Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Tuesday, October 30, 2012

Puteri Mulia Kesayanganku

Assalamualaikum dan hai darlings! Sekarang ni dah masuk hari ke-13 i berpantang. Fuhhh, lama lagi tu menuju hari ke-44. Duduk dalam rumah tanpa keluar ke mana-mana buat i menghitung setiap detik, masa dan ketika. Hehe. Siap cakap kat encik hubby, boleh tak nanti lepas pantang nak pi jalan-jalan kat cameron. Tak sabar nak bawak baby jalan-jalan. By the way, i dan encik hubby dah daftarkan nama our princess. Its Putri Saffiya Hannani bt Noorhasni. Yang membawa maksud puteri yang mulia kesayanganku. I dan encik hubby call her saffiya. Lebih manja lagi fiyaa. Memang nama saffiya tu i dan encik hubby berkenan sejak dari bb dalam perut. Mujur la keluar baby girl, tercapai gak hasrat nak letak nama saffiya.

Selama 13 hari bersama fiya sekarang merupakan detik terindah dalam diari hidup i. Benar kata orang, its great to be a mommy! Pada i, fiya xbanyak meragam. Waktu siang, memang fiya kuat tidur. Dia cuma akan menangis bila nak susu ataupun pampers perlu diganti. Fiya kadang2 suka berjaga malam. Kadang2 pukul 3 pagi, kadang2 pukul 4 pagi. I think its normal la kan bb macam tu. Apa2 pun i sangat happy dengan kehadiran fiya dalam hidup i. Sejak bergelar mommy ni, tidur i pun tak senyenyak dulu. Papa fiya pun camtu. Kadang2 terjaga, jenguk fiya. Just nak pastikan princess i ok.

Macam baby lain, fiya tak terkecuali daripada jaundis. Masuk hari ke5, fiya dah kena bawak ke klinik sebab kuning. Mengenangkan fiya yang kena cucuk berkali2 coz nurse nak ambil darah dia, buat i jadi bertambah risau. Macam2 buat nak bagi sakit kuning dia hilang. Of course, kekerapan penyusuan susu ibu adalah the best medicine to cure. Plus, ada lagi usaha2 lain yang dibuat. Bagi minum sedikit air sengkuang cina dan mandikan fiya dengan rebusan biji buah keranda cina (kat kedai ubat sensei ada benda ni). As for me, habis sekotak susu higoat i minum. So that, fiya can absorp nutrients dari susu badan i. Alhamdulilah, hari ni, fiya dah disahkan pulih dari jaundis dan sihat sepenuhnya. Gembira hati mommy dan papa bukan kepalang! Happy sebab fiya xyah kena cucuk lagi. Kesian tengok dia nangis.

Fiya oh fiya. Kamu memang fenomena. Mommy xkan pernah tinggalkan fiya. Sayang kamu sampai mati :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, October 20, 2012

Sticky Post : Promo Blog Mama Vogue

Sticky Post 

Ini bukan Blog Red Mummy ke ape..tapi Blog Mama Vogue.. Hehe sape tu? itu blog kepunyaan bonda kesayangan i.. Mama Gee.. Baru berjinak-jinak dengan dunia blogging untuk mengisi masa lapangnya. Apa yang istimewa blog ni? Tadaaa! 


Perkongsian tentang hobi Mama Gee yang gemarkan manik beadings! She loves beadings so much! dan Mama Gee also amik tempahan ok untuk jahitan manik ni. Kiranya part time dia ler tu.. Harga sangat berpatutan dan quality sangat terbaik! 

So, sebagai permulaan, i nak mintak kerjasama u ols untuk follow blog ini.. Banyak lagi manik beadings yang akan diupload dalam blog ini okey.. So, ni address nye : 


Follow tau! thanks darlings :)

