Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, September 3, 2011

Raya ohh Raya!!

Omaigod!! I think its just like an ages ago this blog has been abandoned!! haha.. Hi darlings!! Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf dipinta, zahir dan batin okeh?? Dah hari raya yang kelima baru nak update pasal raya.. kan kan kan?? So sorry, i've been kinda of busy lately.. Busy dengan persiapan raya, majlis bukak puasa, my wedding preparation, my works.. dan my blogshoppe yang baru bermula.. harus diberi keutamaan jugak kan? Makanya, hari nih takde pegi jalan-jalan kutip duit raya mana-mana, so, i decided to reveal my hari raya celebration a lil bit.. Let's start the story with first syawal =) 

Pagi-pagi syawal tu, macam orang lain jugak, my family & i went for raya prayer. Balik jer dari menunaikan solat sunat hari raya, kitorang akan berkumpul untuk sesi bermaaf-maafan & fotografi!! (sesi kegemaran ramai) 

kakak mintak ampun & maaf mama & abah..

Then, sesi berbagi-bagian duit raya kepada adik-adik. ohh, ni memang sesi paling digemari mereka. melompat hingga ke bulan lagaknya =)

big grin =)

another big grin =) 

the biggest grin ever kott =) haha. seronokla dia plg banyak dapat duit raya.

seronok tengok adik-adik happy dapat duit raya. hampa doakan kakak hampa nih ada rezeki lebih noo. baru hampa leh dapat duit raya lagi. tak gitu??

Selamat Hari Raya daripada keluarga Pak Bihi & Mama Gee

Ok, selesai je sesi fotografi nih semua, kitorang ke pusara arwah adik faten.. sedar tak sedar, dah 5 tahun faten takde dengan kami. rindu sangat dengan dia ;(  Al-Fatihah. 

Selesai menziarahi pusara, kitorang ke rumah Pak Chaq Mad di Kg. Borhan, abang sulung  kepada Pak Bihi. Lauk pertama dijamah di pagi syawal, nasi minyak dengan ayam masak merah, dalca ayam dan kurma kambing. Wow, sangatlah marvellous!!  Macam makan nasik kenduri pulak. Apa-apapun tak kesah. Asalkan perut kenyang.

Yang sedondon berbaju pink itu Pakchaq dan Makchaq saya..

Habis beraya di rumah Pakchaq, kitorang pun pulang ke rumah. Nak tau kenapa? sebab family Makteh Miah pulak nak datang beraya kat rumah. Apa pun tak siap lagi nih. So, hidangan yang kitorang siapkan hari tu ialah Mee Kuah. Simple but nice =) tak sempat nak snap picca mee kuah. habis dengan begitu cepat sekali.

Jeng3x.. around 3.00 petang camtu, My Encik Tunang kesayangan datang beraya kat umah. Sukaaa sangat dapat jumpa dia. Eksaited melampau.

nampak kan saya sgt eksaited di situ *malu*

Actually, dia datang pick up saya untuk beraya dengan family dia. Tradisi nih sebenarnya kitorang dah buat lama. even sebelom bertunang lagi. bezanya tahun nih, kitorang beraya sebagai tunangan. ianya raya terakhir kami sebagai orang bujang. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, tahun depan beraya sebagai suami isteri pulak. doakan kami ya. Aminn..

Balik dari beraya dengan family encik tunang, saya ajak encik tunang main bunga api. haha. macam budak-budak kan? tapi, dia pun sweet je layan kehendak saya. siap bagi bunga api lagi kat saya. mercun jer dia tak bagi main. nanti putus jari. susah nak sarung cincin. ahaks.

hehe suka2x!!

Lepas main bunga api, encik tunang pun balik rumah beliau. Itu je lah cerita syawal pertama saya yang simpel. Korang camne?? Kejap je dah hari raya kelima. esok dah mula kerja. Penyakit M dah mariii. tapi, kena lawan gak penyakit nih. sebab nak kumpul duit untuk kahwin. saya ada lagi 3 bulann... waaa nervous gak nih. banyak benda tak siap lagi. doakan saya yang baik-baik aje ye.

Iklan:  Jom singgah sini ----> Sheemieyda Blogshoppe. 
Boleh shopping handbags. 

6 comments:

KuNanGKuNanG said...

wah..nampak epy sgt..moga bahgia slalu..:)
slmt ari ry maaf zahir batin...

Cik Syeeda Sobbihi said...

Kunang-kunang:
Alhamdulilah, happy sgt. Selamat hari raya juga. Maaf zahir & batin :D

e k i n ♥ y u s r i said...

selamat hr raya

Cik Syeeda Sobbihi said...

Ekin Yusri:
Selamat Hari raya..

Azuan said...

selamat hari raya

Cik Syeeda Sobbihi said...

Azuan:
Selamat Hari Raya kepada awak jugak! =)

Tabung Baby. Please Click :)