Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, January 8, 2012

Wedding Review 1 : Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum Wbt semua! Lamanya saya tak corat-coret kat sini. Rasa kekok pulak bila nak menulis nih. Maklumlah dah berkurun tak posting apa2. Hehe. Maaf banyak2. Dua minggu lepas sememangnya minggu paling sibuk dalam hidup saya. Alhamdulilah semuanya berakhir dengan sempurna. Dan...Encik Tunang saya dengan rasminya bergelar Encik Hubby! Wah, dah dua minggu saya jadi isteri orang. Sememangnya ia merupakan satu pengalaman baru yang sangat mengujakan. ohh ya, maaf sekali lagi kepada geng B2B sebab tak banyak yang dapat diupdate tentang B2B preparations. But don't worry darlings, Insyaallah saya akan update cerita-cerita perkahwinan saya dalam slot review ok. Hope nanti you ols dapat baca :) Well, malam ni kita start review tentang majlis akad nikah dulu. 

Tarikh keramat 21 Disember 2011 (Rabu) merupakan tarikh di mana saya telah diijabkabulkan dengan insan tersayang, Hasni Basri. Majlis bermula selepas Solat Asar di Madrasah Kg. Aman berhampiran kediaman saya. Alhamdulilah, dengan 2 kali lafaz, saya sah menjadi isteri En. Hubby saya.  Perasaan sebelum diijabkabul tu? Gementar.. Sebak.. Sedih.. semua ada. Saya taktau camne nak ckp perasaan tu. Hanya orang yang alaminya saja yang tahu. Sejurus selepas  tok kadi mengesahkan yang kami bergelar pasangan suami isteri, dengan serta merta semua perasaan gementar tadi hilang. Rasa gembira dan lega yang amat sangat pulak yang muncul.  Lega sebab pelbagai halangan dan rintangan sebelum berlangsungnya majlis berjaya diatasi. 

My Encik Hubby 
Saya ditemani keluarga. Sayang mereka selamanya. 
Momen yang paling saya suka sekali ialah saat En. Hubby menyarungkan cincin ke jari manis saya, membuka purdah hijab saya lantas mencium dahi. Hehe. agak dramatik kat situ kononnya. hehe.

Menyarungkan cincin sebagai tanda membatalkan air sembahyang 
Momen ni sangat sweet. Saya suka! hee.


Mr. & Mrs. Hasni
Darlings.. picca-picca dalam post nih saya ambil ehsan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan yang tag gambar kt FB.. hehe most of the pictures ada kat Official Photographer. Ok, just nak review sikit tentang busana akad nikah saya. Busana saya simple saja iaitu baju kurung moden berwarna cream (walaupun baju nih agak kontroversi pada mulanya akibat kelalaian tailor.. ahh malas citer benda lepas ). Tudung akad nikah  pulak saya upah kat satu butik pengantin ni .. Nazz Anggun (ok.. yang ni bukan tailor kontroversi tu ok.. Abg Nazz sangat ok dan terbaik).  Make up saya jugak dirias oleh Nazz Anggun. Tema yang saya pilih ialah Arabian. Jap.. nak tunjuk gambar yang saya curi dari FB my OP ;p 

Suka gambaq nih!! hehe. 
Saya sangat berterima kasih kat Abg Nazz sebab tudung & mekap yang dibuat beliau tu berjaya "save"kan busana saya yang tak seberapa. So, sekadar promo. Sapa-sapa yang nak kawen bulan Jan-Mac ni cepat2 pi Nazz Anggun dekat dengan Masjid Aman, Jln Kuala Kedah ni k. Sbb Abg Nazz kata dia buat promosi gila-gila punya. Boleh call dia Nazz : 012-4228410. 

Ok, dear. Itu je dulu review untuk Majlis Akad Nikah saya k. Nanti kite citer pasal lain pulak eyhh.. k la. Nak tido dah. Good Night & Babai!! 

Saturday, November 12, 2011

Tahniah Ameelia.

Minggu nih ramai yg melangkah ke jinjang pelamin. Sebab ramai yg booking tarikh 11.11.11 kan? Nice date actually. Dulu, ade gak saya bagitau kat my encik tunang yang saya nak tawen ngan dia tarikh tu. Hee nampaknya tk kesampaian la. Both of our family setuju if we all nikah dan adakan majlis resepsi pada bulan disember. So, berangan je la kau syeeda. Tak kisahla kan, yg penting ijab dan qabul. Ecehh, nk sedapkan hati le tu.

