Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, February 28, 2011

FACEBLOG

Saya baru terjumpa satu benda menarik. color pink. comel. cute. macam saya. hee :p 


Faceblog. Satu komuniti yang mengumpulkan geng bas sekolah.. blogger. Best gak kalau join nih.. tak caya? Baca nih... 

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


Nak tau dengan lebih lanjut? 
View laman web nih :  http://the-faceblog.blogspot.com.
Jom join ramai-ramai! 

Sunday, February 27, 2011

Update Saja-saja

Hai semua kesayangan! Lama betul tak menaip di belog ini. Rindu yang membara. Serius!
Actually, I have a lot of things to tell. Tiap-tiap hari memang bukak pc, online.. Tapi, takde idea nak menulis. Bila ada idea pulak, badan dan otak terasa penat. So, selalu update kat FB je lah. Yang belog nih biar terbengkalai je. Maaf ye. Ehehh. Sambil sengih kerang busuk.

Esok dah 28 Februari. Cepatnya nak masuk bulan Mac. ohh. Lebih kurang 20 hari lagi ke my E-day. Ada orang tanya saya, ohh E-day pun nak counting kah?? Haha. Actually, tentang yang itu, terpulang kepada masing-masing la kan. Bagi saya, ianya satu event yang hanya sekali berlaku dalam hidup (takkan nak mintak bertunang banyak2 kali pulok!) . Of course, kita nakkan yang terbaik.

Update terkini tentang E-day.
- baju dah siap!
- Tiga bekas hantaran dah siap berdekorasi
- Sedara mara & kawan-kawan rapat sudah dijemput.

Haha. Itu je. Takpe syeeda, still got time kan! Dalam minggu ini, wajib ajak Mama Gee membeli belah curtain for my DIY mini dais. Kalau tak mulakan minggu nih, memang kelam kelibut la last-last minit.

ok, itu saja nak cakap hari ini. Kena out dah. Japgi ada meeting lagi :p Bye kawan-kawan.

p/s : InsyaAllah akan update tentang kenduri kahwin sepupu yang saya attend kelmarin. Boleh la nak show off aksi berfoto gewdix!

Monday, February 14, 2011

Tiga Belas Haribulan Dua

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tiga belas haribulan dua, dua ribu sebelas.

1.  Birthday Encik Kekasih
Encik Kekasih dah masuk umur 31 tahun dah. See, dah kertu kan dia? haha.
    
Saya :  Awak.. nak hadiah ape birthday nih?? Taktau nak bagi hadiah dah.
En. K :  hurmm.. nak kemeja warna maroon boleh?
Saya  : aikk, itu je??
En. K :  takyah membazir2 lah. simpan duit tu.
Saya : (senyum..dalam hati berkata: alaa takpe, duit awak, duit saya..duit saya, duit saya lah. haha.)

Hari ini baru nak cari hadiah untuk beliau.

2.  Interview Nini Adik Kesayangan
Hari ini adikku nini pi interview kat Wisma Darulaman. Kerja kerajaan. Macam biasa, dia tu suka sangat gelabah tok arab. Kelam kabut semacam. Sebelum masuk interview, dia ada call.

Nini  : Kakakku, la nih isu semasa apa diaa arhh?
Saya : Laa, kan dah cakap semalam pasal rusuhan kat Mesir tu.
Nini  : OOO.. haa, presiden mesir tu Hosni Obama kan??
Saya : (terus gelak besar macam nak terguling2) Hoii.. yang pi gabung nama hosni dengan obama pasaipa. Hosni Mubarak la.
Nini  : Alamakk, aku dah cakap dah kat kawan aku yang baru masuk interview tadi. Keh keh.

Alhamdulilah, dah selesai. Semoga rezeki milik adik kesayangan saya tu.
Walau pun dia kadangkala bengong, saya tetap sayang dia. Hehe.

3.  Ujian Bertulis Lesen Memandu Ein adik Kesayangan
Balik-balik rumah je, terus adik ein cakap dia dah pass ujian bertulis lesen memandu.
Boleh dapat L la untuk motor dia.

Saya : Elehh, orang lain pun pass gak, tak seronok sangat2 cam adik pun.
Ein    : Uihh, adik syok la. Dah enam kali adik amik tau. Hari ni baru pass!

