Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, July 31, 2011

Puasa Datang Lagi !!

(Sila baca title entry di atas seperti irama Tora Datang Lagi)

Hai kesayangans. Saya arrived dari kelantan semalam around 11.00 malam. Hari ni bangun dengan gigihnya ke ofis. Ecehh. Semangat kerjaya yang menebal. Tapi, sesampainya di ofis, keadaan menjadi lengang. Bak Garuda melanda Langkasuka. Maklumlah ramai yang ambil cuti. Nak sambung dengan cuti Awal Ramadhan esok. (Kedah cuti ye esok sempena Awal Ramadhan. Sila jangan iri hati atau cemburu atau jeles dan lain-lain) Maka jadilah kau penunggu ofis yang setia Cik Syeeda. Bagus.

Hey, kemon la. Takkan nak biarkan sehari sebelom puasa ini berlalu begitu saja? Ayuhla kita berjimba-jimba. Esok pasti dah tak boleh berkeadaan camni lagi kan? 
Yummy.. cocktails in the house! 

Let's have cocktails party!! Nak tau tak kat ne? Saya dan kawan-kawan lepak kat Food Court Tesco Mergong (of course we all lepak di waktu rehat la. Maklumlah pekerja cemerlang)  At first, we all nak lepak kat Tesco Stargate yang baru bukak tu. But standard la kan. Benda baru. Orang ramai sangat-sangat. Semua pakat beli barang rumah untuk persiapan berpuasa esok.

Ok kesayangans. Selamat Berpuasa Semua! Semoga Ramadhan kali ini memberikan sinar bahagia untuk kita. Sama-samalah kita merebut keberkatan bulan yang mulia ini ok :)

p/s: esok nak sahur dengan apa eyhh??

Friday, July 29, 2011

Percutian Yang Tak Dirancang

Tadaaa! saat entry ini dipos, saya dan keluarga sedang berada di Kelantan untuk bercuti.. Actually, percutian nih tak dirancang awal.. Tiba-tiba cam rasa nak bersiar-siar di Kelantan. So, Pak Bihi pun menyambut baik je cadangan kami and hence, pagi-pagi tadi lagi kami dah bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Encik Tunang pun join sama sesi percutian nih. Sampai sanggup apply cuti tu. So sweet laa awak.. Hee. Ok, nanti saya akan update bab-bab cuti nih k. Korang pun, happy holiday ok! Sayang korang! 

Monday, July 25, 2011

#4 : Bride-To-Be Preparation

Inspired Wedding Dress for Solemnization & Reception 

Saya suka sangat tengok wedding dress cam kat bawah nih. Nampak sweet and elegant je. Simple pulak tu. Tak nampak berat and too much kerawang.. 

So sweet..

Elegant.. Modern.. 

For solemnization, i rather choose to wear kurung moden. Kan majlis akad nikah kena sesimpel mungkin? But for my wedding reception, maybe i'll choose to wear some dress yang nampak modern and nampak sesuai dengan saya nih. Maklumlah, badan tak macam model! Ahaks. 

Sunday, July 24, 2011

#3 : Bride-To-Be Preparation

Bunga Pahar ke Bunga Telur eyhhh?? 

Hai kesayangans. Just nak update sikit tentang my wedding preparation. Kali nih tentang bunga telur. Saya pun tak pasti, some people call it as Bunga Pahar. Agaknya sama la kot. Ada sesetengah orang suka booking & beli dalam bentuk banyak sekaligus kan? But, as for my wedding, saya prefer beli sedikit demi sedikit. Dalam nak buat preparation ni, saya banyak refer dengan kawan-kawan yang dah pun berumahtangga. Just nak tanya diorang tentang how they prepared before this. Most of my friends advised supaya saya beli sedikit demi sedikit. So that, duit tak berhabis banyak di saat-saat akhir. Hmm camtu. Biasela, bajet ciput je. Kena la berjimat-cermat. 

turqoise + pink 

Saya pilih dua color untuk bunga telur nih. Which are blue turqoise and pink. Sama cam dengan tema majlis resepsi. Puas jugak survey untuk harga yang "Best BRO.." till finally, i decided to shop at Jalan Masjid India and Klang baru-baru nih setelah jumpa dengan bunga idaman hati. Nih baru ada beberapa pcs jer nih. Mama Gee cakap kena tambah lagi. So, bulan nih mesti shopping lagi untuk tambah bilangan. Jadi macam hobi pulak. Tiap-tiap bulan mesti nak mengumpul bunga telur. Haha. 

p/s: Doakan yang baik-baik aje untuk saya dan Encik Tunang ye. 

Thursday, July 21, 2011

Berkursus dan BerPuasa. Saya ok je.

Good Morning All!!

