Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Saturday, November 3, 2012

Rutin Berpantang

Hari yang ke17 i berpantang. Time really flies. Tak sabar nak habis berpantang ni. Nak keluar jejalan. Dok terperap kat rumah memang membosankan. Masa preggy dulu, xsabar nak bercuti bersalin.tapi, bila dah dalam pantang camni,xsabar nak keluar rumah. Haha. Nak bawak fiya jejalan.

Well,hari ni nak citer tentang pengalaman berpantang lah. 10 hari pertama i berpantang di rumah mak i (mama gee). Masuk hari yang ke11 dan sampai sekarang, i berpantang di rumah MIL i di kuala ketil. Sebab ape? Sebab mama gee terpaksa attend kursus. So terpaksalah i ditinggalkan kejap kat rumah MIL i. Tp lepas ni, akan balik semula ke rumah mama gee. I flexible je. Mana2 pun boleh aje.

So rutin kat sini :-
5.00 pg : biasanya dah bangun sebab saffiya suka kejut waktu ni mintak susu. Lepas susukan fiya, biasanya i akan pam skit susu untuk simpan. Sebab fiya minum sikit.

6.00 pg: bertungku. My MIL cakap elok bertungku pagi2.

7.30 pg: makan pagi. Roti dengan planta & susu coklat.

8.30 pg: fiya akan bangun. Tukar2 pampers dia jap. Main dgn dia jap, sampai tertido.

10.00 pg: i mandi dgn air daun2. My MIL yg sediakan. Dah siap mandi, berbengkung.

11.00 pg: kejut fiya, mandikan fiya. Pastu siapkan fiya.

12.00 tghari: lunch hour. Nasi dgn ikan air asam (selalunya lauk tu jela dalam pantang).

1.00 ptg - 5.00 ptg: layan tv / tido / pam susu / layan fb /layan blog/ layan si kenit saffiya

6.00 ptg : tuam perut fiya dgn tungku bb. Takut malam nanti dia kembong perut lak.

7.00 ptg : bertungku lagi.

8.00 mlm: selalunya fiya jaga masa ni. Maka melayan dia lah sampai terlelap mata.

11.00 mlm: tido. Sebelum tido, pam susu.

Hmm,macam tu lah hari2. Tak termasuk waktu kecederaan di mana fiya terjaga tghmalam mintak susu. Takpun, nangis2 mintak didodoikan. Tapi so far, fiya sangat behave. Dia xsusahkan mommy dia ni. Hmm pasal bertungku tu, kalau ikutkan, my MIL suruh buat 4x sehari. Cuma i je la rasa xsempat. Ecehh ye ke. Ke nak ngelat? Haha. Sekarang ni,i tengah menggiatkan usaha membanyakkan susu badan. Nanti i share citer pasal tu pulak. Ok, fiya dah merengek. Nanti update lagi. Tata :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

3 comments:

izfanora said...

seronok baca kisah mommy2 nie.. xsbr nk ada baby sendiri..

Puan Simply Syeeda said...

Insyaallah. Semoga awk cpt2 menimang cahayamata okeh? Seronok jd mommy ni.

Fara Fadzil said...

yup!! seronok jadik mummy wpun tak cukup tido aper smer..hihihi..
happy breastfeeding! buat stok byk2 masa pantang nih utk bekalan bila dah start kje nanti :)
if interested dgn set penyusuan shaklee bole email me..aritu saya dah bagi kan? ;)

Tabung Baby. Please Click :)