Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, April 24, 2010

Ini lagi satu ceritera!

Baru-baru ni saya dapat mesej dari kawan baik saya. Dia cakap dia sangat happy sekarang & hatinya berbunga2 riang..serius, dia yang tulis camtu..bukan saya yang pandai2 nak reka plak..haha apa-apa pun saya sangat gembira laa on behalf of her sebab dia jumpa jugak lelaki idaman dia tu..Dan yang paling saya gembira sangat dia cakap yang mungkin dah tiba masanya untuk dia mengakhiri zaman bujangnya tuh..at least ada orang dapat tengokkan dia..I know she had a tough life before & seems like its the right time for her to have love from a man in her life now..

Semalam, one good friend of mine ada bagitau saya yang dia jugak bakal mengakhiri zaman bujangnya..pilihan keluarga..dan katanya Biarla Rahsia..saya jugak happy untuk dia sebab pintu hati dia dah terbuka untuk berumahtangga..Dah sampai seru agaknya..

Malam ni, seorang lagi kawan saya, roomate saya semasa di Matrik Kelantan hantar mesej mintak alamat rumah..katanya nak bagi Kad Jemputan..saya gembira jugak untuk dia dan harap dia akan berbahgia dengan pilihannya tu sampai ke hujung nyawa..

Seorang demi seorang kawan akan menjalani hidup berumahtangga..Cemburu kah saya?? Takla..mana ada..Gembira sangat2 sebab seru mereka dah sampai..Dan saya akan tunggu SERU saya sampai pula!  (",)

p/s : Bila time kenduri, tak larat nak jawab soklan berbunyi begini : "Syeeda Bila Nak Kawen?" Soalan yang paling susah nak dijawab mengalahkan soalan Math Tambahan masa Teacher Ch'ng ajaq dulu..urghhhh..

Sunday, April 18, 2010

MISI ANAI-ANAI

Bunyi misi ni macam sangat la serius kan..walhal tk la seserius mana pun.tp SERIAU tu ada laa..he apa yg seriau?? baru semalam saya sefamili dpt figure out yg almari depan bilik sy tu telah diserang sang anai2..euwww..geli tau.

Jadi, berdasarkan kuasa Veto yang ada kpd Pak Bihi sebagai seorang ketua keluarga yg sangat berkaliber, beliau telah mengarahkan seluruh isi keluarga utk bergotong-royong menghapuskan sang anai2 tersebut. Bukan pe, setelah menjalankan kajian yg agak terperinci, sang anai2 tu telah mula merebakkan diri mereka ke dalam bilik sy pulak. Ni mendatangkan rasa kegerunan jugak nih. Risau laa jugak kalau almari baju & buku pun digigit2 oleh sang anai2 tu. Dah laa baju2 kejaku itu agak2 Vogue jugak kan..hehe perasan~!

So, Misi di hari Sabtu ni ialah MENGHANCURKAN ALMARI YANG DISERANG ANAI2 tu dan MENGEMAS KAWASAN SERANGAN! eRGHHH..agak menakutkan misi nih kan??

Perancangan yg teliti telah dibuat utk menjayakan misi nih, semua org ada tugas & tanggungjawab masing2.

Pak Bihi - Pengarah MISI ANAI-ANAI
Mama Gee - Mandur & Tukang Kemas Mengemas
Syeeda - The Vacuum Cleaner cum The Mopper
Nini - Pengangkutan Almari & Alatan Berat Berkaitan
Adik Ein - Tukang Penjahanam & Pengopak Almari

Checklist MISI :

1. Hammer - utk buat ketuk2 dan merelaikan almari yg telah dimakan anai2
2. Ridsect - senjata untuk sembur dan matikan anai2
3. Towel/mask- untuk cover hidung & muka coz nak elakkan habuk
4. Vacuum machine & penyapu - nak vacuum habuk & sapu sampah
5. Plastik sampah - utk collect semua sampah sarap
6. Mop,baldi & floor cleaner liquid - utk mop kawasan almari yg diserang anai-anai

