Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, April 18, 2010

MISI ANAI-ANAI

Bunyi misi ni macam sangat la serius kan..walhal tk la seserius mana pun.tp SERIAU tu ada laa..he apa yg seriau?? baru semalam saya sefamili dpt figure out yg almari depan bilik sy tu telah diserang sang anai2..euwww..geli tau.

Jadi, berdasarkan kuasa Veto yang ada kpd Pak Bihi sebagai seorang ketua keluarga yg sangat berkaliber, beliau telah mengarahkan seluruh isi keluarga utk bergotong-royong menghapuskan sang anai2 tersebut. Bukan pe, setelah menjalankan kajian yg agak terperinci, sang anai2 tu telah mula merebakkan diri mereka ke dalam bilik sy pulak. Ni mendatangkan rasa kegerunan jugak nih. Risau laa jugak kalau almari baju & buku pun digigit2 oleh sang anai2 tu. Dah laa baju2 kejaku itu agak2 Vogue jugak kan..hehe perasan~!

So, Misi di hari Sabtu ni ialah MENGHANCURKAN ALMARI YANG DISERANG ANAI2 tu dan MENGEMAS KAWASAN SERANGAN! eRGHHH..agak menakutkan misi nih kan??

Perancangan yg teliti telah dibuat utk menjayakan misi nih, semua org ada tugas & tanggungjawab masing2.

Pak Bihi - Pengarah MISI ANAI-ANAI
Mama Gee - Mandur & Tukang Kemas Mengemas
Syeeda - The Vacuum Cleaner cum The Mopper
Nini - Pengangkutan Almari & Alatan Berat Berkaitan
Adik Ein - Tukang Penjahanam & Pengopak Almari

Checklist MISI :

1. Hammer - utk buat ketuk2 dan merelaikan almari yg telah dimakan anai2
2. Ridsect - senjata untuk sembur dan matikan anai2
3. Towel/mask- untuk cover hidung & muka coz nak elakkan habuk
4. Vacuum machine & penyapu - nak vacuum habuk & sapu sampah
5. Plastik sampah - utk collect semua sampah sarap
6. Mop,baldi & floor cleaner liquid - utk mop kawasan almari yg diserang anai-anai

Hurm,, almost 3 jam jugak kami lancarkan misi ni. Habis semua anai-anai dah mati kami kejakan. He..Tapi yg saya rasa paling cemerlang sekali tentulah adik saya, adik ein! Adik ein ketuk almari tu dengan penuh dedikasi dan iltizam yg tinggi! Haha sampai abis bersepai..Bab menjahanam & melingkup barang memang budak nih Nombor 1! Tahniah utk adek! Best jugak sesekali dpt bergotong-royong ngan famili ni. Baru la ikatan kekeluargaan semakin erat kan. He tapi, sy rase cam nak raya plak hari nih, sebabnye famili sy kalau gotong-royong gempak2 camni time2 dekat nak raya jer..He

Okla..tu jer update utk malam nih!
Sampai ketemu lagi ya! Bye2..

p/s : maaf gambaq tk dpt diupload, sebabnye masing2 concentrate wat keja, tak dan berposing! Haha

2 comments:

ardinihumaira said...

uishhh dni teringat kisah kat uitm dulu.. anai2 kat dalam almari.. masa halau2 diorang yang bermastautin dalam almari tu, dni kena gigit ngan beliau.. sakit jugak.. cam berbisa.. uiii ngeriii :'(


selamat menghalau beliau! chaiyook! :)

Syeeda Sobbihi said...

ardinihumaira : seriously sakit..huhu nih pun dah kena gigit, rasa gatai2 dah ni haa..sangat ngeriiiii :(

Tabung Baby. Please Click :)