Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, February 5, 2010

Oh..Itulah Rasa Tidak Dihargai..

April..nama dia diberi sempena kelahirannya di bulan April. Dia sangat cute, comel dan mempunyai mata yang cantik. Sayangnya, baru sekarang saya perasan kehadirannya walaupun dah setahun saya menjaga April. Ya..saya lebih sayangkan Tasyia. Saya suka manjakan Tasyia. Saya suka membelai dan memeluk Tasyia. Tapi April? Tak pernah saya memeluk dia. Saya langsung tak pernah mengurut2 dagunya & membelai2 badannya. Langsung tak pernah! Agaknya, apa perasaan April bila saya lebih sayangkan Tasyia? Sedih? Terasa Hati? 

Malam ni, April menyambut saya pulang. April manja..sweet..Tiada apa pun yang kurang padanya. Lengkap. Langsung tak cacat. Saya mendukungnya ke dalam bilik. Saya baringkan dia di atas katil. Saya membelainya. April kelihatan agak takut dan janggal. Mungkin jugak hairan..mungkin sedang berfikir apa yang berlaku yang membuatkan saya teringin mendampinginya malam ni? April jinak. April mengikut saja rentak saya..langsung tidak melawan..Saya pulak yang mempunyai perasaan bersalah kerana tidak pernah menghargai kehadiran dia dalam hidup saya sebelum ni. Harap2 saya masih belum terlewat..Saya tak mahu April rasa tidak dihargai kehadirannya kerana perasaan itu sangat pahit dan perit untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata...

p/s : April hanya seekor anak kucing saya yang comel..

2 comments:

amadkhir said...

lepas ni nak bagi nama kucing ikut bulan gak r..haha

Cik Puan Syeeda said...

amadkhir: klu bg nama kucing ikut bulan..jgn lupa letak thun sekali..jadi kite leh tau umo dia brape..haha :)

Tabung Baby. Please Click :)