Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, April 14, 2012

Preggy Diary 2: Perubahan

Setelah dua bulan mengandung, i dapati yang diri i mengalami sedikit perubahan. Even, my encik hubby pun noticed benda nih. Orang tua-tua cakap, benda ni merupakan kebiasaan la bagi orang yang mengandung. Kadang-kadang, perkara yang kita suka sebelum kita mengandung menjadi benci @ tak suka pulak waktu kita mengandung ni. Well, i cuba membiasakan diri sekarang. 

1. Pening, mual, loya & muntah di waktu pagi
Yang ni la yang dinamakan morning sickness. Tapi, i ni kekadang bukan setakat morning je lagi. Kekadang sampai ke malam sicknessnye. Apa yang i cuba buat ialah mula biasakan diri. Bangun dengan perlahan. Kalau nak muntah pun, reda je la. Inilah pengalaman baru bagi ibu mengandung & tak mungkin dapat dialami oleh orang lain. 

2. Cepat lapar
Sekarang kan makan untuk berdua. I akui memang cepat lapar. Kalau lapar tu, sampai nak gaduh2 dengan encik hubby kalau lambat bawak keluar makan. Hee nasib baik beliau memahami. Tapi, i makan dalam kuantiti yang sikit je but KERAP! selalu spare biskut, kurma & coklat ferrero roche dalam handbag. Kurma dapat bagi tenaga dan cepat hilangkan rasa lapar. 

3. Memilih makanan 
Dulu, i bukanlah jenis memilih sangat. Semua makanan pun i sebat je. Tapi sekarang ni, mungkin sebab hilang selera sebab tu i jadi lebih pemilih dan cerewet. Makanan berminyak memang takmo la. Bukan apa, baru masuk je makanan tu dalam mulut, nanti dah "bluwek" balik. Kan ke rugi tu. 

4. Suka buah dan sayur
Sekarang ni, i memang suka makan buah seperti oren dan epal. Suka sangat. Sebab boleh hilangkan loya kot. Doktor pun memang advise banyakkan ambil buah dan sayur. Jus buah-buahan memang kegemaran la sekarang. Teh ais, nescafe ais semua tolak tepi. 

5. Tak suka merias diri 
Sebelum mengandung, memang i suka bermekap dan pakai baju cantik-cantik. hehe tapi sekarang ni, alamak malasnya.. sometime, baju pun rasa malas nak iron. Encik hubby pernah tegur supaya pakai lawa-lawa bila nak keluar berdua dengan dia. Tapi entahla. Memang i rasa takde selera nak melawa kot. I just pakai bedak baby johnson je kat muka tu. lipstik pun i tak calit dah kat bibir. Baju pulak mesti nak yang besar-besar je. No cutting2 lagi. Tudung pun mesti nak yang segera punya. Tak kuasa i nak lilit-lilit shawls lagi. And yet, say no to heels! 

6. Cepat panas
I memang cepat rasa panas sekarang. Mungkin sebab perubahan hormon. Kalau encik hubby sengaja matikan aircond waktu tengah malam, memang cari gaduh la jawabnya. Sebab i rasa sangat tak selesa. 

7. Perubahan fizikal
Kalau orang lain makin naik badan masa mengandung, i pulak semakin kurus. Mungkin masih dalam phase morning sickness. Tunggu je la nanti badan naik. Perut pun masih belom nampak boyotnya. 

Tu lah perubahan-perubahan yang i alami sekarang. Apa-apapun i bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan i kesihatan yang semakin baik sekarang. Inilah pengalaman yang i akan ingat sampai bila-bila. Kesusahan yang dihadapi masa mengandung ni membuatkan i insaf dan sedar akan kepayahan Mama Gee mengandungkan i dulu. I love you Mama. (", ) 

Friday, April 13, 2012

Preggy Diary 1 : Dokumen penting untuk ibu mengandung

Hai semua. Hari ni i tiba-tiba ada mood nak update blog. Nak share sikit dokumen penting yang perlu ada bagi mereka yang mengandung macam i. First, i pun taktau pasal benda ni. Kena la ringankan mulut bertanya dengan kawan-kawan yang dah biasa hamil. Ringankan jugak jari meng"google" apa-apa yang patut. Sekarang ni pun banyak blog yang update tentang mummy to be ni. 

Bila u ols dapat tau je u pregnant, segeralah ke Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk mendapatkan pengesahan. Macam i hari tu, i buat UPT test (ujian pengesahan hamil). Lepas tu, once appear 2 garis merah tu, which means that i'm pregnant, i ke klinik untuk confirmkan. But then, doktor klinik tersebut advicekan i segera ke Klinik Kesihatan Kerajaan yang berhampiran untuk bukak BUKU MERAH. hurmm, mula2 tu nganga-nganga jugaklah apadia buku merah ni. Rupanya..yang ini.. 

