Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, March 26, 2011

My E-Day Ep. 4

Dalam entry sebelum-sebelum nih, saya pernah cakap yang ayahanda tercinta (Pak Bihi) membantah sekeras-kerasnya mini pelamin diadakan sewaktu majlis pertunangan saya. Walau bagaimanapun, rundingan damai telah diadakan diantara Mama Gee dan Maktam Zakiah tentang perkara tu, makanya Pak Bihi diam menurut saja. Wakaka (Masakla aku kalau Pak Bihi baca ini entry).

Pak Bihi memberikan syarat yang tempat sarung cincin ataupun mini pelamin (whatever you want to call it) haruslah simple dan buat sendiri (DIY). Bukannya membazir duit ditempah segala bagai. Dengan yang demikian, maka lahirlah DIY mini pelamin seperti di bawah: 

DIY mini pelamin

Ok tak camtu? Simple je la. actually lokasi ini adalah di sliding door rumah saya. Ok, now saya nak share sikit apa yang diperlukan in order nak dapatkan simple mini dais camni. mana lah tau kalau-kalau ade yang  nak buat or tiru camni kan. (perasan! ada ka orang nak buat cam ang nih syeeda..)

1.  Curtain atau dalam nama melayunya langsir. (bukan langsuir tau)
Kain curtain saya gunakan ialah jenis kain curtain biasa, yang plain gitu.. warna peach. Kemudian, letakkan kain netting (also in peach color) di atasnya. Kain curtain nih saya beli kat Kamdar alor setar je. Actually, saya beli banyak. Boleh dapat 3 curtain camtu. Kalau untuk sliding door nih, harga dia jatuh dalam lebih kurang RM 70.00 saja. Ok kan camtu? Lagipun, curtain nih boleh digunakan lagi masa hari raya or kenduri-kendara akan datang. 

2. Small pillows
Bantal-bantal kecik tu tak perlu beli lagi. saya just gunakan bantal yang sedia ada saja. Cuma sarungnya yang warna maroon tu saja yang saya beli. Harganya RM 5.00 satu. Kat Giant Alor Setar. So overall dalam RM 20.00 la untuk bantal-bantal kecik tu. 

3. Bantal peluk kecik
Nampak tak bantal peluk kecik tu? Yang putih + maroon. Itu pun beli di Giant. Harga dalam RM 12 / unit. So overall RM 24.00 saje. 

4. Bantal untuk bersila. 
Taktau nak panggil apa bantal besar kat tengah-tengah pelamin. Hee yang nih pinjam daripada Mak Teh Miah. Kalau ikut survey yang saya buat, bantal besar camni RM 20 kat Giant (without sarungnya). 

5. Bunga Hiasan Pelamin
Ok, dua-dua bunga yang berdiri megah di sebelah pelamin tu, dipinjam daripada kawan Mama Gee. Thanks sangat-sangat kepada Abang Tart. Kalau korang nak beli sendiri pun boleh. Kat tempat macam Rainbow Alor Setar, saya ada nampak bunga yang cantik-cantik jugak. Harga berpatutan. 

6. Platform pelamin
Ok, platform pelamin yang peach tu actually tilam bujang adik saya. Hehee. Kitorang balut dengan lebihan kain curtain. Makanya, dapatlah camtu. Balut tu biar kemas-kemas okeh! 

7. Hiasan untuk pelamin
Hiasan-hiasan lain yang diperlukan ialah potpouri. Kita tabur-taburkan di sekitar pelamin biar wangi. Pastu korang leh gak letak candle yang wangi. Then, butterflies comel-comel boleh dilekatkan pada curtain biar berseri. So, overall bajet untuk hiasan ialah lebih kurang RM 15. 

Total bajet untuk DIY mini pelamin ini ialah = RM 129.00

Ok kan bajet camtu? yang penting semua orang happy. Jom foto-foto di atas mini pelamin!

keluarga tersayang 

see?? Pak Bihi tersenyum kegembiraan bersama Mama Gee. 

suka gambaq ni. aksi lambung-lambung bunga. 
bersama Fukurie adik kesayangan dan Nikel Norsa.

Fuku ialah runner majlis di mana kalau ada barang-barang yang tak cukup tu beliau keluar pi beli. hee
Nikel merangkap bakal adik ipar dan Pose Coordinator. 
Ceaaa..maknanya cara-cara posing nih beliau yang arrangekan. 

nih pulak dengan Nini adik kesayangan dan Syamet.

