Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Friday, December 31, 2010

My Chenta #1

Baru saja terima panggilan daripada VIP kesayangan iaitu Encik Kekasih. Borak lama. Macam biasa, Encik kekasih check perkembangan saya dari hari ke hari. Macam doktor la pulak kan? Dia memang selalu mengaku yang dia doktor saya. Padahal, dia takde bakat ke arah itu pun, jadi bomoh atau pawang boleh la. Kelayakan yang itu memang ada.

Tiba-tiba.. (Sila sambung cerita ini..ahahaha )

En. K  : Awak, hari ahad ni awak cuti kan..
Saya   : Yup! Cuti ganti.. sebab cuti umum jatuh hari jumaat..
En. K  : Ermmm.. ermmm...
Saya   : Ermmm apa?? Nak ajak kite pi mana?? Hehehe
En. K  : Jom kita keluar.. cari cincin..
Saya   : Hahh?? betul ke ni?
En. K  : Betul laa.. Jom cari cincin tunang. Kita buat persiapan awal2..
Saya   : (terpinga-pinga)

Nampaknya beliau sudah tersedar dari mimpi. Alhamdulilahh.. :) Sangat Gembira!

Awakk,, jom pi sini! Nak yang ini boleh?? Boleh tak nak demand? :p 
p/s : Ini ialah siri blog post yang baru untuk saya tulis tentang perjalanan menuju hari bahagia :) Semoga dipermudahkan. Aminnn. 

Sunday, December 26, 2010

Selamat Hari Lahir Syeeda.. :)

Salam. Hai semua. Hari ini dengan rasminya telah beralih usia ke angka 26 tahun. Ehem ehem... Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pak Bihi dan adik-adik kesayangan (Fukurie, Nini dan Ein) sebab menyediakan satu majlis sambutan harijadi yang sederhana dan berupa pesta makanan.. Ohh, ucapan hari lahir ini juga harus dedikasi juga kepada Mama Gee sebab beliau juga menyambut hari lahir yang ke-50 kelmarin (25 Disember 2010).

Thanks Nini sebab kek yang sangat MARVELLOUS!

Sempena meraikan hari lahir nan indah permai ini, saya telah meletakkan satu tekad untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. 

Beberapa perkara perlu saya perbaiki dan diterjemahkan dengan perbuatan-perbuatan berikut:
1. Lebih menyayangi keluarga daripada biasa. FAMILY FIRST!
2. Lebih caring & loving terhadap Encik Kekasih.. Uhukkk maaf sebab selalu mengabaikan awak.
3. Bersikap Pengejar Cita-cita dan tidak mudah mengaku kalah.
4. Taknak bersikap "childish" lagi. Dalam erti kata lain, MESTI MATANG.
5. Sentiasa tingkatkan mutu kerjaya supaya tak jadi seperti cerita KURA-KURA dan ARNAB
6. Bersiap-sedia mental & fizikal untuk melangkah ke alam baru nanti *wink*

Semoga hasrat dan azam ini berpanjangan dan tercapai hendaknya. Aminnn..

Sunday, December 19, 2010

Pertunangan BFF saya

Ini cerita gembira ye. Sila baca tajuk dengan sebaik mungkin. Pertunangan BFF = Best Friend Forever dan bukannya Pertunangan BF = Boyfriend saya. Ngehee Hari ni merupakan hari yang boleh dikategorikan sebagai hari sibuk membantu BFF iaitu Miss Jaylie menguruskan pertunangan beliau di samping menjadi PA dan Encik Supir beliau. Sengaja ambil cuti rehat sebab KAWAN BAIK saya nak BERTUNANG kan ! Perasaan?? Of course la super duper gembira! 

Bersama Cik Maryam - The Photographer 

Pukul 11.00 pagi lagi saya dan Cik Maryam (juga BFF) telah menerobos Butik Yana untuk menemani Ms. Jaylie bermekap-mekapan. Terdahulu, Encik Kekasih ada menelefon saya sambil memesan , " Awak tak payahla menyibuk nak mekap jugak na. Jangan nak over dari orang yang nak bertunang." Baiklah encik kekasih, pesananmu akan kukenang. Sempat juga saya survey2 baju-baju pengantin dan pakej-pakej yang ditawarkan di butik ni. Persiapan la katakan. Ngehee malu! 


Ms. Jaylie - Orang Yang Bertunang 

Itu dia orang yang bertunang. Senyum sampai ke telinga aihh. Apa-apapun, kamu kelihatan sangat cantik sekali hari ni, Jaylie. Tema majlis ini ialah pink + putih. Tapi cik Yam The Photographer je, tiba-tiba terwarna biru. Alasan beliau," Takpalah, aku amik gambaq, bukannya ada dalam gambaq pun!" Sambil buat muka serius dan "cenge" (garang).


Kerja-kerja penggambaran dijalankan 

Cik Yam mula menjalankan kerja-kerja fotografi beliau sementara menunggu rombongan meminang datang. Oh ya, dikhabarkan rombongan meminang nak datang selepas zohor. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, rombongan meminang tiba dekat-dekat pukul 4 petang. Boleh dimaafkan, sebab orang jauh. Ngehee 


Jaylie dan Hantaran Kepada Pihak Lelaki

Okeh, hantaran tunangan ini ialah lima berbalas tujuh. Tujuh tu ialah daripada pihak perempuan (Jaylie) kepada lelaki la kan. Hantaran daripada pihak perempuan ialah berupa buku Hikmah Hidup Bersyariat, Sejadah, Set Penjagaan Diri Lelaki, Cheesecake, Buah-buahan, Potpourie dan Gula-gula. 


Menemani Jaylie Di Hujung Kamar
Nervous rupanya rasa nak bertunang ni ehh.. Ecewahhh macam I pulak yang bertunang kan. Alhamdulilah, semuanya berakhir dengan selamat. Selepas nih, mungkin akan bertindak sebagai PA Miss Jaylie lagi untuk Majlis Akad Nikah & Resepsi beliau. Doakan semua berjalan lancar, ye! 


Pose Lega daripada saya! 

Wednesday, December 15, 2010

Gila Kerja Kuasa Dua Ratus Lapan Belas!

Salam! hai semuaaa..ohhh maaf sangat2 dipinta kerana terpaksa menghilangkan diri hampir sebulan ni. bukan ke luar negara, tapi di dalam Malaysia je. Kelihatannya seperti tuntutan kerja yang melampau-lampau menyebabkan belog Simply Syeeda ini kian terabai. Tak dapat dielakkan la korang. Ada 2 program promosi produk yang terpaksa handle iaitu MAHA 2010 & Showcase SDSI 2010. Apa-apapun, malam nih saya nak quick update sedikit apa yang saya buat selama menghilangkan diri ni. Details-details dan sorotan memori kenangan manis sepanjang program berlangsung akan diupdate kemudian. Aci tak?? Aci la nooo :p 

26 November - 5 Disember 2010 :: MAHA 2010, MAEPS, SERDANG. 

Selamat Datang Ke Pavilion MADA - Peneraju Industri Padi Negara
Lelaki itu actually kawan saya masa di UiTM. Terjumpa dia & family  kat MAHA.  

10 - 12 Disember 2010 :: Program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), MITC, Melaka.


Petugas Pavillion Negeri Kedah yang sejati..ecewahh uihhh awat yang tembam sangat nih syeeda??
Teeheee..bergambaq bersama Azizah Ariffin. She's so pretty! adore u laa Kak Zah. 
Okeh, geng bas sekolah sekalian. Ini baru update yang sedikit. Insyaallah kalau ada kelapangan waktu saya akan update lagi perincian aktiviti program k. Tapi, korang nak baca ke?? Korang minat ke dengan pameran2 pertanian nihh?? Haaaa jawab jangan tak jawab! Kalau ada org minat, baru ceq tulih panjang2 naaaa..

