Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, August 30, 2010

Jangan jadi orang tak berbudi bahasa. Sebab Budi Bahasa kan Budaya Kita.

Bulan puasa cam ni rasa tak bermaya sangat kalau nak keluar outstation. Nak pulak kalau kena keluar dengan kereta, dari alor setar ke kuala lumpur. Hadoi, 6 jam yang amat melenguhkan pinggang daku. Kalau nak suruh encik pilot speed pun jawabnya, "maaf cik, sekarang banyak speed trap. Kalau kena saman, office akan charge pada driver." hoho. baiklah, saya paham. lebih baik kita bawak 80 km sejam saja dari alor setar ke KL. huhu. redha.
Ok, ini nak cerita sikit pasal perihal manusia di bulan puasa ni. bukan umpatan, sekadar pengajaran. orang kata, bulan puasa nih kena banyak bersabar. control nafsu makan. control mulut. dan control segala-galanya la kan. baru lah tak hilang pahala puasa. tapi ada jugak jenis orang tu, yang buat tak endah je. Ikut suka hati dia jer  nak cakap apa.

Ceritanya begini. Disebabkan pemanduan yang sangat berhemah dan saya pasti Ketua Polis Negara pun akan respect kitorang sebab patuh kepada undang-undang jalan raya lantas dapat mengelakkan saman ekor, saya dan rakan-rakan berbuka puasa di jalanan sahaja semasa bertolak pulang dari KL- Alor Setar. Tak sempat berbuka di rumah. Kami singgah di sebuah kedai Seafood sekitar Sungai Petani. Lagi 5 minit waktu berbuka. Nampak macam ramai orang. Mungkin masakan sedap. Tapi takpe, dapat minum segelas air untuk berbuka dulu pun jadi la.

Melangkah kaki masuk ke kedai tu je, terdengar ada seseorang menjerit "Meja dah penuh! Tak cukup meja dah ni. Lain kali mai la awai sikit". Saya pasti, kata-kata tu ditujukan pada saya dan rakan-rakan. sebab kami jer yang baru melangkah masuk ke kedai. Amboi..cantik sungguh bahasa dia. Pada hemat saya, adalah lebih baik kalau beliau tak bersuara sebegitu, dan alangkah lebih baik, beliau  hanya memberikan kami sekadar kerusi untuk duduk seketika dan sebiji kurma, hanya untuk berbuka puasa. Sejahil-jahil saya tentang perihal agama, saya tau akan besar pahalanya memberikan makanan kepada orang yang ingin berbuka puasa. Kalau ye pun taknak bagi air atau kurma, cukup sekadar dengan ungkapan, "maaf cik, meja dah penuh." Saya kira ianya, lebih berbudi bahasa. Kesal dengan sikap pekerja kedai tu, kami keluar dan berbuka kat kedai yang lain. sayang, mereka dah terlepas rezeki. paling sayang, mereka terlepas pahala. wacheh.


Ini dapat dijadikan pengajaran. Kepada warga kedai makan tersebut, sekalipun kamu dah maju, orang ramai makan kat kedai kamu, tak selama-selamanya kamu akan kekal begitu. Ingatlah, kadang-kadang kita berada di atas, dan kadang-kadang kita di bawah. di bulan puasa yang mulia ini, rebutlah peluang mencari pahala. walaupun sekadar memberikan makanan kepada orang yang ingin berbuka. tazkirah untuk hari ini. sekian.

Saturday, August 21, 2010

Ceritera Gambar Masa Muda Belia.

Salam.

Ouhh..saya sangat kekurangan vitamin C malam ini. Tak dapat berbuat apa melainkan bersin berkali-kali dan tisu-tisu menjadi peneman yang sangat setia. Tau kah kalian, bersin dan selsema itu memenatkan? urghh. 