Nini bertindak sebagai PA saya. semua perkara tentang my E-day ni beliau yang checked! 
Syamet  merangkap bakal adik ipar dan Mr. Photographer saya. 

bersama Ein adik kesayangan dan Hidayah. 

Ein punya bidang tugas ialah mengecat rumah dan jugak second photographer. 
Hidayah merangkap bakal adik ipar dan beliau ialah Jurumekap saya semasa majlis. 

Ok, itu saje tentang My E-day rasanya. Nanti update banyak-banyak you all boring plak. Hehe. Hari nih dah genap seminggu jadi tunangan orang. Perasaan? susah nak citer. yang pasti, happy. hee

p/s: sapa-sapa nak ambil gambar nanti, saya rekemen Mr. Photographer saya nih, syamet. 
Negotiable price ! 
Boleh view Facebook beliau disini ---> FhoTho Sengkuang 

Friday, March 25, 2011

My E-Day Ep. 3

Ini lagi cerita majlis pertunangan. Kali ni cerita tentang hantaran je. Mana la tau, nanti boleh jadi panduan kat adik-adik yang nak bertunang nanti. Hehe. Mari mulakan.  (Hope you all tak boring!)


hantaran daripada saya kepada encik tunang 

pada mulanya, kitorang punya bekas hantaran ialah 5 (daripada encik tunang) berbalas 7 (pihak saya). tapi last-last minit jadi 7 berbalas 9 pulak. 

Encik tunang bagi sepersalinan baju nikah, sirih junjung, 2 bentuk cincin (merisik + bertunang), duit tanda, kek, gula dan buah-buahan. 

Daripada pihak saya pulak ialah : (sila klik gambar untuk tumbesaran)
1. baju persalinan nikah dan sampen
2. strawberry coklat - sponsor by adik nini 
3. kek selamat bertunang - sponsor by kak izan 
4. halwa kundur - sponsor by Liza
5. cupcakes comel - sponsor by encik bos kesayangan
6. halwa kundur + kiwi - sponsor by Mak Teh Miah
7. kuih karas comel
8. buah-buahan
9. cadbury coklat , daim dan sumi - sponsor by En. Zan 

Ceaaa..entry nih sebagai tanda penghargaan kepada semua sponsors! terima kasih banyak-banyak. Hiasan-hiasan bekas hantaran tu saya buat sendiri je. Buat sangat simpel. Semua barang beli kat Rainbow Alor Setar.

Sayang sekali tak semua gambar hantaran diambil satu persatu. Sedikit terkilan di situ. Tapi takpa, meh nak tunjuk beberapa hantaran. 

kuih karas

Kuih karas ni boleh dikategorikan unik gak la. sebab nya dia dah gulung jadi macam bunga ros. So, sapa yang nak nanti, leh order kat i ok. I boleh carikan! :) 
halwa kundur + kiwi

Halwa nih pun unik gak la. tak pernah rasa pun. tapi encik tunang kata, sedap je. hee 

persalinan nikah untuk encik tunang

yang ni hantaran paling saya suka. hee sebab sampen tu saya yg lipat-lipat jadi cam kipas. heee lain tau rasanya kalau kita mintak orang lain yang buatkan bekas hantaran kita berbanding kita buat sendiri. rasa puas! tambahan pulak kan nak bagi kat orang tersayang. DIY ni lebih best la.. Ceaa 

Ok, tu je la gambar-gambar yang ditangkap pun. Last but not least.. 

tersenyum riang bersama hantaran. hehe 

p/s: sekarang ada kat kl. nak move balik alor setar dah. hope will have safe journey! 

Thursday, March 24, 2011

Tika dan saat ini.

Lokasi :
Bangku rehat, Putrajaya Sentral.

Masa :
1.25 petang

Bunyi :
Hiruk Pikuk dunia. Keramaian. orang lalu lalang.

Perasaan :
Hampa, baru dapat mesej dari encik tunang. Hujung minggu ni kerja. Tiada cuti. Baru nak ajak tengok wayang cerita Hikayat Merong Mahawangsa.

Lagu berkumandang:
sedetik lebih. anuar zain. mendayu-dayu. lagilah sedih.

Perut:
Bunyi-bunyian. Eh, tadi dah makan kat Marrybrown. Perut ohh perut.

