Selepas Maghrib tadi, tiba-tiba si Nini adik kesayangan meraung-raung lapar. Nak makan Kueyteow Kerang kat Taman Koperasi. Saya pun bawak la beliau makan-makan kat situ. Kueyteow Kerang kat sini memanglah sedap. Saya memang peminat kueyteow kerang kat sini sejak sekolah lagi. Habis makan, tiba-tiba rasa nak jalan-jalan pulak. Pekan Alor Setar sekarang dah meriah ohhh. Dimandikan dengan cahaya lampu yang begemerlapan.
Tepi jalan - area Kanchut. |
Depan Masjid Zahir - Area Balai Nobat. Ada replika kota kuala kedah di sini. |
Balai nobat kebanggaan rakyat Kedah. |
heh..rasa macam kat I-City Shah Alam la pulak (walaupun tak pernah pi lagik..keh keh) |
Masjid Zahir dari kejauhan. |
Teringat pulak masa waktu kecik-kecik dulu. Pak Bihi memang suka bawa saya dan adik-adik keluar jalan-jalan waktu malam. Dulu-dulu, kat depan Balai Besar & Balai Nobat ni, ada pertandingan Kereta Berhias. Best ooh, lepak-lepak tengok kereta berhias. Tapi sekarang, dah takdak lagi. Agak kurang sikit la kemeriahannya.
Hurm, nanti nini cakap nak ajak syamet berfoto-foto kat sini dengan kamera DSLR beliau. Yes! suka sangat-sangat berfotografi nih. Rasa cam model tak cukup tinggi.
p/s: Maaflah, gambar kembang-kembang semuanya. Diambil dari blackberry cabuk saya je. Bukan DSLR. :p
4 comments:
kt loqstaq pon meriah ngn lampu2 cmni?? waahhh..nmpk sgt la dh lama tk jln2 mlm kt sana..
nurul huda:
yup! meriah sangat. since birthday tuanku sultan kedah hari tu, sampai sekarang..dipenuhi lampu2 begemerlapan. tak suram lagi!
dah cantik smpai camtu ka aloq staq lani...cuti ni blik kena pi la :)
zullism:
haa..tau takpa. cantik ohh la ni.. mai no..
Post a Comment