Saturday, February 12, 2011

Nak Deko-deko Hantaran

Satu hari ini melepak rumah Pakchaq kat Kg. Borhan. Makan tengahari & sesi bergurau senda seisi keluarga sebelah Pak Bihi. Then, ada perbincangan tentang majlis kenduri my cousin, Met kat Poksen Cottage 26 haribulan ini. Habis sesi perbincangan tu, masuk sesi perbincangan tentang My E-Day pulak. Malu ohh, kena interview lagi depan-depan Pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Huhu. 

Balik je dari rumah PakChaq, bergegas ke Pekan Alor Setar untuk memulakan misi mencari barang-barang for My E-day. Saya kan bekerja, jadi misi nih perlu dimulakan sedikit demi sedikit. Kalau tak, memang kelam kabut la kalau semua nak buat last minit kan. Singgah ke Alor Setar Mall, beli kelengkapan make-up. Nak cari small-small pillow untuk my mini dais, tapi tak jumpa lak. Pastu, singgah Rainbow kat Simpang Kuala dan inilah hasilnya... 

Barang-barang deco hantaran 
Sesampainya rumah, terus terbungkang. Letih mencari. Dok renung-renung barang-barang tu sambil memikir camne nak buat. Hari tu, bukan main lagi cakap nak buat sendiri. DIY la konon. Hurmm padan muka ang syeeda.. Terus jammed kepala otak.

Saya  :  Awak.. takdak idea nak deko hantaran nih. Malas buat la. 
En. K :  Kena buat kerja tu ramai-ramai. Kalau sorang memang la takdak idea.
Saya  :  Lagi tak reti buat ramai-ramai. Suka buat sorang-sorang. (bodoh sombong tak?) 
En. K :  Pegi cari dalam internet. Jangan tido pulak. (ehh cam tahu2 lak dia ni) 

Ok, takpe. Nak tido lah. Mana la tau, dapat idea mendeko hantaran dalam mimpi nanti. Esok start buat benda nih. Keh keh.

p/s : Esok birthday Encik Kekasih. Boleh tak, taknak beli hadiah. (Cess, kedekut punya girlfriend)

Friday, February 11, 2011

My E-Day's Checklist

Satu hari ni asyik ACHOOOO saja.. selesema. At first, I was planning to tidy up my room. Tapi, since dah jadi cenggini, satu benda pun takleh nak buat. Kalau dah bersin, susah je nak berenti. Ok, hari ini nak buat checklist for my engagement day lah. I have 35 days to go! Chaiyo-chaiyo.

Tarikh     : Sabtu - 19.03.2011 (Insyaallah)
Masa      :  Selepas Asar
Tempat   :  Rumahku Syurgaku, Alor Setar.
Tema      :  Peach (Simple but Sweet & Nice)

1.  Outfit Pertunangan 

Status : Ohh.. yang ini dah hampir selesai. Saya just beli kain lace + satin warna peach dan upah my favourite tailor (cik nab) yang akan buat. Dia cakap akan siap awal bulan 3. Then, tudung dan selendang ala2 veil dah siap beli masa berkunjung ke danau kota dan sungai petani itu hari. Hurm.. heels?? belum lagi. Tengah pikir, perlu ke tak perlu nak beli. Haaa, bunga tangan je belum beli lagi. 

2.  Mini Pelamin

Ohh..sedih bila berbicara pasal ni. Hari tu Pak Bihi dah warning yang dia takmau ada mini pelamin masa majlis pertunangan tu. So sad. Tapi nini and I ada plan yang kitorang akan deco tempat untuk sarung cincin yang ala-ala mini pelamin. (Hopefully Pak Bihi dont read this).

Status : So, things needed for this mission : pillow, flowers, carpet, curtain, candles and etc. Semua-semua ni pun belum buat apa-apa lagi! 

3.  Hantaran 

Hantaran daripada encik kekasih ialah 5. Jadi, dari pihak saya ialah 7 lah. At first, saya terfikir nak upah my aunty buat. Tapi, untuk merasakan debaran menjelang hari pertunangan saya, lebih baik saya DIY je.. Ceaaa.