Friday, October 19, 2012

kelahiran yang dinanti

Alhamdulilah. Semuanya dipermudahkan oleh Allah. Akhirnya putri yg i kandungkan selama 38 minggu telah selamat lahir ke dunia pada tanggal 18 oktober 2012 jam 7.20 pagi. 10 hari lebih awal dari tarikh jangkaan. Hanya syukur kepada Allah di ats kurniaan ini mampu dilafazkan. I tak sangka sakit macam senggugut yang i rasakan sejak 17 oktober 2012 adalah petanda si kecik ni nak keluar. Nanti i akan update pengalaman bersalin i k. Selain encik hubby, org yang paling gembira menyambut kelahiran baby i ni tentu sekali mama gee dan pak bihi. Cucu pertama depa la katakan. Sekarang ni dah bergelar nani dan tokbabah. While me & encik hubby are officially mommy & papa! Nanti xsabar dgr baby panggil mommy! Heee Pak bihi memang happy sebab baru2 nih beliau celebrate birthday yang ke 55. Tup2 dapat present cucu! I boleh lihat betapa happynya melalui update di facebook! Heeee mama gee pulak xhabis2 post gambar2 cucunya di fb. Nak bgtau yang dia dapat first grandchild. I dengan encik hubby xsempat nak berfb sebab kalut dgn si kecik ni. Heee semoga encik hubby dan i dapat menjadi parent yang baik kepada baby. Nama baby baru nak didaftarkan ahad ni. Once dah daftar, i akan umumkan. Jom tido, nanti bb jaga pulok. Heee 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 15, 2012

Preggy Diary 13: 38 weeks

Hi dan assalamualaikum. Usia kandungan i dah menginjak ke angka 38 minggu, which means 9 bulan 2 minggu! Masa dah betul2 dekat.

Encik hubby dan i sedang bersedia untuk menyambut kelahiran bb kami. Buat masa sekarang ni, i clueless, sakit nak bersalin tu rasanya camne ye? Xdpt nak gambarkan. Tunggu masa je la nk sakit cmna. Bila membaca tentang pengalaman bersalin mummy2 yang lain, i jadi takut pulak. Apa2 pun i berdoa yg encik hubby ada di sisi i waktu i sakit nnt. Hari2 pesan kat bb..

"baby, kalau bb nak keluar nanti, tunggu papa balik ye. Mummy nak papa ada dengan kita. " sambil usap2 perut.

Harap2 si kecik ni faham. Hee. Baby i ni kan ade satu perangai tau, dia suka gerak2 aktif dalam perut. Bila i cakap, bb dok diam2 k, mummy penat ni. Lagi laaa dia bergerak kuat. Tapi kalau papa dia letak tangan atas perut, terus dia diam. Hehe. Pastu encik hubby pun dengan bangganya " tengok, baby takut kat papa! Dia dengar cakap papa je. Hehee" yelah tu, kita tengokla nanti camne. Entah2 encik hubby yang manjakan anak dia ni lebih2.

Ohh ye, hari sabtu lepas, encik hubby dengan i jalan2 kat area tanjung chali, alor setar. Alang2 dah berjalan tu, we ols berphotoshoot la sekejap. Ala2 maternity photoshoot gitu! Hee tapi sekejap sangat. Tak dapat nak berphotoshoot banyak2 sebab hujan turun. Hehee. Takpela, janji ada gambar kenangan kami berdua sebelom family jadi bertiga. At least, nanti baby boleh tengok gambar mummy dia ni sewaktu mengandungkan dia kan kan kan? Kenangan manis dalam hidup i :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday: Program Bantuan Pembelajaran & Keceriaan Rumah Amal Buah Hatiku


Entry ini untuk mempromosikan usaha seorang kawan i yang membantu rumah amal mendapatkan sumbangan. My friend, Khaty akan menganjurkan community service programme untuk Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi, Selangor pada 14 Oktober 2012 (Ahad). Antara aktiviti yang dianjurkan pada hari tersebut ialah gotong-royong, pertandingan mewarna & pemberian sumbangan. Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk duit & lain-lain barangan. For eg: pakaian, tudung, bahan bacaan, makanan dll.. Berminat nak join atau nak beri sumbangan? Contact Khaty : 019-6053500 ok..  

Saturday, October 6, 2012

Preggy Diary 12 : Buku Merah Dulu & Sekarang

Mama Gee godek-godek almari lama lalu terjumpak Kad Pranatal Ibu Mengandung (Buku Merah) sewaktu dia mendapat rawatan semasa mengandungkan i. Mama Gee excited habes & tunjuk kat i buku tu. Buku merah tu keluaran tahun 1984.. sama umur dengan i, 28 tahun! hehe masih elok tersimpan. nasib baik belum dimamah anai-anai. 


Tak tebal sangat pun. Just macam kad je. Kalau tengok due date Mama Gee sepatutnya melahirkan i jatuh pd 5 January 1985 tapi Mama Gee kata i dah nak keluar i, maka i lahir pada 26 Disember 1984. Hehe. 


