Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Thursday, December 31, 2009

Bye2 2009, Welcome 2010!

Salam sayang manje2 semua! Hari ni hari terakhir tahun 2009. Esok 1.1.2010. Hari Jumaat. Saya masih jugak seperti tahun-tahun yang lalu. Tiada istilah menyambut new year di mana-mana. Di ruang tamu rumah je ataupun dalam bilik tidur saja. Lagipun, Pak Bihi mesti tak benarkan saya keluar pi mana-mana. So, better stay at home. Malam ni pulak sibuk habiskan report dan kerja ofis sebab esok ada meeting di Sungai Petani. Ya..saya tak cuti. Ni la pertama kali dalam hidup kena kerja waktu new year. Hari ni saya nak review balik apa yg saya hadapi sepanjang 2009.

Suka Duka 2009:
~ dah 2 tahun kerja, dah siap hadir kursus induksi & BTN. Jadi, saya masih menunggu pengesahan jawatan saya.
~ saya semakin rasa stabil dalam kerjaya saya.. walau apa pun masih byk yg perlu dipelajari.
~ Disaman disebabkan kes accident tahun 2007. Tapi saya still relaks je.. :-) kes accident tu akan sentiasa buat saya berwaspada dlm kehidupan..
~ Ada krisis keluarga yang menyedihkan berlaku dlm tahun ni. Keluarga saya dapat hadapi dengan tabah sebab we all jenis cool jer.
~ Kucing kesayangan saya Baby Sandra pergi tinggalkan saya. Satu-satunya kucing yg saya syg dan sanggup buat apa saja. Mcm best friend.
~ Laptop saya hilang bila rumah diceroboh. Laptop tu dibeli hasil duit PTPTN masa study di UiTM Shah Alam. Tapi alhamdulilah saya dan family tak diapa-apakan.
~ Kereta pernah mati depan Bank Islam sebab saya malas isi minyak..hehe sgt ingat pengalaman tu dan sekarang sentiasa pastikan minyak penuh dlm tank..
~ Menghadiri byk sangat majlis perkahwinan kawan-kawan..tahun 2009 ialah tahun paling ramai sgt org kahwin..I'm happy for them.
~ Perang besar dgn yg tersayang tapi syukur hubungan ni masih berpanjangan.
~ Finally I have a blog in year 2009..sangat gembira dengan hobi baru ni..blogging all the time..

Saya harapkan tahun 2010 esok akan memberikan sinar yang lebih membahagiakan. Harapkan tahun 2010 lebih baik dari tahun 2009. Saya berdoa agar saya dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh (hehe..gatal) dan dapat menggembirakan hati Pak Bihi dan Mama Gee.
Selamat Tahun Baru Semua! Bye 2009..

p/s: Yang Tersayang saya tengah sambut tahun baru sambil barbeque dengan kawan2 kat rumah dia. Don't naughty2 yeahh..

Wednesday, December 30, 2009

Adakah Si Dia Lelaki Idaman??

Salam semua. Jam menunjukkan pukul 1.25 pagi. Jadi entry2 yang jiwa2 saja la yang dapat saya kongsi dengan anda semua ketika ni. Jangan buang masa lagi la.. Zoom ke bawah k!



**Love Couple**

Nak tau sama ada si dia lelaki idaman ke tak??
Lelaki itu dikatakan LELAKI IDAMAN ANDA bila...
1.  Si dia mengingati semua nama ahli keluarga dan teman rapat anda.
2.  Si dia ada senarai nombor telefon ahli keluarga dan teman rapat anda.
3.  Si dia dan anda rasa sangat serasi dan selesa bila bersama.
2.  Bila anda berdua bergaduh, anda sedikit pun tak gentar dia akan tinggalkan anda.
3.  Anda mampu dedahkan rahsia kepada dia sebab anda tahu dia akan terima baik & buruk anda seadanya.
4.  Anda langsung tak kisah nampak "bodoh" bila bersama dia dan langsung tak control ayu bila keluar dengan dia.
5.  Si dia memang cukup faham tingkahlaku anda sehinggakan fikiran dan gerak hati anda pun dapat dibaca.
6.  Si dia akan buat anda rasa seperti andalah wanita paling cantik di dunia walaupun anda hanya berkain batik dan berbaju t-shirt saja ketika itu.
7.  Si dia akan sentiasa menyebelahi anda walaupun ketika anda berselisih faham dengan teman rapat.
8.  Si dia ingat hari-hari istimewa anda dengannya termasuklah harijadi anda @ hari perkenalan anda berdua.
9.  Si dia tiba-tiba beri kejutan dengan memberikan anda hadiah walaupun bukan pada tarikh istimewa!
10. Si dia akan rasa happy bila keluar dengan kawan-kawan @ keluarga anda.

