Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, January 4, 2013

Selamat Tinggal 2012. Welcome 2013.

Assalamualaikum semuanya! Masih belum terlewat untuk i ucapkan Selamat Tahun Baru kan kan kan? Time really flies. Hari nih dah hari keempat di tahun 2013. Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana masih dapat bernafas di bumi Tuhan ini . Tambahan lagi dengan kehadiran putri i di sisi. Melayan putri i seorang nih buat kan i terkadang mengabaikan blog nan satu. Ralit sangat. Heh. Anyway people, Selamat Menyambut Tahun 2013. As for me, tahun 2012 meninggalkan i dengan seribu kemanisan dan diharapkan 2013 ini i dan encik hubby dapat menikmati life yang lebih penuh keberkatan dan kebahagiaan  :)

2012 di Hatiku 

Menyorot kembali tahun 2012, i masih teringat ianya tahun pertama i bergelar seorang Isteri. Yup, kami tinggal berasingan disebabkan masalah tempat kerja yang berbeza. Encik hubby hanya pulang seminggu sekali. Walau bagaimanapun, kami tetap happy. Masa yang kami spend bersama menjadi lebih dihargai.

Tahun ni jugak boleh dikatakan tahun rezeki bagi i. Selepas sebulan mendirikan rumahtangga, i disahkan mengandung. Mungkin ada yang katakan, ianya terlalu cepat bagi kami. Tapi, bagi i, ianya rezeki yang i dan encik hubby nanti-nantikan. Yup, memang kami nak sangat cepat menimang cahaya mata.

Mungkin ianya takdir rezeki untuk baby kami, i telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (siapa yang keja dengan gomen pasti tau tentang ini) pada tahun ini jugak. Penat lelah i selama berkhidmat selama 5 tahun dalam perkhidmatan awam akhirnya dihargai. Terima kasih tidak terhingga kepada bosses i yang merekemenkan i untuk mendapat anugerah tu. Anugerah ni membuatkan i lebih bersemangat untuk bekerja dan membantu orang awam khususnya golongan peladang dan usahawan mikro. Sememangnya pekerjaan yang i ada sekarang menjadikan i seorang insan yang lebih matang dari sebelumnya. I betul-betul enjoy dengan kerja ni. Walaupun kekadang tu ada tekanan dari orang atasan, but i guess, semua kerja pun pasti xdapat lari dari tekanan kan? yang penting, how we handled it, right?

Sejurus selepas dapat APC tersebut, sekali lagi rezeki datang bergolek. I've been promoted. Syukur alhamdulilah. Ini satu lagi rezeki untuk anak i. Dahulu i menguruskan R&D untuk produk pertanian, but kali ni , i telah ditukarkan kepada bahagian pemasaran untuk produk-produk pertanian. Memang challenging habis. Mana taknya, dahulu i study tentang chemistry. Sekarang buat marketing & management. I percaya Allah kurniakan sesuatu kepada seseorang kerana Allah tahu dia mampu melakukannya. So, i took that challenge! Mesti jadi fast learner. Mujurla rakan-rakan sekeliling dan bos2 banyak membantu melancarkan kerja2 i.

Last but not least, pada 18 Oktober 2012, i selamat melahirkan baby ke dunia. Bergelar ibu, membuatkan i menanam semangat untuk menjadi seorang yang multitasking! Tambahan pulak sebagai ibu yang ada kerjaya. I nak jadikan my beloved Mama, Mama Gee sebagai role model. She is my supermom! hehe

 dah nak masuk 3 bulan dah princess mummy ni. Semoga sayang menjadi anak yang solehah nanti :) 

Wishlist dan Impian 2013 

  • nak jadi wife dan mummy yang mithali kepada encik hubby & saffiya. Go Supermummy!
  • be a multitasking mother.
  • tingkatkan prestasi kerja. 
  • aktifkan kembali my online blogshoppe.
  • beli rumah (impian ni wajib capai) 
  • fully breastfeed saffiya 
  • having family holiday at least 2 times a year 
  • melebihkan amal ibadat kepadaNya 

Harap-harap semua impian tahun ini akan tercapai. Amin Yarabbal Alamin. 

Tabung Baby. Please Click :)