Tu dia catatan doktor & nurse tentang kesihatan Mama Gee pada masa tu. Kalau leh zoom, boleh nampak yang sebelum Mama Gee melahirkan i, berat dia 56 kg..ermm lebih kurang berat i sekarang semasa pregnant 9 bulan ni iaitu 53 kg.. 

Sekarang ni, jom kita bandingkan pulak dengan buku merah i sekarang sewaktu mengandungkan baby i ni... 


Haha..tebal dan lunyai kan? berbeza sungguh keadaan buku merah ni sewaktu masa mula-mula bukak. (refer entry ni : Preggy Diary 1 )  tu tandanya orang selalu ulang-alik ke klinik. penuh dengan catatan doktor.. label dari putih dah bertukar jadi kuning.. kuning tandanya ibu ada GDM.. 


Ni pulak catatan terbaru misi. Oh ya, tadi cik misi datang melawat i di rumah. dah memang ada dalam prosedur depa kot buat lawatan mengejut ke atas patient. hehe. yang best tu, masa cik misi datang, i belum mandi lagi. haa tu laa, tak cakap nak datang. kan dah terpaksa periksa i busyuk-busyuk td. hee. 

Antara pesanan cik misi:
1. Awasi tanda gerak baby dalam perut. kalau baby jarang gerak, kena cepat ke hospital. 
2. Awasi tanda-tanda bersalin iaitu contraction yang kerap (selang 5 minit), turunnya tanda lendir bercampur darah  dan air ketuban pecah. Cik misi kata setiap orang lain tanda-tanda bersalin. 

Erm, itu je lah. Esok kena ke klinik lagi. Nak review result BSP test. Nanti i update lagi k. 

Friday, October 5, 2012

Thanks Grape Lady Myra!

Hi darlings! Ce tengok blog ni ada perubahan tak? perasan x? yippiee..yes, i dah tukar header baru.. sweet tak? my favourite colour.. pink and blue.. 


header ni bukan i yang buat.. but, Cik Grape Lady Myra yang tolong buatkan.. thanks banyak2! kalau nak harapkan i yg buat header ni, memang i x reti. tak berapa nak seni. heee. masa i mintak tolong dia buat ni, Cik Grape Lady Myra sedang buat promo. dia xambil charge ape2 pun.. but now, after 5 Oktober 2012, dia dah bukak tempahan untuk sapa-sapa yang berminat nak mintak dia buatkan header, cost nye cuma  RM 5 je per header.. ehh murah sangat tu! Just emelkan nama blog dan gambar kepada grapeladymyra@yahoo.com. 

for more details, jenguk-jenguk blog Cik Grape Lady Myra and follow beliau ok?
apa-apapun tengkiu myra! 

Wedding Review 5: Pelamin, Meja Makan dan Bilik Pengantin Majlis Resepsi

Assalamualaikum & Hai! I terpanggil nak buat entry ni since ada respons dari seorang B2B dari Jitra yang bertanyakan tentang pakej yang i sewa dari Butik Ella Miamor Bridal, Alor Setar semasa majlis resepsi di rumah i, Fajar Istana Cinta. So, hari ni I nak review pakej yang i ambil kt Ella Miamor Bridal ye iaitu Pelamin, Meja Makan untuk Makan Beradab dan Bilik Pengantin. Mekap untuk majlis resepsi ni pun diambil dari butik ni. 

1. Pelamin 

Sepertimana yang i citer dalam entry sebelum ni, tema majlis resepsi i ialah turqoise dan pink. Boleh refer entry wedding outfits i kat sini : All Wedding Outfits untuk baca tentang wedding outfits i semasa majlis resepsi yang berwarna turqoise pink tu. (juga disewa dari butik ini) 


Bagi pelamin, i pilih pelamin jenis modern style dan ada chandelier kat tengah. Full of colourful flowers. Baru lah meriah gitu! Pelamin ini dipasang kat area hall rumah i. Kat situ je luas pun. Boleh la ramai org masuk tengok majlis bersanding. Butik ni datang pasang pelamin 2 days before majlis berlangsung. I kan kahwin bulan Disember 2011, so masa bulan tu memang banyak sangat majlis kahwin. Nasib baik butik ni bagi servis yang terbaik punya. So that, i pun tak la kelam kelibut. Hehe :) 

2.  Set Meja Makan 

Ini pulak set meja makan untuk makan beradab. Set meja panjang yang bersaiz 20' x 5' (saiz ni i main agak2 je) yang dirias dengan scallop berwarna pink dan biru turqoise. Kerusi yang disediakan ialah 2 kerusi pengantin dan 6 kerusi untuk tetamu rombongan lelaki. At first, Mama Gee & Pak Bihi macam risau gak sebab set meja makan ni nampak kecil & sempit. tapi, everything went well. ok2 je. ngam-ngam gitu! 