Friday, November 19, 2010

Mari Buat Tag Dulu.

Adoii..senak dan semak fikiran saya pagi nih. Hari nih sememangnya hari cuti. Tapi ada je panggilan mintak bereskan hal-hal kerja. Sungguh hati saya panas membara. Bukankah hari selasa hari tu sebelum cuti panjang saya dah cuba nak selesaikan, tapi atas kekangan-kekangan tertentu perkara tersebut dibiarkan begitu sahaja. Ok, biarlah. Kerja-kerja nih sampai bila pun takkan selesai. Satgi lah saya selesaikan urusan kerja. Jom rehatkan fikiran membelog dulu dengan mengambil tag dari Cik Finie Violet. Ecehhh. 
uish..blink2..comey. Thanks Finie.

Ok, tag butterfly nih saya nak bagi kat blogger-blogger lain pulak dengan ucapan Selamat Menikmati Hari Yang Ceria. Blogger-blogger itu ialah :

  1. LadyZul
  2. Hafiza Suraya
  3. Mr. Ket
  4. Cik Ciput
  5. Jay
Ok, nanti pakat-pakat amik naa tag nih. Daaa~ 

p/s: Sambung buat kerja balik di hari cuti. Huhuhuhu 

Cerita Makan-makan Dulu dan Makan-makan Sekarang

Masa saya stadi ehh..study (saya memang tak suka kalau spelling error cam tuh) kat UiTM dulu, sudah menjadi rutin saya dan rakan-rakan untuk buat homework or tutorial di waktu malam sambil makan Mee Maggi. Favourite instant noodle kitorang ialah Bihun Cap Pama Perisa Tomyam. Sedap! Slurp-slurp.  Kalau dok asrama, hidangan maggi tuh dah kira wajib la kan. Kalau tak makan maggi pun, mungkin kitorang akan ke Dining Hall menikmati masakan makcik-makcik dining hall tu. Sedap ke tak sedap, belakang kira ahh. Janji tak payah keluar duit banyak. Orang kata, student UiTM boleh dikira kaya lah sebab makanan di"sponsor", tempat tinggal pun ditaja. Sebab tu berebut-rebut orang nak tinggal asrama. Cuma kena tahan sikit lah dengan karenah Pak Guard. Kalau dok asrama, mana leh balik lewat malam kan. Jadi time nak ber jimba-jimba tu limited lah sikit. Kalau musim kitorang ada duit banyak, ermm musim yang dimaksudkan ialah musim PTPTN dah masuk duit lah, kitorang suka sangat lepak makan-makan kat Seksyen 2. Ada satu kedai nih, masakan Thai dia sangatlah "walahh". Jadi kat situ lah kitorang selalu lepak-lepak makan-makan sembang-sembang sampai malam. Hee ada jugak membe-membe yang jenis baik hati suka buat Open Table. So, saya pun join lah sekaki makan-makan. Hehe sapa tak suka makan free wehh. 


Itu empat tahun yang lepas. Zaman purba, masih belajar. Badan pun tahap cekeding jer. Setelah pulang ke kampung halaman (yelah, kan dapat kerja kat kampung sendiri), berat badan semakin naik. Bentuk fizikal semakin berubah. Tambah-tambah kalau kerja kerajaan macam saya nih, banyak sangat kursus, seminar, konferens dan program-program promosi yang kena hadir. Bila terlibat dengan program-program cam nih, tentu sekali, hidangan makanan pun turut disediakan. Kalau hadir kursus je, dah enam kali kena makan bermula dengan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan "supper". Hee kalau tak makan nanti, membazir pulak. Tambahan lagi, perkenalan dengan player-player industri dan rakan-rakan seperjuangan juga bermula di meja makan. Maka, haruslah kita tidak lepaskan waktu makan tersebut. Ecehhh. Itu belum masuk lagi masa-masa hati cedera dan juga perasaan berada di bawah lingkungan tekanan. Masa-masa cam nih selalunya saya habiskan dengan makan untuk elakkan paras tekanan semakin naik. Maunya tak tembam camni kan? Sering juga saya habiskan waktu makan malam dengan kawan-kawan pejabat. Tapi, apabila pulang ke rumah, melihat kepada ketekunan Mama Gee menyediakan hidangan yang sangat marvellous, saya terpaksa makan malam sekali lagi. He. Taknak hampakan perasaan Mama Gee. Jadi tak hairan lah kalau muka dan badan semakin chubby berisi kan? 

Itu baru makan-makan dengan family tercinta. Belum masuk lagi perihal makan-makan dengan Encik Kekasih. Betul kata orang, kalau badan berisi tanda bahagia. Mau nya tak bahagia, asal dating jer pergi keluar makan. Haha. Tu terselit sebagai agenda percintaan tu. Encik kekasih pulak suka dengan masakan Thai, sama macam saya! Asal keluar makan je, mesti lepak Restoran Langkasuka, SanThai Jitra dan banyak lagi kedai-kedai tomyam yang lain. Lagi satu hot spot tempat makan yang Encik Kekasih sangat gilakan warung-warung Char Kueyteow. Selalu jugalah saya temankan dia makan-makan. 

Takpalah, selagi kita sihat, makanlah sampai puas-puas. Asal bahagia cukup! 

Thursday, November 18, 2010

Mari Beraya Haji di PokSen Cottage

Hai semua. Dah masuk raya kedua Hari Raya Haji kan? Cepat betul masa berlalu. Esok dah hari Jumaat. Kemudian, sabtu. Saya di Kedah masih lagi bercuti. Tapi, itu pun bergantung kepada keadaan. Sebabnya, esok ada kerja yang perlu dibereskan. 

Ok, cerita hari ini, masih lagi tentang makan-makan daging korban sempena Hari Raya Haji. Destinasi hari ini ialah PokSen Cottage. Ecehhh..bajet macam sambutan ala-ala english garden la pulak. Hehe Actually, lokasi kali ini ialah rumah Pakcik saya di Pokok Sena. Saya dan sepupu-sepupu kesayangan selalu jer gelarkan rumah beliau sebagai PokSen Cottage..sebab nak kasi tempat tuh macam happening la sikit. Ngehee.  Jom kita intai lauk makan-makan kat sini! 

nyummy..sedap ohh...
Tadaa..mempersembahkan Gulai Daging Batang Pisang, Sup Tulang serta Air Asam yang tersangatlah menyelerakan. Lauk sesimpel macam nih memang menjadi kegemaran saya. Superb! 

Peace! Saya sudah kenyang. 
Erkk..kenyang sangat. Sendawa, sambil mengurut-urut perut. Haha. Sungguh kurang sopan anak dara ini. Dan tiba-tiba dengar Mama Gee kecoh-kecoh.

Mama Gee : 
Kakak, cepat-cepat. Mai cepat tangkap gambaq mama dengan cucu nih. Nak upload dalam Facebook.

Nini Adik Kesayangan:
Hang tengok kak ida, Mama dah excited sangat tu. Hang kena bagi cucu kat mama cepat ahh. Haha
(Gelak Hell)

Saya:
*wink* (sengih-sengih kerang busuk. Malu lah kunun.Gedebush sekali kat muka)

Mama & cucu saudara beliau (anak sepupu saya - Jasmin Sofea)
Budak comel kat atas tu Jasmin Sofea. Anak kepada sepupu saya. Budak nih sangatlah peramah dan suka gelak. Tambah-tambah lagi kalau masa kita capture gambar dia. Senyum keseronokan sungguh! 

