda & Nini bersama Pak Bihi. 

Cantik tak Bonda kesayangan saya? He.
Adik-adik bujang saya bersama Pak Bihi & Mama Gee. 
Yang sebelah kiri tu adik saya, Ein dan yang kanan Fakhri. 
Gambar Sekeluarga di pagi raya
Ok, semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin yer.
Jom sambung makan ketupat & kuih-kuih raya lagi. :p

Tabung Baby. Please Click :)