 Pandangan hadapan 

Pandangan sisi 

ohh ye, scallop putih yang kat atas siling tu tak termasuk dalam pakej set meja makan ini ye. yang itu i sewa dari tuan khemah kenduri. hee :) 

3.  Bilik Pengantin 

Set bilik pengantin yang i pilih pun dirias dengan colourful flowers dan ada chandelier di tengah. Ada small pillows yang diletak di tengah bahagian katil. 

Nampaknya adik i, Nini dah bergaya sakan atas katil pengantin ni.. hurm 

ok, kasi can pengantin lak nak posing. 

4.  Mekap

I jugak ambil pakej make-up artist (MUA) di butik ini. Hasilnya tidak mengecewakan. Maklumla, muka i bermasalah resdung skit. so, bila MUA ni dapat merias wajah i, i mcm amazing la jugek. hehee 


So far, i amat puas hati dengan servis yang diberikan oleh Butik Ella Miamor Bridal. Opps, i tak dapat apa-apa komisen pun eyhh untuk promo depa ni. Just nak share dengan other B2B yang sekarang ni tengah survey2 pakej perkahwinan. Suka la citer bab2 majlis kawen ni.. Hehe. 

So, to Hani, akak harap u read this & dapat ideas untuk memeriahkan majlis u tahun depan ye. Setiap B2B inginkan majlis yang perfect kan. Akak doakan semua persiapan majlis u berjalan lancar ok! :) 

Thursday, October 4, 2012

Preggy Diary 11: 36 minggu - masalah kencing kotor pulak

Finally i turns out to 36 weeks preggy! Which means dah 9 bulan ok! Nervous. Mama gee kata masa nak bersalin dah semakin dekat dan i kena get ready at anytime. Dalam fasa sekarang ni, i dah semakin susah nak tido. Kadang-kadang terjaga dalam pukul 3 pagi, pastu susah nk tido balik. Kalau terjaga tu encik hubby ada di sisi,ok la jugak. Boleh jugak nak mengadu kat dia. Tapi yang sedihnya, bila terjaga, i sorang-sorang je. Hmm redha je la.

Sekarang ni pun i cepat rasa mengah. Cepat rasa penat. Berjalan sikit pun i dah penat. Sampaikan ada kawan-kawan yang perasan terdengar i bernafas dengan kuatnya. Maybe its normal kot. Hidung pun macam tersumbat je. Rimas la jugak.

Ok fine. Just nak share yang started from this week, i have to make my routine check up once a week. Nurse kata lagi dekat nak bersalin,lagi kerap akan check. So, terpaksalah i berulang-alik ke kk seminggu sekali. For my own good kan. Untuk bb jugak. Kelmarin i ada ke kk untuk check up. Result hb ok, berat badan ok, tekanan darah pun ok. Yang tak bestnye, masa ujian air kencing tu, doktor detect yang i terkena kencing kotor. Belum habis tentang perihal masalah gdm, sekarang timbul lak masalah kencing kotor. So, for my own good, sampel air kencing i diambil utk buat msu test (hmm xtaula test ape kan, too many acronyms la dlm medic terms nih. Hehe). Result msu test tu akan diberitahu next appointment.

Daripada ape yg i baca, masalah kencing kotor ni sering terjadi kepada ibu mengandung. Masalah ni mungkin disebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing. Sekiranya semakin berlanjutan, ianya akan dpt merosakkan buah pinggang. Ngeri jugak bila i baca ni!  Sekarang ni to prevent this problem from getting worse, doktor bagi i ubat antibiotik untuk makan 2bijik 2x sehari. Dia jugak advise i banyakkan minum air kosong. Minggu depan dia akan tengok perkembangan i lagi.

Banyak masalah kan orang pregnant ni? Agaknya macam ni la kot masa mama gee mengandungkan i dulu? I love u mama! Thanks sebab bersusah payah melahirkan kakak :-)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tabung Baby. Please Click :)