Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, February 13, 2010

Happy Birthday To My Dearest Love!

Hi B, hari nih genap umur awak yg ke ....Hehe ok sy tak cakap kat org..Haha..Just wanna wish u Happy Birthday..May Allah Bless U and Your Life Always..Hope u enjoyed our moment together today K..

B.A.B.Y

Ini cerita hari Khamis walaupun ianya di post pada hari Jumaat. Semalam saya menemani officemate saya ke Klinik untuk check kandungan dia. Ya, dia memang pregnant. She just got married last year and Alhamdulillah dia dikurniakan rezeki. 

Saya tau yang dia sangat gembira dengan keadaan dia sekarang. Ye la, kan bakal menerima ahli keluarga baru nanti. Mestilah gembira dan jugak wajahnya sangat berseri-seri. Sebagai kawan, saya pun tumpang gembira la kan. Malah ade rasa cemburu pulak. Hehe kenape? Sebab saya dapat rasakan hati saya kini meronta-ronta yang saya jugak teringinkan baby! Haha.. Pernah saya suarakan kepada Mama Gee yang saya nak ambil "Anak Angkat"..Nak tau Mama Gee kata apa.. Hurm..dia kata camni.. "Anak-anak kucing kakak si April dengan Tasyia tu pun mama yang bagi makan..nak amik anak angkat?? Nanti mama yang nak kena jaga,, kakak kan sibuk dgn keja!" Tempelak Mama Gee tu buat  saya telan air liur dan tidak pernah menyuarakan keinginan saya lagi selepas itu..Hehe Agaknya,,bila umur semakin meningkat..naluri kita sebagai wanita yang jugak bakal menjadi ibu akan semakin jelas kelihatan secara perlahan-lahan kan?? 

p/s : Rasa amat terkilan baca berita tentang kes buang bayi yang menjadi2 sekarang..Tolongla hantar ke rumah kebajikan atau beri kpd orang yang mahukan baby in stead of ko buang baby tuh merata2.. huhh sighhh...~

Wednesday, February 10, 2010

When I'm Under Pressure..

Perkara-perkara yang sering saya lakukan bila berada dalam lingkungan tekanan :

1. Makan dan makan
Saya taktau bagaimana anda menangani tension. Tapi, saya sukar elakkan makan. Saya memang suka makan kalau saya susah hati. Hal ini menyebabkan badan saya semakin membesar dan menyebabkan rakan-rakan saya yang prihatin mula menegur perubahan fizikal saya. 

2. Shopping
Sejak akhir-akhir nih, saya memang sangat gemar shopping tudung..minggu nih saja dah empat jenis tudung saya beli..mungkin disebabkan saya berada di paras tekanan yang agak melampau sekaligus menyebabkan saya gemar mengembangkan bakat shopping saya. Bagi saya, shopping adalah satu terapi yang baik!

3. Cantik, segak dan bergaya
Bila saya berasa tertekan, saya suka berpakaian cantik-cantik, berpenampilan menarik lagi bergaya. Ianya bukan dibuat-buat sebaliknya adalah sifat semulajadi saya dari kecil lagi. Apabila saya berpakaian cantik, saya merasakan saya menemui satu sinar baru dalam kehidupan saya..haha

4. Meluahkan perasaan kepada kawan
Ini mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang untuk meluahkan perasaan ataupun punca tekanan kepada kawan-kawan. Tapi saya akan pastikan apa yang saya rasa diceritakan kepada orang yang boleh dipercayai saja.

5. Nyanyi kuat-kuat
Saya rasa sangat bahagia bila dapat nyanyi dengan kuat-kuat bila tension. Tapi nih cuma saya praktikkan dalam kereta terutama sekali waktu memandu balik ke rumah dari tempat kerja. Bukan ape, bimbang jugak kalau saya terpekik terlolong dalam bilik air itu nanti, jiran-jiran sebelah@depan@belakang rumah komplen kat Pak Bihi. Tambah-tambah pulak Pak Bihi sangat aktif dengan aktiviti rukun tetangganya sekarang..  

6. Main dengan kucing
Tentu sekali anak-anak saya Tasyia, April dan Paris akan sentiasa menemani saya bila saya sedih. Saya rasa mereka sangat memahami jiwa saya. Seronok jugak bila sama-sama join mereka main "aci ligan"..

7. Cam-Whoring
Bila rasa sedih, saya suka sangat tangkap gambar sendiri dengan pelbagai aksi. Jadi ni la hasilnya untuk hari ini...

~Shawl tersebut ditaja oleh Puan Amal ~

Hurm..tu la cara saya tangani stress saya.. Dengan buat benda-benda kat atas saya rasa lebih happy dan rasa sebahagian tekanan tuh menjauhi saya..Kalau korang, korang buat apa ye??

Friday, February 5, 2010

Oh..Itulah Rasa Tidak Dihargai..

April..nama dia diberi sempena kelahirannya di bulan April. Dia sangat cute, comel dan mempunyai mata yang cantik. Sayangnya, baru sekarang saya perasan kehadirannya walaupun dah setahun saya menjaga April. Ya..saya lebih sayangkan Tasyia. Saya suka manjakan Tasyia. Saya suka membelai dan memeluk Tasyia. Tapi April? Tak pernah saya memeluk dia. Saya langsung tak pernah mengurut2 dagunya & membelai2 badannya. Langsung tak pernah! Agaknya, apa perasaan April bila saya lebih sayangkan Tasyia? Sedih? Terasa Hati? 

Malam ni, April menyambut saya pulang. April manja..sweet..Tiada apa pun yang kurang padanya. Lengkap. Langsung tak cacat. Saya mendukungnya ke dalam bilik. Saya baringkan dia di atas katil. Saya membelainya. April kelihatan agak takut dan janggal. Mungkin jugak hairan..mungkin sedang berfikir apa yang berlaku yang membuatkan saya teringin mendampinginya malam ni? April jinak. April mengikut saja rentak saya..langsung tidak melawan..Saya pulak yang mempunyai perasaan bersalah kerana tidak pernah menghargai kehadiran dia dalam hidup saya sebelum ni. Harap2 saya masih belum terlewat..Saya tak mahu April rasa tidak dihargai kehadirannya kerana perasaan itu sangat pahit dan perit untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata...

p/s : April hanya seekor anak kucing saya yang comel..

Tabung Baby. Please Click :)