(Awas! Entry ini ber"mood" jiwang. Sila beredar jika anda tak gemarinya)
Dugaan di awal bulan barangkali. Telefon tangan kena barred (teehee..akibat kelalaian tak membayar bil) dan "sang putih" kesayangan tiba-tiba rosak dan break down lagi. Harus dihantar untuk dibaikpulih. Melayang ratusan juga di situ. Tuhan mahu menguji. Mungkin akan ada rezeki lain nanti (sedapkan hati).
Seharian jugak tak dapat bermesej dengan Encik Kekasih. Rindu. Sungguh. Baru saya tahu, yang saya sukar nak hidup tanpa dia walau sehari. Hee. Malu. Betul kata orang, bila tiada di depan mata, baru dikenang-kenang. Kalau dah berjumpa, macam anjing dengan kucing lagaknya.
Pagi ni, dapat mesej dari dia. Dia cakap nak datang rumah & ambil saya untuk keluar jalan-jalan. dah dua minggu tak jumpa. Yeayyyy! hati menjerit keriangan. Lebih kurang sejam, Encik Kekasih dah terpacak depan pagar rumah. Kali ini, bawak buah tembikai dengan rebung madu. Ye, dia memang suka menjamu saya dengan makanan. Tanpa dia sedari, kekasih dia nih semakin mengembang badannya. Abaikan. Hidup bukankah untuk dinikmati? dan makanan itu nikmat!
Singgah di CIMB. Selesaikan apa yang patut. Gaji ini harus diagih-agihkan. Lega. Semua hutang-piutang selesai, walaupun gaji semakin surut. Sekali lagi cuba berfikiran positif, Tuhan mungkin akan berikan rezeki di mana-mana lagi barangkali. Hu. Tiba-tiba, ada orang pohon pertolongan. Ya, bunyinya macam Encik Kekasih saya seorang Superman yang tiba-tiba bertukar outfit dengan spenda merah di luar dengan ayat pohon pertolongan tu. Sebenarnya, ada seorang lelaki nih (he's from Penang), kereta beliau break down di depan CIMB. Dia mintak tolong hantarkan kepada mana-mana pomen yang berdekatan. Encik Kekasih katakan pada saya, takpelah, kita tolong dia. Nanti kita susah, orang tolong balik,kan? And yet, hari ini tak macam selalu, mudah sangat dapat parking. Saya cakap kat Encik kekasih, mungkin sebab kita tolong abang tadi kot, hari nih semua dipermudahkan. Alhamdulilah!
Tadi Encik Kekasih cakap yang hari ini mungkin hari terakhir kita jumpa sebagai pasangan bercinta. Suspen kan? saya pun tanya, kenapa. Dia cakap, minggu depan tak dapat jumpa sebab sibuk sikit. InsyaAllah minggu sekali lagi kita jumpa sebagai tunangan. Senyum. Manis sekali. Dan hari ini, kami habiskan dengan momen-momen indah. Entah kenapa, saya masih tak dapat cari puncanya. Kenapa saya suka dia. And my heart sings loudly that there is no reasons for falling in love!
Selamat malam sayang. Mimpi yang indah.
2 comments:
hati berbunga-bunga eh.. :)
haha. bunga2 cinta kini mekar di taman hati :D
Post a Comment