Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, June 18, 2011

Suri Rumah dan Cekodok Pisang

Berkuatkuasa pada tarikh 18 Jun 2011, saya telah memulakan tugas part time sebagai suri rumah di samping kerjaya tetap saya disebabkan puan mama kesayangan iaitu Mama Gee is off to China selama seminggu bersama officemates beliau. Wahaaa..patut la Puan Mama Gee selalu jer nak naik angin dan membebel 24 jam, rupanya kerja suri rumah part time ni betul-betul mencabar jiwa.. 

Bangun pagi-pagi (anyway, takdela pagi sangat).. dah terus kena menghadap mesin basuh. Basuh semua baju ape yang patut, then jemur kat ampaian. Ingatkan lepas tu bolehla nak rehat. Di dalam mimpimu je lah. Nak kena masak lagi. Abis masak, collect baju kat ampaian. Dah tu, takkan nak biar je membukit di ruang tamu.. kena la lipat baju-baju dan disimpan dalam almari. Selesai melipat baju, ada request dari Pak Bihi pulak untuk makan cekodok pisang di waktu petang. Bertung-tang-tung-tang kembali di dapur untuk siapkan cekodok pisang. Nahh..cekodok pisang nih jugakla dinner untuk malam ni. Teeheee. 

Sekarang barulah merasa membaringkan diri di katilku yang tidaklah seempuk mana, tapi sangat selesa! Itupun selepas meng"iron" baju-baju untuk ke pejabat selama seminggu. Ahh..hari yang penat. Kena cepat belajar melalui hari-hari sebegini sebagai seorang suri rumah part time sebab selepas bulan 12 nanti, keadaan macam ni pasti akan dilalui juga! Go-go-chaiyo Syeeda.

Sekian diari saya untuk hari ini. 

10 comments:

norh said...

keja rumah tak pernah abih2 kan..

Cik Puan Syeeda said...

betul2.. tabik to suri rumah sepenuh masa! :)

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

InaAchik said...

bulan 12?
x lama dah...
harus nyanyi lagu menghitung hari kan... :)

Cik Puan Syeeda said...

andrik:
hi..thanks for following me.. i'm following u too! :)

Cik Puan Syeeda said...

inaachik:
haha. ye ke tk lama?? apa pun tak ready nihh.. hee

jual rumah di kemang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
jasa ekspedisi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zullism said...

tau takpa...hehe

Cik Puan Syeeda said...

zullism:
apa yg takpa ceq?? hee.

Tabung Baby. Please Click :)