Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, February 4, 2011

Dah Jumpa Dah Tema.

Hai kesayangan-kesayangan semua! Hari ni takde buat apa-apa pun. Bangun pagi, mandi, pastu makan nasi lemak. Then, belek-belek facebook. Belek-belek internet. Pastu Mama Gee kata hari ini beliau taknak masak sebab beliau nak pergi makan kenduri dengan Pak Bihi kat Naka. Saya pun merengek-rengek dengan harapan beliau akan membawa saya ke kenduri itu sekali. Jadi tak perlu lah saya masak! Bijak tak saya kawan-kawan? Malangnya, Mama Gee dapat membaca akal fikiran saya yang kotor tersebut lalu menuduh saya "Eyhh, tak malu ka dah besaq-besaq cenggini nak mengekoq mama lagi??" Ok, fine! Mama Gee cuma tak mahu "date"nya hari ini dengan Pak Bihi terganggu. Okla-okla kakak masak. Teeheee. 

Pastu, saya mengheret Nini adik kesayangan ke Giant. Membeli barangan untuk buat spaghetti. Pulang ke rumah, terus tung tang tung tang masak di dapur dan dibantu oleh Fakhri adik kesayangan. Ein adik kesayangan pun ada menolong, tolong ganggu sahaja. Mama Gee dan Pak Bihi dah pergi makan kenduri lepas solat jumaat. Tinggallah saya, nini dan fakhri adik kesayangan sahaja di rumah menonton CD Aku Masih Dara sambil makan spaghetti. Ein adik kesayangan dah keluar bersukaria dengan kawan-kawan. 

Jam 5.30 petang. Nini adik kesayangan membebel-bebel mengajak saya mencari baju saya untuk pertunangan nanti. Kata beliau," weyhh, boleh dak kita pi cari baju tu awai2?! nanti nak upah lagi kat Cik Nab! Kalau nak buat kerja last-last minit, aku malaih nak tolong ang." Lalu saya bingkas bangun menyalin-nyalin pakaian dan bersiap ala kadar. Destinasi kami, Jakel kat simpang kuala. 

Sampai di Jakel Simpang Kuala, terus rambang mata nak beli baju. Haisyhh, macam duit ada selaut ja lagaknya. Kalau benar ada selaut, memang habis semua kain-kain nih saya borong. Orang punya la ramai, sebab ada sales. Mencari dan mencari lalu mata saya tertarik, terpegun dan terpaku pada satu kain satin & net peach. Baiklah, INI YANG KITA CARI! Itula baju nya, sambil menjerit-jerit keriangan lalu nini memukul  belakang saya lantas menyedarkan saya dari angan-angan. Heee. 

Ok, kesimpulannya, baju pertunangan saya tu warna peach. Nanti bila dah siap jahit dan tersarung di badan semasa majlis baru saya upload gambaq naaa. Tema majlis pun nanti warna peach. Satu perkara dah selesai, nanti kena cari bekas-bekas hantaran pulak. Huhu. Pak Bihi macam tak berapa setuju nak buat majlis sarung cincin atas mini pelamin. Huhu camne nak pujuk beliau eyhh??

p/s: Jakel tengah dok buat Sales sampai Ahad ni. Pi la serbu. 

No comments:

Tabung Baby. Please Click :)