p/s: Sebenarnya saya jugak sedang mengkaji lelaki idaman saya. Sebab tu entry2 kat blog ni kebanyakannya berbaur2 nota cinta sikit. Harap maklum ye. :)

Monday, December 28, 2009

~Contest Pakai Shawls Sambil Buat Muka Sengal~

Salam Satu Malaysia! Cewaahh..patriotik pulak hari ni..haa sebabnye saya nak meraih undi para penonton dan juga pembaca2 blog saya yg sangat dikasihi sekalian..wahh baik punye ayat kan..Wahai pembaca-pembaca yang dikasihi, sudilah kiranya anda dapat mengundi saya untuk Contest Pakai Shawls Sambil Buat Muka Sengal ye..saja syok2 dan suka2 jer..jgn risau..UNDI ANDA ADALAH RAHSIA! So Vote For Syeeda (Number 41)..BAIKK PUNYEEE..(ala2 Dafi AF5)..Hehe..Just Click Kat Vote Pool tu K! Terima Kasih.. :)

Sunday, December 27, 2009

Menginjak Usia Suku Abad

Salam Hari Sabtu Yang Begitu Menggembirakan! Ya..hari ni sangat CERIA..sangat GEMBIRA..sangat TERUJA..bagi saya. Bukan sebab semalam Hari Krismas..tapi sebab hari ni genap usia saya 25 tahun. Ohh..saya sudah menginjak kepada angka suku abad! Rasa macam baru semalam usia saya 17 tahun, baru keluar dari SMK Sultanah Bahiyah. Rupa-rupanya hari ni saya dah pun 25 thn. Begitu cepat masa berlalu..kan?

Pagi2 lagi saya dah On Facebook, kelihatan beberapa mesej diterima daripada kawan-kawan mengucapkan selamat harijadi kepada saya. Terima Kasih banyak2 atas ingatan kalian. Bukan hadiah yang saya harapkan, cukuplah sekadar doa2 kalian yang tak putus-putus mendoakan saya menikmati kehidupan yang lebih baik & membahagiakan.Thanks a lot!

Cerita Harijadi 5 Tahun:
Masih saya ingat pada masa zaman kanak-kanak dulu, Pak Bihi dan Mama Gee pernah meng"organize"kan sebuah parti harijadi untuk saya. Masa tu baru usia 5 tahun. Ya, ianya 20 thn yg lalu tapi saya masih ingat! Pd majlis harijadi tu la saya terima satu set buku cerita kanak-kanak. Its fairytale stories la..Ada cerita pasal cinderella, sleeping beauty...etc. Seronok sangat zaman tu. Saya masih kecil dan cucu sulung pulak tu. Tentula paling disayangi..(haha perasan)..Ok buku-buku tu are gone by the way. Saya pun tk pernah tgk lagi. Saya rindu sangat zaman kanak-kanak saya. Wish can turn back time!

Cerita Harijadi 20thn:
Ok then,,back to 5 years before this. Maksud saya, waktu umur saya 20 tahun. Kawan-kawan saya di UiTM Shah Alam pulak buat small surprise party untuk saya di Taman Tasik Shah Alam. Thanks kawan-kawan and I think it was the best moment i ever had with all of u in Shah Alam. Mana mungkin ku lupa yang korang tulis penuh nama satu kelas atas kek tu?? Heheh..Missing them so much..

Cerita Hari Ini:
Dan hari ni, Harijadi yg ke-25. Saya sambut dengan seseorang yang istimewa. Saya telah menginjak usia kedewasaan. B, Terima kasih kerana selalu mengingati dan menyayangi.Tq for the lovely gift..

p/s : Tiba-tiba in Jiwang Mode..(Hehe)..

