Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Tuesday, April 10, 2012

Kondisi & Situasi Terkini

Assalamualaikum! Tak jawab dosa.. Jawab suka saya.. hehe.. Mesti u ols cakap yang syeeda nih sekejap tenggelam sekejap timbul kan. Dah 2 bulan baru nak timbul dari menyelam. Hee. Actually banyak benda yang nak diceritakan. Termasuklah wedding review i yang baru buat satu tu kan. Tapi.. ada saja hal yang membataskan. Hurm.. nak mula dari mana eyhh?? Kita start pasal lepas kawen dulu k. 

Ok, so lepas kawen, i menetap kat Bandar Mutiara, Sungai Petani. Makanya, tiap-tiap hari i berulang-alik dari SP ke Alor Setar. Phew, penat la jugak. Penat badan, mental lagi. Tapi apakan daya. Dah opis memang kat A.Setar je. Encik Hubby pulak berulang dari SP ke Kulim. Sengaja kami stay kat tengah-tengah. Konon-kononnya taknak berjauhan dengan encik hubby, sebab tu i sanggup berhabis ringgit berulang-alik. Hehe. 

But then, sampai hujung bulan Februari tu, i dah tak larat dah. I mula demam dan demam dan demam lagi. Asyik-asyik pening kepala. Loya. Muntah. Jeng-jeng-jeng. I was so curious. Kesihatan semakin merosot nih. Then pergi buat check up. Doctor confirms yang I pregnant 5 weeks on that time! Rezeki Allah nak bagi. I dan encik hubby pun tak sangka secepat itu. Syukur Alhamdulilah. Sekarang nih, memang dah tak berulang lagi dari Alor Setar. Sebabnya, nak drive pun memang dah tak berupaya sangat. Sekarang, I stay dengan Pak Bihi & Mama Gee lagi kat Fajar Istana Cinta. Kesian pulak kat Encik Hubby. So, kami hanya berjumpa waktu Encik Hubby cuti je la. 

Guess what?? Dua kali tau menetap sebentar kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar tu. Drip Air. First time was on 27th March.. Masa tu just admit kat Wad Pemerhatian je. Drip Air dua botol. Second time was on 7th April. Yang ni memang bermalam kat sini. Sumpah la weii, takmo masuk hospital lagi. Sakit kena cucuk. Drip air sampai 5 botol setengah kali ni. Dapat MC sampai 8 hari. MC paling banyak yang i pernah dapat setakat nih. Yang touching sangat, 2 kali admit ward, 2 kali jugak Encik Hubby amik Emergency Leave jaga i. Tempat kerja Encik Hubby i ni susah sikit nak bagi cuti. So, bila Encik Hubby paksa diri amik cuti tu, i pun mulalah merasakan beliau sangat sweet. Hehe. Well, sekarang baby dah 11 weeks. Doctor cakap, nanti baby dah masuk trimester ketiga (3 bulan ke atas), rasa loya dan muntah akan kurang. Tak sabar nak tunggu waktu tu. I nak sihat kembali!! 

Taknak bebel panjang-panjang lagi. U ols ada tips hilangkan loya nih tak?? Share kat comments k. I nak menyelam dulu. Nanti tunggu i muncul kembali k. Bye-bye. :) 

5 comments:

Bapak said...

tahniah, selamat menjalani moment yg pasti xkan dilupa seumur hidup ini!

Puan Simply Syeeda said...

Bapak: thanks sgt2!

mynameismy said...

sampai masuk wad tu yg tak tahan kan? punca sbb ape? sbb krg minum air ke syeeda?

skrg dah ok lum? tk cr of ur baby well ya..:)

same2 kite... hehe

mynameismy said...

n doa ibu hamil tu u can take it... i pun google around n jmpe...:)

Puan Simply Syeeda said...

My :
punca masuk wad tu sebab muntah yang melampau. sampai makanan ape pun xleh masuk dah. Then, dehidrasi. Tu yang masuk wad drip air. hehe anyway, thanks bagi i doa hamil tu! u also take care k..

Tabung Baby. Please Click :)