Keinginan sekarang:
Tidur. Semalam tidur lambat. Tak cukup tidur. Abes lah, tersengguk lah daku dalam meeting jap lagi.

My E-Day Ep. 2

Here are some stories about my engagement day. Sumpah, saya rasa saya asyik tersenyum kegembiraan saja dari saat cincin tersarung di jari sampai sekarang. i can say that my e-day was almost perfect and i'm very satisfied! walaupun hari sebelumnya, letihnya Tuhan saja yang tahu sebab hari tu la saya dan keluarga lakukan persiapan pecutan terakhir menjelang hari pertunangan. Inilah cerita bergambar E-day saya yang simple. Enjoice! 

Tarikh : 19.3.2011 (sabtu)
Masa : Selepas asar (5.00 petang)
Lokasi: Fajar Istana Cinta.

di touch up oleh Nini adik kesayangan. 
Masa nih nervous sangat  sebab encik tunang cakap, they almost reached our house. gegege. 

perbincangan kedua-dua belah pihak.
Pakchaq Mad jadi jurucakap family saya. 

menanti dalam debar kat mini pelamin.
ohh hari tu saya cakap, Pak Bihi taknak mini pelamin kan.
Setelah dipujuk2, beliau benarkan dengan syarat buat sendiri sesimpel mungkin. 
nanti cerita tentang mini pelamin akan menyusul. Tungguuuuuu..heee 

bakal ibu mertua menyarungkan cincin.
hee ternganga mulut i youu..abaikan. 

with the hantaran
sepatutnya hantaran kami 5 vs 7. 
 ada sedara2 yang sudi memberi sumbangan hantaran, maka jadilah 7 vs 9. 

bersama Mama Gee dan bakal ibu mertuaku. 

keluarga kesayangan yang bekerja kuat untuk majlis ini.
sayang mereka sampai mati! 

dan akhir sekali , bersama encik tunang. 

dah selesai satu perkara. lepas ini kena fikir tentang kursus kahwin. masih belum attend. Hee.. 

Sunday, March 20, 2011

My E-Day Ep. 1

Alhamdulilah.. segala-galanya sudah selesai. Saya telah selamat menjadi tunangan orang. Semoga hubungan ini akan berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Terima kasih kepada semua saudara mara, adik beradik dan rakan taulan yang datang memeriahkan lagi majlis pertunangan ini.


Secara rasminya, encik kekasih kini bergelar Encik Tunang. Teehee.

Tuesday, March 8, 2011

kotak fikiran..


ini lah yang ada dalam kotak fikiran dan hati saya sekarang. macam-macam.

Sunday, March 6, 2011

Stailo and Trendy Blouse !!

Ingat janji kita?? Kan dah janji nak update blouse-blouse yang stailo, trendy and up-to-date masa kini pada malam nih.. makanya,, mempersembahkan........

untuk para penggemar pink seperti saya, anda pasti tampak modern bila menggayakan ini. 

cotton.. bunga-bunga cinta. 

masih tak cukup? belum puas? 
please kindly view this website : http://dasnsblogmall.blogspot.com/

Buat apa simpan duit banyak2, shopping jom!

Hai kesayangan semua! korang-korang semua...mesti tengah pakcik kayo kan sekarang nih? 
kan kan kan? gaji dah masuk kan?? 
hah..apa lagi.. i nak ajak you all semua online shopping kat sini: 


Blogshop nih ada himpunan maxi dress & skirts labuh yang cantik-cantik semuanya! tak caya??

maxi dress yang sweet dan manis bak gula.


skirt labuh yang ala-ala comel cam cinderella.

Actually, ini blogshop Nini adik kesayangan. Beliau baru berjinak-jinak dengan bisnes nih. Malam nih maybe nak update blouse2 yang cantik-cantik pulak. Memang cantikk ohhh.. i kat umah nih pun menitik air liur dok tengok blouse-blouse yang pelbagai tuh.. 

Ok, kalau you all berminat contact adik I kat sini yer for futher informations:
da_sns@ymail.com atau 019-4169693 (wani)

Babai! :D Sayangg korang. Very strong. 

