Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, December 20, 2009

Antara Dua Darjat??

Salam Semua! Wahh..tajuk kat atas bunyinya macam filem P.Ramlee zaman dulu-dulu pulak kan. Actually, saya tengah baca paper tadi. Kisah Remy Ishak dengan Ummi Nazeera. Alaa yang cerita diorang gaduh-gaduh sampaila ke kisah Remy kena pukul dengan 7 org lelaki. Terus saya terbayangkan cerita P.Ramlee yang bercinta dengan Engku Zaleha dalam filem Antara Dua Darjat tu. Hehe..scene yang kena pukul waktu malam masa diorang bertemu kat taman (ye kot?? ingat2 lupa dah). 

 *Gambar Hiasan*


Ok..Lupakan kisah remy dan ummi. Sebabnya saya nak sgt post pasal kes cinta dua darjat ni. Dan kalau sesiapa yang baca ni bolehlah tinggalkan komen anda kerana saya pun nak tau jugak apa pendapat anda. Kes cinta dua darjat ni selalunya jadi isu hangat bila sang wanita lebih tinggi  "darjatnya" kalau nak dibandingkan dengan si lelaki. Ada jugak kes lelaki lebih tinggi darjat daripada wanitanya, tapi jarang sangat masyarakat kita perkatakan. Kalau kes yang macam tu selalunya orang akan bercakap camni.. "Bertuahhhhh si Fara (nama samaran) dapat kawin dengan lelaki kaya. "  Tapi, kalau la wanita yang berdarjat kawin dengan lelaki yang rendah darjat ni, banyak pulak songeh masyarakat kita. Konon-konon tak sesuai la sebabnya sang wanita "lebih" daripada si lelaki.
*Love Is Cinta* 


Haaa..Sekarang jom kita USHA..ketika mana cinta dua darjat ni diperkatakan. 

1. Bila sang wanita anak orang berada /kaya dan si lelaki cuma anak petani / pekerja kilang dan etc.  Dalam hal ni, sang wanita dok rumah batu dan si lelaki cuma rumah papan kat kampung mengadap bendang jer. 
2. Bila sang wanita terbabit mempunyai segulung PHD/Master/Ijazah sedangkan si lelaki pass SPM jer. 
Maksudnya, taraf pendidikan wanita tersebut tinggi la berbanding lelaki. 
3. Bila sang wanita ada kerjaya stabil (maknanya pendapatan lebih la) kalau nak dibandingkan dengan si lelaki. 
4. Bila sang wanita ada darah keturunan (maksud saya macam diraja camtula) dan si lelaki cuma orang kebanyakan jer.

5. Bila sang wanita tu rupanya cantikk sangat laa (macam bidadari) tapi si lelaki berwajah biasa2 jer (rupa macam pecah rumah la kiranya..mesti anda boleh bayangkan kan).


*Love Is Like A Fire*

Sebenarnya isu ni dah lapuk. Kalau tak, takkanla P.Ramlee nak buat filem pulak kan. Isu ni dari zaman datuk nenek moyang kita lagi. Cuma yang menghairankan, kenapa masih wujud lagi isu sebegini masa zaman sekarang. Kenapa kita taknak berfikiran terbuka (open-minded la sikit)? Bagi saya, apa yang penting dalam perhubungan (maksud saya cinta la di sini) ialah kejujuran dan keikhlasan yang tulus dari hati. Kalau duit @ kemewahan berbukit2 pun tapi hati sengsara nak buat apa kan? Kalau darjat tinggi pun, tapi tak bahagia tak guna jugak. Yang penting kasih sayang dan paling penting bimbingan agama. Islam pun menekankan supaya rumahtangga tu dibina atas dasar Islam bukannya darjat semata-mata. Jadi fikir-fikirkanlah.


Saya tinggalkan anda dengan dua pujangga cinta ini...

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" -Hamka

"Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa"


Sekian. 
Wassalam.


p/s : Cinta Kepada Illahi Adalah Cinta Sejati Yang Lebih Dari Segala-galanya..

7 comments:

..::MieZan::.. said...

hmmm ssh nk komen antara 2 darjat sbb lom b'laku pd diri..tp klu antara 2 tu ada jodoh yg kuat tak ke mn walau d halang sekeras2 nya sbb Tuhan menentukn jodoh sesorg..

naim said...

hye...baru buat blog ea..

zella y said...

jodoh pertemuan di tangan tuhan..
klu dh ditakdirkan..
darjat n harta bkn penghalang
btul x??

slm kenal...

HEMY said...

kes 1 ngan 4 je yg sll berat..yg len tu takde masalah sangat...yg jadi kat citer nurkasih si aidil tu realiti sebenar la

@xiM said...

memang pun.

masih ramai yang berfikiran sempit.asal tengok tak setaraf jer mula nak jatuhkan hukum macam diri sendiri bagus sangat.

patutnya kena cermin diri sendiri dulu bagi yang duk mengata sana sini tuh..

for me,takder hal pun kalau perempuan lebih dari lelaki asal keduanya saling hormat menghormati dan harmoni..

Cik Puan Syeeda said...

elm3 :
ya..Tuhan yang menentukan kan..redha jer..mungkin dia dh ditakdirkan untuk kite..

naim:
yup..baru buat..utk isi ms lpg & also tempat mencurahkan perasaan =)

zella:
hmm btul sgtt..kalau dah ditakdirkan, buat ape nak kisah psl darjat @ pangkat @ ape2 lg kann..salam kenal juge!

Hemy:
Hmm citer nur kasih tu btul la jgk..slalu jadi kes2 cmtu..takes times jgk utk sesuaikan diri hidup bersama..tapi selalu kena think positif kan!

Axim:
org kite ni mmg perangai cmtu kot..suke sgt pikir bukan2.aku setuju ko ckp yg penting saling hormat menghormati..paling PENTING hormat org tua la..kalau darjat @ pangkat tinggi pun, xhormat org tua2 tk gune jgk. hdup tk berkat..

Anonymous said...

haaaa.......betoi tu Elm3 komen..
kalau dah ada jodoh xkan ke mana.

huhuhu....ramai dah profesional kawin ngn tukang kebun jer...
cuma x diwar-war dlm majalah shaddd

kak nurul x mau komen ker????

Tabung Baby. Please Click :)