Salam sayang manje2 semua! Hari ni hari terakhir tahun 2009. Esok 1.1.2010. Hari Jumaat. Saya masih jugak seperti tahun-tahun yang lalu. Tiada istilah menyambut new year di mana-mana. Di ruang tamu rumah je ataupun dalam bilik tidur saja. Lagipun, Pak Bihi mesti tak benarkan saya keluar pi mana-mana. So, better stay at home. Malam ni pulak sibuk habiskan report dan kerja ofis sebab esok ada meeting di Sungai Petani. Ya..saya tak cuti. Ni la pertama kali dalam hidup kena kerja waktu new year. Hari ni saya nak review balik apa yg saya hadapi sepanjang 2009.
Suka Duka 2009:
~ dah 2 tahun kerja, dah siap hadir kursus induksi & BTN. Jadi, saya masih menunggu pengesahan jawatan saya.
~ saya semakin rasa stabil dalam kerjaya saya.. walau apa pun masih byk yg perlu dipelajari.
~ Disaman disebabkan kes accident tahun 2007. Tapi saya still relaks je.. :-) kes accident tu akan sentiasa buat saya berwaspada dlm kehidupan..
~ Ada krisis keluarga yang menyedihkan berlaku dlm tahun ni. Keluarga saya dapat hadapi dengan tabah sebab we all jenis cool jer.
~ Kucing kesayangan saya Baby Sandra pergi tinggalkan saya. Satu-satunya kucing yg saya syg dan sanggup buat apa saja. Mcm best friend.
~ Laptop saya hilang bila rumah diceroboh. Laptop tu dibeli hasil duit PTPTN masa study di UiTM Shah Alam. Tapi alhamdulilah saya dan family tak diapa-apakan.
~ Kereta pernah mati depan Bank Islam sebab saya malas isi minyak..hehe sgt ingat pengalaman tu dan sekarang sentiasa pastikan minyak penuh dlm tank..
~ Menghadiri byk sangat majlis perkahwinan kawan-kawan..tahun 2009 ialah tahun paling ramai sgt org kahwin..I'm happy for them.
~ Perang besar dgn yg tersayang tapi syukur hubungan ni masih berpanjangan.
~ Finally I have a blog in year 2009..sangat gembira dengan hobi baru ni..blogging all the time..
Saya harapkan tahun 2010 esok akan memberikan sinar yang lebih membahagiakan. Harapkan tahun 2010 lebih baik dari tahun 2009. Saya berdoa agar saya dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh (hehe..gatal) dan dapat menggembirakan hati Pak Bihi dan Mama Gee.
Selamat Tahun Baru Semua! Bye 2009..
p/s: Yang Tersayang saya tengah sambut tahun baru sambil barbeque dengan kawan2 kat rumah dia. Don't naughty2 yeahh..
3 comments:
happy new year to u too!
mudah mudahan 2010 memberi makna yg baik utk kamu :)
terima kasih iza!
Post a Comment