Saturday, December 26, 2009

Appetizer Cara Saya

Salam semua! Camne hari cuti anda? Mesti best kan. Hari Raya Krismas ni saya nak tulis entry pasal bab makan plak. Bukan ape, hari ni banyak sangat makan. Hehe. Mentang-mentang la cuti. Habiskan cuti dengan makan dan tido je. Bukan senang saya nak bersenang-senang camni.

 Cili padi = cili api = cabai melaka

Saya suka sangat JERUK CILI PADI. Kalau kat tempat saya (sebelah Kedah), kami lebih suka panggil Cili Padi tu Cabai Melaka.Maaf, saya taktau la pulak macam mana orang zaman dulu-dulu boleh dapat nama timangan cili padi ni sebagai cabai melaka. Kalau kat tempat lain, cili padi jugak dikenali sebagai cili api ataupun cili burung. Tapi, walau apapun nama timangan si cili padi ni, rasa PEDAS tu tetap sama.. Sebab tu ada peribahasa Kecil-kecil Cili Padi kan. Saya pun nak jugak jadi cam peribahasa tu, walaupun kecil tapi tangkas berani! Hehe..Azam tahun baru.

Jeruk Cili Padi

Jeruk Cili Padi ni memang pembuka selera saya makan. Kalau ada je jeruk ni, makan bertambah-tambah la nasi yang saya makan tu. Takde lauk lain pun takpe. Janji ada Cabai Melaka! Mama saya pernah bercerita yang ketika dia mengandungkan saya, dia takde selera makan lauk lain. Dia cuma berselerakan jeruk cili padi ni makan dengan nasi panas-panas. Hmm memang la menyelerakan! Jadi, cili padi @ cabai melaka ni memang dah jadi kegemaran saya sejak dalam perut mama lagi. Patutla sampai menginjak usia seperti sekarang pun, rasa serba tak kena jer kalau takde jeruk cili padi ni. Dan adakah mungkin, disebabkan mama terlalu berselerakan cili padi ni, saya pun jadi kecil macam cili padi? (Tengah pikir)..

 Potong Cili Padi

Nak tau camne nak buat jeruk ni? Macam ni.. (ini cara saya la..mungkin anda berbeza)..
1.  Ambil cili padi dan basuh. Lepas tu potong kecil2..kalau nak buang bijik lagi la bagus. Kan tak elok makan bijik cili tu.
2. Then, ambil secawan cuka nipah campur dengan 1/2 cawan air. Masak sampai mendidih. Saya memang suka guna cuka nipah dari cuka buatan. Sebab rasa dan aroma dia yang lebih best! Lagipun, tak elok sangat makan cuka buatan. Cuka nipah ni cuka asli. Jadi takpe.
3. Cuka nipah yang masak tadi disejukkan seketika. Lepas tu, tuang dalam balang. Then masukkan cili api yang dipotong tadi.

Haa, simple kan. Boleh simpan berbulan-bulan tau. Tapi, kalau kerap makan mungkin tak sampai sebulan pun. Hmm, tu appetizer cara saya. Anda plak cmne? Boleh kita kongsi-kongsi. Sehingga berjumpa lagi!

p/s : baru sudah makan nasik panas-panas dengan jeruk cili padi. 

Monday, December 21, 2009

Alhamdulilah..Saya Bahagia!

Saya rasa SANGAT BERSYUKUR sebab :

1.  ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati hidup saya sepanjang masa
2.  saya ada abah yang selalu menjadi penyelamat saya
3.  saya ada mama yang menjadi nadi kekuatan saya
4.  saya ada adik-adik yang menjadi penawar duka saya
5.  saya ada saudara mara yang baik-baik belaka
6.  saya ada teman-teman baik yang selalu bersama saya tak kira suka @ derita
7.  saya masih lagi ada peluang bekerja dan tak duduk rumah saja
8.  saya ada anak-anak kucing saya (fantasia, april dan paris) yang selalu menyambut kepulangan saya
9.  saya masih ada rumah untuk saya berlindung dan menikmati dunia
10. saya masih ada kereta untuk ke mana-mana saya suka
11. saya sentiasa dikurniakan nasib yang baik dan hidup gembira!
12. saya sentiasa sihat dan bebas penyakit (terutama H1N1..huhu) yang merbahaya
13. saya masih lagi berpeluang meneruskan kehidupan dan mempunyai masa
14. saya ada AWAK yang selalu ada di sisi saya (harap2 untuk selamanya)
    p/s : Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...

