Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, May 29, 2016

#1 : Mood Berblogging Kembali

Assalamualaikum WBT.. 

Masya Allah.. dah bertahun rasanya tak menulis.. hati rasa rindu kembali nak berblogging.. 
Rasa menyesal pun ada sebab momen-momen indah yang lalu tidak sempat di dokumenkan dalam blog ni.
Takpe, biar kisah semalam jadi memori terindah.. ada masa kita kongsi di sini sebagai kenangan.. kan kan?

Cikpiya kini dah 3 tahun 7 bulan.. petah bercakap sangat-sangat. Kepetahan dia bercakap betul-betul mengusik jiwa. Cikpiya dah mula masuk ke taska tahun lepas. Get to know friends.. belajar mendisiplinkan diri dengan dunia pembelajaran.  Sangat sukakan handphone mommy dan cerita upin ipin. Tapi, setiap pagi sebelum ke taska, mesti nangis dulu. Dah jadi habit agaknya... 

si cembam tengah selfie 

Guess what? Cikpiya dah ada adik.. Nama Muhammad Fayyadh Rizqin. Berumur 6 bulan. Baru-baru ni adik warded. Terkena measles or campak kecik. Alhamdulilah, semuanya berlalu dengan baik. Adik semakin sihat dan aktif. Plus, adik dah mula merangkak satu rumah. Mommy tak sabar nak tunggu adik berjalan.. berlari dan bercakap.. sekarang ni, mommy giatkan usaha untuk buat puree makanan untuk adik. 

tengah sedap tido

Dalam blog kali ni, mommy nak berkongsi kisah susah senang dan suka duka kehidupan mommy, papa, cikpiya & adik.. Semoga ianya menjadi tatapan memori kita pada masa hadapan.. 
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan keluarga yang bahagia.. 

Iklan : siapa nak wangi dengan Dexandra Perfumes boleh order kat i di talian 010-4044313 

Tabung Baby. Please Click :)