Salam. Eish ish eishh..janji hari tu nak update dalam masa very soon..hehe nih dah 3 minggu baru nak update cerita lalalala hari-hari kerja kat Yantai City itu hari kan. Ok, just for quick update, balik jer dari program ke China tu, saya busy dengan exam PTK dan juga kerja-kerja yang tak pernah surut di pejabat. Baru semalam pembentangan projek untuk PTK dah selesai. Jadi, mari kita fokus kepada belog ini pulak ye. Ini ada sedikit cerita bergambar tentang trip ke Yantai City, China (21 - 26 September 2010). Mari Baca, Kalau anda masih sudi.
21 September 2010
Bertolak dari KL pukul 12.30 tgh malam. Perjalanan ke beijing , amik masa 6 jam jugak dr KL. Sampai di beijing pukul 6.30 pagi. Cuaca sejuk sangat. Saya dah excited nih, nak berjalan2 tengok tempat orang. Hehe Tunggu flight ke Yantai yang dijadualkan pukul 2.00 petang. Bermundar-mandir di airport memang la satu aktiviti yang agak membosankan. Tapi mari kita snap gambar apa yang patut.
|
Tu dia muka letih di kala pagi. Sebelah saya adalah rakan sejawat, Manglesh |
|
|
Sampai di Yantai City, around 4 pm. Dijemput oleh Liason Officer kat sana. Oh, nak tau Yantai City tu tempat apa ye? Dia macam kawasan persisiran pantai, pinggiran laut. Sila bayangkan Batu Feringghi. Ha, macam tu. Actually, saya ada program promosi produk IAT kat sana. Hurm, lalala hari-hari kerja la, bukan suka-suka. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Yantai, sila Google ye. Ok, mari sambung cerita. Pukul 6.00 petang, dinner dengan Vice Mayor Yantai City. Oh ya, org China ini sangat proud dengan bahasa diorang. Diorang tak pandai berbahasa inggeris, jadi Mr. Liason Officer bertindak sebagai jurubahasa kami.
|
Hurm mata pun takleh nak celik dah, sebab penat sangat. |
|
|
|
Tuan Mayor yang di tengah |
We are having a great dinner ever! penuh satu meja dengan lauk pauk. Oh ya, makanan yang disajikan adalah di Restoran Muslim. Sebabnya, diorang tau yang saya dan org2 lain beragama Islam. except Manglesh la kan. Hehe we all jugak avoid makan daging, sebabnya kan Manglesh takleh makan. Semangat 1 Malaysia, mestila respect each other. We all Malaysian, what. Dah menjadi adat bagi Chinese kalau nak meraikan orang luar, diorang akan jamu makan sampai penuh satu meja. Mcm makan besar masa Gong Xi Fa Chai tu. Ni first time merasa makan besar. Pastu saya terkial2 guna chopstick. Sebab diorang tak de bagi sudu atau garfu.
22 September 2010
Hari ni memang rasa malas sangat nak bangun tido. Sebab letih dalam perjalanan semalam masih belum hilang. Pukul 9.00 dah siap-siap nak gerak ke International Hall of Yantai. Nak setup Pavillion Malaysia. MOA wakil Malaysia dalam Program 11th International Fruit, Vegetable & Food Exposition ni. Dan kitorang pun berhempas pulas la nak present yang terbaik eventhough limited resources.
|
Dewan program tersebut. |
|
Ni gambar sesi setup - menyetup, decorate mendecorate, belum final lagi |
Setup menyetup nih habis dalam pukul 5.00 petang. Then, bergegas balik hotel sebab ada Majlis Perasmian Program ni dan Official Dinner pukul 6.00 petang. Haa memang bersiap ala kadar la. tak sempat nk grooming lebih2. Hehe Lagi satu, pantang orang China ni kalau lambat. Semuanya kena on time.
|
Pakai Baju Kurung Favourite |
|
Manglesh dan Baju Punjab nya |
Sengaja kitorang pakai baju kebangsaan masing-masing sebab nak tunjukkan imej Malaysia. Tiba2 rasa semangat patriotik itu menebal pulak bila berada di perantauan kan. Hehe So, we are the only malay & indian girls in that ceremony. Memang orang2 China sini tengok macam makhluk asing la kan. Hehe
|
Bersama Chinese & Thailand Group |
|
Acrobatic Performance masa dinner |
|
Maskot Buah-buahan dan Perempuan-perempuan cantik |
Kebetulan malam ni, China meraikan pesta kuih bulan. Memang tradisi diorangm kalau ada festival yang grand camni, ada classic concerts. So, kami dibawa melihat Chinese Classic Concert. Ya, konsert lagu cina! First time ni, kat Malaysia tak dapat punya tgk konsert camni. Mari lihat, gambar-gambar keriangan saya menonton konsert.
|
Keriangan tak? Saya paksa Manglesh amik gambaq walaupun beliau agak kesejukan. |
|
Tarian nih best! Saya memang suka tari menari. |
|
Pengacara yang kacak dan cantik. Lelaki tu berbahasa Mandarin dgn sangat lah baik & superb walaupun dia mat saleh! |
|
Taktau ler nih sapa. Tapi orang ramai bersorak-sorakan bila dia nyanyi. Maybe penyanyi evergreen macam Sharifah Aini kite kot. |
|
Keriangan betul diorang nih. |
|
Tu dia. Ramai. Kalau sesat, confirm nangis. |
Konsert abis dalam pukul 10. Actually, pukul 10 malam diorang dah macam 12.00 tgh malam kita. Langit gelap gelita. Kereta-kereta dah surut di jalanan. Apa2 pun, Konsert dia best, enjoy, walaupun saya tak faham sepatah pun coz diorang nyanyi bahasa mandarin.
Baiklah, sekalian. Ini baru episod 1. Cerita 2 hari. Esok saya update lagi cerita-cerita yang seterusnya.
Selamat Malam!
2 comments:
i like!!
liza :
hehe thanks!
Post a Comment