Jadi cadangan 7 hantaran tu dan status-statusnya ialah: 
- Persalinan Akad Nikah yang merangkumi kain baju melayu & sampin (dah beli) 
- Coklat Choclairs (dah beli.. dapat sponsor. Tengkiu En. Zan) 
- Kek (In Progress.. dapat sponsor. Tengkiu Kak Izan)
- Strawberry Chocolate (dah order..dapat sponsor gak. Tengkiu Adikku Nini)
- Gubahan Kuih Karas (belum buat apa-apa lagi)
- Buah-buahan (belum buat apa-apa lagi)
- Donut-donut comel di Big Apple (belum buat apa-apa lagi)

Banyak kan makanan? Hee. Ini kemahuan Mama Gee. Kenala ikut cakap orang tua-tua.
Bekas-bekas hantaran pun belum beli lagi. Esok baru nak godek-godek di Rainbow. My BFF, Jaylie ada nak bagi sumbangan bunga-bunga deco beliau yang lebihan masa majlis perkahwinan beliau baru2 ni. Thanks laling!

4. Persiapan Bilik

Pada mulanya, saya memang taknak mekap-mekap sangat bilik saya nih sebab nak buat majlis sarung cincin kat luar. Tapi, Pak Bihi cakap bilik pun kena bagi cantik-cantik jugak. Ok, fine.

Status : So, things needed - curtain, cadar, wangi-wangian (tak buat apa-apa lagi) 

5. Make-Up

Since majlis ini sangatlah sekejap, ye la dah mula pukul 5, so dekat-dekat maghrib mestilah rombongan lelaki nak balik dah kan?..So, saya tak mekap kat butik pun. Just let adik saya Nini saja yang mekap, sambil dibantu oleh GF Fukurie, Nik. Nasib baik, depa-depa ni pandai berhias. ceaa.

Status : dah dapat jurumekap! 

6. Fotografi 

Bab yang ini, saya just hired BF Nini, Syamet. Walaupun dia baru je berjinak-jinak dengan DSLR ni, saya rasakan yang beliau patut diberikan peluang! tengok gambar-gambar kat FB beliau, cam ok je. Bab mengedit gambar, akan saya serahkan kepada Ein adik kesayangan. Dia pandai bab2 tu. Kalau sempat (dan kalau diizinkan Pak Bihi), saya nak outdoor photoshoot jap dengan encik kekasih lepas majlis tu. Kalau diizinkan la.

Status : dah dapat jurufoto! 

7. Makanan

Ehh bab ni boleh pulak dok last sekali. Hee. Bab makanan ni still kena bincang balik dengan Pak Bihi dengan Mama Gee. Kalau sebelah petang, biasanya makanan konsep hi-tea je la kan. Bukan boleh makan nasik pun. Hurm, minuman semestinya Tobiar Gold MADA. hee.

Status : Kena tanya Pak Bihi & Mama Gee. 


Itu je la persiapan saya setakat nih. Konsep My E-Day ini memang simple. Sebab Pak Bihi taknak kelihatan grand. Hopefully semua berjalan lancar.

p/s : Esok ada perbincangan dengan family besar. 

Merayau sebentar di Pekan Alor Setar

Selepas Maghrib tadi, tiba-tiba si Nini adik kesayangan meraung-raung lapar. Nak makan Kueyteow Kerang kat Taman Koperasi. Saya pun bawak la beliau makan-makan kat situ. Kueyteow Kerang kat sini memanglah sedap. Saya memang peminat kueyteow kerang kat sini sejak sekolah lagi. Habis makan, tiba-tiba rasa nak jalan-jalan pulak. Pekan Alor Setar sekarang dah meriah ohhh. Dimandikan dengan cahaya lampu yang begemerlapan. 

Tepi jalan - area Kanchut. 

Depan Masjid Zahir - Area Balai Nobat. Ada replika kota kuala kedah di sini. 

Balai nobat kebanggaan rakyat Kedah. 

heh..rasa macam kat I-City Shah Alam la pulak
(walaupun tak pernah pi lagik..keh keh)

Masjid Zahir dari kejauhan. 

Teringat pulak masa waktu kecik-kecik dulu. Pak Bihi memang suka bawa saya dan adik-adik keluar jalan-jalan waktu malam. Dulu-dulu, kat depan Balai Besar & Balai Nobat ni, ada pertandingan Kereta Berhias. Best ooh, lepak-lepak tengok kereta berhias. Tapi sekarang, dah takdak lagi. Agak kurang sikit la kemeriahannya. 

Hurm, nanti nini cakap nak ajak syamet berfoto-foto kat sini dengan kamera DSLR beliau. Yes! suka sangat-sangat berfotografi nih. Rasa cam model tak cukup tinggi. 

p/s: Maaflah, gambar kembang-kembang semuanya. Diambil dari blackberry cabuk saya je. Bukan DSLR. :p 

Friday, February 4, 2011

Dah Jumpa Dah Tema.