I'm now at Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah. Hmm bukan saja-saja saya nak lepak kat sini. Actually, i have to attend internal audit course. Dapat tau pasal kursus ni agak last minit jugak la. Sepatutnya check in jam 1.00 petang semalam. But, due to lotsa unfinished works (which i have to settle first before leaving the office), finally i check in around 8.00 pm malam tadi. 

Perghh.. pengalaman driving sorang-sorang dalam senja masuk ke kawasan nih sukar dilupakan. Siapa-siapa yang penah datang Pantai Merdeka, mesti tau jalan nak ke sini camne kan. bengkang-bengkok dengan hutan di kiri kanan adakala menaikkan bulu roma saya, tapi tabahkan hati jua.. ecehhh. Kalau drive waktu siang, mungkin tak terasa sangat. Apatah lagi berteman. Kalau sorang-sorang nih di waktu malam, kena extra careful la kan.

By the way, hari nih masih continue puasa. Melunaskan hutang-hutang yang ada. Dan.. hari ni hari yang terakhir! Congrate syeeda. You are going to celebrate raya tomorrow! haha. Bersahur tadi dengan 2 keping roti butterscotch dan kopi pearl kacip fatimah je. Hopefully, i dapat bertahan hari ni. Semalam berbuka dalam kereta, harap-harap hari nih dapat berbuka dengan lebih proper. Hee. Maksud proper tu adalah berbuka dalam keadaan yang menenangkan dan tak tergesa-gesa macam semalam. 

So, jom bersiap! Nak masuk kelas kursus dah. Jangan tido syeeda =) 

Last but not least: 
Happy working people!! 

Tuesday, July 19, 2011

Buluh Madu Pengubat Rindu

Pak Bihi baru-baru ni berminat pulak dengan buluh madu. Dia cakap nak buat landskap yang cantik-cantik kat depan rumah kitorang. So, bakal menantu dia tu (sila baca: my Encik Tunang) pun apa lagi, gembira bukan kepalang lah. Pak Bihi dah mula menunjukkan minat kat tanaman kegemaran beliau. Maka, my Encik Tunang pun datanglah ke rumah saya dengan semangat yang waja, membawa benih-benih buluh madu yang disemainya daripada ladang beliau. Ini kes nak ambil hati bakal ayah mertua la nih. Sanggup dia tanam anak pokok buluh madu kat depan rumah saya demi Pak Bihi ooohh. 

penyediaan lubang untuk anak pokok buluh

tanam anak pokok sehingga menenggelami akarnyeee

meratakan tanah pada kawasan anak pokok

siap.. 5 pokok buluh madu berjaya ditanam di depan rumah!

See? Mudah tak? Hmm. saya banyak belajar pasal pokok buluh madu ni daripada Encik Tunang. Dia nih memang minat habis berkebun.. Encik tunang kata pokok buluh ni senang je nak ditanam. Kena rajin-rajin jirus air sebab pokok buluh madu perlukan air yang banyak. Oh ye, sedikit promosi ye.. my Encik Tunang memang jual anak pokok buluh madu pun. So, siapa2 yang berminat nak beli tu, boleh tinggal komen kat bawah ni dengan contact details. Nanti saya contact balik eyhh.. opps, boleh emel kat saya jugak : sitisyaheeda@yahoo.com.my . Support agriculture okeh! Pertanian adalah Perniagaan.

p/s: Tiap-tiap hari kalau nak keluar rumah, bila terpandang je pokok-pokok buluh tu, terus teringat kepada my Encik Tunang yang disayangi. Hee kira pengubat rindu jugak ler. Hehe (Blushing). 

Thursday, July 14, 2011

Teaser Baju Raya

Raya bakal berkunjung tiba. Ecehh.. puasa pun belom, tiba-tiba dah berbicara perihal raya kan?? Lumrah la tu. Bagi orang perempuan, sebulan sebelum puasa, Wajib (saya ulang ye, Wajib!!) buat persiapan tentang baju raya. Bukan apa, kalau lewat nanti, tailor dah taknak ambil upah menjahit. Haa.. takkan la nanti orang lain pakai baju raya baru, kita nak pakai baju raya lama kan?? Nak pulak kalau baju raya lama tu, dah puas kau pakai ke hulu-ke hilir musim kenduri atau waktu bekerja yang lalu2. heee macam biasa buat je. Nanti tak feel la pulok nak beraya. Sudahla dah tak berpeluang dapat duit raya, pakai pun baju raya lama je.. pasti sedih hari raya saya. 

Maka, berbekalkan semangat hari raya yang gigih, Cik Syeeda Sobbihi pun mengorbankan masa beliau ke Busana Azzahra, Kompleks Perniagaan Sultanah, Alor Setar untuk mencari kain pasang yang sesuai untuk dijadikan Baju Rayanya. Seperti yang dipesan Mama Gee, tema warna mestilah berwarna Oren agar satu keluarga kelihatan sangat bahagia bila bergambar dengan warna yang senada. Cewahhh. Nak tengok tak kain baju raya kite?? Taknak pun, nak tayang jugak. Mood: Galak.

