Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, June 4, 2012

Preggy Diary 3: Dah 19 minggu

Sedar tak sedar, baby dalam kandungan i ni dah berusia 19 minggu. Perut pun dah makin besar. Orang sekeliling dah mula perasan. Sekarang ni, kalau nak pergi kerja memang takleh sarung baju kurung lagi. Rasa ketat kat pinggang. Hehe. Tu laa, dulu suka sangat buat baju fit2 kan. Sekarang dah takde baju nak pakai. I lebih selesa pakai jubah or blouse dengan skirt or any baju yang longgar. Jadi, takla baby mummy terkepit dalam perut mummy kan?

Rasa loya dan muntah semakin hilang. Selera makan makin bertambah. Tapi quite sad, i dapat kencing manis waktu mengandung. So, kalau nak makan tu, kena control la sikit. Doctor cakap if i mengamalkan pemakanan yang sihat, insyaallah kencing manis ni akan hilang lepas bersalin nanti. Sekarang ni i memang control makan especially high carbohidrate food. Makan nasi dalam kuantiti kecil je. Harap2 baby dalam perut ni sihat. Ada sesekali tu mengidam jugak. Macam minggu lepas, i mengidam nak makan ulam umbut tepus. Kat sik ngan baling banyak la ulam nih. Hehee memusing en.hubby cari sebab nak bagi i makan. Last2 jumpak. Sedapppp. Makan nasi, ulam umbut tepus dengan air asam pun dah cukup dah.

Tak sabar nak tunggu baby keluar ni. Sekarang kan, i dah dapat rasa baby gerak2 sikit. Excited! I bagitau mama gee & mak mertua i pasal baby gerak2. Tapi diorang ni xpercaya pulak. Diorang cakap 5 bulan ke atas baru dpat rasa pergerakan baby sedangkan i baru 4 bulan lebih. Sebab tak puas hati,i google diary mother to be yang lain, especially yang mengandung 19 minggu macam i. Hmm, ada yang cakap diorang pun ada rasa pergerakan baby. So i rasa lega sikit. Maknanya feeling i tu betul la! Hehee. Anak mummy ni mesti aktif kan. Tak kisahla camne pun, janji anak mummy sihat! I suka sangat cakap2 dengan baby, sebab i rasa dia bleh dengar. Bila happy, cakap kat baby. Bila sedih pun, cakap kat baby. Sebab mummy tau, baby pun rasa apa yang mummy rasa kan?

Okla. Nak google cari checklist persiapan barang baby plak. Nak buat preparation awal, nak bajet la katakan. Sape tau ada promosi barang baby, cakap ye. Excited nihhh! Heee bye2.
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

Syima Syaz said...

hye...

http://aceofhzz.blogspot.com/2012/04/baby-checklist.html
baby checklist...

saya dpt rasa baby move se awal 18weeks.sama lah, doc kat klinik kesihatan kata saya berangan...tp sumpah mmg saya rasa.tp gynae kat private clinic ckp sbb kulit kita nipis so kita blh rasa...
dont worry, its real. ur baby move, bkn angin...=)

Puan Simply Syeeda said...

Thanks syima! Byk eyhh brg baby nk kna bli. Hurmmm mummy kna berjimat ni!

Outbound di malang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Tabung Baby. Please Click :)