Hari ni saya nak share story pasal petang tadi. Oh, gaji baru masuk. Jadi memang tepat pada waktunya lah saya pergi untuk membeli barang-barang rumah di pasaraya yang sememangnya cukup terkenal di bandaraya Alor Setar ni. Ecewah. Sambil-sambilan tu, saya nak jugak cari tudung-tudung menarik untuk digayakan di masa depan. Niat di hati yang suci ini, nak cari tudung rozita che wan. Tapi cerita yang nak disampaikan ini bukanlah perihal tudung yang menggunakan nama janda hot tu, tapi tentang apa yang berlaku kat saya dengan Nini waktu petang tadi.
Kami mula sampai pasaraya tu pukul 5.20 petang. Mula-mula tu, saya berkeras nak bawak troli. Tapi si nini pulak tak setuju. Maybe sebab dia dah tau yang dia saja akan tolak troli tu dan saya berlenggang-lengguk mak limah saja. Lastly, kami amik keputusan untuk masing-masing bawak basket. Selesai pilih barang, kami pun beratur untuk bayar. Tiba masanya encik cashier mengira jumlah pembayaran. dan, dah selesai bayar segala, encik cashier boleh buat dunno saja tak masukkan barang dalam plastik tapi dok sibuk mengira payment next customer pulak.
Saya : Err, encik, ada plastik dak? (dengan gaya masih sopan lagi)
En. Cashier : Maaf cik. Sekarang ni, setiap hari jumaat & sabtu, semua pasaraya di alor setar dah tak lagi sedia plastik. Semua customer kena bwk plastik @ bekas dari rumah. Ni langkah mengurangkan plastik.
Saya : Aik, ya ka?? Taktau pun. Erm, takpa lah. Nak pinjam basket tu sat. Nak hantar barang kat kereta. (masa nih mula-mula nak poyo dah)
En. Cashier : Raga takleh bawak keluar melebihi kaunter. Troli je boleh.
Saya : Abis tu, nak angkut barang-barang nih camna? (mula lah temperature i nak naik ni)
En. Cashier : Erm, boleh dptkan recycle bag dari kami.
Dan, rakan-rakan sekalian. Jangan ingat recycle bag tu FOC pulak. Kena bayar okeh. Terpaksalah beli sebab boleh anda bayangkan kalau tanpa beg tu takkan syeeda sobbihi nak angkut semua barang-barang nih ulang alik ke kereta kan??
Ini raga barang yang nini pegang, belum masuk raga yang syeeda sobbihi bawak lagi. Banyakk kan?? Hu. |
Dan itu dia bibik nini sedang bergaya dengan recycle bag pasaraya yang baru dibeli dengan harga RM 5. |
Ohh, sangat menawan. Maksud saya, beg itu, bukan modelnya. Haha. :p haruslah beg ini menawan, sebab kena bayar. Adik saya si nini nih sempat lagi memerli encik cashier yang beg kami beli sangat besar, boleh buat khemah. haha. Saya dan nini boleh dikatakan kerap jugak pi pasaraya ni, tapi taktau la pulak ada hari tanpa plastik camni di hari jumaat & sabtu. Ker memang kami yang ketinggalan sumber maklumat di zaman canggih ni? Korang yang tinggal di alor setar, tau tak pasal nih?
Say No To Plastic Bags |
Masa nak melangkah keluar tadi baru terperasan poster kempen mengurangkan plastic bags ni. Ohh, barulah saya tahu. Jadi, sekarang ni, tiap2 hari jumaat & sabtu, kalau nak beli barang-barang rumah kat pasaraya, kena bawak beg sendiri tau! Saya dah nekad nih, nak bawak recycle bag yang dibeli tadi tu kalau nak shopping. Kalau bukan hari jumaat atau sabtu pun, tetap nak bawak beg tu jugak-jugak. Sebab..dah keluarkan RM 5 untuk beli beg tu..Sob sob..jadi kena gunakan dengan penuh hemah!
p/s : saya sentiasa menyokong kempen-kempen yang berfaedah :D tapi rasanya lebih elok kalau lebih banyak promosi dilakukan untuk kempen2 sebegini. sebab saya rasa, masih ramai yang tak tahu. ke saya jer yang tak tahu?? haha
3 comments:
ooohh...alor star pun dah ada kempen camni....bagus2...
pastu dah beli recyle bag tu jangan lupa bawa pulak nak beli lain kali...
zul:
hurm..baru start rasanya. la nih dok simpan jer recycle bag tu dlm keta. so nnt klu singgah nk shopping, just bwk kluar bag tu jer. :D
HAI owner belog !.
love einaz.
Post a Comment