Ok..aktiviti malam ini ialah cuma blogwalking dan juga bermuka buku. Tapi takde ape-ape post pun yang saya shoutkan di mukabuku saya. Cuma menggodek-godek mukabuku sendiri dan kawan-kawan sambil melihat gambar-gambar ketika masih muda belia. Lagaknya macam mengingati nostalgia lama di bulan ramadhan yang mulia ini. Seronok juga bila fikiran menerawang dan menerobos ke masa zaman dulu kala. Ada juga benda yang menggeletek hati di malam hari. 


Ahh..ini benar-benar menggeletek hati. guling-guling saya lihat pic ini.
Saya- empat dari kiri.  
kalau tak salah gambar ini diambil masa dinner Kesatria. Saya Part 1 Semester 1 masa ni. Baru memasuki Uni, masih taktau berfesyen. Hehe. Macam makcik pun ado. ehehe. 

Gambar masa di UiTM.
Masa ni Part 4, Semester 4.
Berdiri dua dari kanan. Ahh masa nih sangat hitam. Malu.(Tutup Muka..He)
Fesyen masa zaman itu, skirt jeans, blous hitam & tudung turkey belang2 biru hitam. 
Dulu saya memang suka pakai skirt labuh, sekarang dah malas. Hehe. 

Outing di Tasik SUK Shah Alam. 
Saya- tiga dari kiri. 
Dah agak pandai berfesyen skit. Mula pakai shawl. Ahaha. 
Ohh ok..mereka ini teman-teman rapat saya masa di kampus. 
Kami adalah rakan-rakan seperjuangan yang suka sangat naik turun Pejabat HEP pada awal semester di buka, untuk merayu-rayu dengan Pakcik HEP bagi dapatkan hostel. Hehe. Macam-macam alasan tercipta. 
Masa nih kami stay Kolej Kenanga, UiTM Shah Alam.
Keluar Outing masa weekend, lepak-lepak kat Tasik sambil makan KFC yang ditapau dari PKNS.
Masa kejadian nih semua orang Single and Available. 
Ohh Kecuali Fida (Baju Merah). Dia gadis pujaan Faiq. Heheh. Dah kawin pun diorang sekarang. 

Masa ni tahun 2005 kot. Maaf terlupa. Maklumlah dah tua. Hehe
On the way ke Balok, Kuantan. 
Rombongan Geng BSAC- BSc. Applied Chemistry. 
Saya yang mana? Si tudung pink. 
Bajet lawa arr tu amik gambaq tengok tempat lain. Hampeh toi ang syeeda. haha. 


Ini lah gambar yang paling saya suka. 
Gambar masa Part 6, Semester 6. 
Dinner celebrate budak-budak BSAC dah abis study. 
Saya- Yang tengah. Pakai Skirt apple green, blouse putih & tudung turkey apple green dibelit2.
Nih dah last part, semua orang dah balik dah. Tinggal senior2 poyo cam kami jer dok karaoke lagi.
Of course la senior2 je bleh enjoy malam ni. Adik-adik junior, sila sambung pembelajaran. 
Dengar cakap kakak senior ni, Kimia itu tak sesusah mana. Ok Tipu. 

Ok, malam dinner barbeque ni, ada sesi pertandingan karaoke. 
Atas cabaran kawan2, saya pun join nyanyi. Lagu Bunga-bunga Cinta & Menghitung Hari. 
Yang best, Menghitung hari tu dinyanyi dengan diiringi petikan gitar oleh sorang junior (tak hengat nama dia..ahaks).  
Dapatla nombor 3 walaupun picing ke laut, vocal hampeh. hahaha. 
Sumpah, takmo dah nyanyi. Bila dipikir2 balik, malu NYAAAA. 
Saya pun nak jadi macam Dato' Ct, nak tarik diri dari mana-mana pertandingan. 
(Ang bajet ang artis kaa syeedaa weii..haha)