Orange Theme

Nasib baik tuan butik masih mau menerima tempahan. Hee. Lepas ni, kena cari baju raya Encik Tunang la pulak. Kalau baju raya orang lelaki nih, tak kisah sangat kan. Malam sebelum raya pun leh dapat kat bazaar Pekan Rabu. Sebab waktu malam raya kan ada lelong-lelongan.  He. Ok. Itu saje update teaser baju raya saya. Babai  =) 

Sunday, July 10, 2011

Picnic itu Berkelah. Marilah.

Pernah tak korang rasa bila korang dah sebu dengan kehidupan seharian, maka korang rasa nak jerit kuat-kuat "Come on, man... I need a break!!!".. hah. tu diaa. nak pulak kalau jerit dari atas bukit, elemen itu menampakkan lebih dramatiknyaa.. ecehh..

Makanya.. hari sabtu lepas (masa orang sibuk-sibuk dengan "bersih-membersih" tu la. dan saya tak ambil peduli pun).. Encik Tunang yang disayangi mengajak saya berpiknik-piknik dan bermandi-manda di air terjun bersama famili kesayangannya.. heh. En. Tunang says mungkin dengan piknik camni, boleh release sikit tension saya. nak tau katne kami piknik? Kat Lata Bukit Hijau, Baling, Kedah atau dalam nama glamor nye Green Hills. Cehh..ada ka?

Kami sampai pada pukul 1.00 tengahari. Jadi, ayuh menjamu selera dulu di tepi air terjun yang dingin kerana perut pun dah berkeroncong irama dag-dig-dut.

jeling taknak bagi saya share lauk. Kedekot.

Sedap!! Nasi putih, sambal ikan bawal dan ayam masak semur buatan bakal MIL. Hee.

Lepas makan, ape lagi! Ayuh kita terjun dalam air! Sejuk sangat-sangat airnya. Best.
Tapi gambar-gambar lain tak dapat diupload coz kami tak banyak berfotografi. Tak bawak camera. Harap kamera handset yang tak seberapa ni je. 

Hee.. apa-apapun I'm blissful of Love! (*_*)  Masih terkenang momen-momen indah walaupun hanya sekejap dan program kami nih tak dirancang awal. Encik Tunang cakap nanti nak plan program berkelah yang lagi menarik. Nak berkelah sambil barbeque pulak. Boleh bakar-bakar ayam. Nyummy. Tak sabarlah nak berkelah lagi. Ada suggestion tak kat mana lagi tempat best? I mean, area kedah ok.

Friday, July 8, 2011

Jula Julai Bintang Tiga.

Post pertama di bulan Julai. Cepat sungguh masa berlalu. Dah pun masuk bulan Julai. Bulan Ogos depan dah nak puasa u olss.. Dah habis puasa ganti?? (itu soalan diajukan kepada diri sendiri).. Kesayangan-kesayangan semua..saya mintak maaf ye sebab dah lama tak menulis di blog ini. Actually, saya ada banyakkk benda nak diceritakan, cuma tak sempat nak mengepost belog sahaje..(mesti korang cakap, kalau camtu baik tak payah ada blog kan?? sob sob sob..menitis air mataku).. Baiklah, untuk hari ini, marilah kita mengePLANkan bulan Julai kita ini dengan bijaksana.

Senarai Kerja Tak Siap Yang Kena Siapkan Di Bulan Julai.
  1. Ganti Puasa. (Jumlah dirahsiakan. Teehee..Come on.. Injury time man!) 
  2. Pujuk En. Tunang buat bisnes menjelang Hari Raya. Haha.
  3. Beli kain pasang untuk upah baju raya. (ada ke tailor yang nak terima tempahan lagi ni..?)
  4. Follow Up call dengan Butik Pengantin
  5. Start to do list of guests for my wedding day. 
  6. Start to buy wedding day doorgift (sedikit demi sedikit). 
  7. Survey Honeymoon destination and booked. (*_*)
  8. Survey Wedding Card. 
  9. Facial & Dental Appointment. 
  10. Ikat perut untuk Roadtax & Insurans sang putih yang akan mati next month.
Banyak kan keja tak siap? Uhuuu. Tak tau nak bahagi masa macam mana lagi dah. 24 jam seems tak cukop!

Syeeda Sobbihi melaporkan dari atas keretapi. Sekian. 

p/s: Kesayangan semua.. Gunalah masa korang di esok hari dengan berhemah ye.. Jangan lah buat perkara yang tidak berfaedah & menyusahkan diri korang dan orang lain. :) Encik Tunang kata nak pergi picnic esok. Harap-harap jadi!

Tabung Baby. Please Click :)