Hai kesayangan-kesayangan semua! Hari ni takde buat apa-apa pun. Bangun pagi, mandi, pastu makan nasi lemak. Then, belek-belek facebook. Belek-belek internet. Pastu Mama Gee kata hari ini beliau taknak masak sebab beliau nak pergi makan kenduri dengan Pak Bihi kat Naka. Saya pun merengek-rengek dengan harapan beliau akan membawa saya ke kenduri itu sekali. Jadi tak perlu lah saya masak! Bijak tak saya kawan-kawan? Malangnya, Mama Gee dapat membaca akal fikiran saya yang kotor tersebut lalu menuduh saya "Eyhh, tak malu ka dah besaq-besaq cenggini nak mengekoq mama lagi??" Ok, fine! Mama Gee cuma tak mahu "date"nya hari ini dengan Pak Bihi terganggu. Okla-okla kakak masak. Teeheee. 

Pastu, saya mengheret Nini adik kesayangan ke Giant. Membeli barangan untuk buat spaghetti. Pulang ke rumah, terus tung tang tung tang masak di dapur dan dibantu oleh Fakhri adik kesayangan. Ein adik kesayangan pun ada menolong, tolong ganggu sahaja. Mama Gee dan Pak Bihi dah pergi makan kenduri lepas solat jumaat. Tinggallah saya, nini dan fakhri adik kesayangan sahaja di rumah menonton CD Aku Masih Dara sambil makan spaghetti. Ein adik kesayangan dah keluar bersukaria dengan kawan-kawan. 

Jam 5.30 petang. Nini adik kesayangan membebel-bebel mengajak saya mencari baju saya untuk pertunangan nanti. Kata beliau," weyhh, boleh dak kita pi cari baju tu awai2?! nanti nak upah lagi kat Cik Nab! Kalau nak buat kerja last-last minit, aku malaih nak tolong ang." Lalu saya bingkas bangun menyalin-nyalin pakaian dan bersiap ala kadar. Destinasi kami, Jakel kat simpang kuala. 

Sampai di Jakel Simpang Kuala, terus rambang mata nak beli baju. Haisyhh, macam duit ada selaut ja lagaknya. Kalau benar ada selaut, memang habis semua kain-kain nih saya borong. Orang punya la ramai, sebab ada sales. Mencari dan mencari lalu mata saya tertarik, terpegun dan terpaku pada satu kain satin & net peach. Baiklah, INI YANG KITA CARI! Itula baju nya, sambil menjerit-jerit keriangan lalu nini memukul  belakang saya lantas menyedarkan saya dari angan-angan. Heee. 

Ok, kesimpulannya, baju pertunangan saya tu warna peach. Nanti bila dah siap jahit dan tersarung di badan semasa majlis baru saya upload gambaq naaa. Tema majlis pun nanti warna peach. Satu perkara dah selesai, nanti kena cari bekas-bekas hantaran pulak. Huhu. Pak Bihi macam tak berapa setuju nak buat majlis sarung cincin atas mini pelamin. Huhu camne nak pujuk beliau eyhh??

p/s: Jakel tengah dok buat Sales sampai Ahad ni. Pi la serbu. 

Thursday, February 3, 2011

Light Pink Ke Peach?

Salam. Hai kesayangan-kesayangan semua! Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti. Bagi mereka yang pulang ke kampung tu, hati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang ok! Ecehhh. 

Actually, saya nak mintak pendapat-pendapat korang nih. Saya di dalam dilema sangat-sangat. Mungkin ini pengalaman pertama dan saya rasa sungguh gementar! Saya sedang melakukan persiapan untuk majlis pertunangan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Malangnya, sampai sekarang saya masih belum dapat memutuskan tema apa nak digunapakai dalam majlis itu nanti. Encik kekasih dah bagitau yang tema bekas hantaran beliau kepada saya adalah maroon (merah hati). Then, sekarang saya cuba nak suai padankan warna maroon nih dengan warna yang lain. Gabungan warna-warna nih akan saya gunapakai dalam mendesign mini pelamin. Dan warna "misteri" itu la yang akan menjadi tema saya. Korang paham tak?  Huhu. Bantulah saya pelis! 

Setakat ini, ada dua pilihan gabungan warna untuk mini pelamin:

1.  Maroon + Light Pink 


2.  Maroon + Peach

Which one is suitable huh?? Confuse..
I just want to look simple and sweet on that day :)

Tabung Baby. Please Click :)