Nothing much for today. Hari ini encik kekasih cuti. Peluang untuk berjumpa tidak dilepaskan begitu sahaja. Bukan apa, waktu kerja kitorang yang berbeza, dan waktu cuti yang juga berbeza, menyebabkan kitorang tidak mensia-siakan peluang yang ada. Lagipun, hari ini Encik kekasih nak tunjuk sesuatu. Alhamdulilah, beliau ada rezeki lebih. Dah dapat beli kereta yang kini lebih dikenali sebagai "sayangku" oleh beliau manakala saya lebih rela memanggilnya "sang hitam" sahaja. Haha. Orang-orang lelaki sekalian, kalau anda punyai kereta, maka memang anda akan mengabaikan gf / wife kah? Asyik memikir untuk "make-up" kereta saja. Persoalan untuk hari ini.
Baiklah pose untuk hari ini. tembamnyaa ceq. uhuu. |
Kitorang pergi makan-makan kat restoran kegemaran Encik Kekasih - Santhai, Jitra. Ohh, makanan kat sini sangat sedap-sedap. Nak tengok kitorang makan apa??
Mee Ladna pilihan saya. Sedap! |
Encik kekasih memilih nasi putih, tomyam campur & kailan ikan masin. |
Makanan kat sini saya boleh gerenti yang kalau anda makan, pasti tak menyesal. Malah boleh datang lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Selepas makan-makan tu, kitorang round-round area Pasaraya Aneka Jitra. Kejap jer aktiviti ngedate hari ini, sebab waktu kitorang keluar pun dah petang.
Ok, malam ini saya nak mulakan hobi lama saya iaitu menjahit manik. Ada baju yang nak dijahitkan. Nanti kalau dah siap, saya tunjuk ya hasil kerja tangan saya tu. ceaa.. semoga bertemu lagi!
4 comments:
bab posing2 tak pa lg...tapi yg paling tak tahan bab publish makanan2 ni yg tak tahan ni....
ladyzul:
kak D..hehe sedap ooo.. slurp slurpp...
syad..restoran tu area mana?aku nak pi try balik cuti ni..
amal:
Restoran santhai tu area Taman Siswa UUM. Dekat simpang nak pi Polimas.. sedap weihh..
Post a Comment