Nak jugak enterframe..
Haha. tadi bukan main lagi kata kekenyangan sangat. Sekalu jumpa kek pulak, disumbat jugak ke dalam mulut. Ohh, saya memang pantang melihat makanan. Bukan ape, daripada makanan tu dibazirkan, baik lah saya makan. 

Sekarang dah sampai kat rumah. Nak rehat-rehat sambil tengok cerita Cinta Kirana. Jom!

Short Brief Tentang Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Follower Keseratus.

Wahh..boleh tahan jugak penatnya menyambut raya haji hari nih. Walaupun tidaklah semeriah hari raya puasa, tapi sambutan tetamu yang hadir ke rumah boleh tahan meriahnya. Nak tau tak, hari nih dah dua kali keluar pergi beli barang kat hypermarket. Pagi-pagi tadi dah menjengah ke Giant Alor Setar, beli barang nak masak. Lepas tu, elok dah lepas tengahari, semua makanan dah habis. Mama Gee (the Chief Cook Of Course) mengarahkan saya keluar beli barang lagi. Tu tandanya, Mee Palembang Mama Gee sangatlah sedap sehingga menjilat pinggan! Hee..

Maka pergilah saya ke Tesco bersama Encik Kekasih..Teehee tiba-tiba watak Encik Kekasih muncul di sini pulak kan. Wuish, malu! Ye, Encik Kekasih datang beraya kat rumah. Kan ke saya sekarang, tiada kenderaan untuk bergerak, jadi mau tak mau..Encik Kekasih perlulah jadi Bapak Supir yang menghantar saya ke hulu ke hilir. Hee.. Oh ya, Encik Kekasih bawak Mee Rebus dan Nasi Himpit ke rumah tadi. Tengkiu ye awak! Balik saja dari Tesco, Mama Gee dah sibuk-sibuk menyambung aktiviti memasaknya yang tergendala. Saya dan Encik Kekasih tolong-tolong Toksu potong-potong daging korban beliau untuk diagihkan kepada jiran & sedara mara. Pastu, sambung aktiviti makan lagi dan lagi dan lagi..Hee Minggu nih for sure paling banyak makan daging kan? Korang semua kena beringat gak ye, jangan makan daging banyak2, nanti cepat pulak naik darah tu. Hati-hati tau (*_*)

Okeh, habis menyibukkan diri dengan hari raya haji, baru dapat jenguk-jenguk belog. Sedar-sedar, uish, dan capai 102 follower dah?? Terkejut tau.. Tak sangka, ada jugak yang nak baca blog saya nih. Dulu, saya ingat, nak capai follower keseratus nih macam mimpi je. Finally, dapat gak. Dan...lagi terkejut sebab Abang Blogger Idaman Malaya..aka Ben Ashaari jadi follower saya yang ke 102. Wowww! Bukan pe, abg ben nih leh consider macam selebriti  blogger la, tak sangka lak dia nak follow blog cikai2 cam saya nih. He.. Dan kepada kawan-kawan yang lain, ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi jadi follower saya.. Sayang kamu semua!  (*_*)

Tadaaa..anda penyuntik semangat untuk teruskan berblogging! Terima Kasih.
p/s : Destinasi hari raya esok, mungkin PokSen Cottage. Jom tambah berat makan daging lagi!

Wednesday, November 17, 2010

Ben Ashaari, Selamat Hari Raya Haji dan My 1st Blog Award!

Salam dan hai hai semua-semua yang membaca dan menyinggah blog Syeeda Sobbihi nih. Terima kasih banyak-banyak ye. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Abg Blogger Terhebat Di Zaman ini iaitu Encik Ben Ashaari sebab sudi menyenaraikan saya dalam jelajah Singgah 4 beliau. Sejak saya join segmen Abg Ben - Jom Berkenalan : Khas Untuk Blogger Baru, jumlah follower dah meningkat jadi 99 orang daripada 84 orang pada hari sebelumnya. Memang famos da amos kan Abg Ben nih. Anyway, salam perkenalan diucapkan kepada semua! 

Di kesempatan ini, saya jugak nak ucapkan Salam Aidiladha @  Selamat Hari Raya Haji kepada semua yang membaca blog ini. Persiapan raya haji pada kali ni, tak semeriah mana pun. Biasa-biasa je. Sekarang nih, saya baru jer lepas mop lantai rumah. Nak bagi wangi sikit, bukan pe, sejak-sejak dilanda banjir hari tu, bau selut tu macam masih terbau-bau lagi. Pak Bihi pulak sekarang nih ada kat surau, sibuk dengan agenda AJK surau dia. Hari nih dah mula acara korban lembu. Mama Gee sedang menyiapkan hidangan mee istimewa di dapur. He, nini je yang bantu dia. Saya tak bantu pun. Alasan : Baru Baik Demam. Hahaa demam2 pun boleh update belog. (Memang dasar malas masak laa syeeda nih..) 

Okeh, sementara masih lagi rajin nih, saya nak jawab tag yang diberikan oleh seorang blogger yang sangat comel - Durratul Ain Fauzi.. thanks dear sebab sudi bagi award nih. Excited gile, sebab nih 1st award. 

Ok, mari kita sama-sama jawab tag di hari raya yang mulia ini. Hehe :p

 1) berikan 1 nick name untuk saya.
ok, boleh panggil saya syeeda. ade jugak yang panggil shad, ade yang panggil siti. so, boleh pilih la yang mana satu nak panggil. Nak panggil budak comel @ cute pun saya tak kisah. Haha

2) ucapan untuk pemberi award ini...
Duraa, thanks a lot k! Blog kamu sangat cantik. Begitu jugak dirimu..He ikhlas cakap nih.. luv U!

3) berikan 6fav artis/singer/group yang korang minat...
Die hard fans of Dato' Siti Nurhaliza.. Group KRU (sebab diorang kacak + bijak + kaya)..
Yuna (sebab music yang best)..Group Tilu..Rita Rudaini (pelakon yang best + cantik).. Fazura (suka ikut cara dia ckp..he)

4) Tag award ini kepada 10 orang blogger / follower

Ok, saya nak tag award nih kat depa-depa nih naa.
6. norh
9. zul

okeh, jawab ye kawan-kawan!

Monday, November 15, 2010

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU



Salam. Hai semua! Entry kali nih ditulis khas untuk join segmen Jom Berkenalan : Khas Buat Blogger Baru yang dianjurkan oleh Encik Ben. Saya rasa ramai pemblogger-pemblogger kenal dah dengan Encik Ben nih. Dia ni antara blogger-blogger yang otai dan jugak suka membantu blogger-blogger baru seperti saya. Ecewahh.. Suke lepak kat blog encik ben. sebab dia banyak idea bercerita. Selalu jugak saya usha-usha Encik Ben nih, tapi dia tak pernah usha saya pun. Sob sob sob. Maklumlah, insan glamor la katakan. Hensem pulak tu. Body pulak berketul-ketul. Mana lah nak tengok page kite yang tak seberapa nih. Haha. Tapi jauh di sudut hati, saya tau encik ben memang baik hati. U memang Idola I la Encik Ben. Cewahh, tak habis2 membodek.

 Salam perkenalan diucapkan kepada korang-korang yang sedang baca belog nih. Actually, dah dekat setahun dah saya membloggingkan diri nih. Saya mula mengaktifkan diri secara agresif sejak dua tiga bulan yang lepas jer. Niat blogging?? Sekadar nak mengisi masa lapang dan jugak nak share sedikit tentang pengalaman & perjalanan hidup nih dengan orang lain. Buat masa sekarang nih, niat blogging bukan untuk kaya la. Tapi, kalau ada peluang jadi kaya, saya pun nak jugak mencuba. He.

