Salam. Hye all. Harap nye anda melalui detik-detik yang amat menggembirakan saat post ini ditatap (Wahh!). Today is Sunday..atau dalam bahasa Melayunya Hari ni hari Ahad. Cuti Umum bagi rakyat negeri Kedah Jelapang Padi kerana meraikan Hari Ulangtahun Ke-82 K.D.Y.M.M Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Menjunjung Kasih dan Daulat Tuanku! Patik mendoakan Tuanku berada dalam lingkungan keberkatan dan kerahmatan-Nya selalu :)
Hari Jumaat dan Sabtu yang lepas, dah puas saya mengadap si Pink Lappy ni dan mendengar lagu-lagu album CTKD sampai lebam. Nasib baik tak muntah je. Maaf, saya tak pernah muntah kalau dengar lagu CT! :) Jadi orang ramai sekalian, cuti umum begini tidaklah saya sia-siakan kerana ianya bukannya selalu datang. Yang Tersayang ajak saya keluar berjalan-jalan memandangkan dia begitu risau saya terperap di dalam rumah. Ya..keluar bersiar-siar dengan syarat destinasi yang dituju bukanlah shopping complex! Saya terpaksa setuju dengan syarat tersebut lagipun saya tidaklah ingin sangat untuk bershopping tambahan pulak di pertengahan bulan ini. Ohh slip gaji..betapa aku merinduimu..dan aku menanti kedatanganmu..Hehe Jadi program "dating" hari ni lebih kepada berkonsepkan menemani Yang Tersayang saya menyelesaikan beberapa urusan beliau serta konsep makan-makan.. Maka ini lah hasilnya...
~Laksa Telok Kechai~
Yup! Its Laksa Telok Kechai. Saya memang penggemar laksa (walaupun saya tau ianya amat tak sesuai untuk penghidap resdung seperti saya!). Bagi penduduk negeri Kedah, mesti dah familliar sangat dengan Laksa Telok Kechai ni. Telok Kechai adalah satu kawasan yang terletak berhampiran Kuala Kedah. Kawasan yang dekat dengan laut ni, jadinya banyak lah produk-produk perikanan yang terhasil. Orang-orang sekitar nih gemar buat laksa disebabkan bekalan bahan mentah (ikan untuk dijadikan kuah laksa) yang sangatlah mencukupi. Laksa Telok Kechai ni famous disebabkan kuah laksa dihidangkan dengan sambal yang diperbuat daripada kelape bak kata org KL ataupun NYOQ bak kata orang Kedah. Kuah laksa ni memang sifatnya dijadikan cair (tidak seperti laksa Penang). Oleh sebab itu ianya dihidangkan dengan Sambal Nyoq untuk memekatkannya lagi. Lagi banyak Sambal Nyoq yang dicampurkan dengan kuah laksa tu lagi pekat dan sedap rasanya! Last but not least, noodle laksa ni dihasilkan daripada beras.
Ape lagi..makan Jom!
Memangla heaven sangat2 laksa ini dimakan bersama minuman yang sukar saya lepaskan a.k.a Teh Ais. Tak tergambar rasanya kesedapan tersebut.
Oklah..saya pun mau tido. Esok berkhidmat untuk negara lagi.
Sampai ketemu lagi. Selamat malam. Bye :)
p/s: Maaf sekiranya entry ini membuatkan perut anda berbunyi tatkala jam 1.00 pagi.
7 comments:
perhhhh...
lama dah xmkn laksa telok kechai...
sejak2 depa ckp buh tisu..
hahahaha=)
cik epal:
dtgla kedah mkn laksa telok kechai :)
the absolute:
hishh..mana da buh tisu..habaq2 angin tu cuma konspirasi nak menjatuhkan bisnes org lain je kot :)
nak laksa penangggggg
hazzy:
hahha..nak laksa penang kena pi penang la.. :P
bila makan
hati akan berkecai
gitu?
eeeee
joegrimjow:
tak berkecai la..rasa mcm dilamun cinta :P
BRIDAL MAKEUP CLASS (2-DAYS CLASS)!!
WHEN: 27th & 28th February 2010
WHERE: EYRA RIZAL MINI STUDIO, SHAH ALAM
HOW MUCH: RM500
**CLASS INCLUDING HAIR + SHAWL STYLING
**LUNCH, MAKEUP TOOLS & PRODUCTS WILL BE GIVEN
**GOODIE GIFT SUCH AS M.A.C EYESHADOWS/LIPSTICK WILL BE GIVEN(DIFFERENT GIFTS WILL BE GIVEN TO EACH AND EVERYONE OF U.)
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN.
LIMITED SEATS UP TO ONLY 10PAX!!
REGISTER LATEST BY 25th February 2010 @ 9PM
WWW.EYRARIZAL.COM
0162128740
FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH
Post a Comment