Ini gambar kami berjumpa kembali tahun 2007. Setelah setahun meninggalkan Uni. 
Semua baru melangkah ke alam pekerjaan. 
Macam biasa, kami kecoh bercerita tentang kehidupan masing-masing. 
Masa kejadian nih, wedding sorang coursemate, Lya.  
Tak sangka, antara kami semua, Lya yang kawen awal sekali.
By the way, Lya join Palapes. Sebab tu kami tak sangka dia yang akan mendahului kami. 
Itulah, dah sampai seru jodoh dia. 
Ohh masa nih muka saya masih tirus, dan kurus.
Kalau dibandingkan dengan wajah sekarang, laksana seperti apom yang berkembang mekar setelah dicampurkan tepung naik sendiri dan soda bikarbonate. Uhuh..Redha. 

Sudah empat tahun saya tinggalkan alam pengajian. Rindu pada kawan-kawan tetap ada biarpun sibuk dengan kehidupan sekarang, Entahlah, agaknya kawan-kawan rindukan saya tak? atau mungkin diorang langsung tak ingat lagi dengan saya? Heehee. Emosi seketika. 

p/s : Gambar-gambar semua diambil daripada MukaBuku Kawan-kawanku. Gambar-gambar lama saya dah hilang bersama Laptop ku dulu. Sadis. 

Wednesday, August 18, 2010

Tragedi bulan Ramadhan

Salam.
Selamat menyambut puasa buat hari yang kelapan yer kawan-kawan.
Harap-harap semuanya sihat-sihat dan masih boleh menunaikan ibadah puasa.
Baru sekarang dapat update apa yang saya alami puasa ketiga yang lepas.
Memang satu tragedi yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Hanya siapa yang alaminya tau perasaan tu macam mana. He..suspen jer kan.
Bulan puasa ni, selalu buat kita teringin nak makan macam-macam jenis lauk pauk dengan kuih-kuih.
Kalau berjalan kat bazar Ramadhan tu rasa macam semua nak beli..nak borong untuk buka puasa. Tapi last sekali, makan tak habis pun. Hehe..tu la hawa nafsu.

Ouh..ok tragedi apa yang saya nak ceritakan? Tragedinya..bila dah terlampau kenyang (makan banyak sangat kan)..keesokkan hari tu terimalah bala nya.. ulang alik ke toilet ..keracunan makanan. sakit itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. puasa pun entah ke mana. Itulah kejadiannya. tapi takpe, kan bila kita sakit, dosa-dosa kecil kita akan gugur? hurm..

Jadi, adik-adik..sila dengar akak membebel ok. Berbuka puasa tu biar la berpada-pada. Jangan ikut perasaan. Kalau nak beli kat bazar ramadhan tu, pilihla tempat yang bersih. Jangan sampai kena keracunan makanan pulak yer.

p/s : Dah serik ke bazar ramadhan, masak sendiri lagi bagus! tapi..sempat ke?  He :)

Tuesday, August 10, 2010

Hari Terakhir Syaaban Yang Membahagiakan

Salam.

Hari ni saya bersyukur sangat-sangat. Ya Allah, Terima Kasih Ya Allah.
Tadi pagi, pertama kali dalam hidup saya, saya telah menjejakkan kaki di Mahkamah Majistret (Sila Baca Majistret, Bukan Syariah yer..Hehe).

Masa tahun 2007, saya pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ahh malas nak ingat kisah tu.
Just nak cerita, susulan daripada kemalangan tu, saya telah disaman mintak bayar ganti rugi lebih kurang RM 5,000++ oleh si penunggang motosikal. Oh ya, saya bawa kereta semasa kejadian. Kemalangan itu antara saya (Kereta sang putih) dan juga motosikal. Dipendekkan cerita, saya serahkan kes ini kepada lawyer insurans untuk uruskan.