Dulu nama blog ni, Ceritera Seorang Syeeda - Ceritera Warna-warni Kehidupan Saya.. Disebabkan nama nih terlalu pujangga, saya dah menukarkannya kepada Simply Syeeda. Tapi, takde kena mengena pun dengan Simply Siti. Jauh sekali ada pertalian darah dengan Dato' Siti.  Kalau ade pertalian darah dengan dia pun takpe. Sebab dia cantik. Hehe tetibe je.

Oklah, terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang menyinggah kat sini. Silalah datang lagi ye. Boleh tinggalkan link anda kat ruangan komen. Nanti saya kunjung balas ok! Bye2. Daa~

Saturday, November 13, 2010

Episod Akhir : Ayaq Bah = Banjir :: Menyental Selut Bersama Encik Kekasih

Hai semua. Syeeda Sobbihi kembali bersiaran dalam Simply Syeeda..Cewahhh..Bajet ada rancangan tv sendiri la kan..Hehe dulu-dulu cita-cita nak jadi Malaysian Top Host (Ya, saya memang byk cita-cita, nak jadi DJ la..penyanyi laa, cikgu la..doktor la..ahli muzik la..tapi semuaaaaaa tak tercapai! Sila jangan hairan. ) Last-last sekali saya keja gomen ja. Memegang teguh kepada tagline Saya Yang Menurut Perintah. Haha. 

Ok, hari nih mood sangat HAPPY gile2..gile pun tak happy camni. sebabnya..sebabnya..eishh malu la nak cakap..sebabnya..takyah cakap la..malu gile (sambil tutup2 muka dengan tangan)..haha ingat filem hindustan ke syeeda oii.. Okeh mood sangat happy sebab encik kekasih datang umah..Ecehhh..

Motif datang rumah?? Bukan bawak rombongan meminang. Merisik pun bukan. Tapi datang sebab nak tolong-tolong bersihkan rumah, sental-sental selut dan menjayakan impian beliau menjadi calon menantu terbaik Pak Bihi. ECewahh.  Ok, tapi dia kata dia ikhlas membantu mangsa-mangsa banjir seperti kami nih. Dengan adanya encik kekasih saya nih, banyakkk tugas-tugas berat yang dapat diringankan. Terima kasih ye awak, sebab tolong bawak turun sofa dari tingkat atas, tolong angkat kabinet2 rosak, repair washing machine,peti sejuk & repair tv rumah toksu, tonyoh-tonyoh lantai berselut tu..wahhh banyak gile tolong nih..terima kasih tak terhingga! 

masih excited lagi walaupun byk kerja. Hehe maafkan resolusi gambaq yang tak memberangsangkan nih.
dan tiba-tiba serius dan cenge membaiki plug. Hehe
Inilah dia hasil gotong royong kami.
Banyak kan barang-barang yang terpaksa dibuang. Semuanya dah reput sebab terendam dalam banjir. Lepas ni, kena siap-siap duit la beli rak-rak & kabinet baru. Sob sob sob..

Monday, November 8, 2010

Episod 3 : Ayaq Bah = Banjir Kini Di Rumah Saya

Salam sejahtera wahai kesayangan-kesayangan sekalian. Sepertinya saya melalui sebuah perjalanan hidup yang panjang 4 hari yang lepas. sejarah banjir yang melanda kediaman dan istana hinggap saya pada 4 November 2010 yang lalu pasti akan saya ingat sampai bila-bila. Sumpah, sepanjang hidup saya, saya tak pernah merasa pengalaman seperti ini. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi, sapa yang nak "cinta" banjir?? Sekurang-kurangnya kenangan menghadapi banjir ini akan menjadikan saya sebagai insan yang  lebih bersyukur dengan kurniaan Illahi. Allah menguji kerana terkadang sebagai manusia yang lemah, saya juga alpa. Ujian ini hanyalah sebagai peringatan dari-Nya untuk menyedarkan saya dari kelalaian. 

Beginilah keadaan rumah saya pada pagi khamis yang lalu 
Masa ni paras air sudah mencecah paras buku lali. air naik dengan sangat cepat. saya dan family memang tak bersedia dengan banjir nih sebab sebelum ni rumah kami memang tak pernah banjir. Jadi, pagi ni lah baru nak angkut semua barang-barang penting ke bahagian atas rumah. 

Air mula memenuhi hall rumah. Memerlukan kudrat yg kuat untuk mengangkut sofa-sofa mahal Mama Gee ni. 

dan gerakan misi menyelamat tv dan komputer pun bermula. 

Alhamdulilah semua barang-barang penting dapat diangkut ke bahagian atas rumah. Cuma saya agak terkilan sebab buku-buku masa zaman study kat uitm tak dapat diangkat akibat berat yang melampau. Air dah naik paras lutut masa tu. Paling menyedihkan, harta kesayangan saya tak dapat diselamatkan.

Sang Putih Gen2 kesayangan..huhu sebak. 
Keadaan berlaku sangat pantas. saya hanya dapat melarikan kereta ke kawasan yang saya pikirkan selamat ketika itu, tapi rupa-rupanya tak selamat jugak. Akibatnya sekarang, saya terpaksa sang putih nih kering sepenuhnya untuk dibawa servis. Sekarang, tiada kenderaan untuk bergerak. Stress, tapi apa nak buat, sabar je la. 

Banjir semakin surut semalam. istana hinggap dah puas disental oleh kami sekeluarga. Sekarang, hujan masih membasahi bumi Alor Setar. Harap-harap nih hujan yang membawa rahmat dan bukannya membawa "banjir". Rasa tak sanggup nak sental rumah lagi dan paling penting, tak sanggup nak cium bau-bau selut yang membusukkan tu lagi!

p/s : Terima Kasih kepada Mak Tam Zakiah sekeluarga sebab sudi menumpangkan mangsa-mangsa banjir seperti kami ni di istana beliau. last but not least, ada sesape sudi meminjamkan kereta tak?? Kalau bagi terus lagi bagus. Sama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir ini. He :p

Wednesday, November 3, 2010

Episod 2 : Ayaq Bah = Banjir

Ini bukan kawasan rumah saya, tapi di Kg. Pulau Pisang daerah Kubang Pasu. Pic diambil daripada FB Pak Atan.
Melalui hari hari yang banjir dan dipenuhi air bah memang jarang berlaku dalam hidup saya. Dulu, seingat saya, masa kecik-kecik  penah la sekali rumah maktok dan tok ayah banjir. Masa tu semua org dok atas rumah je, menunggu air surut.tak bleh buat apa-apa. even bekalan air & elektrik pun diputuskan. tu zaman bila entah..masa saya sangat kecil, sebelum tadika lagi rasanya.

pastu, seingat saya,pada tahun 2005 sekali lagi kedah dilanda banjir besar. kawasan kuala nerang & pokok sena memang terjejas teruk. Air naik sampai mencecah paras 2 meter. MakChag saya yang tinggal di sana memang terputus hubungan dengan kami. tak dapat balik alor setar sebab ayaq bah tu. itu di kuala nerang & pokok sena. alor setar pun terjeas jugak, tapi kawasan rumah saya masih selamat. tak kena banjir. Simpati dengan nasib jiran-jiran yang terpaksa bersusah payah mengangkut & mengemas barang-barang mereka sebab rumah dimasuki air. Hampir seminggu jugak bekalan air terputus. Elektrik pun takde. perit. 