Anyway,kepada pengantin2 yang melangsungkan perkahwinan semalam dan hari ni, beribu2 tahniah saya ucapkan. Million of congrates to officemate saya, kak amy yg melangsungkan perkahwinan hari ni dengan pujaan hati beliau ahmad fauzi shaari. Ha ah, yg football players team kedah tu. Semoga jodoh mereka berkekalan sampai ke syurga. Sepanjang tahun ni kak amy dan saya selalu berkongsi cerita tentang persiapan kami. Pasal outfit, doorgift, pelamin etc. Alhamdulilah, tengok majlis kak amy pun berlangsung dgn lancarnya. Wajah kak amy berseri-seri sepanjang majlis. Harap2 majlis saya nanti semuanya ok2 jugak. :)

P/s: yes, i'm counting days!
Published with Blogger-droid v1.7.4

#8: Bride To Be Preparation

Dekorasi hantaran

Tinggal sebulan je lg menjelang wedding saya. Sekarang nih saya mmg tengah buat pelbagai persiapan. Rasa mcm tak cukup masa pulak. Alhamdulilah, barang-barang untuk hantaran pun dah almost settle. Ada sikit2 je lagi yang perlu beli. Saya start beli barang2 hantaran nih dari awal tahun. Especially time ada sales. Hehe. Since barang2 almost ready,so, its time to do deco2! Saya nih bukannya creative sangat. Tapi saya teringin nak mendekorasikan hantaran saya sendiri. Walaupun tak secantik atau seglamor orang lain, at least saya berpuas hati dapat menggubahnya ikut style saya sendiri. Plus, untuk orang tersayang kan. Pada mulanya, agak pressure jugak nak cari idea2 yang fresh. Dengan bantuan encik google, saya dapat view pelbagai koleksi gubahan hantaran di internet. Dapatlah idea camna nak buat. Konsep yang saya nak ialah simple but full of flowers! Hee ala2 mcm love garden gitu! Ohh ya, tema hantaran nih sama seperti tema majlis resepsi iaitu blue turqoise plus pink. Nampak kan artficial flowers yang saya beli tu? Colourful kan? Heee. Nanti bila dah selesai majlis saya tu, saya akan post satu persatu deko2 saya ye. Nak post sekarang macam tak best la pulak. Tak surprise ler nanti! Tunggu hasilnya nanti yer.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 27, 2011

#7: Bride To Be Preparation

Shopping barang wedding

Hai semua. Selamat kembali bekerja. Ecehh. Hari ni saya cuti. Tadi ke klinik kesihatan, nak buat ujian saringan hiv. Tapi, takleh buat pulak hari khamis. Ohh, taktau la pulak yang nak buat hiv test tu ada hari2 tertentu saja. So, just for infos, hiv test hanya boleh buat hari ahad - rabu jam 2 ptg ke atas saja. Ahad ni pulaklah ai pi serbu klinik kesihatan.

Ohh ya, gambar kat atas tu diambil semalam. Since saya dan my encik tunang cuti, kitorang pun decide nak shopping barang-barang kahwin kat A Tu Z, Seberang Jaya. Tempat ni memang famous. Banyak barang2 wedding yang boleh beli di sini. Plus, harga pun ok! Nak pulak kalau kita jadi member. Harga barang2 berkali2 ganda lebih murah. Saya baru je jadi member A Tu Z semalam. Dah boleh guna kad member tu untuk shopping! Bayar RM 10 je untuk jadi membe. So, apa tunggu lagi. Bagi B2B area utara, cepat2 serbu sini k! Oklah, got to go. Jumpa lagi ye darlings! Byeee.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 24, 2011

#6: Bride to be preparation

Pre Wedding Photos

Ini adalah post yang tertangguh lamanya. Hee. Macam yang saya story before, colour concept untuk pre wedding saya ialah putih. See gambar2 tu? Saya dan encik tunang berbaju putih. Takde pun props macam colourful umbrella ke ape. Pre wedding photoshoot ni hanya suka2 saja, dan dirancang last minute! Apa2 pun saya tetap suka dgn gambar2 yang disnap oleh bakal adik iparku syamil. Hee. So, layan je laa eyhh ketiga gambar yang saya suka tersebut.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tabung Baby. Please Click :)