Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, July 10, 2010

Mimpi.

Orang kata mimpi tu mainan tidur. Ada jugak yang cakap mimpi bawa petanda. Ada yang kata mimpi tu sebab tidur tak basuh kaki. U ols percaya dengan mimpi? saya tak pasti sangat tentang hal ini sebab saya sendiri pun tak arif. Tapi, bagi saya sendiri, seringkali bila saya bermimpi, ianya memberi petanda dalam hidup saya. Contohnya, saya pernah bermimpi yang gigi bawah patah. Orang tua-tua selalu cakap yang mimpi camtu membawa alamat yang tidak baik dan melibatkan sesuatu kehilangan ataupun kematian. Mungkin ianya satu kebetulan, tapi tak lama kemudian, adik kesayangan saya pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya kerana sakit. Awal tahun ini, saya pernah bermimpi saya berada di rumah pakcik saya. Pada waktu itu, keadaannya sangat lah suram, sepi dan penuh dengan tangisan. Dan beberapa minggu selepas itu, pakcik saya pula pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Al-Fatihah.

Gambar Ehsan Pakcik Google

Ini ada satu lagi cerita mimpi. 3 minggu yang lepas, saya ada termimpi sesuatu yang sangatlah di luar jangkaan saya. Dalam mimpi itu, saya bertemu seorang doktor (tapi tak perasan kacak ke tak..he) dan doktor tu sahkan yang saya mengandung. Seriously, saya sangat terkejut tau bila terjaga dari tido! sebabnya saya masih belum kahwin dan tak wajar la saya mimpi seperti tu. Hipotesis saya, mungkin sebab keinginan nak ada anak yang semakin menebal, menyebabkan saya bermimpi sedemikian. tapi dalam mimpi tu tak ditunjukkan pula siapa suami saya. hehe. 

Saya pun dengan rasa ingin tahu yang sangat mendalam telah menjalankan aktiviti mengGoogle untuk cari tafsiran mimpi tu. Macam-macam yang saya jumpa. Dan saya paling tertarik dengan satu tafsiran nih yang mengatakan mimpi sebegitu akan menyebabkan kita memperoleh REZEKI. Alhamdulilah , kalau tafsiran mimpi itu benar. U ols boleh view page seorang blogger ini yer. Dia tulis tentang tafsiran mimpi

Sekali lagi, mungkin ini satu kebetulan. Saya tak kata saya percaya tau! He :) Beberapa hari selepas mimpi itu, ada rezeki yang saya terima. Syukur sangat. Dan, baru tadi encik kekasih cakap yang dia akan berpindah ke tempat kerja baru. Encik kekasih cakap offer kali ini lebih baik daripada tempat kerja sekarang. Kalau betul la mimpi saya tu, syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Tuhan! 

4 comments:

AISHA SAAD said...

uishh insyallah dpt rezeki tuhh.. hee~
kalau aku mmpi mengarot jekk.
nak carik tafsiran pon saket hati.

Lt. fDanialz said...

Alhamdulillah.. Insya Allah murah rezki la awak..

sy pon rase cam nak jadi pentafsir mimpi.. cam best jer



anyways, nice entry =]

Kenape lelaki selalu dikaikan dengan terer matematik dan suka tengok bola [Jawapan]
► Play. ▌▌Pause.

Syeeda Sobbihi said...

aisha saad:
ngee..harap2 camtula. mimpi ngarot camne tuh?

Lt. fDanialz:
thanks sebab mendoakan.

ElyaElmo said...

InsyaAllah :)

Tabung Baby. Please Click :)