Bermula pagi tadi banjir dah mula "mengamuk" di kawasan alor setar. air sungai dah mula melimpah ke bandar. pejabat-pejabat kerajaan kat anak bukit mula tutup. tapi, bukan pejabat saya la. bekalan air dah mula diputuskan sebab tangki di bukit pinang telah tenggelam. erghh..saya dah mula bayangkan beberapa hari tak dapat mandi nih. dan sekarang nih dengar khabar-khabar angin bekalan elektrik akan mula "cut off" jam 12.00 tengah malam ni. mitos tentang punca banjir disebabkan orang siam lepaskan air dari empangan mereka mula bertiup kencang.ye, mitos. dulu-dulu pun orang ramai cakap macam tu, taktau le sejauh mana kesahihannya.

bila saya jenguk ke luar rumah tadi, jalan tar dah dipenuhi air paras betis. aikk,, nampak macam makin buruk daripada tragedi tahun 2005 je. sebelum-sebelum nih memang tak pernah jalan utama depan rumah saya ni tenggelam sebegitu sekali. jadi,benda pertama yang saya buat tadi, selamatkan anak-anak kucing kesayangan ! kalau dibiarkan, memang hanyutlah budak-budak tu. dengan keadaan yang tak menentu nih, taktau esok boleh pergi pejabat ke tak. tiba-tiba terdetik di hati, air sungai kedah di sebelah pejabat saya mungkin akan melimpah. Ya Allah, harap-harap cepat-cepatlah banjir nih pulih dengan segera.

Tuesday, November 2, 2010

Ayaq Bah = Banjir

Hujan turun tak henti-henti dari pagi sampai ke malam. Bermula sudah musim tengkujuh di kawasan utara. Tadi masa nak pegi mesyuarat, secara tak sengaja terdengar berita kat radio  yang sekarang nih dah capai angka 9,000 orang mangsa banjir kat Kedah. Antara kawasan  yang banjir ialah Kuala Nerang dan Changloon. Program gerak siswazah tani kat UUM pun tergendala kejap sebab banjir. Orang ramai takleh lalu kat kawasan tu. Bukan setakat negeri Kedah je banjir, Perlis pun banjir jugak. Yang paling kesian sekali kat pakcik-pakcik dan makcik-makcik pesawah dan petani. Padi baru tanam sebulan je, dah ditenggelami air. Kesian kan. Harap-harap pakcik-pakcik dan makcik-makcik dapat bersabaq byk2 no. 

p/s : hujan di luar semakin lebat..begitu juga hujan di "hati". 

Sunday, October 31, 2010

Gergasi Go Green di Alor Setar

Hari ni saya nak share story pasal petang tadi. Oh, gaji baru masuk. Jadi memang tepat pada waktunya lah saya pergi untuk membeli barang-barang rumah di pasaraya yang sememangnya cukup terkenal di bandaraya Alor Setar ni. Ecewah. Sambil-sambilan tu, saya nak jugak cari tudung-tudung menarik untuk digayakan di masa depan. Niat di hati yang suci ini, nak cari tudung rozita che wan. Tapi cerita yang nak disampaikan ini bukanlah perihal tudung yang menggunakan nama janda hot tu, tapi tentang apa yang berlaku kat saya dengan Nini waktu petang tadi. 

Kami mula sampai pasaraya tu pukul 5.20 petang. Mula-mula tu, saya berkeras nak bawak troli. Tapi si nini pulak tak setuju. Maybe sebab dia dah tau yang dia saja akan tolak troli tu dan saya berlenggang-lengguk mak limah saja. Lastly, kami amik keputusan untuk masing-masing bawak basket. Selesai pilih barang, kami pun beratur untuk bayar. Tiba masanya encik cashier mengira jumlah pembayaran. dan, dah selesai bayar segala, encik cashier boleh buat dunno saja tak masukkan barang dalam plastik tapi dok sibuk mengira payment next customer pulak.

Saya  :  Err, encik, ada plastik dak? (dengan gaya masih sopan lagi)

En. Cashier : Maaf cik. Sekarang ni, setiap hari jumaat & sabtu, semua pasaraya di alor setar dah tak lagi sedia plastik. Semua customer kena bwk plastik @ bekas dari rumah. Ni langkah mengurangkan plastik. 

Saya : Aik, ya ka?? Taktau pun. Erm, takpa lah. Nak pinjam basket tu sat. Nak hantar barang kat kereta. (masa nih mula-mula nak poyo dah)


En. Cashier : Raga takleh bawak keluar melebihi kaunter. Troli je boleh. 


Saya :  Abis tu, nak angkut barang-barang nih camna? (mula lah temperature i nak naik ni) 


En. Cashier : Erm, boleh dptkan recycle bag dari kami. 

Dan, rakan-rakan sekalian. Jangan ingat recycle bag tu FOC pulak. Kena bayar okeh. Terpaksalah beli sebab boleh anda bayangkan kalau tanpa beg tu takkan syeeda sobbihi nak angkut semua barang-barang nih ulang alik ke kereta kan?? 

Ini raga barang yang nini pegang, belum masuk raga yang syeeda sobbihi bawak lagi. Banyakk kan?? Hu.
Dan itu dia bibik nini sedang bergaya dengan recycle bag pasaraya yang baru dibeli dengan harga RM 5.
Ohh, sangat menawan. Maksud saya, beg itu, bukan modelnya. Haha. :p haruslah beg ini menawan, sebab kena bayar. Adik saya si nini nih sempat lagi memerli encik cashier yang beg kami beli sangat besar, boleh buat khemah. haha. Saya dan nini boleh dikatakan kerap jugak pi pasaraya ni, tapi taktau la pulak ada hari tanpa plastik camni di hari jumaat & sabtu. Ker memang kami yang ketinggalan sumber maklumat di zaman canggih ni?  Korang yang tinggal di alor setar, tau tak pasal nih?
Say No To Plastic Bags
Masa nak melangkah keluar tadi baru terperasan poster kempen mengurangkan plastic bags ni. Ohh, barulah saya tahu. Jadi, sekarang ni, tiap2 hari jumaat & sabtu, kalau nak beli barang-barang rumah kat pasaraya, kena bawak beg sendiri tau! Saya dah nekad nih, nak bawak recycle bag yang dibeli tadi tu kalau nak shopping. Kalau bukan hari jumaat atau sabtu pun, tetap nak bawak beg tu jugak-jugak. Sebab..dah keluarkan RM 5 untuk beli beg tu..Sob sob..jadi kena gunakan dengan penuh hemah! 

p/s : saya sentiasa menyokong kempen-kempen yang berfaedah :D tapi rasanya lebih elok kalau lebih banyak promosi dilakukan untuk kempen2 sebegini. sebab saya rasa, masih ramai yang tak tahu. ke saya jer yang tak tahu?? haha 

Tuesday, October 26, 2010

Ayuh Menyahtoksin!

Salam & Hai Semua. Sejak kebelakangan ini, saya merasakan bahawa kadar kesihatan saya amatlah kurang memberangsangkan. Keadaan kesihatan yang sebegini sangatlah tidak best dan ianya setidak-tidaknya telah mempengaruhi emosi saya lantas menyebabkan diri berada dalam ruang lingkup tekanan. Tak hairanlah kalau ada di kalangan rakan sejawat yang memang sudah lali ataupun tidak hairan lagi melihat saya bercakap seorang diri tatkala menguruskan kerja-kerja pejabat. Oh, maaf! Saya belum gila! dan saya rasa masih terlalu muda untuk gila. Jadi, keadaan ini tidak seharusnya berlanjutan dan saya perlu mengatasinya sebelum keadaan menjadi lebih parah. Ngeheee..

