Assalamualaikum Wbt semua! Lamanya saya tak corat-coret kat sini. Rasa kekok pulak bila nak menulis nih. Maklumlah dah berkurun tak posting apa2. Hehe. Maaf banyak2. Dua minggu lepas sememangnya minggu paling sibuk dalam hidup saya. Alhamdulilah semuanya berakhir dengan sempurna. Dan...Encik Tunang saya dengan rasminya bergelar Encik Hubby! Wah, dah dua minggu saya jadi isteri orang. Sememangnya ia merupakan satu pengalaman baru yang sangat mengujakan. ohh ya, maaf sekali lagi kepada geng B2B sebab tak banyak yang dapat diupdate tentang B2B preparations. But don't worry darlings, Insyaallah saya akan update cerita-cerita perkahwinan saya dalam slot review ok. Hope nanti you ols dapat baca :) Well, malam ni kita start review tentang majlis akad nikah dulu.
Tarikh keramat 21 Disember 2011 (Rabu) merupakan tarikh di mana saya telah diijabkabulkan dengan insan tersayang, Hasni Basri. Majlis bermula selepas Solat Asar di Madrasah Kg. Aman berhampiran kediaman saya. Alhamdulilah, dengan 2 kali lafaz, saya sah menjadi isteri En. Hubby saya. Perasaan sebelum diijabkabul tu? Gementar.. Sebak.. Sedih.. semua ada. Saya taktau camne nak ckp perasaan tu. Hanya orang yang alaminya saja yang tahu. Sejurus selepas tok kadi mengesahkan yang kami bergelar pasangan suami isteri, dengan serta merta semua perasaan gementar tadi hilang. Rasa gembira dan lega yang amat sangat pulak yang muncul. Lega sebab pelbagai halangan dan rintangan sebelum berlangsungnya majlis berjaya diatasi.
![]() |
My Encik Hubby |
![]() |
Saya ditemani keluarga. Sayang mereka selamanya. |
Momen yang paling saya suka sekali ialah saat En. Hubby menyarungkan cincin ke jari manis saya, membuka purdah hijab saya lantas mencium dahi. Hehe. agak dramatik kat situ kononnya. hehe.
![]() |
Menyarungkan cincin sebagai tanda membatalkan air sembahyang |
![]() |
Momen ni sangat sweet. Saya suka! hee. Mr. & Mrs. Hasni |
![]() |
Suka gambaq nih!! hehe. |
Saya sangat berterima kasih kat Abg Nazz sebab tudung & mekap yang dibuat beliau tu berjaya "save"kan busana saya yang tak seberapa. So, sekadar promo. Sapa-sapa yang nak kawen bulan Jan-Mac ni cepat2 pi Nazz Anggun dekat dengan Masjid Aman, Jln Kuala Kedah ni k. Sbb Abg Nazz kata dia buat promosi gila-gila punya. Boleh call dia Nazz : 012-4228410.
Ok, dear. Itu je dulu review untuk Majlis Akad Nikah saya k. Nanti kite citer pasal lain pulak eyhh.. k la. Nak tido dah. Good Night & Babai!!