Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Sunday, May 2, 2010

Kenangan Indah Dulu

Semalam sy menghabiskan masa pusing2 bank bayar hutang2 yang berkaitan. Serius, tak seronok laa perasaan bila terpaksa tengok slip penyata bank yang menunjukkan baki simpanan semakin berkurangan. Tapi, sy perlu terima hakikat yang hidup ni semuanya bukan percuma. Masuk tandas pun 30 sen sekarang! Jadi, kita perlu survive laa seadanya..Sy memang tak suka pegi bank. Tak suka kena "que" tunggu giliran. Kalau melibatkan penggunaan mesin atm ker, its ok laa kan. Kejap saja transaction nye. Jadi misi hari nih, buat Banking Online laa..Alhamdulilah berjaya. Lepas nih, Online kat rumah jer la..Hehe best!

Sebelum balik, singgah sat kat ISTAFA. Beli paper & Dutch Lady Strawberry kesukaan saya. Sy senyum tengok si cashier kecik yg sedang menunggu kaunter dan serve pelanggan.Comel! Anak tokei kedai kot. Umur dia dalam 10 tahun. Hehe..yang kelakarnye budak nih tak hafal harga. Jadi setiap kali customer nak bayar, terpaksa laa dia terjerit2 panggil ibu dia, tanyakan harga. Bagus, kecik2 dah diajar berniaga. Besar esok boleh jadi usahawan!

Tiba-tiba saya teringat masa sy zaman kanak2 dulu. Umur lebih kurang 10 tahun camtu (Tahun 1994), Pak Bihi dah mula ajak sy tolong dia berniaga kat kedai runcit dia. Kedai tu nama Kedai Jimat. Pak Bihi suh saya tunggu kaunter, layan customer & angkat call. Kalau telefon bunyi jer, sy akan angkat & jawab camni, "Hello, Kedai Jimat Taman Uda!".. Hehe rindu laa masa tu. Lepas balik sekolah jer, terus kena tunggu kedai. Kerja sekolah kena buat kat kedai sebab Pak Bihi yang akan ajarkan. Mcm2 ragam customer sy jumpak. Tp, masa tu kecik lagi, tk berapa nak faham. Ada yg mintak kurang harga, ambil barang dulu, bayar kemudian. Macam2 hal. Pernah sekali, sy cuba ngelat dari jaga kedai. Tinggal kedai kat pekerja je. He..Sy pegi main badminton dgn kawan2. Budak2 kan, tau nak enjoy jer. Teruk sy kena mrh dgn Pak Bihi. Dia ckp, sy dah langgar amanah dia. Masa tu, sy nangis sepuas2 hati, sebab kena marah kan. Dulu, sy tak paham, kenapa org lain leh enjoy, main best2, yg saya kena tunggu kedai! Memang memberontak abis laa masa tu. Sekarang dah besar, baru sy paham amanah yg Pak Bihi maksudkan & apa yang dikatakan nilai tanggungjawab. Ok, that was a story of 16 years back. Sekarang, kedai tu Pak Bihi dah dijual kepada org lain. Hurm..agak sedih. Tp mungkin ada hikmah kan di sebalik semua nih. Memori sy dengan kedai tu tetap terpahat sampai bila2.

Its just, sy RINDU nak berniaga balik. Keja makan gaji mcm sekarang nih, memang laa enjoy tetapi kdg2 buat sy rasa sangat letih. Kalau laa nak buat bisnes, u all rasa sy patut buat BISNES ape ye?



Tingin nak berbisnes tapi masih setia ingin membantu rakyat..Camne tu??

5 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

pak bihi tu sape??huhu

Syeeda Sobbihi said...

Pak Bihi tu abah kite laa.. :)

mizzura said...

macam-macam produk boleh jual..kain, tudung,minyak kereta, selipar,cili,muffin..pilih je..

Bapak said...

alahai sayangnya kedai jimat tu dah dijual. tapi pengalaman dan kenangan takleh dijual beli...

Syeeda Sobbihi said...

mizzura : kena kumpul modal nih! semangat waja.. :)

bapak : hmm..betul tu..pengalaman tu yg plg indah dlm hidup sy & akan kenang smpai bila2.. :)

Tabung Baby. Please Click :)