Dan pagi tadi, perbicaraan telah berlangsung. Kes tersebut telah dapat diselesaikan disebabkan orang yang saman saya tu bersetuju dengan tawaran yang lawyer insurans bagi. What a Relief. Tak perlu lagi ke mahkamah. Tak perlu lagi ulang jumpa lawyer bagi statement. :)

Bukan apa, masa tengah menunggu lawyer tadi, sempat lagi saya berbual dengan seorang abang ni. Dia dah menunggu beberapa tahun tapi  kes masih juga belum selesai. Dia terpaksa ulang alik dari Manjung ke Alor Setar pulak tu semata-mata nak menghadiri perbicaraan. Kalau tak hadir, nanti kena waran tangkap pulak kan. Sebab tu saya rasakan yang nasib saya baik sekali hari ini kalau nak dibandingkan dengan abang tu la. Kemalangan ini pasti saya ingat sampai bila-bila. Semoga jadi panduan di kemudian hari.

Baiklah, esok kita semua akan berpuasa. Saya nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada sesiapa yang menyinggah baca belog saya ni. Terima kasih yer sebab singgah.
Setakat itu sahaja buat hari ini.
Semoga Bertemu Lagi. :)

Saturday, August 7, 2010

Mari Bershopping Di Padang Besar.

Petang tadi sempat jugak saya jalan-jalan keluar dengan Pak Bihi dan Mama Gee. Pergi Padang Besar. Tak plan pun, tapi disebabkan kebosanan duduk di rumah tanpa buat apa-apa, lebih baik keluar berjalan-jalan shopping. Kalau pergi padang besar, memang wajibla shopping kan. Lagipun rugi jer saya drive 2 jam dari Alor Setar kalau pulang dengan tangan kosong. Ecehh..alasan la tu. Ok, gambar kami tengah bershopping tak sempat nak capture. Paham-paham je la. Tengah sibuk memilih. Apa-apapun, mari selongkar, apa yang saya dah beli.
selipar untuk Pak Bihi.
Color ni Pak Bihi sendiri yang pilih. Nice tak?

Blouse untuk Mama Gee.
Seluar slack colour cream pun dibeli sekali. Matching u..
Hehe confirm bila mama saya pakai baju ni nampak vogue! 

baju ni pulak untuk adik kesayangan Niniey.
boleh dikira sebagai hadiah jugak la sempena birthday dia hari ini.
Happy Birthday adikku!
 ni pulak jersey untuk adik bongsu saya yang kuat merajuk..adik ein. 
tengok tu seronok dapat jersey, terus pakai pergi main futsal.
tracksuit pun didatangkan khas sekali dengan jersey ni. 
yes! new handbag for me.
love at first sight. terus beli. he

blouse cotton style for me.
boleh pakai keluar dengan encik kekasih.
mesti sweet jer..ahaha
comel tak dua bakul ni?
yang ungu tu lagi besar dari yang pink.
dua bakul ni boleh guna nak letak tudung. 
ataupun maybe baju kotor for laundry!


ahaa..last but not least.
borong brooch banyak-banyak bawak balik.
saja beli banyak-banyak. nak jual. hehe. 
cantik-cantik. rambang mata tau. 

okeh. kos untuk semua pembelian di atas mencecah RM 300. 
saya rasa dah belanja berhemah dah ni.
puas tawar-menawar. 
u ols rasa mahal ke murah? 

p/s : Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. sekadar mintak pendapat. :)

Thursday, August 5, 2010

Diari Pagi Khamis.

First time update belog pagi2 macam ni. Sebab bangun awal dan tak boleh tido lagi dah. Motif bangun awal? Sahur. Hari ni last puasa ganti. Yes! Hehe. Minggu depan dah nak puasa wajib, baru sekarang dapat habiskan hutang-hutang lama. Outstation banyak sangat tahun ni, baru minggu ni ada kesempatan nak berpuasa. Sahur tadi memang tak berselera nak makan nasi. Mau nye tak berselera, bukak puasa semalam dah balon 2 pinggan nasik bersama tomyam buatan Mama Gee tercinta. Ye, mak saya masak sedap. Sebab tu saya makin hari makin sihat dan gemok, macam kucing belaan saya juga. Hehe. Jadi, sahur tadi just minum Kopi Qaisara dan juga 2 bijik tart jem buatan Kak Nab. Sedapp tart jem dia. U ols n ak order untuk raya? Hehe. Ok, sekian untuk pagi ini. Nak kena siap-siap ni. Mari pergi pejabat dengan hati yang ceriaaa. Chowwww!