Sehari-hari bersama Encik Kekasih

(Awas! Entry ini ber"mood" jiwang. Sila beredar jika anda tak gemarinya)

Dugaan di awal bulan barangkali. Telefon tangan kena barred (teehee..akibat kelalaian tak membayar bil) dan "sang putih" kesayangan tiba-tiba rosak dan break down lagi. Harus dihantar untuk dibaikpulih. Melayang ratusan juga di situ. Tuhan mahu menguji. Mungkin akan ada rezeki lain nanti (sedapkan hati). 

Seharian jugak tak dapat bermesej dengan Encik Kekasih. Rindu. Sungguh. Baru saya tahu, yang saya sukar nak hidup tanpa dia walau sehari. Hee. Malu. Betul kata orang, bila tiada di depan mata, baru dikenang-kenang. Kalau dah berjumpa, macam anjing dengan kucing lagaknya.  

Pagi ni, dapat mesej dari dia. Dia cakap nak datang rumah & ambil saya untuk keluar jalan-jalan. dah dua minggu tak jumpa. Yeayyyy! hati menjerit keriangan. Lebih kurang sejam, Encik Kekasih dah terpacak depan pagar rumah. Kali ini, bawak buah tembikai dengan rebung madu. Ye, dia memang suka menjamu saya dengan makanan. Tanpa dia sedari, kekasih dia nih semakin mengembang badannya. Abaikan. Hidup bukankah untuk dinikmati? dan makanan itu nikmat! 


Singgah di CIMB. Selesaikan apa yang patut. Gaji ini harus diagih-agihkan. Lega. Semua hutang-piutang selesai, walaupun gaji semakin surut. Sekali lagi cuba berfikiran positif, Tuhan mungkin akan berikan rezeki di mana-mana lagi barangkali. Hu. Tiba-tiba, ada orang pohon pertolongan. Ya, bunyinya macam Encik Kekasih saya seorang Superman yang tiba-tiba bertukar outfit dengan spenda merah di luar dengan ayat pohon pertolongan tu. Sebenarnya, ada seorang lelaki nih (he's from Penang), kereta beliau break down di depan CIMB. Dia mintak tolong hantarkan kepada mana-mana pomen yang berdekatan. Encik Kekasih katakan pada saya, takpelah, kita tolong dia. Nanti kita susah, orang tolong balik,kan? And yet, hari ini tak macam selalu, mudah sangat dapat parking. Saya cakap kat Encik kekasih, mungkin sebab kita tolong abang tadi kot, hari nih semua dipermudahkan. Alhamdulilah! 

Tadi Encik Kekasih cakap yang hari ini mungkin hari terakhir kita jumpa sebagai pasangan bercinta. Suspen kan? saya pun tanya, kenapa. Dia cakap, minggu depan tak dapat jumpa sebab sibuk sikit. InsyaAllah minggu sekali lagi kita jumpa sebagai tunangan. Senyum. Manis sekali. Dan hari ini, kami habiskan dengan momen-momen indah. Entah kenapa, saya masih tak dapat cari puncanya. Kenapa saya suka dia. And my heart sings loudly that there is no reasons for falling in love! 

Selamat malam sayang. Mimpi yang indah. 

Wednesday, March 2, 2011

Pendiam ke Peramah? Yang pasti bukan Pemarah!

Setiap orang mempunyai persepsi masing-masing ke atas diri orang lain. Dah memang tersurat, kita dijadikan berbeza dengan orang lain. Kalau tengok, cap jari pun dah nampak perbezaannya! Ini kan pulak sifat & sikap. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kan manusia tu tak sempurna? Tapi tidak pulaklah salah jika kesempurnaan itu dicari.

Macam saya nih.. ada orang cakap saya pendiam..tak banyak cakap.. dan ada pulak yang berpendapat saya nih banyak cakap. Realitinya, saya nih gemar bersikap neutral. Orang kata : Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengeMOOO (betul kah?).. saya lebih senang "adapt" dengan keadaan / situasi.

Personaliti itu mungkin berbeza bila berdepan dengan orang yang berbeza. Kalau dengan orang yang lebih rapat, ya..saya memang ramah tamah & bercakap terlalu banyak.. Tapi, kalau dengan orang yang baru kenal, saya perlukan masa untuk menjadi peramah. Lebih suka bersikap pendiam & serius. Apatah lagi bila berbicara tentang kerjaya. Tiada salahnya kan?

Ketelanjuran kata dan sikap amat saya kesali. Harap tiada yang terasa hati.

p/s : Just be what you are. That's the way you can conquer the world.

Tabung Baby. Please Click :)