Apa harus buat?? Hurm..saya tetiba terjumpa DETOX PATCH di Hari Ladang kat Stadium Darulaman tempoh hari. Detox patch ni untuk menyahtoksinkan toksik daripada badan. Saya percaya yang keadaan kesihatan yang tak best sekarang ni mungkin disebabkan kadar toksin yang agak tinggi dalam badan. dan sekiranya benda nih dapat mengurangkan toksin, badan akan menjadi lebih segar dan lebih "hangat"  daripada biasa!Oleh itu, mari lah cuba. Untuk kesihatan juga. 

Kandungan utama detox patch ni ialah bamboo powder, wood vinegar extract, chitin, chitosan, plant power/starch, vitamin c, tourmaline dan cornstarch. Bahan-bahan semulajadi ni yang akan menyerap toksin badan yang menyebabkan kesakitan melalui tapak kaki. 

Saya nak kongsi sedikit kebaikan menggunakan detox patch ini. Ini pun saya dapat daripada brochures produk ni. 
  1. membantu buah pinggang & sistem limpa menjalankan fungsi pembersihan toksik dari badan.
  2. membantu mendapatkan tidur yang lena (I LIKE !)
  3. menghilangkan sakit kepala, kepenatan & lenguh2 kaki
  4. meningkatkan tahap imuniti & membaiki pengedaran darah
  5. Membuang air berlebihan dari badan 
  6. Anti-aging dan meningkatkan kesihatan kulit
  7. pelangsingan badan
  8. mengatasi masalah sembelit
Bagaimana mau pakai benda ni? Mudah saja.


Letakkan bungkusan herba detox patch tu kat tapak kaki anda
Then, ambil pelekat yang disediakan tampal pada bungkusan herba tu
Senang kan?? Pastu, biarkan sekurang-kurangnya 8 jam. Saya pakai sebelum tido. Bangun pagi esok hari, baru tanggalkan detox patch ini sebelum mandi. Masa tu boleh la tengok hitam ke tak patch tu. Kalau hitam legam, tu tandanya toksin yang dibuang banyak. Saya masih lagi mencuba. Harap-harap badan akan jadi lebih segar nanti! Jom join the club..

Saturday, October 23, 2010

Tips-tips Menjadi Petugas Pameran Yang Memukau

Wah..memukau tu..Heee Ok, Salam bahagia semua buat kawan-kawan readers. Terima kasih sebab masih mengunjungi blog ini walaupun isinya tak lah seberapa. 

Hari ini saya cuma nak kongsi sedikit tips macam mana nak jadi seorang petugas pameran yang baik. Ecewahh. Tak kisahlah sama ada anda kerja dengan swasta ke kerajaan ke, mesti ada some of the company yang terlibat dengan aktiviti pameran kan. Macam saya ni, rasanya dah lebih daripada 10 kali kot bertugas di pameran ni. Hehe tapi saya takde la pandai sangat bab pamer-mempamer ni, tapi cuma nak kongsi sedikit maklumat berdasarkan pengalaman saya saja. Kalau You all ada lagi nak tambah, amatlah dialu-alukan. Mari kita mulakan. 

Kalau Nak Jadi Petugas Pameran Yang Memukau, Anda Mestilah : 
1.  Berpenampilan Menarik
  • Berpenampilan menarik nih bukannya nak kena pakai baju or dress-dress yang "mengancam" seperti memakai pakaian brand  antarabangsa ke ape..tapi cukup dengan berpakaian KEMAS. kemas ye bukan tadika kemas.  
  • Lebih elok kalau berpakaian Korporat yang melambangkan company anda tu.  Simple tapi meyakinkan orang ramai. 
  • Kalau government servant, boleh memakai pakaian pejabat seperti baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.
  • Kasut tu seelok-eloknya kasut bertutup. Kalau heels yang cantik, dibolehkan..hehe
  • Kalau terlibat dengan pameran antarabangsa, sangat-sangat digalakkan supaya anda memakai blazer ataupun kot. Selain daripada nampak menarik, anda jugak dapat mengelak daripada keadaan sejuk..sebab selalunya pameran camni diadakan di tempat yang berhawa dingin.
2.  Sentiasa Tersenyum Ahaaaii Cik Mek Molek
  • Pernah dengar lagu Senyum lah senyum lah ahaii cik mek molek?? Haa, kena senyum sampai macam tu la. 
  • Ada sesetengah pelawat booth pameran kita tu, kadangkala nakal sikit, suka jer nak melontarkan soalan-soalan ataupun kata-kata yang menyakitkan hati..kita tetap kena maintain SENYUMMM.. kan kita bawak imej company @ jabatan, jadi senyumlah untuk elakkan orang kata kita sombong. paling tidak pun, senyum sinis kepada sumber-sumber sakit hati yang berkenaan .. hee 
3.   Mempamerkan layanan yang mesra
  • Mesra tu boleh..tapi jangan terlebih mesra pulak ye. Contohnya begini, bila pelawat datang ke booth pameran, anda cepat-cepat bangun (kalau masa tu sedang duduk la ye)..dan cakap selamat datang. Kan mesra tu?
  • Boleh jugak bertanya khabar..datang dari mana..sekiranya perlu lah.
  • Sekiranya pelawat gemar bertanya soalan banyak-banyak yang kadangkala sukar untuk anda menjawab, bagi jer dia pamplet ataupun brochures yang ada..mintak dia baca untuk keterangan lanjut. He
  • Jangan sesekali menghamburkan kata-kata kurang enak kepada pelawat.. Ingatt..kena MESRAAA.. 
4.  Mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal
  • Setelah mendapat tahu anda akan jadi petugas pameran, sila siapkan diri anda dengan maklumat-maklumat mengenai company or jabatan anda.Kalau boleh, hari sebelum bertugas tu, hafal semua fakta-fakta yang patut.. (hehe..kadang-kadang saya pun lupa hafal)
  • Persiapan ni penting terutama untuk menjawab soalan-soalan yang akan diajukan oleh pelawat-pelawat booth.
  • Elakkan jawab TAK TAHU kepada pelawat. Anda mesti cari alternatif untuk cuba menjawab soalan. Contoh yang selalu saya buat..hehe..bagi pamphlet..ataupun.. "Untuk keterangan lanjut, encik boleh melayari laman web kami di alamat www...... ) Haa, camtu la. Boleh jugak bagi pelawat nombor phone pejabat ataupun encik bos yang berkaitan untuk pelanggan dapatkan maklumat lanjut.. hehe mudah kan? 
5.  Memastikan Booth Pameran anda tersusun cantik 
  • Ya, susun atur booth pameran juga memainkan peranan penting untuk memastikan pelawat datang. Kalau booth tak cantik ataupun berserabut, takde sapa yang nak datang kan??
  • Jadi, kena make sure booth kita cantik, bersih, kemas dan tersusun atur. 
6.  Menyediakan material pameran yang dapat membantu 
  • Material-material yang saya maksudkan adalah seperti pamphlet, flyers, business card, streamers dan sebagainya. 
  • Benda-benda ni penting supaya informasi tentang company dapat diedarkan atau dihebahkan kepada pelawat.
  • Lagi satu, sediakan kotak yang membolehkan pelawat ataupun business traders untuk dropkan business card diorang. Secara tak langsung, based on business cards yang diperolehi, kita dapat tau anggaran pelawat yang datang ke booth. 
7.  Elakkan habit bermain telefon tangan 
  • Ini adalah satu tabiat yang sangat tak best di lihat oleh pelawat. Nak pulak, masa tu dia sedang bertanyakan soalan, dan anda tak habis-habis menekan pad handset sedang melaporkan perkembangan semasa kepada encik kekasih..(aik..cam pernah berlaku je..oh tidak2x) 
  • Semasa sedang berkomunikasi dengan pelawat @ pelanggan, jangan ber SMS. lepas dah habis urusan dan takde pelawat lagi, baru boleh SMS..he Bukan apa, kita taknak la pelanggan kata kita tidak serius memberikan penerangan. Kan memburukkan imej company jugak?
8.  Elakkan tinggal booth kosong, tidak terjaga
  • Masa bertugas, jangan sesekali tinggal booth kosong seperti tiada tuan empunya. Bukan tak boleh nak berjalan-jalan lihat pameran syarikat lain, tapi, sekiranya ditugaskan seramai dua orang, anda boleh bergilir-gilir menjaga booth ya.Bukan pe, kalau bos tiba-tiba datang camne?? kan dah kantoi. Lain lah kalau nak pergi selesaikan perkara-perkara yang sangat urgent! Pandai-pandailah cover.
9.   Kenal VIP 
  • Kalau baru-baru bertugas, memang susah nak kenal VIP. Dulu masa saya baru memulakan tugas pun, saya tak berapa kenal VIP. Selalunya, ada sesetengah VIP ni akan datang melawat pameran. Jadi belajar lah mengenali diorang ye. Jangan sampai PM or TPM datang pun ko tak kenal. Ko nih orang malaysia ke ape? hehe.. lagi satu, kalau ade cenderahati tu, bagi lah kepada diorang sebagai tanda tulus ikhlas daripada jabatan ataupun company anda.
10. Menepati masa pameran
  • Ni satu lagi ciri-ciri penting. Kalau pameran tersebut start pukul 10 pagi, jangan lah buka booth pukul 12 tengahari pulak. Kalau nak tutup booth, awal pulak yer..Hee Just be ON TIME YE..
Ok Itu sahaja untuk hari nih. Harap dapat bagi sedikit info kepada semua. Daaa ~