    Sunday, December 20, 2009

    Antara Dua Darjat??

    Salam Semua! Wahh..tajuk kat atas bunyinya macam filem P.Ramlee zaman dulu-dulu pulak kan. Actually, saya tengah baca paper tadi. Kisah Remy Ishak dengan Ummi Nazeera. Alaa yang cerita diorang gaduh-gaduh sampaila ke kisah Remy kena pukul dengan 7 org lelaki. Terus saya terbayangkan cerita P.Ramlee yang bercinta dengan Engku Zaleha dalam filem Antara Dua Darjat tu. Hehe..scene yang kena pukul waktu malam masa diorang bertemu kat taman (ye kot?? ingat2 lupa dah). 

     *Gambar Hiasan*


    Ok..Lupakan kisah remy dan ummi. Sebabnya saya nak sgt post pasal kes cinta dua darjat ni. Dan kalau sesiapa yang baca ni bolehlah tinggalkan komen anda kerana saya pun nak tau jugak apa pendapat anda. Kes cinta dua darjat ni selalunya jadi isu hangat bila sang wanita lebih tinggi  "darjatnya" kalau nak dibandingkan dengan si lelaki. Ada jugak kes lelaki lebih tinggi darjat daripada wanitanya, tapi jarang sangat masyarakat kita perkatakan. Kalau kes yang macam tu selalunya orang akan bercakap camni.. "Bertuahhhhh si Fara (nama samaran) dapat kawin dengan lelaki kaya. "  Tapi, kalau la wanita yang berdarjat kawin dengan lelaki yang rendah darjat ni, banyak pulak songeh masyarakat kita. Konon-konon tak sesuai la sebabnya sang wanita "lebih" daripada si lelaki.
    *Love Is Cinta* 


    Haaa..Sekarang jom kita USHA..ketika mana cinta dua darjat ni diperkatakan. 

    1. Bila sang wanita anak orang berada /kaya dan si lelaki cuma anak petani / pekerja kilang dan etc.  Dalam hal ni, sang wanita dok rumah batu dan si lelaki cuma rumah papan kat kampung mengadap bendang jer. 
    2. Bila sang wanita terbabit mempunyai segulung PHD/Master/Ijazah sedangkan si lelaki pass SPM jer. 
    Maksudnya, taraf pendidikan wanita tersebut tinggi la berbanding lelaki. 
    3. Bila sang wanita ada kerjaya stabil (maknanya pendapatan lebih la) kalau nak dibandingkan dengan si lelaki. 
    4. Bila sang wanita ada darah keturunan (maksud saya macam diraja camtula) dan si lelaki cuma orang kebanyakan jer.

    5. Bila sang wanita tu rupanya cantikk sangat laa (macam bidadari) tapi si lelaki berwajah biasa2 jer (rupa macam pecah rumah la kiranya..mesti anda boleh bayangkan kan).


    *Love Is Like A Fire*

    Sebenarnya isu ni dah lapuk. Kalau tak, takkanla P.Ramlee nak buat filem pulak kan. Isu ni dari zaman datuk nenek moyang kita lagi. Cuma yang menghairankan, kenapa masih wujud lagi isu sebegini masa zaman sekarang. Kenapa kita taknak berfikiran terbuka (open-minded la sikit)? Bagi saya, apa yang penting dalam perhubungan (maksud saya cinta la di sini) ialah kejujuran dan keikhlasan yang tulus dari hati. Kalau duit @ kemewahan berbukit2 pun tapi hati sengsara nak buat apa kan? Kalau darjat tinggi pun, tapi tak bahagia tak guna jugak. Yang penting kasih sayang dan paling penting bimbingan agama. Islam pun menekankan supaya rumahtangga tu dibina atas dasar Islam bukannya darjat semata-mata. Jadi fikir-fikirkanlah.


