Saya baru jer pulang dari Program Malaysian International Food & Beverage (MIFB) 2010. Penatnya Tuhan saja yang tunggu. Tapi malam nih saya nak update jugak sedikit tentang MIFB nih, sebagai introduction utk pembaca-pembaca sekalian (wahh..mcm ko buat magazine plak kan?? haha..hantam saja lah).
Nasi lemak tu kelihatan memberangsangkan
MIFB ni adalah program tahunan yang dibuat khas untuk mempromosikan industri makanan & minuman kita kepada umum. MIFB bermula 22 Julai 2010 hinggalah 24 Julai 2010 di PWTC. Macam-macam produk yang menarik dapat kita jumpa di sini sebabnya dalam pameran ni, bukan Malaysia saja yang ambil bahagian, Thailand, Taiwan, Turki, Iran, China, Xiamen, Spain pun ada..Memang international class u ols. Jadi, kat sini platform untuk semua food business traders untuk berkongsi perniagaan produk-produk mereka. Paling best, dapat ujirasa produk! Sapa yang taknak kan kalau dapat makan FREE. Kenyang..semua booth bagi makan free, mestila kenyang kan.
Bendera bangladesh cam familliar di sekitar alor setar. eheh.
U ols mesti tertanya kan ape saya buat kat sini. Ha? Tak tanya pun? Alaaa tak tanya pun, saya nak cakap jugak. (Memang tak malu.) Actually, saya bertugas di Pavillion MOA. Nampaknya, hujung minggu kali ini tak bercuti lagi la saya. Nak buat camna kan, berkhidmat untuk negara. Ecehh.Tiba-tiba semangat 1Malaysia kelihatan di situ.
Bersama Rakan-rakan seperjuangan - MOA
Dan tidak lupa, saya juga menjalankan aktviti turun padang seperti yang disarankan Y.A.B Perdana Menteri kite (eh eh macam speech Y.B wakil rakyat plak.) untuk mempromosikan Cuka Nipah yang sememangnya salah satu projek saya. Bila turun padang ni, baru kita tau feedback daripada pengguna dan komen-komen mereka. Ada yang suka, ada yang mengata, ada yang memuja, tak kurang juga mencerca, pendek kata tadah saja telinga kalau nak berjaya. cewahhhh. Mari saksikan, booth Cuka Nipah bersama dua modelnya.
The Cuka's Girls
Baiklah, sebelum saya melalut dengan lebih lanjut lagi, adalah lebih baik saya berhenti seketika sebab otak pun dah agak "weng". Mengantuk yang amat. Nantikan sambungan entry tentang MIFB ni di esok hari.
Sekian, selamat malam. :)
8 comments:
i love makan..hik3 ;)
me too! hehe :P adik sugar2 dah sihat??
MiFB tak tau pun kata ada...dah abis baru tau...huhu...tidak boleh pi makan pree...
zul: tu laa..promotion kat tv tk meluas sgt. takpa2 thn dpn ada lg. bleh mkn pree lg. hehe.
wahhh foood!!
joe : yaaa.. a lottt of food! nyummy.
heheh..cam best je!:)cuka nipah tu untuk minum ke ape?
cindir-rela :
utk minum mcm cuka epal jugak. bleh kurangkan darah tinggi, kencing manis, batu karang & etc. bleh wat masak jugak.
Post a Comment