Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, August 1, 2011

Cuti-cuti Kelantan Bersama Family & En. Tunang

Hai kesayangans. Baru satu hari berpuasa dah ada dugaan. Huhu. Sedih sangat ni. Actually tadi tengah eksaited sangat-sangat nak post gambar posing-memosing di Kelantan bersama Encik Tunang. Baru je transfer semua gambar-gambar dari camera & berry2 saya masuk dlm pen drive, sekali pen drive tu ada virus daa.. Semua gambar hilang! sob sob.. dah la cut & paste. dah memang takde dahh copy. Huhu. Nasib baik ada jugak gambar dalam camera syamet. tapi tak sebanyak dalam camera & berry2 saya la. Huhuuu sekali lagi nanges. Jadi, terimalah entry jalan-jalan hari jumaat & sabtu lalu yang tak seberapa menggah sangat eyhh. ;( 

**** Zass ! Biar gambar saja yang bercerita.

berhenti berehat di tengah perjalanan dari Alor Setar ke Kelantan.
kalau tak silap, hentian nih selepas Tasik Banding.

Area Muzium Perang @ Kota Bharu, Kelantan.

Here we are @ Kota Bharu!

Kat atas bukit di banjaran titiwangsa.
Sejuk tempat ni.

Dah nama pun jalan-jalan kan. so, saya mempersembahkan gambar jalan-jalan je la eyhh. Actually tujuan asal adalah shopping.  We all singgah di Pasar Siti Khadijah. Then, jumpa dengan kawan Mama Gee. Nama Kak Za. Dia ada kedai kain kat situ. Nama kedai dia, Gerai P.Ramlee & Saloma. Kelas kan? Apa lagi, we all pun borong-memborong kain la. Memang cantik-cantik kain kat kedai dia. Latest design. Lagi best, sebab dapat harga istimewa! Sayanggg Kak Za.

Hari Sabtu pulak, singgah di Rantau Panjang. Saya suka sangat rantau panjang! Kalau dok lama-lama kat sini pun takpe. tapi takut habes duit je la memborong. Haha. So, kat Rantau Panjang ni, saya banyak membeli barang-barang perkahwinan sebab harganya yang sangat murah. Macam-macam ada. Bunga telor ..doorgift bags.. semuanya cantik-cantik. Kalau kat Alor Setar, memang tak dapat la harga cam kat sini. Alang-alang dah sampai sini, apa salahnya memborong sakan kan? So, bulan ni kena ikat perot. Nasib baik bulan puasa! Haha. Encik Tunang pun eksaited sangat-sangat beli-belah kat sini. Dia beli jeans, kasut dan jersey bola.

*** Tadi saya call Encik Tunang. Mengadu domba pasal gambar-gambar yang hilang. Encik Tunang says.. takpela awak, nanti kita tangkap gambar lagi ye..kita tangkap lagiiii banyakkk dari yang ni. dah-dah, jangan sedih-sedih lagi ok? Terus.. ai senyum sampai sekarang.. So sweet.. 

Nah..bunga nih untuk awak sebab pujuk saya :D

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

beli brg kawen ke kak??hehe

sal ya said...

memang tension kalau pics hilang dan x dapat nak replace. huuhhuuu...

Cik Puan Syeeda said...

sugar2 kapas strawberry:
hai adik sugar2! ha ah..beli brg kawen kat rantau panjang.. adik org klate kan? murahhnyee kat situ..

Cik Puan Syeeda said...

anisalya:
tension gile! sebab smua tu kenangan kan. hmm.. redha je la.

Tabung Baby. Please Click :)