    Saya tinggalkan anda dengan dua pujangga cinta ini...

    "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" -Hamka

    "Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa"


    Sekian. 
    Wassalam.


    p/s : Cinta Kepada Illahi Adalah Cinta Sejati Yang Lebih Dari Segala-galanya..

    Saturday, December 19, 2009

    Bola..Bola..dan Bola

    Salam maal hijrah semua! how's your day? Semoga hari ni lebih baik daripada semalam. Sedar tak sedar kita dah melangkah ke tahun baru lagi. Cepat sangat masa berlalu kan? Entry saya hari ni pasal bola..bola dan bola. Maklumlah, baru semalam saja menyaksikan perlawanan Malaysia Vs Vietnam di Sukan Sea Laos 2009. Jadi, semangat kesukanan tu tiba-tiba berkobar pulak.

    Haha..Perasaan Sebijik Bola


    Sebenarnya, saya bukannya peminat bolasepak yang sejati (heh..betul ke ayat tu?). Malah sukan-sukan lain pun saya kurang minat.Tetapi saya dibesarkan dengan persekitaran sukan bolasepak ni. Pak Bihi seorang coach bola untuk akademi kedah. Jadi ulang-alik stadium satu ketika dahulu satu perkara dan rutin yang biasa bagi family saya. Pak Bihi memang sangat enjoy dengan kerja dia. Sangat dedikasi, rajin dan ambil berat dengan players dia. That's the reason why pemain2 asuhan dia dulu masih keep in touch lagi dengan dia.

    Pak Bihi dan Isterinya Yang Dicintai, Mama Gee

    Bercerita tentang perlawanan Malaysia Vs Vietnam semalam, Pak Bihi dan Mama Gee la orang yang paling excited sekali mengadap tv. Saya berperasaan biasa saja. Sesekali terdengar suara tempik mereka bila detik-detik gagal menjaringkan gol. Kelakar pun ada bila tengok aksi2 mereka mengalahkan penyokong kat dalam tv.Tapi, walau apapun kisahnya,akhirnya dapat juga kita menjuarai sukan sea kan setelah 20 tahun menanti. Harap-harap team bola Malaysia berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi pada masa akan datang dan jangan terlalu cepat berpuas hati dengan kejayaan yang baru saja bermula ni. Bagi peminat-peminat Malaysia tu, janganla bila menang saja baru memuji2 sampai ke langit, tapi bila Malaysia kalah, mengeji2 lagi. Bukan kah kalah dan menang, adat bertanding. Jadi, berilah sokongan yang padu kepada national team kita ye!

    Natonal Team yang mengharumkan nama Malaysia

    Apa pun Tahniah Pasukan Malaysia! Ini satu permulaan yang bagus untuk tahun baru ni!

    p/s : Naik bulu roma bila Negaraku dimainkan di Stadium Laos..

    Friday, December 18, 2009

    Contest Shawls@Ayucinta > Pakai Shawls Sambil Wat Muka Comel

    Salam. Entry ini khas untuk participate dalam contest yang dianjurkan oleh Ayu Cinta.
    Contest ni meminta peserta memakai shawls sambil posing ala2 comel gitu.
    Jadi, saya rasa ini la wajah comel + sengal saya sehingga kini (rujuk gambar di bawah).

    rase-rase boleh menang ke dgn wajah ala2 comel ni??

    Nota-nota Promosi :
    "Shawls@Ayu Cinta menawarkan pelbagai pilihan shawls yang sangat menarik, bersesuaian dengan semua imej penampilan dengan harga yang sangat berpatutan! JOM KITA KLIK BLOGSHOP Shawls@AYUCINTA. http://shawlsayucinta.blogspot.com "

    p/s: ayu ~kalau dapat saguhati pun okeh! He2

    Wednesday, December 16, 2009

    Cuka Nipah Dan Saya

    Salam sayang semua! Saya cuba cari jugak ruang masa saya untuk upload entry kali ni yang menjurus kepada pertanian. Hmm maklumlah saya baru saja balik bertugas dari Showcase SDSI di Melaka. Program mula 11 - 13 Disember 2009 dan saya bertugas sebagai officer in charge dari pukul 10pagi sampai 10 malam kat booth cuka nipah.Penat jugak la rasenye but seriously enjoy! Ni la masa turun padang tengok ape opinions orang ramai tentang produk ni. Ok, disebabkan saya masih lagi dalam mood promotion, saya nak promote sikit la pasal produk ni ye - CUKA NIPAH ASLI.


