First time update belog pagi2 macam ni. Sebab bangun awal dan tak boleh tido lagi dah. Motif bangun awal? Sahur. Hari ni last puasa ganti. Yes! Hehe. Minggu depan dah nak puasa wajib, baru sekarang dapat habiskan hutang-hutang lama. Outstation banyak sangat tahun ni, baru minggu ni ada kesempatan nak berpuasa. Sahur tadi memang tak berselera nak makan nasi. Mau nye tak berselera, bukak puasa semalam dah balon 2 pinggan nasik bersama tomyam buatan Mama Gee tercinta. Ye, mak saya masak sedap. Sebab tu saya makin hari makin sihat dan gemok, macam kucing belaan saya juga. Hehe. Jadi, sahur tadi just minum Kopi Qaisara dan juga 2 bijik tart jem buatan Kak Nab. Sedapp tart jem dia. U ols n ak order untuk raya? Hehe. Ok, sekian untuk pagi ini. Nak kena siap-siap ni. Mari pergi pejabat dengan hati yang ceriaaa. Chowwww!
4 comments:
ad 1 hari lagi pose ganti
yeayyyy..akak dah habis! syiok2. esok raya.hehe
selamat menyambut ramadhan untuk hang!
ajim, selamat menyambut ramadhan utk ang gak! mai la bukak posa kt aloq staq wei.
Post a Comment