Hurm,, almost 3 jam jugak kami lancarkan misi ni. Habis semua anai-anai dah mati kami kejakan. He..Tapi yg saya rasa paling cemerlang sekali tentulah adik saya, adik ein! Adik ein ketuk almari tu dengan penuh dedikasi dan iltizam yg tinggi! Haha sampai abis bersepai..Bab menjahanam & melingkup barang memang budak nih Nombor 1! Tahniah utk adek! Best jugak sesekali dpt bergotong-royong ngan famili ni. Baru la ikatan kekeluargaan semakin erat kan. He tapi, sy rase cam nak raya plak hari nih, sebabnye famili sy kalau gotong-royong gempak2 camni time2 dekat nak raya jer..He

Okla..tu jer update utk malam nih!
Sampai ketemu lagi ya! Bye2..

p/s : maaf gambaq tk dpt diupload, sebabnye masing2 concentrate wat keja, tak dan berposing! Haha

Friday, April 9, 2010

Agenda JUMAAT

Yeayyy..esok Jumaat!! Cuti laa beb..(utk org Kedah seperti sy jer k..klu anda org KL, tlg jangan berangan nak cuti..tunggu giliran anda..He)..Lama rasanya bilang hari nak hari Jumaat setelah mengharungi perit jerih yg memualkan kat ofis for a week..Alhamdulillah, masalah dpt kuhadapi dengan tabah..Haha 
So, whats plan for tomorrow?? 


Plan A- Pakej Suri Rumah Terbaik
1. Wake up early in the morning
2. Cleaning up my room..spray rose perfume..i likkeee!
3. Cooking for lunch..lama tk makan masakan sendiri..He
4. Laundry!!
5. Keluar pi petshop..cari sangkar untuk my new kittens! 
(thonthon, tomey & tya)..Kat mak kittens, kena bli friskies..

Plan B - Pakej Orang Bujang Terbaik
1. Bangun pagi, terus mengadap lappy..
2. Tengok drama korea kat Youtube..
3. On9 shopping..cari shawls, dress @ shoes..
4. Tido tengahari..
5. Jalan2 pi pasar malam kat Pantai Johor di waktu petang..

Ok, kite tengok esok, plan mana yg succeed! 
Time To Sleep..Gudnite everyone (",)

p/s : Saja nak tulih besaq2 malam nih..

Saturday, April 3, 2010

Saya Nak Maxi Dress Macam Na O Mei!

Salam semua..dah dekat sebulan rasanya blog nih bersawang! tak diupdate akibat kesibukan tuannya..hehe sibuk ke?? BBS? (buat-buat sibuk)..memang sibuk skit akhir-akhir nih kawan-kawan. byk outstation kot. Tapi apa yg best, dalam masa sebulan nih saya dapat ke Kuching dan jugak Singapore! Tengkiu Boss sebab bagi peluang tuh, I really appreciate it! Haaa..nanti saya update yer catatan perjalanan saya..Just tunggu tau!

Habis tu hari ni nak citer ape nih?? Hari nih kite citer pasal fesyen nak?? Just nak tanya kawan-kawan kat luar sana, korang tengok tak drama TV3 petang2 tuh, tajuk Na O Mei?? Hurmm..saya dah jatuh cinta laaa..bukan dengan heroin crita tu Elly Mazlein ataupun heronya, Si Adi Putra tuh..tapi dengan Maxi Dress yang Na O Mei selalu pakai tu..Sweet sangat rasanya..Bila dapat pakai ye?? Baru-baru nih masa pi MOA, ada gerai-gerai jualan kat bawah, sempat jugak saya belek2 maxi Na O Mei tu. Tapi sayangnya, tak padan. Nampaknya, saya kena upah tailor laa camni..haisyhhh..

Jadi hari-hari cuti yang menggembirakan nih, saya hanya lepak depan lappy jer sambil menggoogle fesyen-fesyen maxi dress tu. Dengan bantuan encik Google yang mantap, dapat la beberapa maxi dress yang berkenan di hati saya.

 Design 1

Design 2

Design 3

Jadi, misi minggu nih : 
1. Buat pilihan design mana yang sesuai..
2. Pi kedai Mee Ca Mee, Bee Hwa , Jakel atau EuroModa, cari english cotton silk!
3. Bwk keta pi umah Cik Nab (My Superb Tailor), suruh dia buat maxi dress for me! 
4. Done!!

p/s : Kawan-kawan, antara tiga-tiga design nih mana yang cantik ye?? Kalau ada design yg lagi cantik, inform tau!! TQ!

Tabung Baby. Please Click :)