Salam semua. Lama betul saya tak berkarya. Berkhayal?? Tentu banyak sekali. Ha ha! Bukan apa, takde idea nak tulis apa kat belog ini. Maklumla saya tak sekreatif si Cantik Manis Hanis Zalikha. (Tumpang link sat..!)
Okay, tatkala ramai manusia dalam dunia nih sibukkan diri menonton aksi-aksi menarik World Cup, saya pulak lebih suka mengurungkan diri dalam bilik. Sebab apa?? Sebab remote tv itu bukan lagi di tangan saya. Dah hampir sebulan tak dapat remote tv. Sadis. Malas nak berebut dengan Pak Bihi. Jadi saya mengisikan masa lapang dengan blog shopping dgn facebook jer. Jangan ditanya saya peminat tegar team mana sebab sememangnya saya tak tahu. Saya tak tahu pun nak sokong yang mana. Ha ha. Dulu2 sokong England. Sebab ada David Beckham yang handsome. Ha ha. Tu zaman dulu la, masa hingusan lagi. Sekarang nih, better sokong "Kedah" sahaja.
Hari ni kita cerita pasal jalan-jalan lagi nak?? Suke tau kalau cerita bab jalan-jalan nih. Sebab...bila jalan-jalan, dapat MAKANNN!! (yeehaa..bagusla sangat syeeda.tk sedaQ kaa ang tuh dah debab dahh??) Okey, saya nak update sikit pasal aktiviti jalan-jalan saya dengan kawan-kawan kat LADANG MEMPELAM TOBIAR, PENDANG, KEDAH. U ols check it out gambar-gambar di bawah ok!
Pandangan atas-Ladang Mempelam Tobiar
U ols tau tak mempelam tu ape? Mempelam tu Mangga la. Kalau kat sebelah Kedah ni, kami lebih suka panggil mempelam. Ok, Ladang Mempelam ni terletak di Tobiar, Pendang. Luas lebih kurang 41 Hektar. Mempelam yang ditanam di sini semuanya jenis varieti Chok Anan. Serius, buah nya sangat manis (seperti saya..Haha)
we are on the trem!
From left : syeeda, shikin & nazie
Sesampainya saya dan kawan-kawan kat ladang nih, kami dibawa menaiki trem untuk pusing-pusing tengok ladang. Memang tak ada logika la kalau nak pusing ladang nih bawak kereta sendiri. Dah orang sediakan trem, kita naik je la kan. He. Part yang best dapat tengok buah mempelam banyak tergantung kat pokok. Rasa macam nak petik jer! Tapi tak boleh petik sebarangan, sebab kualiti buah boleh terjejas.
Berlatar belakangkan sawah padi nan hijau
Hurm...sambil pusing ladang mempelam nih, kami jugak dapat tengok sawah padi sebab kawasan ladang nih berhampiran sawah padi. Cantik tak gambar di atas tuh? Maksud saya, cantik tak gambar budak comel berbaju pink tu? Haha.
Ayuh naik menara!
Ok, sekarang kita akan naik menara tinjau. Dari atas menara tu, kita boleh tengok pemandangan ladang mempelam yang sangat laaa luassss..dan jugak boleh nampak sawah padi yang saujana mata memandang (bak kata kawan saya, shikin). Tak percaya ker?
Aksi teruja dengan ladang. Ini ladang mempelam Beta.
Kan betul kan cakap saya?? dapat tengok pemandangan ladang yg sangat cantik dari atas. serius mcm kat oversea. tk pyh pegi jauh. anda boleh nikmatinya di Tobiar sahaja.
nyummyy..menyelerakan!
jemput makan!
Ini lah masa yang kutunggu-tunggu sedari awal pagi. Hehe. Dah habis jalan-jalan, sekarang masa untuk mengisi perut yang berkeroncong. Hidangan istimewa kat ladang nih ialah Pulut Mempelam dan Chok Anan Shake. Sedap sangat! Jangan hairan yer kalau pulut dimakan dengan buah mempelan sebab kalau bagi orang utara, perkara ini sangatlah biasa. Anda juga dijemput mencuba! Nescaya kenyang sampai ke petang. Chok anan shake pulak rasanya mcm ice blended mempelam yang sangat lah "pure" dan original. Bukan perisa!
duta produk Tobiar Gold
Baiklah. perut dah kenyang. hati pun senang. Masa untuk shopping. Membeli ole-ole pulang ke rumah. Jangan susah hati sebab nya kat ladang nih jugak ada pusat jualan produk. Ada produk berasaskan mempelam lagi yang di"brand"kan under Tobiar Gold iaitu Bes Minuman Mempelam, Sos Mangga Bercili, Jus Mempelam & Jem Mempelam. Mesti Cuba Tau! sebab produk-produk ni berkualiti. Kalau anda taknak produk-produk ini, anda juga punya pilihan yang lain.Contohnyaaa..lihat di bawah.
kraftangan pun ade.
Tadaaa! ada produk-produk kraf dari jerami padi & mengkuang. Hurm..boleh borong untuk di bawa pulang kepada sanak saudara dan orang tersayang! suka highlight pink kalau untuk orang tersayang. ecehh.
mari bergambar lagi.
kan..banyak pilihan kan. jadi itu sahaja untuk update hari ini. sesiapa yang berminat nak ke ladang nih boleh view www.mada.gov.my dan juga boleh contact our agrotourism section ok! For further details, just send your enquiries to sitisyaheeda@yahoo.com.my. Support Cuti-cuti Malaysia! Last but not least....
My Picture! Sehingga bertemu lagi
Farewell.
10 comments:
besar nya ladang mempelam nie.. huhu
my recent post:
germany argentina
yup. 41 hektar. rasa2 dlm 15,000 pokok kot. besaq kan?
Nice! sy pon asal kedah tp xtau Tobiar tu kt mn..
tobiaq tuh kat pendang ceq..kat kuboq panjang. area2 tuh la. hehe.
weii kecur air liur aku tgk mangga..weeeee
hehe.mangga yg menyelerakan.nyummy.
fuh...sedap nya mkn mempelam...besar gile ladang dia..hu3x..
hehe. actually nih ladang under MADA..but open for public as agrotourism location. hurmm sekarang mmg musim mempelam chok anan..
Mana gambar buah tobiar gold.namapak pokok saja.Gambar buah yg penting.Ok
judinmat:
hari tu xdan amik gmbq buah..dok kalut nk berjalan jaa..musim ni leh amik gmbq.. hee
Post a Comment