Tuesday, August 3, 2010

Seribu Satu Rasa

Tak tahu nak mulakan dari mana. Hurm, mungkin kita mulakan cerita hari ini sedari pagi ok?

8.00 Pagi :: Pagi-pagi lagi bos kesayangan saya dah sms mintak check  emel beliau. Katanya, ada orang penting nak datang dalam masa terdekat nih. Memandangkan beliau takde, beliau minta saya uruskan hal itu.Ok, itu perkara penting untuk hari ini.

Hari ini ada 3 paperwork dan report yang sangat urgent. Arghh. Sebal. Semuanya datang secara serentak. Dulu-dulu masa study tak pernah rasa perasaan ini. Nak tau perasaannya camne? Perasaannya seperti dikejar oleh tiga ekor anjing. Ingin lari membuka langkah seribu tapi anjing itu semakin mendekati, mau menggigit kaki. YA, ITULAH PERASAANNYA.

9.00 Pagi :: Telefon asyik berdering. Baru saja meletak gagang (gagang? sudah lama tak menyebut perkataan ini) telefon pejabat, handset pulak berbunyi lagu Lenka - Trouble Is A Friend. Perasaannya seperti mau saja saya menghayun semua telefon dan handset saya juga ke sungai belakang pejabat. Memikirkan itu saja handset yang ada, saya batalkan hasrat murni itu.

9.30 Pagi :: Ex-boss datang pejabat. Sepanjang 3 tahun perkenalan, beliau tidak pernah lupa untuk menanyakan hal yang satu itu. Ya, kahwin. Saya? Diam, taktau nak kata apa lagi dah.

2.00 Petang :: Mengadap laptop di bilik kecil itu sambil mata mengerling melihat ke arah sorang lagi bos kesayangan yang sedang membebel2 dengan tingkah saya. Marah? Tidak sama sekali. Mana mungkin saya nafikan hak eksklusif seorang bos untuk berbuat demikian. Malah seantero dunia juga tahu, menjadi bos sememangnya layak begitu. Saya sudah lali. Ngehee.

6.30 Petang :: Masih di pejabat. Sob sob sob. Ada orang besar kementerian nak datang. Macam biasa, report progress project berlambak2 untuk dihabiskan.

8.30 Malam :: Sampai di istana khayalan. Membuka lappy pink kecintaan sambil menatap belog dan Facebook. Ketagihan itu memang tak mampu diubati. Ngehee.

11.30 Malam :: Masih menatap belog dan berusaha siapkan post ini. Kerja report tadi masih bersisa. Huhu. Cuma tiada mood untuk berkarya kerja itu lagi. Urghh. Kejap lah.

p/s : The moral of this story, kerja, sampai bila pun tak habis. Hiburkan lah hati selagi ada punya masa. :)

Monday, August 2, 2010

Entry Hati Kecamuk

Hari yang penuh dengan kesibukan dan kegelisahan.
Semua datang secara tiba-tiba. mendadak sekali.
Semuanya minta diselesaikan. Segera.
Tiba suatu ketika kita perlu berubah arah.
Berubah ke arah yang lebih baik. mungkin.
Ogos sudah kunjung tiba.
Masa makin mencemburui & tak dapat diundur lagi.
Dapatkah kuhadapi semua ini?
Oh Tuhan, tunjukkan aku jalan-Mu.

p/s : Belog ini sudah berpenampilan baru. Apa kata anda? 
cantik ke serabut?  

Tabung Baby. Please Click :)