    Cuka nipah asli ni diperbuat daripada air nira nipah yang telah diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada jugak di kalangan pengusahanya lebih gemar menghasilkan cuka nipah. Cuka nipah ni dipercayai sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

    Khasiat Cuka Nipah :
    1. Boleh mengubati kencing manis
    2. Turunkan tekanan darah tinggi
    3. Pecahkan batu karang
    4. Turunkan kolesterol dan mengubati sakit jantung
    5. Ubati gout
    6. Boleh jugak mengubati migrain

    Tapi bagaimana cara mengamalkannya??

    Petua 1 :
    Ambil satu sudu besar cuka nipah, campurkan dengan satu sudu teh madu dan minum dengan air suam. Amalan ini dipercayai boleh penyakit-penyakit yang saya listkan di atas.

    Petua 2 :
    Ambil beberapa biji kurma, rendamkan dalam cuka nipah semalaman. Pastikan rendam kurma tu sampai tenggelam. Kemudian, bolehlah makan sebiji kurma esok hari (sebijik saja ye, jangan lebih!). Amalam ini dipercayai boleh kurangkan kolesterol dan darah tinggi.

    Petua 3 :
    Kalau migrain pula, ambil satu sudu cuka nipah dicampur dengan sedikit air, sapu di bahagian migrain.

    Cuka Nipah Asli - ShowCase SDSI, MITC Melaka

    Hmm, saya selitkan sikit ya gambar saya di booth cuka nipah dalam Program Showcase SDSI Melaka baru-baru ni. Ok, harga bagi sebotol cuka ialah RM 10 (bagi packaging kotak ungu-lihat gambar ye) dan RM 20 (bagi packaging botol empat segi-lihat gambar). Murah dan sangat berbaloi! Jadi, kenapa kita perlu memilih dan membeli produk luar sedangkan kita ada produk buatan tempatan yang lebih bermutu? Fikir-fikirkan lah ye.

    Kalau ada di antara anda yang berminat nak membeli, jangan segan-silu contact saya -----> sitisyaheeda@yahoo.com.my. Tinggalkan pesanan dan number phone anda. Insyallah, saya akan contact anda semula.

    That's all for today. Malam pun makin lewat. Esok kerja lagi.
    Semoga jumpa lagi!
    Guten Nacht! Aufwiedersehen!

    Sunday, December 6, 2009

    "Signal"

    Salam. Semoga anda melalui hari-hari yang membahagiakan hari ni. Tapi tidak bagi saya. Hari ni terbangun lewat. Lewat lagi ke tempat kerja. Lenguh2 badan, pening kepala. Malang sekali kerja berlonggok2. Jadi, lebih baik la saya kerja saja. Keadaan yang sangat berserabut di ofis. Persiapan untuk ke bengkel di Kota Sarang Semut esok. Dalam kelam kelibut tu, saya sempat lagi menghadiri wedding budak ofis saya. Taknak dia kecik hati. Dalam perjalanan pergi dan pulang, saya dah beberapa kali hampir dan nyaris2 menemui accident. Ahh..mungkin badan terlalu penat. Otak dah letih. Saya tak boleh fokus masa drive. Saya mula rasa tak sedap hati. Macam saya dapat rasakan, Tuhan bagaikan memberikan saya satu "signal". Apa yang akan berlaku?Malam ni tido awal. I need to refresh back. Semoga esok permulaan hari yang baik.

    Saturday, December 5, 2009

    Saya Tetap Orang Yang Sama

    Hai. Selamat Hari Sabtu Semua! Entry kali ni cuma cetusan rasa saya kepada anda semua tentang diri saya. Mungkin ada di kalangan anda semua adalah kenalan saya dan sebahagian besar lagi tak pernah kenal pun. Well, Selamat Berkenalan!

