Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, January 22, 2011

Keinginan Melampau.

Sebelas Perkara Yang Saya Teringin Sangat-sangat:

1. Nak kulit yang cantik, gebu, putih, mulus dan lain-lain.

Lately, rasa macam kulit saya sangat sensitif. Kalau salah makan, mesti akan naik ruam-ruam dan lain-lain kegatalan. Perlu ubati. Kan best kalau dapat kulit yang cantik. Kena makan banyak buah oren ni!

Cantik macam dia ni kan best. Pic dari FB Fazura.
2. Nak pakai shawls dan tudung cantik-cantik serta stailo.

Saya memang suka sangat lilit-lilit shawls. Sekarang nih sedang menggila ikuti tutorial di internet especially youtube tentang macam mana nak pakai shawls cantik-cantik. Selalu jugak view pic cik-cik gadis yang cantik pakai shawls nih. Macam Fatin Liyana. Inspirasi. Budak-budak sekarang memang stailo ehh?? Kenapa masa zaman saya study dulu takde pun orang stailo lilit-lilit shawls pegi ke kuliah?? Ohh..dulu takde jalur lebar. Masa tu zaman meningkat naik pen drive. *Sigh*

3. Nak mekap-mekap belog.

Ohh.. saya teringin sangat-sangat nak mekap-mekap belog jadi cantik. its just, i'm not good at it. okeh takpa, saya akan teruskan pembelajaran mencantikkan belog saya ni.

4. Nak pakai kereta yang best.

Dulu minat kat Vios. Tapi selepas acu cuba try test Honda City, terus jatuh cinta! Bila lah nak boleh pakai ehh. Opss, takleh cakap depan sang putih. Nanti dia merajuk, langsung takde kereta nak gerak.

Pujaan. Idaman. Pic dari Google. 
5. Nak sangat-sangat Kucing Keturunan Baby Sandra.

Saya pernah ada kucing kesayangan. Sayang macam best friend. Selalu cakap-cakap dengan dia. Nama dia baby sandra. Tapi sekarang dia dah mati, sebab sakit. Sedih tau. Dia ada tinggalkan anak. Tapi anak-anak dia takde la secomel dia dan sepandai dia. Uhuk. Teringin sangat-sangat nak ada lagi kucing macam Baby Sandra. Miss her so much ;(

6. Nak makan makanan manis.

Kriteria wajib makanan saya mestilah pedas. Tapi sekarang ni, entahla. Asyik teringinkan benda-benda manis je. Macam ABC, cendol, cheesecake, aiskrim dan bla bla bla.

Special Cocktail yang dimakan di Tesco Alor Setar. Sedap juga
7. Nak ada bisnes sendiri.

Saya teringin sangat-sangat nak ada bisnes sendiri eventhou saya dah ada kerja tetap. Semangat nak ada bisnes sendiri tu berkobar-kobar plak bila tengok kawan-kawan buat bisnes tudung, cupcakes, printing and etc. Creative la depa nih. Its just, saya taktau nak buat bisnes apa. Haihh.

Kawan saya, Amal yang dah ada perniagaan tudung. Boleh view page dia di sini 

8. Nak kurangkan rabun.

Kalaulah ada magik, saya teringin sangat-sangat nak kurangkan kerabunan saya nih. Tak payah pakai spek lagi. Tapi, ada orang cakap kat saya, kalau pakai spek nampak macam budak bijak :) haha lol.

Syeeda si budak specky.
9. Nak Dating dengan Encik Kekasih selalu. 

Serius saya cemburu bila tengok kawan-kawan yang bercinta satu ofis dapat keluar makan bersama. Balik bersama. Haihh, I cemburu tau. sebab encik kekasih saya jauh dari saya. Nak dating pun jarang-jarang. Waktu cuti & kerja tak sama. Adik saya si Nini tu hari-hari jumpa dengan buah hati. Dahla satu tempat kerja. Pergi kerja pun sekali. Ohh, saya teringin sangat nak macam tu. tapi apakan daya, tak dapat.

10. Nak Kahwin cepat. 

ye..saya nak kahwin. setiap gadis ada keinginan itu. Tahun ni pun dah 27 tahun. Dah sesuai rasanya. Pelis la kawan-kawan, tolong berhenti tanya saya bila nak kahwin. Kerana ianya buat hati saya tersentuh. Saya memang teringin sangat-sangat nak kahwin. Kalau boleh, nak buat majlis yang meriah.

Cantik kan? Pic dari sini
11. Nak ada baby. 

Kalau teringin nak baby, kena la laksanakan perkara number 10. Kat ofis sekarang nih, kawan-kawan asyik bercerita tentang baby-baby diorang. Well, saya tak tahu nak join sama cerita diorang. Dengar je la. Diorang cakap, best ada baby.

Kalau dapat baby girl, nanti nak beli semua outfit color pink. berangan. 

Bila dapat tunaikan semua keinginan nih?

5 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tak dear...berangan dulu insyaalah dpt nanti...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD pun mcm kamu jg...berangan..
http://mysweetworld-didie.blogspot.com/2011/01/wow.html

Cik Puan Syeeda said...

kak Ladyzul:
kata org..dri berangan datangnya cita-cita & impian.. harap2 akan jadi kenyataan.

norh said...

semoga harapan jadi kenyataan..Amin..
Special coctail tu kat foodcourt dia ka?

Cik Puan Syeeda said...

norh:
thanks. yup, kat foodcourt tesco aloq staq. sedap! kedai tu sebelah kedai nasi ayam kalau tk silap.

Tabung Baby. Please Click :)