Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Wednesday, February 10, 2010

When I'm Under Pressure..

Perkara-perkara yang sering saya lakukan bila berada dalam lingkungan tekanan :

1. Makan dan makan
Saya taktau bagaimana anda menangani tension. Tapi, saya sukar elakkan makan. Saya memang suka makan kalau saya susah hati. Hal ini menyebabkan badan saya semakin membesar dan menyebabkan rakan-rakan saya yang prihatin mula menegur perubahan fizikal saya. 

2. Shopping
Sejak akhir-akhir nih, saya memang sangat gemar shopping tudung..minggu nih saja dah empat jenis tudung saya beli..mungkin disebabkan saya berada di paras tekanan yang agak melampau sekaligus menyebabkan saya gemar mengembangkan bakat shopping saya. Bagi saya, shopping adalah satu terapi yang baik!

3. Cantik, segak dan bergaya
Bila saya berasa tertekan, saya suka berpakaian cantik-cantik, berpenampilan menarik lagi bergaya. Ianya bukan dibuat-buat sebaliknya adalah sifat semulajadi saya dari kecil lagi. Apabila saya berpakaian cantik, saya merasakan saya menemui satu sinar baru dalam kehidupan saya..haha

4. Meluahkan perasaan kepada kawan
Ini mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang untuk meluahkan perasaan ataupun punca tekanan kepada kawan-kawan. Tapi saya akan pastikan apa yang saya rasa diceritakan kepada orang yang boleh dipercayai saja.

5. Nyanyi kuat-kuat
Saya rasa sangat bahagia bila dapat nyanyi dengan kuat-kuat bila tension. Tapi nih cuma saya praktikkan dalam kereta terutama sekali waktu memandu balik ke rumah dari tempat kerja. Bukan ape, bimbang jugak kalau saya terpekik terlolong dalam bilik air itu nanti, jiran-jiran sebelah@depan@belakang rumah komplen kat Pak Bihi. Tambah-tambah pulak Pak Bihi sangat aktif dengan aktiviti rukun tetangganya sekarang..  

6. Main dengan kucing
Tentu sekali anak-anak saya Tasyia, April dan Paris akan sentiasa menemani saya bila saya sedih. Saya rasa mereka sangat memahami jiwa saya. Seronok jugak bila sama-sama join mereka main "aci ligan"..

7. Cam-Whoring
Bila rasa sedih, saya suka sangat tangkap gambar sendiri dengan pelbagai aksi. Jadi ni la hasilnya untuk hari ini...

~Shawl tersebut ditaja oleh Puan Amal ~

Hurm..tu la cara saya tangani stress saya.. Dengan buat benda-benda kat atas saya rasa lebih happy dan rasa sebahagian tekanan tuh menjauhi saya..Kalau korang, korang buat apa ye??

4 comments:

anatayuni said...

mesti kucing2 tu comel cam namanya..

Cik Puan Syeeda said...

comel,manja dan sangat menyenangkan hati saya! :)

sugar2 kapas strawberry said...

sy suke bebel tnpa henti2 bila sy tension..hahahaha..
suke mkn coklat bila tension..
suke mkn gak..
then suke dgr lagu hardcore wlu smmgny sy mmg anti utk itu ;)

Cik Puan Syeeda said...

sugar2 kapas strawberry:
haa mkn coklat memang blh release tension! sbb ade kajian dh dibuat psl menda nih..tp jgn over mkn tau.nnt tembam cam sy! haha

Tabung Baby. Please Click :)