Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Monday, November 5, 2012

Pengalaman Bersalin Putri Saffiya Hannani

Assalamualaikum & hai darlings! Dlm entry kali nih, i nak share pengalaman pertama i melahirkan putri sulung i, Putri Saffiya Hannani. Hari nih baru ada kekuatan nak post entry ni. Selalu baca pengalaman bersalin orang je. Tapi bila melaluinya sendiri, baru i paham dan terasa MasyaAllah sakitnya bersalin. Terus teringat Mama Gee, taknak la buat mama kecil hati atau hati dia terluka. Susahnya seorang ibu nak melahirkan anak. Maka wajibla kita menghargai kehadiran ibu sehingga hujung nyawa mereka.

I sepatutnya bersalin 28 oktober 2012. Tapi baby i ni nak keluar awal pulak. Mungkin nak beraya haji dengan mommy dan papanye kot. So, i bersalin 18 oktober 2012. Sepuluh hari awal daripada due date. So, here's my stories..

17 oktober 2012
3.00 pagi :
i terasa sakit macam senggugut. Kejap2 sakit. Selang sejam i rasa sakit. I dah start risau. En. Hubby takde di sisi sebab kerja shift malam. Malam ni memang i takleh nak tido langsung. Kejap2 terjaga, sebab sakit sangat.I msg en.hubby.

I : abg,ayg rasa sakit sangat. Mcm senggugut.
En.hubby: rasa nak bersalin ke?
I : entah. Manala ayg tau sakit bersalin ke apa ni.
En.hubby: boleh tahan lagi ke ni? Tunggu abg balik ye.
I : boleh lagi kot. Ayg tunggu abg.
En.hubby: jgn pi keja tau esok.
I: ok, memang xpi la. Lagipun, memang tak tido langsung ni.

8.00 pagi:
I call encik boss, cakap ambil emergency leave. Kurang sihat. Masa ni sakit tu kejap ada kejap hilang. I google pasal benda ni. Dapat tau yg sakit senggugut yg i alami myb contraction nak bukak laluan baby nak keluar. Dah cuak. Eh betulke aku nak bersalin ni. Usap2 perut cakap kat baby. "bb, kalau nak keluar tunggu papa balik k."

Dalam pukul 10pg camtu, en.hubby dah sampai rumah. I cakap kt dia i still not sure pasal sakit ni. Sebab sekarang rasa mcm dah hilang. So,hari tu i just rest at home. Pukul 6.00 petang, kitorang siap pegi shopping lagi kat pacific. Beli barang keperluan. I cakap kat en.hubby yg i nak banyak berjalan bagi memudahkan i bersalin. Pastu,kitorang makan kueyteow kerang iman.

9.00 malam:
Sakit senggugut(contraction) tu datang semula. Kali nih lebih kerap. Selang 15 minit. Sakit! Tanda2 seperti turun darah @ air ketuban pecah xde langsung. Mama gee insists en.hubby suruh bawak pi hospital sultanah bahiyah. So, terus capai bb & mommy hospital's bag. Nasib baik dah siap awal2. Buku merah & GL pun dah letak sekali dalam beg.

Sampai je kat HSB, terus ke bilik saringan bersalin. Cakap kat doktor yg i rasa sakit macam senggugut. Sangat kerap! Doktor buat CTG (check jantung baby) & amik tekanan darah. Semua ok. Then,doktor check bhgn bawah. Doc seluk. Laluan dah bukak 2cm. Ok,seluk sakit ke tak? Memang sakitlah! Since wad penuh & rumah i dekat, doc cakap i boleh balik dulu. Doc cakap anak sulung selalunya ambil masa lama lagi nak bukak laluan sampai 10cm. Esok pagi dia mintak i datang balik.

18 oktober 2012
1.00 pagi: i rasa sakit sangat2. Contraction terlalu kerap. Kali nih selang 5minit. En.hubby sampai panic tengok keadaan i. Ke HSB sekali lagi. Doc seluk sekali lg. I pasrah je menahan sakit. Dah bukak 4 cm. Doc pecahkan air ketuban. Doc cakap setiap sejam akan bukak 1cm. I kira2 dalam pukul 7pg baru bb akan keluar. Arghh lama lagi nak tahan sakit ni. I mintak ubat tahan sakit (epidural). Kena cucuk kat punggung. Tapi i rasa sakit tu xberkurang pun. Nurse kata xleh cucuk epi banyak kali sebab takut baby tido kat dalam tu. masa ni wad bersalin masih penuh, so i dok di bilik saringan je dulu. En.hubby kena tunggu di luar bilik saringan. Takleh masuk. So, i keseorangan menahan sakit. Sedih.