Selamat Berjaya!

Friday, October 22, 2010

Selamat Pagi Jumaat Orang Dunia Sekalian!

Salam. Morning2 to all! Ecewahh..Hurm, hari nih cuti sebenarnya. kan Kedah cuti jumaat. tapi..haaa ada tapi nih yang takbest.. Tapi saya kena pergi ke Stadium Darulaman pulak..Bukan nak tengok bola..Bola kan dah habis malam kelmarin dulu. Sekarang nih ada sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Kedah. Saya kena pergi bertugas sebagai Pegawai Petugas Booth Jabatan..haisyy penat oHH..dah la semalam terkena demam selsema lagi..harap2 hari nih ok..bukan pe, tak larat arr nak bersin 1000x dalam masa 5 minit..boleh terkancing gigi rasanya..Haha.. 

Ok, sekarang mau pegi mandi..iron baju..makan2..nyum2..pastu drive ke stadium..arghh japgi mesti susah dapat parking nih..

Imej dari Google - Kalau katil saya, dah confirm tak bangun nih..ngehehe
Best kan kalau dapat tido lagi..hmmm..
Selamat bekerja di hari cuti Cik Syeeda. Hu. 

Thursday, October 21, 2010

Episod 2 : Yantai City, China - Harap Cerita Ini Belum Basi

Salam Semua. Ok tak nak bebel panjang-panjang. Mari baca sambungan hari-hari yang dilalui saya di Yantai City, China melalui cerita bergambar di bawah.

23 September 2010

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pameran 11th International Fruits, Vegetables & Food dimulakan. Saya dan kawan-kawan sibuk melayan rakyat China yang melawat Pavillion Malaysia. 


Kami dah bersedia untuk bekerja. Ecewah.
Oh, bangga jer nampak jalur gemilang kat belakang. Dan sangat bangga bila orang China respond, oh Malaysia..Good...(sambil tunjuk tanda best). He. Hurm, Mr. Liason Officer yang kiri sekali. Yang kanan saya tu En. Bos di Moa.

Aktiviti Promosi & Pameran
Pameran ni bertujuan untuk promote produk-produk industri asas tani under MOA yang mewakili Malaysia ke pasaran China. Kat sini la potential buyer dikenal pasti melalui sesi business matching. Disebabkan penggunaan bahasa inggeris yang rendah kat sini, kami terpaksa menggunakan khidmat budak-budak Universiti Yantai sebagai translator. Kalau tak, memang macam itik dan ayam ler bercakap. Hehe. By the way, antara produk yang mendapat perhatian ialah Kopi Anggerik, Instant Noodle dan Chips.

Ni la translator kami

Ada jugak di kalangan rakyat Yantai City nih yang masih aneh tengok wanita bertudung seperti saya. Kat Yantai, masyarakat Islam cuma 10,000 orang berbanding rakyatnya yang berbillion tu dan Islam dikategorikan sebagai agama minor di sana.Patutlah diorang soal macam-macam. Pelik dengan cara saya berpakaian kot. He.

Ini pulak student Yantai University yang pada mulanya hairan dengan rupa saya.
Sebelah saya adalah Guri, satu-satunya wanita bertudung, muslim yang saya jumpa
Sempat juga bertukar-tukar emel dan phone number dengan Guri. Dia masih muda. dan sangat excited nak belajar Bahasa Inggeris dan nak tau tentang Malaysia. 

24 September 2010 

Masih lagi bertugas di ekspo pameran. Dari pukul 8.30 sampailah pukul 5.00 petang.

(SILA KELIK UNTUK LIHAT GAMBAR LEBIH BESAR)

Gambar 1 : En. Bos diinterview oleh Yantai TV station.
Gambar 2 : Agen yang berminat dengan produk
Gambar 3 : Preggy woman yang tingin sangat nak makan jem tart.
Gambar 4 : After business matching

Dan saya jugak tak melepaskan peluang untuk round-round sekitar pameran untuk cari idea-idea baru untuk dibawa pulang, cewah. Guess what, kat hall sebelah ada pameran pasal wine. Erm, saya masuk jugak untuk lihat-lihat teknologi pemprosesannya. Sekadar nak tau, bukan untuk cuba. Masih ingat asal usul & pegangan agama saya. 

(SILA KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR LEBIH BESAR )

Gambar 1 : Bergambar di sebelah tong pemeraman anggur untuk dijadikan wine
Gambar 2 : Bersama gadis promoter Wine yang popular di sana - Chang Yu
Gambar 3 : Bersama CEO Chang Yu
Gambar 4 : Filling machine wine 

Berjalan-jalan di sekitar booth pameran China yang cantik-cantik semuanya. sangat teruja. ada kapal titanic lagi. He.



25 September 2010 

Pameran berjalan seperti biasa.Hari ni adalah hari terakhir saya akan jalan-jalan sekitar Yantai City, China sebelum saya pulang ke Malaysia esok. Oh ya, saya balik awal dari rakan-rakan yang lain sebabnya saya perlu ambil exam. Rakan-rakan sejawat akan pulang 30 September tapi saya 26 September. Jadi, Waktu makan tengahari di Yantai University, Mr. Liason officer ajak  pusing-pusing sekitar universiti ni yang dekat dengan exhibition hall. Kelihatan seperti Mr. Liason Officer pun agak berbangga dengan universiti beliau nih. Hehe.
Mengabadi kenangan di depan Yantai University . Cewah.
Kat tasik dalam Universiti ni.

