Salam sejahtera wahai kesayangan-kesayangan sekalian. Sepertinya saya melalui sebuah perjalanan hidup yang panjang 4 hari yang lepas. sejarah banjir yang melanda kediaman dan istana hinggap saya pada 4 November 2010 yang lalu pasti akan saya ingat sampai bila-bila. Sumpah, sepanjang hidup saya, saya tak pernah merasa pengalaman seperti ini. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi, sapa yang nak "cinta" banjir?? Sekurang-kurangnya kenangan menghadapi banjir ini akan menjadikan saya sebagai insan yang lebih bersyukur dengan kurniaan Illahi. Allah menguji kerana terkadang sebagai manusia yang lemah, saya juga alpa. Ujian ini hanyalah sebagai peringatan dari-Nya untuk menyedarkan saya dari kelalaian.
Beginilah keadaan rumah saya pada pagi khamis yang lalu |
Masa ni paras air sudah mencecah paras buku lali. air naik dengan sangat cepat. saya dan family memang tak bersedia dengan banjir nih sebab sebelum ni rumah kami memang tak pernah banjir. Jadi, pagi ni lah baru nak angkut semua barang-barang penting ke bahagian atas rumah.
Air mula memenuhi hall rumah. Memerlukan kudrat yg kuat untuk mengangkut sofa-sofa mahal Mama Gee ni. |
dan gerakan misi menyelamat tv dan komputer pun bermula. |
Alhamdulilah semua barang-barang penting dapat diangkut ke bahagian atas rumah. Cuma saya agak terkilan sebab buku-buku masa zaman study kat uitm tak dapat diangkat akibat berat yang melampau. Air dah naik paras lutut masa tu. Paling menyedihkan, harta kesayangan saya tak dapat diselamatkan.
Sang Putih Gen2 kesayangan..huhu sebak. |
Keadaan berlaku sangat pantas. saya hanya dapat melarikan kereta ke kawasan yang saya pikirkan selamat ketika itu, tapi rupa-rupanya tak selamat jugak. Akibatnya sekarang, saya terpaksa sang putih nih kering sepenuhnya untuk dibawa servis. Sekarang, tiada kenderaan untuk bergerak. Stress, tapi apa nak buat, sabar je la.
Banjir semakin surut semalam. istana hinggap dah puas disental oleh kami sekeluarga. Sekarang, hujan masih membasahi bumi Alor Setar. Harap-harap nih hujan yang membawa rahmat dan bukannya membawa "banjir". Rasa tak sanggup nak sental rumah lagi dan paling penting, tak sanggup nak cium bau-bau selut yang membusukkan tu lagi!
p/s : Terima Kasih kepada Mak Tam Zakiah sekeluarga sebab sudi menumpangkan mangsa-mangsa banjir seperti kami ni di istana beliau. last but not least, ada sesape sudi meminjamkan kereta tak?? Kalau bagi terus lagi bagus. Sama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir ini. He :p
14 comments:
saya cuma mampu bagi kereta sorong saya tu je~huhuhuk
enchix landax: kereta sorong pun okeh gak. bleh guna utk angkut brg2. hehe
sabar je syeeda...sofa mahal tu yang tak tahan tu...
zul:
thanks zul. hehe sofa tadak la mahal tera mna pun. tp alhamdulilah berjaya dipindahkan. klula rosak, byk duit lg nk kena labur..
haduih..nnt dah surut letih nak menyental lak..
manggosteen:
eh eh..awak ni mango ke manggis?? hehe serius nih bru lps cuci + sental umah..mmg letih gile. gile pun tk letih cmni! hehe
aiyoyo.... habis la kereta kesayangan... ingat lagi masa saya kat johor,,, masa tu banjir besar kat johor.. dua taun lepas kot... ada satu tempat jual kereta ni kena tenggelam air.. habis semua kereta dia rosak.. perghhh... tak tau la berapa kerugian nak baiki semua tu..
amni:
tgh keja kuat nak kumpul duit repair keta. huhu mechanic dh call, estimate RM 3k for repair. perghh berpeluh!
kete persona saya pun kena bnjir..mahal tak nk repair tu..awk hntar proton servis ke???
paan:
firstly, sy hantar kat mekanik dulu. dia repair ape2 yg patut. then, yg bhgn elektronik je hntr kat proton. Overall, RM 5,000 sebab kena tukar ecu baru coz jahanam habis. RM 5K tu bleh dikatakan quite ok, sbb ada org hntr proton servis, kena around RM 12K.
saya bajet pn kos dia around 5k jgk la..ish3x.. abis tu awk pkai lg ke kete tu?or awk jual blik? ada org ckp better jual blk je..
paan :
hurmm..saya still pakai keta tu balik.. mmg semua org advice suh jual je keta tu.. but buat ms skrg duit pun tkde lg nk pakai keta bru.. plus, nk kumpul duit utk persiapan kawen..so, hasrat nk pakai keta baru tu letak tepi dulu laa.. huhuhu.
kalo ok lg ape salahnye pkai dulu kn..hehe.. so xde mslh ape2 ke keta tu..org ckp byk mslh ble dh kena bnjir ni..so far awk pkai ok lg x??
paan:
stakat nih ok la lg..sbb tu sy pkai je dulu.. ade la skali dua, keta tu melompat2..hehe at first, terkejut la jgk.. skrg dh biase dah..
Post a Comment