5.00 pagi:
I xpasti berapa banyak kali doc seluk. I redha je apa doc @ nurse nak buat. Masa nih laluan dah bukak 8cm. I terus ditolak masuk ke labour room. I mintak nurse panggilkan en.hubby masuk temankan i,tapi nurse cari en.hubby tak jumpak pulak. I betul2 sedih. I langsung xleh nak contact dia sebab handbeg, handset semua ada kat dia. Nak mintak tolong nurse pun, nanti dikata mengada pulak. Ni kan hospital kerajaan, xleh nak demand2. Sekali lagi redha je apa yang berlaku. En.hubby tak dapat teman i.

7.00 pagi:
Sakit teramat sangat! Doa nabi yunus, ayat kursi dan kalimah syahadah tak lepas dari mulut i. Tiba2 rasa macam nak buang air besar teramat2! Doc check tgk kepala baby dah nampak. Bermula lah proses meneran. Pinggang i rasa macam nak patah. Sakit, sampai i terpikir adakah ni hari terakhir i di dunia? Dalam hati i berkata Ya Allah, ampunkan semua dosa aku Ya Allah! Tepat jam 7.20 pg, lahirlah putri i. Doc tunjuk baby kat i. I rasa lega sangat2. Menangis terharu. Bila dapat tengok baby, hilang semua kesakitan yang i alami tadi. Macam tak percaya yang i dah ada baby. Selang setengah jam kemudian, uri dikeluarkan. Then proses jahit. Masa ni dah xrasa apa dah. Rasa nak rehat je.

Syukur Alhamdulilah. Semuanya dipermudahkan Allah. Masa sakit bersalin tu, i cuma ingat hanya Allah yang menemani i. Takde sesapa yang boleh tolong waktu tu melainkan Allah.

10.00 pagi:
Ditempatkan di wad kenanga 2d. Masa ni dah jumpak en.hubby. Baby pun dah ada depan mata. Dok tatap muka baby je la. Masih xpercaya lagi i dah ada baby!

Published with Blogger-droid v2.0.8

8 comments:

Mimie Najib said...

bestnya ada bby..tingin nak ada bby sendiri cepat2 after maried..tp bile dgr pasal cite bersalin, rasa gerun..camne la nti.. :(

mynameismy said...

Uwwaaaaa berdebarnyaaaaa lepas ni turn My plak....:(

masa nak meneran tu sakit taj syeeda? bape kali push? mcm mane nak push? aaaa takutnye.... moga2 kita dipermudahkan jugak aminnnnnn

eh baby bape kg?

yna said...

tahniah kak :)

akak2 ofis ni pun salu cerita pasal depa bersalin, mmg agak gerun wlupun bujang lg, hikhik

Puan Simply Syeeda said...

Mimie najib:
Insyaallah nnt mimie akn jd seorg ibu jgk. Best! Jgn gerun2 tau. Allah tolong kita.

Puan Simply Syeeda said...

My:
Msa meneran tu rsa sakit pinggang sgt. I tk ingat brapa kali push. Byk gak la. Sebab first time. Xreti. Baby i 2.4 kg je. Kecik kan? Tu pun i rsa sakit dh. Mcm mna la yg org lain bersalin bb besar kan?

Puan Simply Syeeda said...

Yna:
Thanks.

=anith= said...

Lama jugak sheeda tahan sakit eh.
Bila baca entry ni terinagt time bersalin dulu. sebenarnye setiap orang experience bersalin berbeza2.
for me, i sakit 3 jam je, terus bersalin. Dari bukaan 2cm ke 5cm tu dalam masa sejam je. lepas tu terus meneran nak bersalin. alhamdulillah... =)

Puan Simply Syeeda said...

anith:
mmg lama..semalaman gak la kt dlm labour room. menahan sakit sorg diri. lain org lain experience nye kot..syukur semua selamat.

Tabung Baby. Please Click :)