Puas jugak saya pujuk Mr. Liason Officer bawak saya pergi membeli-belah sekitar Yantai. Sedikit sebanyak ada persamaan macam Petaling Street. Tapi sayang, harga di sini sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan beijing. Itu yang diperkatakan oleh Mr. Liason Officer. Kedai Cenderahati pun susah nak cari. 


Lepas jalan-jalan, saya ke tempat ekspo kembali untuk kemas barang-barang dan say goodbye kat promoter yang cute-cute tu. Lihatlah hasilnya seperti di bawah. 

I miss u all a lot. Miss u all teaching me Mandarin.

26 September 2010

Masa bekerja dan jimba-jimba di China sudah tamat. Hari ni agak nervous sikit sebab nak kena balik ke Malaysia seorang diri. Maklumlah first time. Saya bertolak dari Yantai City ke Beijing pukul 9.30 pagi dan tiba di Beijing pukul 10.30 pagi. Difahamkan airport Beijing dengan town sangatlah jauh, ambil masa 2 jam perjalanan pergi dan 2 jam perjalanan balik. jadi, tak sempat lah saya round Beijing memandangkan flight saya ke KL pukul 4.30 petang. Maybe next time kalau ada rezeki lebih, boleh datang bercuti dengan family. Goodbye, China. till we meet again :) 


Selesai sudah cerita bergambar saya tentang trip saya ke China. Saya cuba meringkaskannya dengan sebaik mungkin. Nanti ada masa, saya update pasal makanan kat China pulak ye.

Ok, Kalau u all ada apa2 nak komen, dialu-alukan. Tinggalkan saja pesanan penaja kat bawah. Kalau ada soalan, boleh ajukan kat Formspring saya ye. Daaa ~

p/s : Lupa nak habaq, kat China takleh Facebook and Berbelog. Maybe kerajaan diorang block. sebab tu saya takleh nak update directly from there. 

Wednesday, October 20, 2010

Episod 1 : Yantai City, China - Harap Cerita Ini Belum Basi

Salam. Eish ish eishh..janji hari tu nak update dalam masa very soon..hehe nih dah 3 minggu baru nak update cerita lalalala hari-hari kerja kat Yantai City itu hari kan. Ok, just for quick update, balik jer dari program ke China tu, saya busy dengan exam PTK dan juga kerja-kerja yang tak pernah surut di pejabat. Baru semalam pembentangan projek untuk PTK dah selesai. Jadi, mari kita fokus kepada belog ini pulak ye. Ini ada sedikit cerita bergambar tentang trip ke Yantai City, China (21 - 26 September 2010). Mari Baca, Kalau anda masih sudi.

21 September 2010

Bertolak dari KL pukul 12.30 tgh malam. Perjalanan ke beijing , amik masa 6 jam jugak dr KL. Sampai di beijing pukul 6.30 pagi. Cuaca sejuk sangat. Saya dah excited nih, nak berjalan2 tengok tempat orang. Hehe Tunggu flight ke Yantai yang dijadualkan pukul 2.00 petang. Bermundar-mandir di airport memang la satu aktiviti yang agak membosankan. Tapi mari kita snap gambar apa yang patut.


Tu dia muka letih di kala pagi. Sebelah saya adalah rakan sejawat, Manglesh

Sampai di Yantai City, around 4 pm. Dijemput oleh Liason Officer kat sana. Oh, nak tau Yantai City tu tempat apa ye? Dia macam kawasan persisiran pantai, pinggiran laut. Sila bayangkan Batu Feringghi. Ha, macam tu. Actually, saya ada program promosi produk IAT kat sana. Hurm, lalala hari-hari kerja la, bukan suka-suka. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Yantai, sila Google ye. Ok, mari sambung cerita. Pukul 6.00 petang, dinner dengan Vice Mayor Yantai City. Oh ya, org China ini sangat proud dengan bahasa diorang. Diorang tak pandai berbahasa inggeris, jadi Mr. Liason Officer bertindak sebagai jurubahasa kami. 

Hurm mata pun takleh nak celik dah, sebab penat sangat. 

Tuan Mayor yang di tengah
We are having a great dinner ever! penuh satu meja dengan lauk pauk. Oh ya, makanan yang disajikan adalah di Restoran Muslim. Sebabnya, diorang tau yang saya dan org2 lain beragama Islam. except Manglesh la kan. Hehe we all jugak avoid makan daging, sebabnya kan Manglesh takleh makan. Semangat 1 Malaysia, mestila respect each other. We all Malaysian, what. Dah menjadi adat bagi Chinese kalau nak meraikan orang luar, diorang akan jamu makan sampai penuh satu meja. Mcm makan besar masa Gong Xi Fa Chai tu. Ni first time merasa makan besar. Pastu saya terkial2 guna chopstick. Sebab diorang tak de bagi sudu atau garfu.

22 September 2010 

Hari ni memang rasa malas sangat nak bangun tido. Sebab letih dalam perjalanan semalam masih belum hilang. Pukul 9.00 dah siap-siap nak gerak ke International Hall of Yantai. Nak setup Pavillion Malaysia. MOA wakil Malaysia dalam Program 11th International Fruit, Vegetable & Food Exposition ni. Dan kitorang pun berhempas pulas la nak present yang terbaik eventhough limited resources. 

Dewan program tersebut.
Ni gambar sesi setup - menyetup, decorate mendecorate, belum final lagi
Setup menyetup nih habis dalam pukul 5.00 petang. Then, bergegas balik hotel sebab ada Majlis Perasmian Program ni dan Official Dinner pukul 6.00 petang. Haa memang bersiap ala kadar la. tak sempat nk grooming lebih2. Hehe Lagi satu, pantang orang China ni kalau lambat. Semuanya kena on time. 

Pakai Baju Kurung Favourite
Manglesh dan Baju Punjab nya
Sengaja kitorang pakai baju kebangsaan masing-masing sebab nak tunjukkan imej Malaysia. Tiba2 rasa semangat patriotik itu menebal pulak bila berada di perantauan kan. Hehe So, we are the only malay & indian girls in that ceremony. Memang orang2 China sini tengok macam makhluk asing la kan. Hehe

Bersama Chinese & Thailand Group
Acrobatic Performance masa dinner
Maskot Buah-buahan dan Perempuan-perempuan cantik 
Kebetulan malam ni, China meraikan pesta kuih bulan. Memang tradisi diorangm kalau ada festival yang grand camni, ada classic concerts. So, kami dibawa melihat Chinese Classic Concert. Ya, konsert lagu cina! First time ni, kat Malaysia tak dapat punya tgk konsert camni. Mari lihat, gambar-gambar keriangan saya menonton konsert. 

Keriangan tak? Saya paksa Manglesh amik gambaq walaupun beliau agak kesejukan.
Tarian nih best! Saya memang suka tari menari.

Pengacara yang kacak dan cantik. Lelaki tu berbahasa Mandarin dgn sangat lah baik & superb walaupun dia mat saleh!

Taktau ler nih sapa. Tapi orang ramai bersorak-sorakan bila dia nyanyi. Maybe penyanyi evergreen macam Sharifah Aini kite kot.

Keriangan betul diorang nih.

Tu dia. Ramai. Kalau sesat, confirm nangis.
Konsert abis dalam pukul 10. Actually, pukul 10 malam diorang dah macam 12.00 tgh malam kita. Langit gelap gelita. Kereta-kereta dah surut di jalanan.  Apa2 pun, Konsert dia best, enjoy, walaupun saya tak faham sepatah pun coz diorang nyanyi bahasa mandarin. 

Baiklah, sekalian. Ini baru episod 1. Cerita 2 hari. Esok saya update lagi cerita-cerita yang seterusnya.
Selamat Malam!

Tabung Baby. Please Click :)