Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, May 23, 2010

Hari Pertama : Camera Rolling, Action!

Saya bukan bekerja dengan industri perfileman. Hari ini, dengan tiba-tiba saya menjadi bidan terjun dalam industri ini  untuk menyiapkan video projek saya. Ianya memang pengalaman baru yang menyeronokkan. Saya tak sangka kerja-kerja "shooting" sesantai begini. Memang enjoy! 

Walaupun mengambil masa yang agak lama, peluh menjalar segelinap tubuh sepanjang penggambaran berlangsung, tetapi muncul rasa kepuasan yang tidak terhingga di lubuk hati.(Ayat mengikut skrip) Tugas saya cuma uruskan tempat mana nak di shoot, scenes apa yang patut di shoot. Wow, best2! Kalau lalui tiap-tiap hari begini (tanpa berkunjung ke ofis) pun saya LEGA + REDHA! Heh..nak ngelat masuk ofis lar tu. 

Jadi, ni la rutin hari pertama saya yang konon-konon berangan jadi pengurus produksi. Ewah. 

10.00 pagi  :
Shoot Meeting Scenes. Lokasi di Tobiar, Pendang, Kedah. 

12.30 tengahari :
Singgah sat di Rumah Burung Walet. Snap Gambar.Sikit2. Lokasi : Yan, Kedah. 

1.30 petang :
Shoot Pusat Pengumpulan Cuka Nipah. Lokasi : Yan, Kedah. 

3.00 petang :
Makan tengahari dengan Gulai Itik. Marvellous.  Lokasi : Guar Chempedak.

4.00 petang :
Shoot tapak semaian nipah. Lokasi : Guar Chempedak

6.00 petang :
Habis shooting. Tengok orang main petanque. 

7.30 malam :
Sampai rumah sudah. 

Letih dan penat bercampur baur. Mampukah saya bangun seawal 5.00 pagi esok untuk bergegas ke Perlis pulak? Hurm, Redha dengan kehidupan. 

Sekian. 

p/s : Gambar tidak dapat diupload di atas kesibukan kerjaya. Cuba upload gambar untuk esok ya. Smile. (",)

2 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

waaaaa...sush x pilih scenes yg cantik2?

Syeeda Sobbihi said...

Sugar2 kapas strawberry:
susah jugak. tp tkpe, tuan director video nih ada byk experience. discuss dengan dia lar.

Tabung Baby. Please Click :)