Rekod Kesihatan Ibu ataupun lebih dikenali sebagai Buku Merah 

Dalam rekod ni, akan tercatatlah segala perihal isu/masalah kite semasa mengandung. Then, kena pi check-up kat doktor setiap bulan tau. Masa check up tu, doktor akan buat ujian air kencing dengan ujian darah untuk lihat tahap kesihatan kita. Buku merah ni juga adalah rekod yang penting sampaikan kalau ke mana-mana mesti kena bawak.Macam kita bawak IC la. Even masa i admitted ward awal bulan lepas, first thing yang doktor minta adalah buku merah ni.

Penuh dengan tulisan nurse dengan doktor 

See?? Tu result masa second check up i on 10.4.2012. Masa 1st check up, dah scan perut. Tapi masa second check up doktor scan sekali lagi nak confirmkan due date i. Oh ya, semasa bukak buku merah ni kena bawak juga maklumat seperti tarikh hari pertama datang period terakhir. Untuk memudahkan doktor buat pengiraan due date. 

Baby dah berusia 11 minggu

I dan Encik Hubby sangat excited dapat lihat baby masa scan hari tu. Baby kitorang macam tengah exercise pulak. Macam tau2 je mummy dengan papa dia tengah tengok dia, dia lunjur kaki dan menggeliat. Indahnya perasaan tu dapat tengok baby. Setiap hari macam nak tau je, ape dia buat dalam perut i. Hehe. 

Ok, tu sedikit info yang i dapat share tentang buku merah. Nanti i update lagi. Ok bai! 

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday : Medan Trip 28.12.2011 - 1.1.2012

Ready to cruise on Danau Toba Lake 

At Simarjarunjung Hill 

At Hotel Sibayak Berastagi 

My Fresh Look at Carrot & Cabbage Farm 

Miss my honeymoon trip with Encik Hubby.. Bila dapat bercuti lagi ya?? 

Tuesday, April 10, 2012

Kondisi & Situasi Terkini

Assalamualaikum! Tak jawab dosa.. Jawab suka saya.. hehe.. Mesti u ols cakap yang syeeda nih sekejap tenggelam sekejap timbul kan. Dah 2 bulan baru nak timbul dari menyelam. Hee. Actually banyak benda yang nak diceritakan. Termasuklah wedding review i yang baru buat satu tu kan. Tapi.. ada saja hal yang membataskan. Hurm.. nak mula dari mana eyhh?? Kita start pasal lepas kawen dulu k. 

Ok, so lepas kawen, i menetap kat Bandar Mutiara, Sungai Petani. Makanya, tiap-tiap hari i berulang-alik dari SP ke Alor Setar. Phew, penat la jugak. Penat badan, mental lagi. Tapi apakan daya. Dah opis memang kat A.Setar je. Encik Hubby pulak berulang dari SP ke Kulim. Sengaja kami stay kat tengah-tengah. Konon-kononnya taknak berjauhan dengan encik hubby, sebab tu i sanggup berhabis ringgit berulang-alik. Hehe. 

But then, sampai hujung bulan Februari tu, i dah tak larat dah. I mula demam dan demam dan demam lagi. Asyik-asyik pening kepala. Loya. Muntah. Jeng-jeng-jeng. I was so curious. Kesihatan semakin merosot nih. Then pergi buat check up. Doctor confirms yang I pregnant 5 weeks on that time! Rezeki Allah nak bagi. I dan encik hubby pun tak sangka secepat itu. Syukur Alhamdulilah. Sekarang nih, memang dah tak berulang lagi dari Alor Setar. Sebabnya, nak drive pun memang dah tak berupaya sangat. Sekarang, I stay dengan Pak Bihi & Mama Gee lagi kat Fajar Istana Cinta. Kesian pulak kat Encik Hubby. So, kami hanya berjumpa waktu Encik Hubby cuti je la. 

Guess what?? Dua kali tau menetap sebentar kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar tu. Drip Air. First time was on 27th March.. Masa tu just admit kat Wad Pemerhatian je. Drip Air dua botol. Second time was on 7th April. Yang ni memang bermalam kat sini. Sumpah la weii, takmo masuk hospital lagi. Sakit kena cucuk. Drip air sampai 5 botol setengah kali ni. Dapat MC sampai 8 hari. MC paling banyak yang i pernah dapat setakat nih. Yang touching sangat, 2 kali admit ward, 2 kali jugak Encik Hubby amik Emergency Leave jaga i. Tempat kerja Encik Hubby i ni susah sikit nak bagi cuti. So, bila Encik Hubby paksa diri amik cuti tu, i pun mulalah merasakan beliau sangat sweet. Hehe. Well, sekarang baby dah 11 weeks. Doctor cakap, nanti baby dah masuk trimester ketiga (3 bulan ke atas), rasa loya dan muntah akan kurang. Tak sabar nak tunggu waktu tu. I nak sihat kembali!! 

Taknak bebel panjang-panjang lagi. U ols ada tips hilangkan loya nih tak?? Share kat comments k. I nak menyelam dulu. Nanti tunggu i muncul kembali k. Bye-bye. :) 

Tabung Baby. Please Click :)