Salam maal hijrah semua! how's your day? Semoga hari ni lebih baik daripada semalam. Sedar tak sedar kita dah melangkah ke tahun baru lagi. Cepat sangat masa berlalu kan? Entry saya hari ni pasal bola..bola dan bola. Maklumlah, baru semalam saja menyaksikan perlawanan Malaysia Vs Vietnam di Sukan Sea Laos 2009. Jadi, semangat kesukanan tu tiba-tiba berkobar pulak.
Sebenarnya, saya bukannya peminat bolasepak yang sejati (heh..betul ke ayat tu?). Malah sukan-sukan lain pun saya kurang minat.Tetapi saya dibesarkan dengan persekitaran sukan bolasepak ni. Pak Bihi seorang coach bola untuk akademi kedah. Jadi ulang-alik stadium satu ketika dahulu satu perkara dan rutin yang biasa bagi family saya. Pak Bihi memang sangat enjoy dengan kerja dia. Sangat dedikasi, rajin dan ambil berat dengan players dia. That's the reason why pemain2 asuhan dia dulu masih keep in touch lagi dengan dia.
Bercerita tentang perlawanan Malaysia Vs Vietnam semalam, Pak Bihi dan Mama Gee la orang yang paling excited sekali mengadap tv. Saya berperasaan biasa saja. Sesekali terdengar suara tempik mereka bila detik-detik gagal menjaringkan gol. Kelakar pun ada bila tengok aksi2 mereka mengalahkan penyokong kat dalam tv.Tapi, walau apapun kisahnya,akhirnya dapat juga kita menjuarai sukan sea kan setelah 20 tahun menanti. Harap-harap team bola Malaysia berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi pada masa akan datang dan jangan terlalu cepat berpuas hati dengan kejayaan yang baru saja bermula ni. Bagi peminat-peminat Malaysia tu, janganla bila menang saja baru memuji2 sampai ke langit, tapi bila Malaysia kalah, mengeji2 lagi. Bukan kah kalah dan menang, adat bertanding. Jadi, berilah sokongan yang padu kepada national team kita ye!
Apa pun Tahniah Pasukan Malaysia! Ini satu permulaan yang bagus untuk tahun baru ni!
p/s : Naik bulu roma bila Negaraku dimainkan di Stadium Laos..
1 comment:
Cik Epal,
tq kerana singgah! yeay..go go malaysia!
Post a Comment