    Nama penuh saya Siti Syaheeda. Masa kecil2 dulu, abah saya (Pak Bihi) panggil saya dengan nama ctsya. Tak tau kenapa lama2 nama tu hilang macam tu jer. Yang lekat, cuma panggilan "kakak". Mama (Mama Gee) pulak panggil saya syeeda. Bila saya masuk sekolah rendah, ada yang panggil saya siti. Ada jugak yang panggil syaheeda. Naik je sekolah menengah kawan2 panggil nama saya shad. Usah ditanya saya, macam mana dapat nama tu, saya pun tak ingat sangat macam mana. Hehe..sekarang saya dah 25 tahun. Dah keja pun. Saya suruh officemate saya panggil nama syeeda. Sebab saya rasa nama tu yang paling dekat di hati saya. Walau pun digelar dengan macam-macam panggilan, saya tetap orang yang sama. Sikit pun tak berubah dari dulu. Dan insyaAllah, juga sentiasa sama untuk akan datang. Cuma bezanya, syeeda sobbihi sekarang lebih matang dan tak bersifat keanak-anakan macam dulu lagi.

    Sesekali terdengar orang melabelkan saya sombong. Saya pun tak faham, di mana darjah kesombongan saya kelihatan. Saya akui, saya kelihatan diam sedikit tatkala kali pertama bersua anda. Tapi itu tak bermakna saya insan yang sombong. Yang sebenarnya, saya sedang dengar dengan teliti apa yang sedang anda ucapkan, dan cuba memahami gerak dan tingkahlaku anda sebenarnya bagaimana.Plus, saya jugak mungkin tengah control "ayu" masa tu. Haha..yelah, kalau nampak "loQlaQ" sangat, mungkin anda taknak berkawan dengan saya pulak nanti.Jadi,jangan mudah menghukum saya sombong ya!

    Saya rasa cukup saja tu setakat ini. Jangan risau, saya akan update lagi diri saya dari semasa ke semasa.Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan la ye!

    Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi!

    ~New Face, New Post~

    Saya pernah ade blog dulu. tapi sebab dh lama tk update last2 saya close je account blog tu. tgk2 sekarang dah bukak yg baru balik. Saya cakap dengan Yang Tersayang saya dah close blog saya. Dia marah. Dia cakap habis tu dah tak ada la cerita kita? Hmm..saya sengih. Nampaknya dia semakin gemar membaca. Jadi saya buat keputusan nak on balik blog. Dengan new face! :)

    Malam ni rasa panjang sangat. Mungkin sebab saya tak boleh tido. Yela..siang tadi tido lama sangat. Opps..hehe. Jadi saya decide nak surf net je. Nak download lagu2 siti. Hmm album tahajjud cinta. Memang sangat mengujakan! Well, siti nurhaliza memang buat saya teruja setiap kali penampilan dia kat tv. Kalau saya tengok dia, first sekali, saya akan tgk fesyen dia. Then, tengok show dia of course. Dan saya perasan, sejak saya minat dia dari darjah 6 lagi, dia memang sentiasa improve from day to day. Sejak dia buat show di Royal Albert Hall, saya nampak dia sangat berkeyakinan tinggi dalam show dia. Mungkin masa tu, dia pun tengah dilamun cinta dengan Datuk K! Hehe..Yup, cinta lah memungkinkan segalanya. Macam lirik dalam lagu dia Kupercaya Ada Cinta. Cinta dia dengan Datuk K yang buat dia so enthusiastic masa perform, I guess. Anyway, Siti is a Diva. Kalau takde siti, mungkin dunia seni tak berseri. She has a very superb voice. Nyanyi la lagu apa pun, suara dia tetap sedap. Bukanlah terlalu menyanjungi dia, cuma kagum jer.

    Ok, lagu2 yang dah di download pun dah siap. Time to go to bed.
    Esok kena bangun awal, sebabnya, saya akan melalui perjalanan yang panjang esok.
    So, till we meet again.
    Guten Nacht!
    Aufwiedersehen.. :)

    Tabung Baby. Please Click :)